Rabu, 1 Oktober 2014

Bagaimana orang-orang kampung mahu berusaha lebih sedangkan modal, kelengkapan kurang?

Dr M: Bumi tak boleh salahkan kaum lain...

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kaum Bumiputera tidak boleh menyalahkan kerajaan dan kaum lain sekiranya sasaran 30 peratus pemilikan ekuiti Bumiputera dalam ekonomi negara menjelang tahun 2020 tidak tercapai.
  
Beliau berkata mereka perlu menyalahkan diri sendiri kerana tidak mempertingkat daya usaha bagi memajukan diri.
  
"Kita tidak boleh menyalahkan orang lain dan mengharapkan mereka mengurangkan usaha demi kepentingan kita, sebaliknya kita kena betulkan diri dan berusaha lebih daripada kaum-kaum lain untuk berjaya," katanya.
  
Beliau berkata demikian dalam sesi soal jawab pada Ceramah Perdana Bersama Pemikir Ulung Negara anjuran Gabungan Persatuan Pesara-Pesara Melaka di Melaka semalam. Turut hadir Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob dan
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron.
  
Dr Mahathir berkata kaum Bumiputera telah diberikan banyak kelebihan daripada kerajaan khususnya dalam sektor ekonomi namun tidak digunakan denganbaik.
  
"Sebagai contoh, kerajaan pernah memberikan projek pembinaan kelas-kelaskomputer di sekolah kepada kontraktor Melayu tetapi mereka menjual projek itukepada orang lain," katanya.
  
Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata konsep berkongsi kuasa politik dan ekonomi yang diasaskan pemimpin terdahulu mampu terus menjamin kemakmuran dan keharmonian kaum di negara ini.
  
Sebaliknya, katanya tindakan berlumba-lumba menguasai kesemua bidang oleh sesuatu kaum mampu menggugat kestabilan dan ketenteraman dengan tindakan rusuhan berikutan perasaan terasing dan tertindas oleh kaum lain.

- Bernama




Inilah kenyataan bodoh seorang bekas perdana menteri. Bagaimana mungkin golongan bawahan Melayu dan Bumiputera berusaha lebih sedangkan mereka kekurangan modal dan kelengkapan. Setahu saya hanya peimpin-pemimpin UMNO di pelbagai peringkat yang mendapat projek yang besar-besar dan hanya mereka yang mampu membeli mesin untuk kegiatan pertanian, atau untuk membeli atau menyewa  bangunan dan peralatan  untuk memulakan perniagaan. Dengan pendapatan golongan bawahan yang begitu rendah, mana mungkin mereka mampu memulakan sesuatu perusahaan. Dalam masa yang sama pemimpin-pemimpin UMNO yang mendapat projek kerajaan pemalas dan suka hidup bermewah-mewah. Lesen kontraktor pula dibekukan dengan pelbagai alasan yang tidak masuk akal. Sepatutnya permohonan lesen kelas F itu dibuka. Banyak mana pun bilangan mereka yang memiliki lesen tidak kisahlah. Siapa yang benar-benar berminat dan berusaha dia akan berjaya, bukan yang hanya menunggu dan meminta ehsan kerajaan. Selepas itu kerja-kerja semuanya diberikan kepada orang lain. Sampai bila pun kalau sikap kerajaan ini terus memanjakan orang-orang UMNO dan pemimpinnya, maka selagi itulah usaha dan angan-angan untuk memberikan ekuiti 30% kepada orang Melayu dan Bumiputera tidak tercapai. Pinjaman yang mudah sepatutnya diberikan kepada mereka yang mahu memulakan perniagaan tanpa mengira siapa mereka. Apa yang berlaku hari ini, jika dia orang politik (UMNO) maka mudahlah mendapat pinjaman jutaan ringgit sebagaimana yang berlaku kepada proijek lembu keluarga Shahrizat. Tapi golongan bawahan ama sukar meminjam daripada kerajaan. Jadi janganlah menggunakan orang Melayu dan Bumiputera untuk meraih undi dan sokongan sedangkan bantuan yang ikhlas dan sunguh-sungguh tidak diberikan. 

Tiada ulasan: