" NAMA lagi penulis kalau tidak menulis bukanlah dia seorang penulis. Penulis memang tidak boleh duduk diam dan menyepi. Penulis tidak boleh melihat sesuatu di depan matanya berlalu begitu saja tanpa dikupas, diulas dan disorot. Soal perbezaan pandangan penulis dengan orang (penjenguk) itu perkara lumrah.
Sebab itu kalau ada orang tidak sependapat dengan saya, iya biarkan saja. Itu hak anda. saya menghormati pandangan berbeza itu sebagai satu kritikan konstruktif.
Saya cuba istirehatkan diri untuk tidak menulis dan mengisi blog ini. Selesema yang menyerang agak menganggu pemikiran dan seluruh badan pegal-pegal dan ngilu sendi merasa sengal. Perubahan musim dan kondisi berpuasa selama sebulan memungkinkan selesema menyerang."
Cebisan petikan di atas, saya petik kata-kata saudara MSO dalam blognya. Saya amat setuju dengan beliau. Seorang penulis itu akan menulis apa yang diihat, disaksikan dan yang didengar. Seorang penulis itu tidak mungkin akan diam dengan apa yang dihadapinya setiap hari. Kalau MSO berhenti menulis seketika kerana selesema, saya pula berpuasa menulis dalam blog ini kerana terlalu jemu dan cuak dengan apa yang berlaku di negara ini. Fitnah berlaku secara berleluasa, yang lebih malang lagi fitnah disebarkan oleh media-media kerajaan, media yang sepatutnya dipercayai oleh rakyat. Cemuh-cemuhan dan tuduhan-tuduhan yang berat yang dilemparkan oleh pemimpin-pemimpin kerajaan melalui media perdana amat membosankan. Ternyata toleransi politik tidak lagi wujud. Kejujuran berpolitik itu sudah ditelan zaman. Berpolitik untuk tujuan yang jujur dan murni tidak lagi berlaku. Pemimpin-pemimpin khususnya pemimpin kerajan, kata-kata dan seruan mereka tidak lagi ikhlas sebaliknya penuh dengan tipu muslihat dan hasrat yang terselindung. Bukan sahaja kenyatan-kenyataan mereka tidak lagi dihiraukan dan dipercayai rakyat, bahkan seringkali pemimpin-pemimpin kerajaan ini bercakap bagai orang yang terlalu dungu dan naif. Tidak memahami apa yang diperkatakan oleh pemimpin pembangkang. Lain yang diperkatakan, lain yang diulas. Justeru, saya cuba menahan diri daripada terus menulis untuk beberapa bulan kerana takut dicop sebagai pembangkang atau mungkin penyokong pembangkang, kerana sering kali mengkritik pemimpin-pemimpin kerajaan. Misalnya, pilihan raya yang bersih dan telus, pemberian kerakyatan warga asing secara membuta tuli semata-mata untuk mengekalkan kuasa, pembaziran yang keterlaluan khususnya isteri Perdana Menteri dalam situasi rakyat dihimpitkan dengan kenaikan kos hidup yang tinggi hari ini dan sebagainya, amat membosnakan bahkan menimbulkan perasaan benci yang melampau-lampau terhadap pemimpin-pemimpin kerajaan.
Bukan pemimpin-pemimpin pembangkang sahaja yang benci dengan tindakan kotor dan keji kerajaan ini, tetapi rakyat biasa juga tidak menyukai perkara ini termasuk ahli-ahli parti UMNO dan kompenan BN.
Kalau pada masa lalu orang mendoakan agar umur para pemimpin dipanjangkan tetapi hari ini adalah sebaliknya. Percaya atau tidak ramai yang berharap agar umur para pemimpin khususnya pemimpin-pemimpin kerajaan dipendekkan agar harta negara tidak habis dikaut dan dibazirkan. Selain pilihan raya kecil yang membolehkan mereka menerima peruntukan yang luar biasa, kematian pemimpin-pemipin yang ada sekurang-kurangnya membuka peluang kepada pemimpin-pemimpin baru yang lebih berwibawa dan bertanggungjawab. Ramai yang mendoakan agar Datuk Seri Najib dapat digantikan dengan cepat agar segala kemelut yang berlaku dalam negara dapat diatasi. Sikap kejam dan ketidakpedulian datuk Seri Najib dengan pelbagai tuntutan yang dikemukakan oleh pemimpimpin NGO; Bersih dan pemimpin-pemimpin pembangkang terhadap beberapa isu membayangkan Datuk Seri Najib tidak menghiraukan kehendak rakyat. Tahukah PM 1 Malaysia ini bahawa rakyat hari ini tanpa mengira anutan politik meletakkan harapan kepada pemimpin-pemimpin pembangkang untuk menyuarakan segala pandangan dan rintihan mereka. Kecanggihan perhubungan teknologi maklumat memungkinkan komunikasi dua hala dengan pemimpin-pemimpin berlaku secara berkesan. Biasanya rakyat akan lebih selesa menyatakan rintihan merka kepada pemimpin-pemimpin pembangkang bebanding pemimpin-pemimpin kerajaan. Ini menunjukkan bahawa apa yang disuarakan oleh pemimpin-pemimpin pembangkang itu adalah suara sebahagian besar rakyat negara ini.
Oleh sebab itu, tidak hairanlah jika segala apa yang diperkatakan oleh pemimpin-pemimpin pembangkang sentiasa mendapat sokongan rakyat termasuk ahli akar umbi UMNO dan komponenBN yang lain, kecuali mereka yang menjadi pembodek dan pengampu. Bagi mereka ini, segala apa yang diperkatakan oleh pemimpin kerajaan semuanya betul, hatta mengadaikan negara ini kepada rakyat asing. Pembodek-pembdek ini adalah golongan yang telah buta hatinya. Atau mungkin juga mereka ini bebal dan dungu.
Sebagai ahli UMNO, kalau diberi pilihan sama ada bernaung di bawah Perdana Menteri 1 Malaysia atau di bawah Perdana Menteri Hadhari. Saya akan memilih untuk menolak kedua-duanya. Saya juga tidak mahu bermimpi untuk berperdanamenterikan Muhyiddn Yassin, kerana Pak Udin anak Yassin ini juga tidak berpendirian, tidak bijak dan tidak berwibawa. Segala apa yang dilakukannya penuh dengan muslihat dan puytar belit. Saya masih mengharapkan akan muncul wajah baru untuk menarajui kepimpin kerajaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan