Rabu, 19 November 2014

Pas Memang Tidak Serius Dengan Kerjasama Dalam PR

Masalahnya lelaki itu atasi siapa saja dalam PAS'

MP Puchong Gobind Singh Deo memulang paku buah keras kepada Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berhubung isu ketidakhadiran Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

Gobind memberi amaran supaya Mohd Amar (bawah) lebih berhati-hati daripada menuduh DAP mahu mengeluarkan PAS keluar daripada Pakatan Rakyat.

Sedangkan, kata Gobind, parti itu hanya menggesa Hadi hadir dalam mesyuarat itu demi kebaikan gabungan tiga parti PKR-DAP-PAS itu.

"Beliau nampaknya tidak faham perkara mudah. Jika tidak ada pertemuan yang bermakna, kewujudan Pakatan Rakyat hanya sekadar khayalan. Ini bukan isu kecil. Ini isu yang cukup serius. Ia melibatkan (kerjasama) dalam Pakatan.

"Kami dalam DAP telah beberapa kali mengulangi bahawa sekiranya Pakatan mahu berfungsi untuk berjaya, mesti mempunyai usaha serius dari semua parti komponen yang terlibat.

"Jadi tidak salah meminta beliau (Hadi) hadir dalam mesyuarat, jika keputusan yang hendak diputuskan demi masa depan Pakatan," katanya dalam satu kenyataan.

Semalam Mohd Amar dilapor mengingatkan DAP supaya tidak mencampuri urusan dalaman PAS dan mengalu-alukan parti itu meninggalkan Pakatan jika tidak senang dengan parti Islam itu.

Tak hormat rakan Pakatan

Timbalan pesuruhjaya PAS Kelantan itu juga berkata DAP tidak perlu mencari jalan menggunakan "isu kecil" untuk menyingkirkan PAS dari gabungan parti pembangkang itu.

Berhubung kenyataan Hadi bahawa terpulang kepadanya untuk hadir ke mesyuarat itu ataupun tidak, Gobind menyifatkan sikap itu sebagai "langsung tidak hormat" kepada rakan komponen dan rakyat Malaysia.

Gobind (bawah) yang juga ketua Biro Undang-undang DAP berkata sikap tersebut berulang ketika kemelut menteri besar berlaku.

"(Rakyat) berharap bahawa pemimpin dalam Pakatan akan bersatu hati dan fikiran bersama-sama demi membina parti alternatif yang boleh memimpin negara ini menggantikan BN.

"Kami bukan menjatuhkan Hadi secara peribadi, tetapi daripada apa yang kami perhatikan sebelum ini, jelas PAS ditadbir oleh seorang lelaki, namanya Hadi.

"Beliau sahaja boleh mengatasi sesiapa saja dalam parti itu," katanya.

Anak lelaki kepada mendiang Karpal Singh itu turut menegaskan mesyuarat yang diadakan tidak bermakna jika individu utama tidak endah soal kehadiran dan semua perbincangan yang diputuskan tidak bermanfaat pada akhirnya.
 
 
 
 Kalau pemimpin Pas menganggap bahawa Dap sengeja mencari pasal dengan parti itu, ternyata telahan itu terlalu palui dan bodoh. Beginilah agaknya cara berfikir pemimpin-pemimpin pas. Mereka langsung tidak prihatin terhadapm aspirasi dan harapan rakyat Malaysia keseluruhannya. Kalau nak berpolitik, jadilah ahli politik yang bijak. Kami rakyat biasa ini pun amat kecewa dengan tindak-tanduk Hadi Awang sejak krisis MB Selangor lagi. Kenyataasnnya baru-baru ini yang menyatakan bahawa dia boleh hadir atau tidak  dalam perjumpaan pemimpin-pemimpin PR, bergantung kepada dirinya, mahu datang atau tidak bergantung kepada dirinya adalah kenyataan yang bebal dan dangkal dari seorang presiden parti. Memang benar apa yang dinyatakan oleh Gobind. Pemimpin-pemimpin Pas sepatutnya bersikap serius terhadap pembentukan Pakatan tersebut. Patutlah Pas tidak berjaya walaupun berpuluh-puluh tahun berjuang kerana sikap pemimpinnya yang tidak berwibawa. Nampaknya siapa sahaja yang dianggap beragama boleh menjadi pemimpin Pas, tidak kiralah berwibawa atau tidak pemimpin itu seperti Hadi Awang. Dalam hal ini kesalahan tidak juga harus diletakkan kepada Hadi Awang sahaja, yang paling bersalah dalam hal ini ialah ahli-ahli Pas yang  tidak pandai menilai pemimpin-pemimpin mana yang berwibawa. Bagi ahli-ahli Pas jika orang itu kuat beragama maka dialah yang boleh dinobatkan sebagai pemimpin. Jadi jika mahu menjadi pemimpin pas berusahalah menjadi ulama pas meskipun anda tidak berwibawa nescaya anda boleh menjadi pemimpin. Dan pastinya anda akan dipertahankan oleh ahli-ahli walaupun anda akan tidak berupaya mentadbir parti.

Tiada ulasan: