Sultan: Rasuah tak boleh diubat dengan Strepsil
Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah risau tentang jurang pendapatan yang akan memburukkan gejala rasuah.
Menzahirkan kebimbangan baginda berkenaan laporan data Model Ekonomi Baru (NEM), Raja Nazrin berkata negara kini tidak lagi boleh berada dalam keadaan "minda penafian".
Baginda bimbang pengagihan kekayaan yang tidak seimbang dan jurang pendapatan yang semakin melebar akan menggalakkan budaya rasuah.
Bertitah pada ulang tahun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini, Raja Nazrin bertitah bahawa negara kini berhadapan dengan cabaran yang besar.
"Ia bukan sakit tekak yang bersifat sementara, boleh diubati dengan gula-gula Strepsil.
"Ia penyakit sosial yang serius, memerlukan rawatan intensif daripada doktor dan pakar bedah sosial.
"Ia memerlukan formula perubatan dari farmasi sosial yang berupaya merangka dasar sosial yang komprehensif lagi holistik untuk dilaksanakan," titah baginda.
Baginda turut mempersoalkan tahap gaji rakyat yang tidak seiring dengan kos kehidupan seharian.
"Apakah opsyen yang ada di kalangan pegawai awam mahupun swasta jika gaji tidak dapat menampung perbelanjaan hidup harian?
"Majoriti yang berada dalam kategori ini, sebenarnya, tidak mahu melakukan rasuah.
"Bilangan yang tergolong dalam kategori ini akan semakin bertambah jika formula berkesan tidak diperkenalkan.
"Terutamanya (dalam) memberikan fokus kepada aspek-aspek perumahan, makanan, pengangkutan serta khidmat kesihatan dan rawatan perubatan yang kosnya semakin hari semakin meningkat," titah baginda lagi.

Dalam dekad ini jarang-jarang kita mendengar seorang pemimpin golongan bangsawan menyuarakan masalah yang dihadapi oleh rakyat. Tetapi sultan Perak ini nampaknya lebih prihatin berbanding pemimpin-pemimpin kerajaan BN. Minyak terus naik, dan lepas ini pasti kenaikan berantai akan berlaku. Kos pengangkutan naik, harga barang-barang naik dan kuasa beli pengguna akan terus turun. Yang tidak naik harga produk pertanian, pisang, getah, kelapa sawit dan gaji kakitangan awam. Kenaikan gaji tahunan kakitangan awam hanya 2.5% setahun manakala kenaikan harga barang 8.5% setahun. Adakah kerajaan BN yang mengaku hanya mereka yang mampu mentadbir negara dengan baik, tidak menyedari hal ini. Atau seperti kata 'tukar tiub" semua pemimpin BN, suka buat-buat bodoh atau memang bodoh. Tidak memahami masalah rakyat. Bagaimana rakyat mahu terus menyokong kerajaan BN kalau masalah mereka tidak dihiraukan. Bila kerajaan dikritik, mereka cuba pula menekan mereka dengan pelbagai akta termasuk akta hasutan memburukkan pemimpin negara konon. Apakah kerajaan mahu semua rakyatnya membodek pemimpin-pemimpin BN seperti mana yang dilakukan oleh sebahagian ahli UMNO? Pendapatan yang tidak seimbang terus melebar, orang politik menerima imbuhan dan projek yang besar nilainya, kaki tangan awam hanya mampu diberikan bonus RM500. Rakyat biaswa dapat BRIM RM350-RM600. Berapasangat nilai pemberian itu berbanding kos hidu hari ini. Oleh kerana itu tidak hairanlah, jenayah, kecurian dan masalah sosial terus berlaku. Sampai bila kami menunggu pemimpin BN yang mampu memahami masalah rakyat seluruhnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan