Dalam tahun ini juga saya ada menyebut bahawa UMNO memang nazak, seperti mana yang didakwa oleh Tuan Aspan Alias. Tetapi kalau diperhalusi nazaknya UMNO bukanlah nazak macam manusia nazak sebalikknya nazaknya UMNO bila mana para pemimpinnya hanya asyik mencari kekayaan untuk diri sendiri , keluarga dan kroni. UMNO sudah sampai ke tahap tidak mempedulikan keluhan dan rintihan rakyat. Beberapa perkara yang dicadangkan oleh pemimnpin-pemimpin PR khususnya untuk membantu rakyat dianggap akan menyebabkan negara ini bankrup dan muflis. Pendidikan percuma dengan pengahpusan PTPTN, menurunkan harga minyak, menghapuskan duti eksais, menaikkan gaji kakitangan kerajaan, memberikan elaun khas kepada guru dan sebagainya memberikan kesedaran kepada rakyat bahawa hanya PR yang benar-benar memperjuangkan nasib rakyat, manakala dasar yang dilaksanakan oleh UMNO dan BN tidak lebih daripada usaha untuk menggabui hati rakyat. Mereka tidak ikhlas untuk membantu rakyat mereka sendiri. Ini kerana mereka sudah terlalu selesa dengan kemewahan yang mereka miliki. Bukan lagi menjadi rahsia umum ikakesemua pemimpin UMNO di pelbagai peringkat sibuk mencari projek dan kontrak
untuk menambahkan kekayaan diri. Dan dalam masa yang samasegala isu yang ditimbulakn rakyat tidak dipedulikan.
Penghijrahan Datuk Lajim Ukin dan Datuk Welfred Bumburing menyentak mimpi indah pemimpin-pemimpin tertinggi BN lantas kedua-dua MP ini dikatakan menyeberang ke sebelah kerana mereka tidak lagi akan dicalonkan. Demikianlah kononnya sebab-sebab kedua-dua MP itu melompat walhal rakyat umum juga tahu bahawa kedua-dua pemimnpin itu sebenarnya tidak berpuas hati dengan tindak-tanduk dan gelegat ketua menteri Sabah, Musa Aman yang sering mengutamakan keluarga dan kroni sejak menjadi ketua menteri. Bukan lagi rahsia kepada rakyat Sabah bahawa kekayaan negeri ni telah dikuasai dandibolot oleh Ketua Menteri yang rasuah dan rakus ini. Dan dalam perkiraan rakyat, Musa Aman cuba mengukuhkan lagi kuasanya dengan menyeneraikan keluarga dan kroninya di 26 kawasan daripada 33 kerusi UMNO. Ii bermakna hanya 7 kerusi sahaja yang diberikan kepada pemimpin yang tidak ada ikatan kekeluargaan dengan beliau. Oleh kerana itu adalah wajar para pemimpin BN negeri lain meniggalkan Musa Aman dan keluarganya. Para pemimpin PBS, UPKO, UMNO, dan PBRS sewajarnya mengambil kesempatan PRU ke-13 ini membebaskan negeri ini daripada cengkaman keluarga Musa Aman tetapi ternyata para pemimpin KDM lain nampaknya tidak ada biji, mereka menjadi pengecut dantaku didakwa, maklumlah mereka juga melakukan pelbagai perkara pecah amanah semasa bersengkongkol dengan Musa Aman.
Bagi kami, rakyat biasa ini sudah nekad. Walaupun nama masih ahli UMNO, ahli PBS, ahli PBRS dan ahli UPKO, tetapi di hati kami,dalam PRU akan datang, kami akan undi PR. Kami percaya dengan berbuat demikian, kami mempertahankan hak kami, hak sebagai rakyat peribumi yang ada keistimewaan. Hak yang semakin pupus di bawah kerajaan BN dan UMNO. Kami tidak mahu lagi PATI terus diberikan kerakyatan dan keistimewaan seperti kami. UMNO dan BN tidak diharapkan untuk mempertahankan negeri dan negara ini, mereka hanya berminat untuk mencari kekayaa.Mereka hanya berminat untuk kekal berkuasa dan kemudian menyalahgunakan kuasa itu untuk kepentingan diri dan keluarga. Isu lembu Sahrizat, Udang Noh Omar dan pelbagai isu lagi memperlihatkan peromapakn secara besar-besaran oleh pemimpin-pemimpin BN. Biarlah mereka syo sendiri, yang penting kami sudah nekad untuk menkarkan kerajaan yang ada. Oleh sebab itu kami sangat berharap agar para pemimpin utama PR memastikan kali ini berlaku pertandingan satu lawan satu. Kita tumbangkan kerajaan yang korup dan mementingkan kroni semaa-mata. Masa untuk berubah.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan