Bila-bila masa dari
sekarang PRU ke-13 akan diadakan. Tempoh pemerintahan BN akan berakhir 6 bulan
lagi. Dan ada kemungkinan kerajaan baru akan dibentuk. Jika strategi PR
menjadi, ada kemungkinan negeri yang menjadi “fix deposit” BN itu juga akan
kecundang. Berdasarkan penelitian dan sedikit penyelidikan, terdapat pelbagai
isu yang memungkinkan BN akan kecundang kali ini. Isu ini melibatkan isu tempatan dan isu nasional.
Antara isu lokal
yang membabitkan kerajaan dan pemimpin-pemimpin
negeri ialah;
1. Isu kroni dan kerakusan ketua menteri.
Desas-desus kencang
menunjukkan bahawa bukan sahaja rakyat yang mahu menjatuhkan Musa Aman bahkan
pemimpin-pemimpin BN Sabah sendiri yang mahu Musa Aman tidak lagi mengetuai
kerajaan BN negeri. Sejak Datuk Seri Najib mengambil alih jawatan PM, rakyat
Sabah dan pemimpin-pemimpin Sabah amnya mengharapkan Datu Seri Najib merombak
kabinet negeri Sabah. Tetapi ternyata Najib tidak mampu menurunkan Musa Aman,
ini pastinya ada kaitan dengan kedudukan kerusi BN yang kurang 2/3 di parlimen.
Jika Musa Aman merajuk dan menyeberang menyokong PR, pasti Najib akan gigit
jari. Tidak mahu itu berlaku menyebabkan Najib tidak berupaya memenuhi hasrat
hampir semua pemimpin BN dan rakyat Sabah amnya. Perkara ini amat mengecewakan
rakyat Sabah seluruhnya. Bukan sahaja pemimpin-pemimpin politik di semua
peringkat bahkan para kontraktor kelas F yang jelas kecewa dengan tindakan
kerajaan negeri mengambilalih kerja-kerja kecil yang biasanya dilakukan oleh
kontraktor untuk diberikan kepada syarikat-syarikat
besar milik Musa Aman dan keluarganya. Banyak projek yang besar dan kecil
diserahkan kepada keluarga dan adik-beradiknya, tindakan ini mengesahkan
kerakusan ketua menteri Sabah mengaut segala sumber untuk diri sendiri,
keluarga dan kroni. Dan tindakan Datuk
Lajim dan Datuk Welfred Bumburing itu merupakan manifestasi kepada masalah itu.
Dikhabarkan bahawa Datuk Musa Aman menghendaki 26 dari 33 Dun yang dimenangi
UMNO diambil alih oleh sanak saudara dan keluarganya dalam pilihan raya akan
datang. Nama-nama telah pun disenarai pendekkan, dan jika ini berlaku tidak
mustahil khabar angin yang bertiup kencang bahawa penghijrahan besar-besaran
pemmpin-pemimpin BN akan berlaku selepas parlimen dibubarkan. Kita tunggu dan
lihat. Rakyat sebenarnya menunggu hari
itu dengan penuh debar dan penuh teruja kerana kemuakan dan kebosanan dengan
pentadbiran BN negeri sudah sampai ke tahap yang tidak dapat digambarkan dengan
kata-kata.
2. Isu
Tanah
Sejak UMNO
menerajui kerajaan negeri, isu tanah tidak pernah selesai. Sayangnya pemimpin
negeri tidak menyelesaikan isu ini dengan bijaksana. Mereka menganggap isu ini
hanya remeh dan permainan politik. Lebih teruk lagi mereka menganggap isu ini
tidak mengguggat kerajaan BN. Demikianlah telahan silap yang dilakukan oleh
pemimpin-pemimpin BN. Kehadiran Datuk Seri Anwar ke Sabah dengan menyentuh
tentang isu tanah ini telah memberikan sedikit harapan kepada rakyat. Rakyat biasa yang bergantung hidup terhadap
hasil pertanian sewajarnya tidak dihalang untuk memiliki tanah sekurang-kurangnya
15 ekar. Malangnya mereka mengalami kesukaran memohon tanah tapi akan berlaku
sebaliknya jika syarikat-syarikat kroni yang memohon. Beberapa peristiwa yang
membabitkan tanah adat juga menyebabkan orang-orang kampung amat membenci
kerajaan BN.Permoonan tanah yang tidak diproses dengan cekap menyebabkan
pelbagai masalah timbul, misalnya permohonan bertindih, pencerobahan dan
sebagainya. Sebagai kerajaan yang memerlukan sokongan rakyat,
pemimpin-pemimpinn BN seharusnya menyelesaikan masalah tanah ini. Jika tanah
kerajaan negeri tidak mencukupi, maka hutan simpan kelas dua harus dikeluarkan
dan diserahkan kepada penduduk secara sistematik. Mereka yang mempunyai tanah
tetapi tidak diusahakan tidak lagi dibenarkan memohon tanah baru. Banyak tanah
kosong dan tidak diusahakan kerana amalan “membooking” penduduk kampung tanpa
mengusahakannya. Perkara sebegini tidak harus berlaku, tapi malangnya oleh
kerana BN tidak cekap mengurus dan mentadbir perkara ini dengan baik, maka
masalah orang tidak bertanah ini terus berlanjutan. Selain itu, pemberian tanah
melalui Geran Komunal itu juga menimbulkan pelbagai reaksi negatif rakyat. Apa rasionalnya kerajaan memberikan
geran besar sedemikian yang boleh mendatangkan pertelingkahan kepada pemilik
dalam jangka panjang. Rakyat juga tidak yakin dengan pemberian geran seumpama
itu kerana pada bila-bila masa kerajaan boleh menarik taraf pemilikan.
3. Isu harga komoditi Sabah dan Semenanjung.
Satu lagi isu besar
yang menyebabkan rakyat Sabah begitu muak dan benci dengan kerajaan BN ialah
perbezaan harga getah dan kelapa sawit Sabah dan Semenanjung. Perkara ini sudah
berlaku sekian lama dan rakyat Sabah beberapa dekad yang lalu begitu percaya
dengan pelbagai alasan yang diberikan oleh pemimpin-pemimpin Barisan Nasional.
Namun generasi muda hari ini tidak lagi demikian, dan penjelasan Datuk Seri
Anwar Ibrahim baru-baru ini yang mengaitkan perbezaan harga ini dengan sistem
kroni yang diamalkan oleh Barisan Nasonal sekian lama, mudah diterima
rakyat.Oleh sebab itu bagi mereka tidak ada lagi cara lain untuk meningkatkan
harga getah dan sawit di Sabah ini setaraf dengan Semenanjung dan Sarawak
selain menukarkan kerajaan BN. Rupa-rupanya pemimpin-pemimpin BNlah yang
menyebabkan rakyat Sabah terus tertinggal jauh berbanding negeri lain. Bukan
sahaja tertinggal dari segi taraf hidup bahkan prasarana. Bekalan air bersih,
jalan raya, elektrik, pondok telefon dan sabagainya jauh dari mencukupi. Slogan BN yang kononya berjuang untuk rakyat
hanya retorik semata-mata. Ternyata BN bukan kerajaan yang baik sebaliknya
banyak pemimpin BN negeri yang mengambil peluang terhadap kedaifan dan
kebodohan generasi tua untuk kepentingan mereka. Dapat dilihat bahawa ketika
rakyat mempersoalkan perbezaan harga
getah dan kelapa sawit negeri ini dengan Semenanjung, para pemimpin BN negeri
terus membisu. Hal ini demikian kerana mereka juag terlibat dengan penindasan
ini. LIGS yang diharapkan mampu membantu meningkatkan taraf kehidupan rakyat,
kini digunakan untuk mengaut keuntungan dengan memonopoli pembelian getah di
negeri ini. Lebih parah lagi ada cadangan bahawa penjualan getah melalui agen
tidak dibenarkan lagi. Hanya LIGS sahaja yang boleh membeli getah. Tindakan ini
memperlihatkan sikap ingin memonopoli pasaran. Ternyata kerajaan BN menggunakan
pelbagai dasar untuk menghalalkan penindasan mereka. Jika ini berlaku sebelum
PRU ke-13, saya percaya BN akan mengalami kesukaan untuk menang dalam pilihan
raya akan datang.
4. Isu PATI
Isu PATI ini adalah
antara isu yang paling hangat walaupun isu ini sudah lama, tetapi kerajaan persekutuan masih terus membisu dan
hanya Najib antara pemimpin persekutuan yang berani mengumumkan penubuhan RCI,
suruhanjaya khas untuk mengkaji dan menyiasat isu ini. Tapi sayangnya, sudah
terlambat. Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah berjanji kepada rakyat peribumi Sabah
bahawa PATI yang diberikan kewarganegaraan secara mee segera ini akan
dikaji, disiasat dan ditarik balik kewarganegaraan mereka. Ternyata janji Datuk
Seri Anwar itu lebih terkesan kepada rakyat beranding janji Najib yang mewakili
kerajaan persekutuan kerana kerajaan persekutuan sudah lama diberikan ruang dan
peluang, tetapi mereka gagal melakukan sesuatu yang diharapkan oleh rakyat
Sabah seluruhnya. Mereka hanya berminat untuk mengekalkan kuasa, dan dipercayai
penubuhan RCI itu setelah Datuk Welfred
dan Datuk Lajim keluar dari Barisan Nasional, hanya bertujuan untuk menggabui
rakyat. RCI itu akhirnya akan dibakulsampahkan. Dalam hal ini rakyat Sabah amat
mengharapkan Datuk Seri Anwar dan pemimpin-pemimpin utama PR dapat mengatur dan
menysusn strategi dalam pilihan raya kali ini. Diharapkan pertandingan hanya
melibat 2 penjuru antara BN dan gabungan PR. Jika ini dapat dilakukan saya
percaya cita-cita rakyat Sabah da rakyat Malaysia amnya untuk menukar kerajaan
BN yang dianggap gagal mengurus tadbir negara ini dengan baik dapa dicapai.
Dalam post yang akan datang
saya akan cuba mengetengahkan isu-isu nasionl yang boleh mempengaruhi pendirian
rakyat Sabah seluruhnya.