Sabtu, 8 September 2012

Isu yang boleh Menjatuhkan Kerajaan BN


Bila-bila masa dari sekarang PRU ke-13 akan diadakan. Tempoh pemerintahan BN akan berakhir 6 bulan lagi. Dan ada kemungkinan kerajaan baru akan dibentuk. Jika strategi PR menjadi, ada kemungkinan negeri yang menjadi “fix deposit” BN itu juga akan kecundang. Berdasarkan penelitian dan sedikit penyelidikan, terdapat pelbagai isu yang memungkinkan BN akan kecundang kali ini. Isu ini melibatkan  isu tempatan dan isu nasional.

Antara isu lokal yang membabitkan kerajaan dan pemimpin-pemimpin  negeri ialah;

1. Isu kroni dan kerakusan ketua menteri.

Desas-desus kencang menunjukkan bahawa bukan sahaja rakyat yang mahu menjatuhkan Musa Aman bahkan pemimpin-pemimpin BN Sabah sendiri yang mahu Musa Aman tidak lagi mengetuai kerajaan BN negeri. Sejak Datuk Seri Najib mengambil alih jawatan PM, rakyat Sabah dan pemimpin-pemimpin Sabah amnya mengharapkan Datu Seri Najib merombak kabinet negeri Sabah. Tetapi ternyata Najib tidak mampu menurunkan Musa Aman, ini pastinya ada kaitan dengan kedudukan kerusi BN yang kurang 2/3 di parlimen. Jika Musa Aman merajuk dan menyeberang menyokong PR, pasti Najib akan gigit jari. Tidak mahu itu berlaku menyebabkan Najib tidak berupaya memenuhi hasrat hampir semua pemimpin BN dan rakyat Sabah amnya. Perkara ini amat mengecewakan rakyat Sabah seluruhnya. Bukan sahaja pemimpin-pemimpin politik di semua peringkat bahkan para kontraktor kelas F yang jelas kecewa dengan tindakan kerajaan negeri mengambilalih kerja-kerja kecil yang biasanya dilakukan oleh kontraktor  untuk diberikan kepada syarikat-syarikat besar milik Musa Aman dan keluarganya. Banyak projek yang besar dan kecil diserahkan kepada keluarga dan adik-beradiknya, tindakan ini mengesahkan kerakusan ketua menteri Sabah mengaut segala sumber untuk diri sendiri, keluarga  dan kroni. Dan tindakan Datuk Lajim dan Datuk Welfred Bumburing itu merupakan manifestasi kepada masalah itu. Dikhabarkan bahawa Datuk Musa Aman menghendaki 26 dari 33 Dun yang dimenangi UMNO diambil alih oleh sanak saudara dan keluarganya dalam pilihan raya akan datang. Nama-nama telah pun disenarai pendekkan, dan jika ini berlaku tidak mustahil khabar angin yang bertiup kencang bahawa penghijrahan besar-besaran pemmpin-pemimpin BN akan berlaku selepas parlimen dibubarkan. Kita tunggu dan lihat. Rakyat sebenarnya  menunggu hari itu dengan penuh debar dan penuh teruja kerana kemuakan dan kebosanan dengan pentadbiran BN negeri sudah sampai ke tahap yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.

2. Isu Tanah

Sejak UMNO menerajui kerajaan negeri, isu tanah tidak pernah selesai. Sayangnya pemimpin negeri tidak menyelesaikan isu ini dengan bijaksana. Mereka menganggap isu ini hanya remeh dan permainan politik. Lebih teruk lagi mereka menganggap isu ini tidak mengguggat kerajaan BN. Demikianlah telahan silap yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin BN. Kehadiran Datuk Seri Anwar ke Sabah dengan menyentuh tentang isu tanah ini telah memberikan sedikit harapan kepada rakyat.  Rakyat biasa yang bergantung hidup terhadap hasil pertanian sewajarnya tidak dihalang untuk memiliki tanah sekurang-kurangnya 15 ekar. Malangnya mereka mengalami kesukaran memohon tanah tapi akan berlaku sebaliknya jika syarikat-syarikat kroni yang memohon. Beberapa peristiwa yang membabitkan tanah adat juga menyebabkan orang-orang kampung amat membenci kerajaan BN.Permoonan tanah yang tidak diproses dengan cekap menyebabkan pelbagai masalah timbul, misalnya permohonan bertindih, pencerobahan dan sebagainya. Sebagai kerajaan yang memerlukan sokongan rakyat, pemimpin-pemimpinn BN seharusnya menyelesaikan masalah tanah ini. Jika tanah kerajaan negeri tidak mencukupi, maka hutan simpan kelas dua harus dikeluarkan dan diserahkan kepada penduduk secara sistematik. Mereka yang mempunyai tanah tetapi tidak diusahakan tidak lagi dibenarkan memohon tanah baru. Banyak tanah kosong dan tidak diusahakan kerana amalan “membooking” penduduk kampung tanpa mengusahakannya. Perkara sebegini tidak harus berlaku, tapi malangnya oleh kerana BN tidak cekap mengurus dan mentadbir perkara ini dengan baik, maka masalah orang tidak bertanah ini terus berlanjutan. Selain itu, pemberian tanah melalui Geran Komunal itu juga menimbulkan pelbagai reaksi negatif  rakyat. Apa rasionalnya kerajaan memberikan geran besar sedemikian yang boleh mendatangkan pertelingkahan kepada pemilik dalam jangka panjang. Rakyat juga tidak yakin dengan pemberian geran seumpama itu kerana pada bila-bila masa kerajaan boleh menarik taraf pemilikan.

3. Isu harga komoditi Sabah dan Semenanjung.

Satu lagi isu besar yang menyebabkan rakyat Sabah begitu muak dan benci dengan kerajaan BN ialah perbezaan harga getah dan kelapa sawit Sabah dan Semenanjung. Perkara ini sudah berlaku sekian lama dan rakyat Sabah beberapa dekad yang lalu begitu percaya dengan pelbagai alasan yang diberikan oleh pemimpin-pemimpin Barisan Nasional. Namun generasi muda hari ini tidak lagi demikian, dan penjelasan Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini yang mengaitkan perbezaan harga ini dengan sistem kroni yang diamalkan oleh Barisan Nasonal sekian lama, mudah diterima rakyat.Oleh sebab itu bagi mereka tidak ada lagi cara lain untuk meningkatkan harga getah dan sawit di Sabah ini setaraf dengan Semenanjung dan Sarawak selain menukarkan kerajaan BN. Rupa-rupanya pemimpin-pemimpin BNlah yang menyebabkan rakyat Sabah terus tertinggal jauh berbanding negeri lain. Bukan sahaja tertinggal dari segi taraf hidup bahkan prasarana. Bekalan air bersih, jalan raya, elektrik, pondok telefon dan sabagainya jauh dari mencukupi.  Slogan BN yang kononya berjuang untuk rakyat hanya retorik semata-mata. Ternyata BN bukan kerajaan yang baik sebaliknya banyak pemimpin BN negeri yang mengambil peluang terhadap kedaifan dan kebodohan generasi tua untuk kepentingan mereka. Dapat dilihat bahawa ketika rakyat mempersoalkan perbezaan  harga getah dan kelapa sawit negeri ini dengan Semenanjung, para pemimpin BN negeri terus membisu. Hal ini demikian kerana mereka juag terlibat dengan penindasan ini. LIGS yang diharapkan mampu membantu meningkatkan taraf kehidupan rakyat, kini digunakan untuk mengaut keuntungan dengan memonopoli pembelian getah di negeri ini. Lebih parah lagi ada cadangan bahawa penjualan getah melalui agen tidak dibenarkan lagi. Hanya LIGS sahaja yang boleh membeli getah. Tindakan ini memperlihatkan sikap ingin memonopoli pasaran. Ternyata kerajaan BN menggunakan pelbagai dasar untuk menghalalkan penindasan mereka. Jika ini berlaku sebelum PRU ke-13, saya percaya BN akan mengalami kesukaan untuk menang dalam pilihan raya akan datang.

4. Isu PATI
Isu PATI ini adalah antara isu yang paling hangat walaupun isu ini sudah lama, tetapi  kerajaan persekutuan masih terus membisu dan hanya Najib antara pemimpin persekutuan yang berani mengumumkan penubuhan RCI, suruhanjaya khas untuk mengkaji dan menyiasat isu ini. Tapi sayangnya, sudah terlambat. Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah berjanji kepada rakyat peribumi Sabah bahawa PATI yang diberikan kewarganegaraan secara mee segera ini akan dikaji, disiasat dan ditarik balik kewarganegaraan mereka. Ternyata janji Datuk Seri Anwar itu lebih terkesan kepada rakyat beranding janji Najib yang mewakili kerajaan persekutuan kerana kerajaan persekutuan sudah lama diberikan ruang dan peluang, tetapi mereka gagal melakukan sesuatu yang diharapkan oleh rakyat Sabah seluruhnya. Mereka hanya berminat untuk mengekalkan kuasa, dan dipercayai penubuhan RCI itu  setelah Datuk Welfred dan Datuk Lajim keluar dari Barisan Nasional, hanya bertujuan untuk menggabui rakyat. RCI itu akhirnya akan dibakulsampahkan. Dalam hal ini rakyat Sabah amat mengharapkan Datuk Seri Anwar dan pemimpin-pemimpin utama PR dapat mengatur dan menysusn strategi dalam pilihan raya kali ini. Diharapkan pertandingan hanya melibat 2 penjuru antara BN dan gabungan PR. Jika ini dapat dilakukan saya percaya cita-cita rakyat Sabah da rakyat Malaysia amnya untuk menukar kerajaan BN yang dianggap gagal mengurus tadbir negara ini dengan baik dapa dicapai.

    Dalam post yang akan datang saya akan cuba mengetengahkan isu-isu nasionl yang boleh mempengaruhi pendirian rakyat Sabah seluruhnya.

Sabtu, 1 September 2012

Parti Star; Parti Chauvinistik

Dalam keadaan rakyat mula mengalihkan  sokongan terhadap seteru BN, Parti Star pun terbentuk. Matlamatnya untuk menjadi pemerintah Sabah menggantikan  UMNO dan Komponenannya. Seorang rakan menceritakan bahawa Parti Star akan bertanding di kawasan-kawasan yang ditandingi oleh Parti UMNO, UPKO, PBRS tetapi mereka tidak akan meletakkan calon  di kawasan yang ditandingi PBS. Jika menang mereka akan masuk BN dan membentuk kerajaan bersama-sama PBS. Inilah perjuangan Star kononnya. Ternyata peruangan Star itu terlalukebudak-budakan. Patutlah parti ini kurang mendapat sambutan daripada rakyat khususnya golongan yang berpendidikan kerana perjuangan sempitnya walhal presidennya dikatakan seorang yang berkelulusan tinggi.

      Ternyata penubuhan parti itu hanya semata-mata untuk membalas dendam khususnya UMNO dan beberapa parti lain seperti UPKO, PBRS, SAPP dan beberapa parti lain yang menyebabkan kejatuhan kerajaan PBS. Ternyata bahawa  perjuangan Star itu bukan demi kepentingan rakyat tetapi berlandaskan perjuangan sempit. Bersifat perkauman dan kekeluargaan. Presidennya sendiri terlibat dengan parti PBS suatau ketika dahulu menyebabkan UMNO akhirnya masuk ke Sabah. Perjuangan PBS pada ketika itu penuh dengan dendam dan rasa benci terhadap persekutuan, orang Islam dan hanya mementingkan satu kaum sahaja. Mereka lupa bahawa negara ini adalah masyrakat majmuk yang memerlukan pemimpin yang berpandangan terbuka. Pemimpin yang rakyat perlukan ialah pemimpin yang memperjuangkan nasib rakyat tanpa menmgira kaum, agama dan kedudukan. Mereka sering kali mempergunakan kedaifan rakyat yang mudah terpedaya dengan isu-isu sensitif. Akhirnya pada waktu itu, UMNO masuk ke Sabah dan membuka keahlian kepada kaum bukan Melayu semata-mata hendak membela orang Islam dan suku kaum lain yang ditinas dalam zaman PBS. Tawaran ketua menteri secara bergilir-gilir menyebabkan mereka yang gila kuasa meninggalkan PBS. Akhirnya tinggallah pemimpin PBS yang setia tetapi akhirnya menyertai BN dengan berat hati. Apakah penubuhan Star yang dipelopori oleh adik pemimpin PBS itu masih merindukan perjuangan menindas dan menidakkan kaum lain demi kepentingan keluarga dan kaumnya. Ternyata Star yang penuh dengan perjuangan kebudak-budakan itu tidak mendapat sambutan rakyat akar umbi walaupun namanya gah denhgan slogan "INI KALILAH". Slogan iu rupanya hanya untuk gurauan oleh generasi muda dan bukan dilafazkan kerana menyokong perjuangan Parti Star  yang chauvinistik itu.

Dulu Saya Kata UMNO Memang Nazak

Dalam tahun ini juga saya ada menyebut bahawa UMNO memang nazak, seperti mana yang didakwa oleh Tuan Aspan Alias. Tetapi kalau diperhalusi nazaknya UMNO bukanlah nazak macam manusia nazak sebalikknya nazaknya UMNO bila mana para pemimpinnya hanya asyik mencari kekayaan untuk diri sendiri , keluarga dan kroni. UMNO sudah sampai ke tahap tidak mempedulikan keluhan dan rintihan rakyat. Beberapa perkara yang dicadangkan oleh pemimnpin-pemimpin PR khususnya untuk membantu rakyat dianggap akan menyebabkan negara ini bankrup dan muflis. Pendidikan percuma dengan pengahpusan PTPTN, menurunkan harga minyak, menghapuskan duti eksais, menaikkan gaji kakitangan kerajaan, memberikan elaun khas kepada guru dan sebagainya memberikan kesedaran kepada rakyat bahawa hanya PR yang benar-benar memperjuangkan nasib rakyat, manakala dasar yang dilaksanakan oleh UMNO dan BN tidak lebih daripada usaha untuk menggabui hati rakyat. Mereka tidak ikhlas untuk membantu rakyat mereka sendiri. Ini kerana mereka sudah terlalu selesa dengan kemewahan yang mereka miliki. Bukan lagi menjadi rahsia umum ikakesemua pemimpin UMNO di pelbagai peringkat sibuk mencari projek dan kontrak
untuk menambahkan kekayaan diri. Dan dalam masa yang samasegala isu yang ditimbulakn rakyat tidak dipedulikan.
    Penghijrahan Datuk Lajim Ukin dan Datuk Welfred Bumburing menyentak mimpi indah pemimpin-pemimpin tertinggi BN lantas kedua-dua MP ini dikatakan  menyeberang ke sebelah kerana mereka tidak lagi akan dicalonkan. Demikianlah kononnya sebab-sebab kedua-dua MP itu melompat walhal rakyat umum juga tahu bahawa kedua-dua pemimnpin itu sebenarnya tidak berpuas hati dengan tindak-tanduk dan gelegat ketua menteri Sabah, Musa Aman yang sering mengutamakan keluarga dan kroni sejak menjadi ketua menteri. Bukan lagi rahsia kepada rakyat Sabah bahawa kekayaan negeri ni telah dikuasai dandibolot oleh Ketua Menteri yang rasuah dan rakus ini. Dan dalam perkiraan rakyat, Musa Aman cuba mengukuhkan lagi kuasanya dengan menyeneraikan keluarga dan kroninya di 26 kawasan daripada 33 kerusi UMNO. Ii bermakna hanya 7 kerusi sahaja yang diberikan kepada pemimpin yang tidak ada  ikatan kekeluargaan dengan beliau. Oleh kerana itu adalah wajar para pemimpin BN negeri lain meniggalkan Musa Aman dan keluarganya. Para pemimpin PBS, UPKO, UMNO, dan PBRS  sewajarnya mengambil kesempatan PRU ke-13 ini membebaskan negeri ini daripada cengkaman keluarga Musa Aman tetapi ternyata para pemimpin KDM lain nampaknya tidak ada biji, mereka menjadi pengecut dantaku didakwa, maklumlah mereka juga melakukan pelbagai perkara pecah amanah semasa bersengkongkol dengan Musa Aman.

     Bagi kami, rakyat biasa ini sudah nekad. Walaupun nama masih ahli UMNO, ahli PBS, ahli PBRS dan ahli UPKO, tetapi di hati kami,dalam PRU akan datang, kami akan undi PR. Kami percaya dengan berbuat demikian, kami mempertahankan hak kami, hak sebagai rakyat peribumi yang ada keistimewaan. Hak yang semakin pupus di bawah kerajaan BN dan UMNO. Kami tidak mahu lagi PATI terus diberikan kerakyatan dan keistimewaan seperti kami. UMNO dan BN tidak diharapkan untuk mempertahankan negeri dan negara ini, mereka hanya berminat untuk mencari kekayaa.Mereka hanya berminat untuk kekal berkuasa dan kemudian menyalahgunakan kuasa itu untuk kepentingan diri dan keluarga. Isu lembu Sahrizat, Udang Noh Omar dan pelbagai isu lagi memperlihatkan peromapakn secara besar-besaran oleh pemimpin-pemimpin BN. Biarlah mereka syo sendiri, yang penting kami sudah nekad untuk menkarkan kerajaan yang ada. Oleh sebab itu kami sangat berharap agar para pemimpin utama PR memastikan kali ini berlaku pertandingan satu lawan satu. Kita tumbangkan kerajaan yang korup dan mementingkan kroni semaa-mata. Masa untuk berubah.