Dalam keadaan rakyat mula mengalihkan sokongan terhadap seteru BN, Parti Star pun terbentuk. Matlamatnya untuk menjadi pemerintah Sabah menggantikan UMNO dan Komponenannya. Seorang rakan menceritakan bahawa Parti Star akan bertanding di kawasan-kawasan yang ditandingi oleh Parti UMNO, UPKO, PBRS tetapi mereka tidak akan meletakkan calon di kawasan yang ditandingi PBS. Jika menang mereka akan masuk BN dan membentuk kerajaan bersama-sama PBS. Inilah perjuangan Star kononnya. Ternyata peruangan Star itu terlalukebudak-budakan. Patutlah parti ini kurang mendapat sambutan daripada rakyat khususnya golongan yang berpendidikan kerana perjuangan sempitnya walhal presidennya dikatakan seorang yang berkelulusan tinggi.
Ternyata penubuhan parti itu hanya semata-mata untuk membalas dendam khususnya UMNO dan beberapa parti lain seperti UPKO, PBRS, SAPP dan beberapa parti lain yang menyebabkan kejatuhan kerajaan PBS. Ternyata bahawa perjuangan Star itu bukan demi kepentingan rakyat tetapi berlandaskan perjuangan sempit. Bersifat perkauman dan kekeluargaan. Presidennya sendiri terlibat dengan parti PBS suatau ketika dahulu menyebabkan UMNO akhirnya masuk ke Sabah. Perjuangan PBS pada ketika itu penuh dengan dendam dan rasa benci terhadap persekutuan, orang Islam dan hanya mementingkan satu kaum sahaja. Mereka lupa bahawa negara ini adalah masyrakat majmuk yang memerlukan pemimpin yang berpandangan terbuka. Pemimpin yang rakyat perlukan ialah pemimpin yang memperjuangkan nasib rakyat tanpa menmgira kaum, agama dan kedudukan. Mereka sering kali mempergunakan kedaifan rakyat yang mudah terpedaya dengan isu-isu sensitif. Akhirnya pada waktu itu, UMNO masuk ke Sabah dan membuka keahlian kepada kaum bukan Melayu semata-mata hendak membela orang Islam dan suku kaum lain yang ditinas dalam zaman PBS. Tawaran ketua menteri secara bergilir-gilir menyebabkan mereka yang gila kuasa meninggalkan PBS. Akhirnya tinggallah pemimpin PBS yang setia tetapi akhirnya menyertai BN dengan berat hati. Apakah penubuhan Star yang dipelopori oleh adik pemimpin PBS itu masih merindukan perjuangan menindas dan menidakkan kaum lain demi kepentingan keluarga dan kaumnya. Ternyata Star yang penuh dengan perjuangan kebudak-budakan itu tidak mendapat sambutan rakyat akar umbi walaupun namanya gah denhgan slogan "INI KALILAH". Slogan iu rupanya hanya untuk gurauan oleh generasi muda dan bukan dilafazkan kerana menyokong perjuangan Parti Star yang chauvinistik itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan