Lama juga saya mengabaikan blog ini kerana terlalu muak dengan pelbagai peristiwa yang berlaku dalam negara. Setelah amat kecewa dengan pengumuman sempena hari guru oleh PM 1 Malaysia, Najib Razak kami rakyat akar umbi ini terus dikecewakan dengan kenaikan tarif baru elektrik. Bagi para pemimpin BN kenaikan itu tidak memberikan kesan kepada rakyat, tapi cubalah tanya rakyat di bawah ini, apa pandangan mereka? Nampaknya setelah pandangan disalurkan melalui cawangan UMNO, juga melalui para pemimpin UMNO bahagian, ternyata pandangan kami rakyat akar umbi ini tidak dienahkan. Para pemimpin terus bertindak mengikut kehendak mereka semata-mata tanpa menghiraukan pandangan rakyat terbanyak. Justeru, perhimpunan bersih yang bakal diadakan mejadi harapan kepada rakyat untuk mengubah pentadbiran tidak mesra rakyat yang diamalkan oleh BN. Sebagai ahli UMNO,saya menafikan bahawa pentadbiran BN selama ini adil tanpa mengira kaum dan anutan politi, sebagaimana yang dinyatakan oleh Datuk Shafie Afdal. Hal ini kerana dalam UNMO pun sudah berlaku pelbagai ketidakadilan, mereka yang kalah dan menyokong pihak yang kalah terus dipingirkan. Apatah lagi mereka yang menjadi ahli kepada parti lain. Inikah agaknya keadilan di kaca mata Datuk Shafi Afdal.
Dan oleh kerana itu perhimpunan bersih yang bakal diadakan pada bulan Julai nanti, menjadi sandaran kepada kami untuk mengubah segalanya. Saya tertarik dengan kenyataan AMK seperti berikut;
"Sewajarnya, mereka tidak perlu risau dengan perhimpunan ini sekiranya mereka yakin di pihak yang benar. Untuk apa dibantah dan dibanteras satu perhimpunan yang dianjurkan untuk menentang sistem yang betul?
Kerisauan mereka ini hanya memperlihatkan bahawa setiap dakwaan Pakatan Rakyat dan NGO-NGO yang konsisten memperjuangkan sistem pilihanraya yang adil dan telus di Malaysia adalah kukuh dan berasas. Justeru, segala bentuk ancaman khususnya daripada Umno, Perkasa dan pihak polis sendiri adalah sesuatu yang sia-sia dan memalitkan muka mereka dengan ludah mereka sendiri.
Kerisauan mereka ini hanya memperlihatkan bahawa setiap dakwaan Pakatan Rakyat dan NGO-NGO yang konsisten memperjuangkan sistem pilihanraya yang adil dan telus di Malaysia adalah kukuh dan berasas. Justeru, segala bentuk ancaman khususnya daripada Umno, Perkasa dan pihak polis sendiri adalah sesuatu yang sia-sia dan memalitkan muka mereka dengan ludah mereka sendiri.
Apakah para pemimpin UMNO begitu dungu sehingga begitu cuai menyembunyikan ketakutan mereka terhadap perhimpunan ini? Benarkah selama ini SPR begitu culas dan tidak adil? Bukankah SPR mendakwa mereka adalah bebas dan berkecuali? Jadi mengapat takut dengan perhimpunan ini? Ketakutan para pemimpin UMNO terhadap perhimpunan bersih itu dengan sendirinya membenarkan dakwaan bahawa selama ini berlaku penipuan dan ketidakadilan dalam pilihan raya. SPR menjadi tali barut terhadap kemungkaran ini. Sebagai ahli UMNO saya tidaklah berhasrat pula untuk melihat parti sendiri tumbang dalam pilihan raya namun seperti kata AMK "Sistem pilihanraya yang adil dan telus bukan menguntungkan KEADILAN ataupun rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat, sebaliknya ia menguntungkan rakyat kerana suara mereka diterjemahkan dengan betul tanpa sebarang manipulasi."
Menterjemahkan kehendak dan suara rakyat dengan betul dan adil amat penting agar hak rakyat seluruhnya dapat dipertahankan. Hanya dalam pilihanraya sahajalah rakyat boleh menyatakan pandangan melalui parti undi,selebihnya segala nasib dan haa tuju negara diserahkan sepenuhnya dengan penuh kepercayaan kepada pemimpin-pemimpin yang telah menang dalam pilihan raya. Jadi kalau saluran penting ini pun dirampas, alangkah ruginya hidup dalam negara yang mengaku mengamalkan demokrasi. Dan apakah benar hak rakyat ini sudah lama dirampas oleh SPR dan para pemimpin UMNO sehinggakan segala pandangan dan keluhan rakyat tidak lagi dihiraukan.
Misalnya tuntutan terhadap kerajaan untuk menyemak semula perjanjian dengan IPP yang telah menyebabkan rakyat hidup menderita, mengapa kerajaan begitu sukar membuat keputusan? Perjanjian IPP itu menyebabkan hanya seorang dua rakyat negera ini hidup selesa sedangkan majoriti rakyat terus dibebani dengan pelbagai kenaikan barangan dan kos hidup. Siapakah yang mahu dilindungi oleh kerajaan? Kalau kerajaan benar-benar ikhlas menjaga kebajikan rakyat dan bukan lakonan semata-mata, saya tidak nampak rakyat akan berpaling daripada UMNO. Dan dalam masa yang sama juga, para pemimpin UMNO tidak perlulah mengerahkan SPR mengadakan piihan raya yang nyata berat sebelah dan penuh dengan penyelewengan.
Kalau ahli UMNO hari ini bertambah hanya kerana setelah diadakan kempen, pujukan dan pelbagai janji. Saya percaya ahli UMNO yang baru masuk ini adalah ahli-ahli yang tidak berkualiti. Bila-bila masa mereka akan meninggalkan parti. Kalau dengan mudah mereka meninggalkan parti lama,percayalah bahawa satu hari nanti mereka dengan mudah juga akan meninggalkan parti UMNO kerana tuntutan mereka tidak dapat dipenuhi. Habis fulus, hatipun akan berubah. Ini bermakna para pemimpin UMNO perlu memikirkan kaedah baru untuk memperkukuhkan parti. Wang bukan segala-galanya. Dua tahun lalu pemilihan UMNO dilaksanakan. Pemilihan itu nyata tidak telus dan tidak adil. Rasuah berleluasa. Ahli-ahli yang menerima rasuah telah membuat laporan bukan sahaja para pemimpin tertinggi parti bahkan kepada SPRM juga, tetapi sampai hari ini, mereka yang terbukti rasuah terus memimpin parti. Oleh kerana itu saya begitu tawar hati terhadap UMNO kini. Baru-baru ini, UMNO bahagian Tenom beria-ia mahu menganjurkan 'Juara Rakyat' di SMK Tenom. Mereka akan menanggung kesemua kos program tersebut. Setelah AJK dibentuk dan tarikh ditetapkan, AJK yang dilantik bergerak sebagaimana yang dirancang. Namun ketika mesyuarat akhir untuk membincangkan segala persiapan, wakil UMNO tidak datang. Program itu akhirnya bertukar menjadi Program motivasi sekolah dan segala kos terpaksa ditanggung oleh PIBG sekolah. Kedengaran khabar angin bahawa pemimpin UMNO itu telah membentangkan di peringkat bahagian bahawa kononnya program Juara Rakyat itu telah berjaya dilaksanakan. Sebagai ahli UMNO alangkah malunya mempunyai pemimpin seperti itu. Ini padahnya bila pemimpin yang rasuah dan tidak amanah diangkat menjadi pemimpin.
Inilah yang saya katakan bahawa para pemimpin UMNO hari ini sibuk menekan pemimpin pembangkang kerana mendapat sokongan rakyat tetapi mereka sering kali alpa dengan amanah dan tanggungjawab mereka. Mereka sanggup dilihat sebagai pemimpin yang hipokrit, cakap lain buat lain tetapi mahu terus berkuasa melalui pilihan raya yang penuh dengan penipuan. Oleh kerana itu perhimpunan bersih tidak sewajarnya dihalang. Jangan tambahkan kebencian kepada mereka. Kebebasan berhimpun secara aman itu tidak wajar disekat dengan pelbagai alasan yang tidak munasabah.
2 ulasan:
Saya suka dengan tulisan tuan mengkritik dan memberikan pandangan membina kepada pemimpin-pemimpin, tetapi saya agak tidak berpuas hati kerana tuan hanya mengkritik pemipin-pemimpin kerajaan takkan pemimpin-pemimpin Pakatan maksum. Tidak ada kesalahan. Komenlah sikit tentang mereka.Baru adil.
tuan tanpa nama, saya faham dengan kehendak tuan, saya pon mengalu2kan tuan penulis untuk mengulas tentang orang rumah sebelah... dalam konteks sekarang, penulis lebih mengekspresikan keadaan dalam rumah sendiri. jangan terikut2 dengan orang rumah sebelah yang suka komen tentang rumah orang sedang rumah sendiri kelihatan goyah. kita nak perbaiki rumah sendiri...
Catat Ulasan