Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini menyatakan
sokongannya terhadap projek pembinaan jalan sendiri oleh penduduk
kampung di Pitas, pedalaman Sabah esok.
“Kia mesti bantu,” katanya menjawab tweet yang diajukan padanya berhubung perkara itu.
Beliau juga berikrar mendapatkan sokongan daripada rakan-rakannya dalam Umno daripada Sabah untuk membantu pembinaan jalan di Kudat itu.
“Saya akan cakap dengan mereka di (mesyuarat) kabinet esok,” kata naib presiden Umno itu di Twitter.
Perkara itu juga diambil maklum oleh setiausaha Umno Sabah dan menteri perumahan Datuk Rahman Dahlan.
“OK, maklum. Mari bincangkan perkara ini esok,” jawab Rahman kepada Hishammuddin.
Setelah 15 tahun menunggu, penduduk Pitas mengambil inisiatif mengeluarkan simpanan sendiri untuk membina sebatang jalan balak sepanjang 7.5 kilometer.
Jalan itu apabila siap akan menghubungkan enam kampung di kawasan itu dengan pekan Pitas.
Mereka sebelum ini mengumpulkan RM5,000 untuk membeli peralatan dan menyewa peralatan pembinaan dan memerlukan kira-kira RM85,000 lagi.
Akhbar The Star Sabtu lalu melaporkan seorang penduduk Maklin Masiau berkata kerajaan negeri Sabah telah berjanji membina jalan melalui kampung tersebut pada tahun 1999.
Penduduk enam kampung itu kini hanya mengharapkan Sungai Bengkoka yang bermasalah untuk dilalui sekiranya paras air naik atau ketika musim hujan.
Bila berita ini disiarkan maka hebohlah pemimpin-pemimpi kerajaan memberi bantuan, merekalah agaknya yang akan dilabelkan sebagai hero. Tetapi bila difikirkan dengan rasional, bukankah pemimpin-pemimpin UMNO inilah juga yang menjadi pemimpin kerajaan. Apa mereka buat selama ini? Tidur?. Kalau pemimpin-pemimpin UMNO negeri menyeleweng dengan tidak menunaikan janji mereka, maka kerajaan pusat sepatutnya menegur kerajaan kromisme Musa Aman. Ke mana peruntukan yang disalurkan selama ini hilang? Saya fikir ini bukanlah usaha pertama yang dilakukan oleh penduduk Sabah untuk membina Jalan. Penduduk kampung Paguokon juga melakukan perkara yang sama. Membina jalan raya sendiri dengan mengutip wang daripada penduduk kampung untuk membina jalan ke kebun-kebun mereka setelah lebih 20 tahun dipohon daripada Wakil Rakyat Tenom Datuk Raden Maleh. Bila PBS keluar daripada BN pada tahun 1990-an, permohonan itu diajukan kepada Ahli Parlimen seterusnya Datuk Rizalman Abdullah, malangnya YB ini hanya bertahan selama sepenggal dan digantikan oleh Datuk Raime Unggi. Ahli Parlimen yang baru ini bukan banyak janji kosong bahkan kami melihat beliau tiada perancangan yang berkesan untuk membantu penduduk kampung. Kalau pemimpin-pemimpin pembangkang tidak berpecah dalam piliohan raya yang lalu, saya percaya ahli parlimen ini kecundang. Oleh kerana itu sudah tiba masanya ahli parlimen ini ditukar pada masa akan datang. Amalan mengekalkan ahli Parlimen yang menyokong ketua menteri sudah tidak relevan lagi. Mahu atau tidak, pemimpin-pemimpin UMNO perlu menggantikan ahli Parlimen P181 dengan muka baru, bukan calon "recycle'.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan