Isnin, 3 Disember 2012

Perhimpunan UMNO atau Perhimpunan memaki hamun?

Ramai pemerhati politik termasuk rakyat jelata memerhatikan perhimpunan UMNO untuk kesekian kalinya , namun tidak ada apa-apa yang baru. Di awal perhimpunan Presidennya, Datuk Seri Najib memohon maaf  kepada rakyat atas kesilapan pemimpin-pemimpin UMNO yang menebabkan rakyat sudah tidak percaya lagi kepada mereka. Namun, beberapa hari perhimpunan berlangsung, ternyata perhimpunan itu langsung tidak ada yang baru. Episod lama tetap diulang. Mengutuk dan mencemuh orang lain masih keutamaan para pemimpin UMNO. Sikap hendak menyembunyikan kekhilafan dan kehinaan masih menjadi amalan parti itu. Ternyata parti UMNO bukan parti yang telus dan bebas. Ahli-ahli atau perwakilan tidak bebas untuk menyamapaikan apa yang tersirat di hati. Seelum perhimpunan saya pernah menyatakan kepada salah seorang perwakilan dari Tenom agar disampaikan dalam perhimpunan itu keluhan ahli UMNO Tenom atau rakyat Sabah khususnya tentang perbezaan harga getah, sawit dan  barang keperluan harian. Mengapa begitu jauh beza harganya antara Semananjung, Sarawak dan Sabah. Sebagai ahli UMNO jenuh saya menanti tentang isu itu,tetapi ternayata kami rakyat Sabah amat kecewa dengan perhipunan yang tidak memberikan apa-apakebaikan kepada kami. Kalau begitulah sikap perwakilan dan para pemimpin apakah maknanya perhimpunan ini kalau apa yang terbuka di sanubari rakyat tidak boleh diluahkan. Apakah perhimpunan  ini hanya lakonan untuk menunjukkan kepada umum bahawa UMNO dan para pemimpin UMNO masih mendapat sokongan akar umbi UMNO? Begitukah? Sehinggakan perhimpunan itu menjadi perhimpunan untuk mencaci dan mencemuh pihak lain. Wahai para pemimpin UMNO kami sudah bosan dengan politik cemuh-mencemuh, maki-memaki dan asyik menyalahkan orang lain sedangkan selama ini kuasa ada di tangan para pemimpin UMNO, mengapa pula pemimpin Pakatan Rakyat yang belum memegang kuasa di peringkat pusat dipersalahkan atas kelemahan kerajaan selama ini?

     Ternyata UMNO yang menjadi tonggak kerajaan hanya berlakon dan bersandiwara dalam perhimpunan itu. Perwakilan yang kononnya menjadi wakil seluruh  ahli UMNO itu, ternyata tidak mewakili suara ahli-ahli UMNO akar umbi. Dan apakah UMNO boleh menang tanpa sokongan kami wakil UMNO akar umbi? Kami sudah acap kali memberikan ruang dan peluang kepada para pemimpin-pemimpin parti utuk berubah tetapi lihatlah betapa bebal dan bongkaknya pemimpin-pemimpin UMNO hari ini. Apa yang dikehendaki ahli UNO akar umbi tidak pernah didengar. Saya lebih kami lebih suka kalau perhimpunan itu untuk mencari pelbagai kaeda untuk menyelesaikan masalah rakyat, masalah ahli-ahali parti akar umbi yang menjadi tunjang kepada  kekuatan UMNO selama ini. Kami mahu masalah rakyat disuarakan dalam perhimpunan itu, bukan perhimpunan untuk memboek pemimpin dan mencemuh pihak lawan. Percayalah bahawa kami amat senang dengan kehadiran pemimpin pembangkang yang kuat hari ini untuk mengimbangi kesombongan dan kebongkakan para pemimpin parti di pelbagai peringkat. Dan kami bersedia untuk memberikan undi kepada pemimpin Pakatan Rakyat jika pemimpin UMNO terus berlakon dan tidak bersungguh-sungguh meneyelesaikan masalah rakyat akar umbi. Antara masalah kami yang mungkin perwakilan tidak nampak selain yang saya sebutkan tadi ialah masalah jalan perhubungan ke kebn-kebun, ke tanah-tanah yang memberikan rezeki kepada kami, masalah benih berkualiti pelbagai tanaman,  masalah asas seperti air, masalah kesukaran memohon tanah untuk bercucuk tanam dan sebagainya. Apakah UMNO ini hanya sesuai untuk mereka yang dahagakan kontrak yang diberikan secara award sedangkan masalah petani macam kami terus diabaikan?

   Sebagai ahli UMNO kami berharap, jika UMNO masih ada perhimpunan lagi selepas PRU ke-13, hendaknya perhimpunan itu akan menjadi perhimpunan untuk memikirkan kaedah untuk meneyelesaikan masalah ahli dan rakyat. Perhimpunan UMNO akan menjadi medan untuk mengumpulkan buah fikiran dari pelbagai lapisan untuk memehami permasalahan rakyat dan bukan menjadi perhimpunan cemuh-mencemuh dan memburuk-burukkan orang lain.

Sabtu, 8 September 2012

Isu yang boleh Menjatuhkan Kerajaan BN


Bila-bila masa dari sekarang PRU ke-13 akan diadakan. Tempoh pemerintahan BN akan berakhir 6 bulan lagi. Dan ada kemungkinan kerajaan baru akan dibentuk. Jika strategi PR menjadi, ada kemungkinan negeri yang menjadi “fix deposit” BN itu juga akan kecundang. Berdasarkan penelitian dan sedikit penyelidikan, terdapat pelbagai isu yang memungkinkan BN akan kecundang kali ini. Isu ini melibatkan  isu tempatan dan isu nasional.

Antara isu lokal yang membabitkan kerajaan dan pemimpin-pemimpin  negeri ialah;

1. Isu kroni dan kerakusan ketua menteri.

Desas-desus kencang menunjukkan bahawa bukan sahaja rakyat yang mahu menjatuhkan Musa Aman bahkan pemimpin-pemimpin BN Sabah sendiri yang mahu Musa Aman tidak lagi mengetuai kerajaan BN negeri. Sejak Datuk Seri Najib mengambil alih jawatan PM, rakyat Sabah dan pemimpin-pemimpin Sabah amnya mengharapkan Datu Seri Najib merombak kabinet negeri Sabah. Tetapi ternyata Najib tidak mampu menurunkan Musa Aman, ini pastinya ada kaitan dengan kedudukan kerusi BN yang kurang 2/3 di parlimen. Jika Musa Aman merajuk dan menyeberang menyokong PR, pasti Najib akan gigit jari. Tidak mahu itu berlaku menyebabkan Najib tidak berupaya memenuhi hasrat hampir semua pemimpin BN dan rakyat Sabah amnya. Perkara ini amat mengecewakan rakyat Sabah seluruhnya. Bukan sahaja pemimpin-pemimpin politik di semua peringkat bahkan para kontraktor kelas F yang jelas kecewa dengan tindakan kerajaan negeri mengambilalih kerja-kerja kecil yang biasanya dilakukan oleh kontraktor  untuk diberikan kepada syarikat-syarikat besar milik Musa Aman dan keluarganya. Banyak projek yang besar dan kecil diserahkan kepada keluarga dan adik-beradiknya, tindakan ini mengesahkan kerakusan ketua menteri Sabah mengaut segala sumber untuk diri sendiri, keluarga  dan kroni. Dan tindakan Datuk Lajim dan Datuk Welfred Bumburing itu merupakan manifestasi kepada masalah itu. Dikhabarkan bahawa Datuk Musa Aman menghendaki 26 dari 33 Dun yang dimenangi UMNO diambil alih oleh sanak saudara dan keluarganya dalam pilihan raya akan datang. Nama-nama telah pun disenarai pendekkan, dan jika ini berlaku tidak mustahil khabar angin yang bertiup kencang bahawa penghijrahan besar-besaran pemmpin-pemimpin BN akan berlaku selepas parlimen dibubarkan. Kita tunggu dan lihat. Rakyat sebenarnya  menunggu hari itu dengan penuh debar dan penuh teruja kerana kemuakan dan kebosanan dengan pentadbiran BN negeri sudah sampai ke tahap yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.

2. Isu Tanah

Sejak UMNO menerajui kerajaan negeri, isu tanah tidak pernah selesai. Sayangnya pemimpin negeri tidak menyelesaikan isu ini dengan bijaksana. Mereka menganggap isu ini hanya remeh dan permainan politik. Lebih teruk lagi mereka menganggap isu ini tidak mengguggat kerajaan BN. Demikianlah telahan silap yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin BN. Kehadiran Datuk Seri Anwar ke Sabah dengan menyentuh tentang isu tanah ini telah memberikan sedikit harapan kepada rakyat.  Rakyat biasa yang bergantung hidup terhadap hasil pertanian sewajarnya tidak dihalang untuk memiliki tanah sekurang-kurangnya 15 ekar. Malangnya mereka mengalami kesukaran memohon tanah tapi akan berlaku sebaliknya jika syarikat-syarikat kroni yang memohon. Beberapa peristiwa yang membabitkan tanah adat juga menyebabkan orang-orang kampung amat membenci kerajaan BN.Permoonan tanah yang tidak diproses dengan cekap menyebabkan pelbagai masalah timbul, misalnya permohonan bertindih, pencerobahan dan sebagainya. Sebagai kerajaan yang memerlukan sokongan rakyat, pemimpin-pemimpinn BN seharusnya menyelesaikan masalah tanah ini. Jika tanah kerajaan negeri tidak mencukupi, maka hutan simpan kelas dua harus dikeluarkan dan diserahkan kepada penduduk secara sistematik. Mereka yang mempunyai tanah tetapi tidak diusahakan tidak lagi dibenarkan memohon tanah baru. Banyak tanah kosong dan tidak diusahakan kerana amalan “membooking” penduduk kampung tanpa mengusahakannya. Perkara sebegini tidak harus berlaku, tapi malangnya oleh kerana BN tidak cekap mengurus dan mentadbir perkara ini dengan baik, maka masalah orang tidak bertanah ini terus berlanjutan. Selain itu, pemberian tanah melalui Geran Komunal itu juga menimbulkan pelbagai reaksi negatif  rakyat. Apa rasionalnya kerajaan memberikan geran besar sedemikian yang boleh mendatangkan pertelingkahan kepada pemilik dalam jangka panjang. Rakyat juga tidak yakin dengan pemberian geran seumpama itu kerana pada bila-bila masa kerajaan boleh menarik taraf pemilikan.

3. Isu harga komoditi Sabah dan Semenanjung.

Satu lagi isu besar yang menyebabkan rakyat Sabah begitu muak dan benci dengan kerajaan BN ialah perbezaan harga getah dan kelapa sawit Sabah dan Semenanjung. Perkara ini sudah berlaku sekian lama dan rakyat Sabah beberapa dekad yang lalu begitu percaya dengan pelbagai alasan yang diberikan oleh pemimpin-pemimpin Barisan Nasional. Namun generasi muda hari ini tidak lagi demikian, dan penjelasan Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini yang mengaitkan perbezaan harga ini dengan sistem kroni yang diamalkan oleh Barisan Nasonal sekian lama, mudah diterima rakyat.Oleh sebab itu bagi mereka tidak ada lagi cara lain untuk meningkatkan harga getah dan sawit di Sabah ini setaraf dengan Semenanjung dan Sarawak selain menukarkan kerajaan BN. Rupa-rupanya pemimpin-pemimpin BNlah yang menyebabkan rakyat Sabah terus tertinggal jauh berbanding negeri lain. Bukan sahaja tertinggal dari segi taraf hidup bahkan prasarana. Bekalan air bersih, jalan raya, elektrik, pondok telefon dan sabagainya jauh dari mencukupi.  Slogan BN yang kononya berjuang untuk rakyat hanya retorik semata-mata. Ternyata BN bukan kerajaan yang baik sebaliknya banyak pemimpin BN negeri yang mengambil peluang terhadap kedaifan dan kebodohan generasi tua untuk kepentingan mereka. Dapat dilihat bahawa ketika rakyat mempersoalkan perbezaan  harga getah dan kelapa sawit negeri ini dengan Semenanjung, para pemimpin BN negeri terus membisu. Hal ini demikian kerana mereka juag terlibat dengan penindasan ini. LIGS yang diharapkan mampu membantu meningkatkan taraf kehidupan rakyat, kini digunakan untuk mengaut keuntungan dengan memonopoli pembelian getah di negeri ini. Lebih parah lagi ada cadangan bahawa penjualan getah melalui agen tidak dibenarkan lagi. Hanya LIGS sahaja yang boleh membeli getah. Tindakan ini memperlihatkan sikap ingin memonopoli pasaran. Ternyata kerajaan BN menggunakan pelbagai dasar untuk menghalalkan penindasan mereka. Jika ini berlaku sebelum PRU ke-13, saya percaya BN akan mengalami kesukaan untuk menang dalam pilihan raya akan datang.

4. Isu PATI
Isu PATI ini adalah antara isu yang paling hangat walaupun isu ini sudah lama, tetapi  kerajaan persekutuan masih terus membisu dan hanya Najib antara pemimpin persekutuan yang berani mengumumkan penubuhan RCI, suruhanjaya khas untuk mengkaji dan menyiasat isu ini. Tapi sayangnya, sudah terlambat. Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah berjanji kepada rakyat peribumi Sabah bahawa PATI yang diberikan kewarganegaraan secara mee segera ini akan dikaji, disiasat dan ditarik balik kewarganegaraan mereka. Ternyata janji Datuk Seri Anwar itu lebih terkesan kepada rakyat beranding janji Najib yang mewakili kerajaan persekutuan kerana kerajaan persekutuan sudah lama diberikan ruang dan peluang, tetapi mereka gagal melakukan sesuatu yang diharapkan oleh rakyat Sabah seluruhnya. Mereka hanya berminat untuk mengekalkan kuasa, dan dipercayai penubuhan RCI itu  setelah Datuk Welfred dan Datuk Lajim keluar dari Barisan Nasional, hanya bertujuan untuk menggabui rakyat. RCI itu akhirnya akan dibakulsampahkan. Dalam hal ini rakyat Sabah amat mengharapkan Datuk Seri Anwar dan pemimpin-pemimpin utama PR dapat mengatur dan menysusn strategi dalam pilihan raya kali ini. Diharapkan pertandingan hanya melibat 2 penjuru antara BN dan gabungan PR. Jika ini dapat dilakukan saya percaya cita-cita rakyat Sabah da rakyat Malaysia amnya untuk menukar kerajaan BN yang dianggap gagal mengurus tadbir negara ini dengan baik dapa dicapai.

    Dalam post yang akan datang saya akan cuba mengetengahkan isu-isu nasionl yang boleh mempengaruhi pendirian rakyat Sabah seluruhnya.

Sabtu, 1 September 2012

Parti Star; Parti Chauvinistik

Dalam keadaan rakyat mula mengalihkan  sokongan terhadap seteru BN, Parti Star pun terbentuk. Matlamatnya untuk menjadi pemerintah Sabah menggantikan  UMNO dan Komponenannya. Seorang rakan menceritakan bahawa Parti Star akan bertanding di kawasan-kawasan yang ditandingi oleh Parti UMNO, UPKO, PBRS tetapi mereka tidak akan meletakkan calon  di kawasan yang ditandingi PBS. Jika menang mereka akan masuk BN dan membentuk kerajaan bersama-sama PBS. Inilah perjuangan Star kononnya. Ternyata peruangan Star itu terlalukebudak-budakan. Patutlah parti ini kurang mendapat sambutan daripada rakyat khususnya golongan yang berpendidikan kerana perjuangan sempitnya walhal presidennya dikatakan seorang yang berkelulusan tinggi.

      Ternyata penubuhan parti itu hanya semata-mata untuk membalas dendam khususnya UMNO dan beberapa parti lain seperti UPKO, PBRS, SAPP dan beberapa parti lain yang menyebabkan kejatuhan kerajaan PBS. Ternyata bahawa  perjuangan Star itu bukan demi kepentingan rakyat tetapi berlandaskan perjuangan sempit. Bersifat perkauman dan kekeluargaan. Presidennya sendiri terlibat dengan parti PBS suatau ketika dahulu menyebabkan UMNO akhirnya masuk ke Sabah. Perjuangan PBS pada ketika itu penuh dengan dendam dan rasa benci terhadap persekutuan, orang Islam dan hanya mementingkan satu kaum sahaja. Mereka lupa bahawa negara ini adalah masyrakat majmuk yang memerlukan pemimpin yang berpandangan terbuka. Pemimpin yang rakyat perlukan ialah pemimpin yang memperjuangkan nasib rakyat tanpa menmgira kaum, agama dan kedudukan. Mereka sering kali mempergunakan kedaifan rakyat yang mudah terpedaya dengan isu-isu sensitif. Akhirnya pada waktu itu, UMNO masuk ke Sabah dan membuka keahlian kepada kaum bukan Melayu semata-mata hendak membela orang Islam dan suku kaum lain yang ditinas dalam zaman PBS. Tawaran ketua menteri secara bergilir-gilir menyebabkan mereka yang gila kuasa meninggalkan PBS. Akhirnya tinggallah pemimpin PBS yang setia tetapi akhirnya menyertai BN dengan berat hati. Apakah penubuhan Star yang dipelopori oleh adik pemimpin PBS itu masih merindukan perjuangan menindas dan menidakkan kaum lain demi kepentingan keluarga dan kaumnya. Ternyata Star yang penuh dengan perjuangan kebudak-budakan itu tidak mendapat sambutan rakyat akar umbi walaupun namanya gah denhgan slogan "INI KALILAH". Slogan iu rupanya hanya untuk gurauan oleh generasi muda dan bukan dilafazkan kerana menyokong perjuangan Parti Star  yang chauvinistik itu.

Dulu Saya Kata UMNO Memang Nazak

Dalam tahun ini juga saya ada menyebut bahawa UMNO memang nazak, seperti mana yang didakwa oleh Tuan Aspan Alias. Tetapi kalau diperhalusi nazaknya UMNO bukanlah nazak macam manusia nazak sebalikknya nazaknya UMNO bila mana para pemimpinnya hanya asyik mencari kekayaan untuk diri sendiri , keluarga dan kroni. UMNO sudah sampai ke tahap tidak mempedulikan keluhan dan rintihan rakyat. Beberapa perkara yang dicadangkan oleh pemimnpin-pemimpin PR khususnya untuk membantu rakyat dianggap akan menyebabkan negara ini bankrup dan muflis. Pendidikan percuma dengan pengahpusan PTPTN, menurunkan harga minyak, menghapuskan duti eksais, menaikkan gaji kakitangan kerajaan, memberikan elaun khas kepada guru dan sebagainya memberikan kesedaran kepada rakyat bahawa hanya PR yang benar-benar memperjuangkan nasib rakyat, manakala dasar yang dilaksanakan oleh UMNO dan BN tidak lebih daripada usaha untuk menggabui hati rakyat. Mereka tidak ikhlas untuk membantu rakyat mereka sendiri. Ini kerana mereka sudah terlalu selesa dengan kemewahan yang mereka miliki. Bukan lagi menjadi rahsia umum ikakesemua pemimpin UMNO di pelbagai peringkat sibuk mencari projek dan kontrak
untuk menambahkan kekayaan diri. Dan dalam masa yang samasegala isu yang ditimbulakn rakyat tidak dipedulikan.
    Penghijrahan Datuk Lajim Ukin dan Datuk Welfred Bumburing menyentak mimpi indah pemimpin-pemimpin tertinggi BN lantas kedua-dua MP ini dikatakan  menyeberang ke sebelah kerana mereka tidak lagi akan dicalonkan. Demikianlah kononnya sebab-sebab kedua-dua MP itu melompat walhal rakyat umum juga tahu bahawa kedua-dua pemimnpin itu sebenarnya tidak berpuas hati dengan tindak-tanduk dan gelegat ketua menteri Sabah, Musa Aman yang sering mengutamakan keluarga dan kroni sejak menjadi ketua menteri. Bukan lagi rahsia kepada rakyat Sabah bahawa kekayaan negeri ni telah dikuasai dandibolot oleh Ketua Menteri yang rasuah dan rakus ini. Dan dalam perkiraan rakyat, Musa Aman cuba mengukuhkan lagi kuasanya dengan menyeneraikan keluarga dan kroninya di 26 kawasan daripada 33 kerusi UMNO. Ii bermakna hanya 7 kerusi sahaja yang diberikan kepada pemimpin yang tidak ada  ikatan kekeluargaan dengan beliau. Oleh kerana itu adalah wajar para pemimpin BN negeri lain meniggalkan Musa Aman dan keluarganya. Para pemimpin PBS, UPKO, UMNO, dan PBRS  sewajarnya mengambil kesempatan PRU ke-13 ini membebaskan negeri ini daripada cengkaman keluarga Musa Aman tetapi ternyata para pemimpin KDM lain nampaknya tidak ada biji, mereka menjadi pengecut dantaku didakwa, maklumlah mereka juga melakukan pelbagai perkara pecah amanah semasa bersengkongkol dengan Musa Aman.

     Bagi kami, rakyat biasa ini sudah nekad. Walaupun nama masih ahli UMNO, ahli PBS, ahli PBRS dan ahli UPKO, tetapi di hati kami,dalam PRU akan datang, kami akan undi PR. Kami percaya dengan berbuat demikian, kami mempertahankan hak kami, hak sebagai rakyat peribumi yang ada keistimewaan. Hak yang semakin pupus di bawah kerajaan BN dan UMNO. Kami tidak mahu lagi PATI terus diberikan kerakyatan dan keistimewaan seperti kami. UMNO dan BN tidak diharapkan untuk mempertahankan negeri dan negara ini, mereka hanya berminat untuk mencari kekayaa.Mereka hanya berminat untuk kekal berkuasa dan kemudian menyalahgunakan kuasa itu untuk kepentingan diri dan keluarga. Isu lembu Sahrizat, Udang Noh Omar dan pelbagai isu lagi memperlihatkan peromapakn secara besar-besaran oleh pemimpin-pemimpin BN. Biarlah mereka syo sendiri, yang penting kami sudah nekad untuk menkarkan kerajaan yang ada. Oleh sebab itu kami sangat berharap agar para pemimpin utama PR memastikan kali ini berlaku pertandingan satu lawan satu. Kita tumbangkan kerajaan yang korup dan mementingkan kroni semaa-mata. Masa untuk berubah.

Sabtu, 31 Disember 2011

UMNO dan BN memang nazak.

Setelah beberapa bulan berhenti menulis, hati tercuit kembali untuk mencatatkan  apa yang saya dengar dan lihat. Sejak akhir-akhir ini, pemimpin-pemimpin UMNO dan BN bukan sahaja mengalamai krisis keyakinan rakyat, bahkan semakin hari semakin banyak perkara yang terdedah dan terbongkar. Pendedahan NFC, penyalahgunaan wang zakat  dan kenyataan pemimpin-pemimpin  UMNO itu sendiri membayangkan bahawa parti yang memerintah selama 54 tahun itu mula goyah, apatah lagi sebilangan besar rakyat sudah  tidak meletakkan harapan kepada UMNO untuk membela mereka. Ternyata  kerajaan Pakatan Rakyat dibeberapa negeri memperlihatkan bahawa urustadbir mereka lebih berwibawa, berintegriti, amanah dan jujur melainkan beberapa perkara kecil yang cuba diperbesar-besarkan oleh media kerajaan. Sambutan dingin rakyat terhadap media perdana memperlihatkan bahawa  kerajaan BN  yang korup, tidak beramanah dan mementingkan kroni  kini mula dijauhi.
     Kenyataan ini seakan-akan spekulasi semata-mata tetapi sepanjang cuti sekolah yang telah berlalu saya telah menghabiskan sebahagian besar masa saya bersama dengan sanak saudara yang terdapat hampir di seluruh daerah Kemabong dan Tenom. Ketika tiba di sesuatu kampung, dapat dilihat jalan raya diperbaiki, rumah PPRT juga banyak dibina, bantuan zink, kanopi dan sebagainya kepada cawangan-cawangan UMN O, hal ini membayangkan bahawa sambutan rakyat terhadap parti itu masih hangat, namun berdasarkan pandangan sebahagian besar penduduk di sesuatu tempat dapat saya simpulkan bahawa BN kali ini memang tenat. Sikap yang diperlihatkan oleh rakyat seakan-akan sama dengan zaman era Parti Berjaya dahulu bila mana rakyat tidak lagi menghiraukan kehadiran pemimpin-pemimpin BN dan UMNO khususnya Datuk Raime dan Datuk Rubin Balang. Majlis-majlis yang melibatkan Datuk Raden Maleh juga nampaknya dingin dan sepi. Manakala beberapa cawangan dan ahli UMNO dan PBS menyertai  sama ada  parti Dap, PKR atau Sapp. Apakah sikap rakyat ini menggambarkan bahawa Perdana Menteri 1 Malaysia, Datuk Seri Najib merupakan perdana menteri UMNO yang terakhir sebagaimana yang didakwa oleh pembangkang.
    Dalam keadan rakyat mula mengalihkan sokongan kepada Pakatan Rakyat, kedengaran khabar angin menyatakan bahawa usaha giat  dilakukan untuk memberikan kad pengenalan kepada pendatang-pendatang . Khabarnya mereka akan dihantar ke Selangor untuk memenangkan BN di negeri yang kaya itu, ini diakui oleh seorang warga Filipina yang telah berkahwin dengan orang tempatan. Apakah ini talian hayat terakhir kerajaan BN dan UMNO? Mereka sanggup menggadaikan negara kepada mereka ini semata-mata untuk kekal berkuasa?  Apalah maknanya pilihan raya itu kalau ini yang dilakukan. SPR pula tidak profesioan dan berat sebelah. Mengapa mereka harus takut kalah?  Kalau di negara-negara bukan Islam seperti Jepun, jika seorang menteri dikaitkan dengan sesuatu isu, pasti mereka akan letak jawatan atau kerajaan itu disaerhkan kepada parti lain dengan rela hati,  Betapa "gentlemennya" mereka ini. Sedangkan pemimpin-pem impin kita sebaliknya. Apakah mereka takut segala penyelewengan mereka selama ini terbongkar? Apakah mereka takut meringkuk dalam penjara tidak seperti sesetenhgah pemimpin pembangkan yang berjiwa besar. Beginilah agaknya rupa pemimpin-pemimpin UMNO dan BN, penakut dan pengecut.  Saya masih menanti pemimpin UMNO yang berani, amanah, berjiwa besar dan yang palin penting mempunyai nilai moral yang tinggi.


Rabu, 28 September 2011

Bukan Badan Kerajaan Diresapi Orang Anwar, Tetapi Ramai Daripada Mereka yang Mula Membenci Kerajaan BN, Mengapa ini Berlaku.

Semakin Ramai Penjawat Awam Tak Suka BN?

Posted by admin | Wednesday, September 28, 2011

Akhbar milik Umno - Utusan Malaysia - hari ini mendakwa menerima maklumat kononnya ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menghantar orangnya meresapi badan kerajaan yang strategik untuk menjatuhkan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

"Musuh" ini didakwa menyalurkan maklumat sulit mengenai Najib kepada pihak pembangkang, termasuk butiran tentang lawatan rasminya ke luar negara dan cuti peribadinya, dakwa akhbar berbahasa Melayu itu.

Bagaimanapun, akhbar itu tidak menyatakan nama sebarang badan kerajaan terbabit.

NONEDalam artikel bertajuk 'Musang berbulu ayam dalam
badan-badan strategik kerajaan?'
yang disiarkan hari ini, editor kanan Utusan, Datuk Zaini Hassan (kanan) mendakwa beliau telah menerima maklumat mengenai dakwaan tersebut.

"Saya menerima satu maklumat mengenai badan (atau mungkin lebih daripada satu badan) yang cukup strategik dalam kerajaan yang telah dan sedang diresapi oleh orang (atau dalam bahasa mulut orang-orang) Anwar Ibrahim.

"Maklumat yang saya terima menggambarkan bahawa ia adalah suatu situasi yang real dan nyata," tulisnya Zaini dalam kolumnya Cuit.
Beliau memetik maklumat itu memberitahu: ''Saya tidak hendak memberikan contoh yang lebih banyak, tetapi saudara perhatikanlah sendiri bagaimanakah ada agensi Kerajaan Persekutuan (dirahsiakan namanya) yang tugas pentingnya mempertahankan dasar-dasar kerajaan, memberi kefahaman kepada rakyat supaya akhirnya mereka memberikan sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri, boleh pula menerapkan, menyerapkan malah menggunakan instrumen pembangkang yang berusaha mematikan Perdana Menteri.”

Kata maklumat itu lagi, tulisnya, inilah kemenangan Anwar yang dibawa oleh orang kuatnya di dalam organisasi itu, dan masih membawa masuk orang Anwar secara perlahan.

azlan"Bagi kami yang kerdil ini, tidak sanggup melihat YAB Perdana Menteri menerima nasib seburuk (Muammar) Gaddafi (pemimpin Libya yang digulingkan).

"Sekuat Gaddafi pun akhirnya dijatuhkan dari dalam dengan bantuan musuh-musuh Islam di luar!'' tulis Zaini memetik maklumat tersebut.

Sebagai contoh Zaini memetik maklumat itu lagi: " ...anda fikirkanlah bagaimanakah kos perbelanjaan lawatan rasmi luar negara YAB PM boleh diperolehi dengan begitu detail, cepat dan pantas oleh pihak pembangkang?

"Bagaimanakah juga penerbangan percutian peribadi YAB PM juga boleh diperolehi dengan begitu detail dan cepat oleh pihak pembangkang? Dan banyak lagi contoh-contoh lain. Apakah ia diperolehi dengan mudah jika tidak kerana ada orang dalam yang membocorkan segala maklumat sulit itu?''

Bagaimanapun, Zaini menegaskan dia tidak dapat mengesahkan apa yang dikatakan oleh sumbernya itu.

"Jika salah, mungkin saya boleh tidur lena dan bersyukur keadaan itu tidak berlaku, walaupun saya mungkin dipersalahkan kerana menulis sesuatu yang tidak berlaku.

"Apa yang saya tulis ini mungkin sedikit memeranjatkan, tapi biarlah pihak-pihak tertentu yang menyiasat mengenai kebenarannya."

Jika dakwaan itu benar, tulis Zaini, ia adalah sesuatu yang cukup bahaya dan sesuatu yang drastik harus dilakukan supaya pengkhianat-pengkhianat ini dibersihkan secepat mungkin daripada sistem kerajaan.

"Ia adalah satu perancangan yang halus, licik dan terancang yang boleh menjejaskan kerajaan semasa," tambahnya. -MK


Mengapa kakitangan kerajaan mula membenci kerajaan BN?

Tuan Zaini sepatutnya  bertanya dan buat kajian, mengapa maklumat yang berkaitan dengan PM sering kali bocor atau dapat diketahui oleh pemimpin PR dengan cepat. Kalau tidak silap saya, dalam tulisan saya yang lepas-lepas, ada saya nyatakan bahawa kakitangan kerajaan yang diabaikan sejak zaman Pak Lah mula mengalihkan minat kepada Pakatan Rakyat. Hal ini kerana kerajaan gagal membantu mereka mengatasi beban an hidup setelah harga minyak dinaikkan secara mendadak.
     Kerajaan yang diterajui Datuk Seri Najib gagal meleraikan masalah ini sebaliknya pembaziran kerap dilakukan oleh isteri beliau, Rosmah Mansor. Datuk Seri Najib pula dilihat begitu bersemangat dengan pelbagai transformasi, tetapi hasilnya...pendapatan kakitangan kerajaan masih rendah berbanding kenaikan harga barang hari ini. Kuasa beli mereka merosot. Apakah mungkin langkah yang paling berkesan untuk mengatasi masalah ini? Maklumlah siapalah kakitangan di mata kerajaan. Natijahnya, percaya atau tidak, ramai kakitangan kerajaan secara diam-diam mengharapkan kerajaan yang ada dapat ditukar dengan kerajaan yang baru. Kerajaan yang boleh mendengar keluhan kakitangan kerajaan. Mereka ini, ada antaranya yang  merupakan ahli UMNO. Dalam hal ini Datuk Seri Najib, Pak Lah dan para pemimpin BN dan UMNO harus menyalahkan diri kerana gagal memahami kehendak kakitangan kerajaan, Percaya atau tidak, kajian yang dibuat oleh seorang rakan mendapati bahawa mereka yang memiliki kelapa sawit atau getah yang luasnya lima ekar sahaja, mempunyai pendapatan yang lebih tinggi berbanding kakitangan kerajaan yang memegang jawatan gred A, DG41-DG48. 
    Jika kakitangan kerajaan merasa mereka diabaikan, adakah salah jika mereka menentang kerajaan yang mengabaikan mereka? Tuan Zaini mungkin tidak menghadapi bebanan kewangan, tetapi rata-rata kakitangan kerajaan hari ini mengalami masalah yang sama. Kita cuma berharap kerajaan Datuk Seri Najib menyedari hal ini sebelum pilihan raya akan datang. Kakitangan kerajaan sudah jenuh dengan alasan 'kerajaan tidak mampu' kerana isteri perdana menteri mampu membeli cincin yang berharga lebih 20 juta. Wajarlah kakitangan mencemburi perkara ini.

Rabu, 7 September 2011

" NAMA lagi penulis kalau tidak menulis bukanlah dia seorang penulis. Penulis memang tidak boleh duduk diam dan menyepi. Penulis tidak boleh melihat sesuatu di depan matanya berlalu begitu saja tanpa dikupas, diulas dan disorot. Soal perbezaan pandangan penulis dengan orang (penjenguk) itu perkara lumrah.

Sebab itu kalau ada orang tidak sependapat dengan saya, iya biarkan saja. Itu hak anda. saya menghormati pandangan berbeza itu sebagai satu kritikan konstruktif.

Saya cuba istirehatkan diri untuk tidak menulis dan mengisi blog ini. Selesema yang menyerang agak menganggu pemikiran dan seluruh badan pegal-pegal dan ngilu sendi merasa sengal. Perubahan musim dan kondisi berpuasa selama sebulan memungkinkan selesema menyerang."


Cebisan petikan di atas, saya petik kata-kata saudara MSO dalam blognya. Saya amat setuju dengan beliau. Seorang penulis itu akan menulis apa yang diihat, disaksikan dan yang didengar.  Seorang penulis itu tidak mungkin akan diam dengan apa yang dihadapinya setiap hari. Kalau MSO berhenti menulis seketika kerana selesema, saya pula berpuasa menulis dalam blog ini kerana terlalu jemu dan cuak dengan apa yang berlaku di negara ini. Fitnah berlaku secara berleluasa, yang lebih malang lagi fitnah disebarkan oleh media-media kerajaan, media yang sepatutnya dipercayai oleh rakyat. Cemuh-cemuhan dan tuduhan-tuduhan yang berat yang dilemparkan oleh pemimpin-pemimpin kerajaan melalui media perdana amat membosankan. Ternyata toleransi politik tidak lagi wujud. Kejujuran berpolitik itu sudah ditelan zaman. Berpolitik untuk tujuan yang jujur dan murni tidak lagi berlaku. Pemimpin-pemimpin khususnya pemimpin kerajan, kata-kata dan seruan mereka tidak lagi ikhlas sebaliknya penuh dengan tipu muslihat dan hasrat yang terselindung. Bukan sahaja kenyatan-kenyataan mereka tidak lagi dihiraukan dan dipercayai rakyat, bahkan seringkali pemimpin-pemimpin kerajaan ini bercakap bagai orang yang terlalu dungu dan naif. Tidak memahami apa yang diperkatakan oleh pemimpin pembangkang. Lain yang diperkatakan, lain yang diulas. Justeru, saya cuba menahan diri daripada terus menulis untuk beberapa bulan kerana takut dicop sebagai pembangkang atau mungkin penyokong pembangkang, kerana sering kali mengkritik pemimpin-pemimpin kerajaan. Misalnya, pilihan raya yang bersih dan telus, pemberian kerakyatan warga asing secara membuta tuli semata-mata untuk mengekalkan kuasa, pembaziran yang keterlaluan khususnya isteri Perdana Menteri dalam situasi rakyat dihimpitkan dengan kenaikan kos hidup yang tinggi hari ini dan sebagainya, amat membosnakan bahkan menimbulkan perasaan benci yang melampau-lampau terhadap pemimpin-pemimpin kerajaan.
Bukan pemimpin-pemimpin pembangkang sahaja yang benci dengan tindakan kotor dan keji kerajaan ini, tetapi rakyat biasa juga tidak menyukai perkara ini termasuk ahli-ahli parti UMNO dan kompenan BN.
    Kalau pada masa lalu orang mendoakan agar umur para pemimpin dipanjangkan tetapi hari ini adalah sebaliknya. Percaya atau tidak ramai yang berharap agar umur para pemimpin khususnya pemimpin-pemimpin kerajaan dipendekkan agar harta negara tidak habis dikaut dan dibazirkan. Selain pilihan raya kecil yang membolehkan mereka menerima  peruntukan yang luar biasa, kematian pemimpin-pemipin yang ada sekurang-kurangnya membuka peluang kepada pemimpin-pemimpin baru yang lebih berwibawa dan bertanggungjawab. Ramai yang mendoakan agar Datuk Seri Najib dapat digantikan dengan cepat agar segala kemelut yang berlaku dalam negara dapat diatasi. Sikap kejam dan ketidakpedulian datuk Seri Najib dengan pelbagai tuntutan yang dikemukakan oleh pemimpimpin NGO; Bersih dan pemimpin-pemimpin pembangkang terhadap beberapa isu membayangkan Datuk Seri Najib tidak menghiraukan kehendak rakyat. Tahukah PM 1 Malaysia ini bahawa rakyat hari ini tanpa mengira anutan politik  meletakkan harapan kepada pemimpin-pemimpin pembangkang untuk menyuarakan segala pandangan dan rintihan mereka. Kecanggihan perhubungan teknologi maklumat memungkinkan komunikasi dua hala dengan pemimpin-pemimpin berlaku secara berkesan. Biasanya rakyat akan lebih selesa menyatakan rintihan merka kepada pemimpin-pemimpin pembangkang bebanding pemimpin-pemimpin kerajaan. Ini menunjukkan bahawa apa yang disuarakan oleh pemimpin-pemimpin pembangkang itu adalah suara sebahagian besar rakyat negara ini.
Oleh sebab itu, tidak hairanlah jika segala apa yang diperkatakan oleh pemimpin-pemimpin pembangkang sentiasa mendapat sokongan rakyat termasuk ahli akar umbi UMNO dan komponenBN yang lain, kecuali mereka yang menjadi pembodek dan pengampu. Bagi mereka ini, segala apa yang diperkatakan oleh pemimpin kerajaan semuanya betul, hatta mengadaikan negara ini kepada rakyat asing. Pembodek-pembdek ini adalah golongan yang telah buta hatinya. Atau mungkin juga mereka ini bebal dan dungu.
     Sebagai ahli UMNO, kalau diberi pilihan sama ada bernaung di bawah Perdana Menteri 1 Malaysia atau di bawah Perdana Menteri Hadhari. Saya akan memilih untuk menolak kedua-duanya. Saya juga tidak mahu bermimpi untuk berperdanamenterikan Muhyiddn Yassin, kerana Pak Udin anak Yassin ini juga tidak berpendirian, tidak bijak dan tidak berwibawa. Segala apa yang dilakukannya penuh dengan muslihat dan puytar belit. Saya masih mengharapkan akan muncul wajah baru untuk menarajui kepimpin kerajaan.