Sabtu, 31 Disember 2011

UMNO dan BN memang nazak.

Setelah beberapa bulan berhenti menulis, hati tercuit kembali untuk mencatatkan  apa yang saya dengar dan lihat. Sejak akhir-akhir ini, pemimpin-pemimpin UMNO dan BN bukan sahaja mengalamai krisis keyakinan rakyat, bahkan semakin hari semakin banyak perkara yang terdedah dan terbongkar. Pendedahan NFC, penyalahgunaan wang zakat  dan kenyataan pemimpin-pemimpin  UMNO itu sendiri membayangkan bahawa parti yang memerintah selama 54 tahun itu mula goyah, apatah lagi sebilangan besar rakyat sudah  tidak meletakkan harapan kepada UMNO untuk membela mereka. Ternyata  kerajaan Pakatan Rakyat dibeberapa negeri memperlihatkan bahawa urustadbir mereka lebih berwibawa, berintegriti, amanah dan jujur melainkan beberapa perkara kecil yang cuba diperbesar-besarkan oleh media kerajaan. Sambutan dingin rakyat terhadap media perdana memperlihatkan bahawa  kerajaan BN  yang korup, tidak beramanah dan mementingkan kroni  kini mula dijauhi.
     Kenyataan ini seakan-akan spekulasi semata-mata tetapi sepanjang cuti sekolah yang telah berlalu saya telah menghabiskan sebahagian besar masa saya bersama dengan sanak saudara yang terdapat hampir di seluruh daerah Kemabong dan Tenom. Ketika tiba di sesuatu kampung, dapat dilihat jalan raya diperbaiki, rumah PPRT juga banyak dibina, bantuan zink, kanopi dan sebagainya kepada cawangan-cawangan UMN O, hal ini membayangkan bahawa sambutan rakyat terhadap parti itu masih hangat, namun berdasarkan pandangan sebahagian besar penduduk di sesuatu tempat dapat saya simpulkan bahawa BN kali ini memang tenat. Sikap yang diperlihatkan oleh rakyat seakan-akan sama dengan zaman era Parti Berjaya dahulu bila mana rakyat tidak lagi menghiraukan kehadiran pemimpin-pemimpin BN dan UMNO khususnya Datuk Raime dan Datuk Rubin Balang. Majlis-majlis yang melibatkan Datuk Raden Maleh juga nampaknya dingin dan sepi. Manakala beberapa cawangan dan ahli UMNO dan PBS menyertai  sama ada  parti Dap, PKR atau Sapp. Apakah sikap rakyat ini menggambarkan bahawa Perdana Menteri 1 Malaysia, Datuk Seri Najib merupakan perdana menteri UMNO yang terakhir sebagaimana yang didakwa oleh pembangkang.
    Dalam keadan rakyat mula mengalihkan sokongan kepada Pakatan Rakyat, kedengaran khabar angin menyatakan bahawa usaha giat  dilakukan untuk memberikan kad pengenalan kepada pendatang-pendatang . Khabarnya mereka akan dihantar ke Selangor untuk memenangkan BN di negeri yang kaya itu, ini diakui oleh seorang warga Filipina yang telah berkahwin dengan orang tempatan. Apakah ini talian hayat terakhir kerajaan BN dan UMNO? Mereka sanggup menggadaikan negara kepada mereka ini semata-mata untuk kekal berkuasa?  Apalah maknanya pilihan raya itu kalau ini yang dilakukan. SPR pula tidak profesioan dan berat sebelah. Mengapa mereka harus takut kalah?  Kalau di negara-negara bukan Islam seperti Jepun, jika seorang menteri dikaitkan dengan sesuatu isu, pasti mereka akan letak jawatan atau kerajaan itu disaerhkan kepada parti lain dengan rela hati,  Betapa "gentlemennya" mereka ini. Sedangkan pemimpin-pem impin kita sebaliknya. Apakah mereka takut segala penyelewengan mereka selama ini terbongkar? Apakah mereka takut meringkuk dalam penjara tidak seperti sesetenhgah pemimpin pembangkan yang berjiwa besar. Beginilah agaknya rupa pemimpin-pemimpin UMNO dan BN, penakut dan pengecut.  Saya masih menanti pemimpin UMNO yang berani, amanah, berjiwa besar dan yang palin penting mempunyai nilai moral yang tinggi.