Ramai pemerhati politik termasuk rakyat jelata memerhatikan perhimpunan UMNO untuk kesekian kalinya , namun tidak ada apa-apa yang baru. Di awal perhimpunan Presidennya, Datuk Seri Najib memohon maaf kepada rakyat atas kesilapan pemimpin-pemimpin UMNO yang menebabkan rakyat sudah tidak percaya lagi kepada mereka. Namun, beberapa hari perhimpunan berlangsung, ternyata perhimpunan itu langsung tidak ada yang baru. Episod lama tetap diulang. Mengutuk dan mencemuh orang lain masih keutamaan para pemimpin UMNO. Sikap hendak menyembunyikan kekhilafan dan kehinaan masih menjadi amalan parti itu. Ternyata parti UMNO bukan parti yang telus dan bebas. Ahli-ahli atau perwakilan tidak bebas untuk menyamapaikan apa yang tersirat di hati. Seelum perhimpunan saya pernah menyatakan kepada salah seorang perwakilan dari Tenom agar disampaikan dalam perhimpunan itu keluhan ahli UMNO Tenom atau rakyat Sabah khususnya tentang perbezaan harga getah, sawit dan barang keperluan harian. Mengapa begitu jauh beza harganya antara Semananjung, Sarawak dan Sabah. Sebagai ahli UMNO jenuh saya menanti tentang isu itu,tetapi ternayata kami rakyat Sabah amat kecewa dengan perhipunan yang tidak memberikan apa-apakebaikan kepada kami. Kalau begitulah sikap perwakilan dan para pemimpin apakah maknanya perhimpunan ini kalau apa yang terbuka di sanubari rakyat tidak boleh diluahkan. Apakah perhimpunan ini hanya lakonan untuk menunjukkan kepada umum bahawa UMNO dan para pemimpin UMNO masih mendapat sokongan akar umbi UMNO? Begitukah? Sehinggakan perhimpunan itu menjadi perhimpunan untuk mencaci dan mencemuh pihak lain. Wahai para pemimpin UMNO kami sudah bosan dengan politik cemuh-mencemuh, maki-memaki dan asyik menyalahkan orang lain sedangkan selama ini kuasa ada di tangan para pemimpin UMNO, mengapa pula pemimpin Pakatan Rakyat yang belum memegang kuasa di peringkat pusat dipersalahkan atas kelemahan kerajaan selama ini?
Ternyata UMNO yang menjadi tonggak kerajaan hanya berlakon dan bersandiwara dalam perhimpunan itu. Perwakilan yang kononnya menjadi wakil seluruh ahli UMNO itu, ternyata tidak mewakili suara ahli-ahli UMNO akar umbi. Dan apakah UMNO boleh menang tanpa sokongan kami wakil UMNO akar umbi? Kami sudah acap kali memberikan ruang dan peluang kepada para pemimpin-pemimpin parti utuk berubah tetapi lihatlah betapa bebal dan bongkaknya pemimpin-pemimpin UMNO hari ini. Apa yang dikehendaki ahli UNO akar umbi tidak pernah didengar. Saya lebih kami lebih suka kalau perhimpunan itu untuk mencari pelbagai kaeda untuk menyelesaikan masalah rakyat, masalah ahli-ahali parti akar umbi yang menjadi tunjang kepada kekuatan UMNO selama ini. Kami mahu masalah rakyat disuarakan dalam perhimpunan itu, bukan perhimpunan untuk memboek pemimpin dan mencemuh pihak lawan. Percayalah bahawa kami amat senang dengan kehadiran pemimpin pembangkang yang kuat hari ini untuk mengimbangi kesombongan dan kebongkakan para pemimpin parti di pelbagai peringkat. Dan kami bersedia untuk memberikan undi kepada pemimpin Pakatan Rakyat jika pemimpin UMNO terus berlakon dan tidak bersungguh-sungguh meneyelesaikan masalah rakyat akar umbi. Antara masalah kami yang mungkin perwakilan tidak nampak selain yang saya sebutkan tadi ialah masalah jalan perhubungan ke kebn-kebun, ke tanah-tanah yang memberikan rezeki kepada kami, masalah benih berkualiti pelbagai tanaman, masalah asas seperti air, masalah kesukaran memohon tanah untuk bercucuk tanam dan sebagainya. Apakah UMNO ini hanya sesuai untuk mereka yang dahagakan kontrak yang diberikan secara award sedangkan masalah petani macam kami terus diabaikan?
Sebagai ahli UMNO kami berharap, jika UMNO masih ada perhimpunan lagi selepas PRU ke-13, hendaknya perhimpunan itu akan menjadi perhimpunan untuk memikirkan kaedah untuk meneyelesaikan masalah ahli dan rakyat. Perhimpunan UMNO akan menjadi medan untuk mengumpulkan buah fikiran dari pelbagai lapisan untuk memehami permasalahan rakyat dan bukan menjadi perhimpunan cemuh-mencemuh dan memburuk-burukkan orang lain.