Khamis, 30 Oktober 2014

Pemimpin-pemimpin UMNO patut menyaman penulis ini kalau apa yang dinyatakan tidak benar?

Pengurusan eCONomy yang membebal dan membebankan.- SAKmongkol AK47




Pengalaman saya dengan orang UMNO yang berkuasa ini ialah mereka rasa mereka melakukan perkara2 yang menyebelahi kepentingan rakyat. Tapi sebenarnya sebaliknya yang berlaku.

Kepentingan yang mereka perjuangkan ialah kepentingan kelompok2 tertentu dan ianya adalah untuk kepentingan mereka sendiri untuk berfikiran demikian. Dengan berfikiran demikian sahaja, dapatlah mereka mensahihkan perlakuan mereka. Hitam jadi putih, salah jadi betul, tidak adil jadi adil.

Inilah punca minda kerajaan tahu yang terbaik untuk kamu. Walaupun PM Najib jerit sana sini mengistiharkan zaman kerajaan lebih tahu yang terbaik untuk kamu sudah berakhir, sebetulnya sebaliknya yang berlaku.  Kita tahu Najib kaki kelentong.

Kerajaan bernafsu buas untuk mengekang kepentingan rakyat.  Semua protes yang legitimate dianggap sebagai hasutan menjatuhkan kerajaan. UMNO tidak sedar bahawa kerajaan yang meraka ada hanya disokong oleh 47% pengundi dalam PRU13. Dikawasan saya, yang dapat 47%, calun MCA tewas.

PTPTN di gambarkan sebagai suatu yang baik. Orang kampong yang berpendapatan rendah menerima gambaran tersebut. Mereka sokong dan ada yang sanggup berdemonstrasi menyokong PTPTN. Banyak sangat kah wang orang Melayu?  Mengapa kita biarkan diri kita diperbodohkan? Tidak kesian kita pada anak2 kita?

 40% golongan bawahan mempunyai pendapatan isi rumah purata sebanyak RM1600. Itu angka purata. Menerima kesahihan angka ini samalah seperti kita menerima jumlah saiz purata sebuah keluarga ialah 3.5 orang. Pernah sesiapa melihat 0.5 orang?

Yang mempunyai pendapatan tidak lebih RM1000 sebulan berjuta jumlah mereka. Sebab itu ada 7 juta rakyat Malaysia layak mendapat BR1M. jumlah yang layak saya rasa sepatutnya 11 juta orang.

 Tapi mereka tidak fikir bahawa anak2 mereka, ramai yang jadi graduan tapi tidak mendapat kerja yang diimpikan, akan berhutang dan mungkin akan bengkrap. Kitaran membengkrapkan akan berulang. Yang tak dapat kerja memerlukan proses memahirkan diri lagi, masuk pusat latihan, kena bayar lagi, kena ambil PTPTN. Hutang bertambah.

Kita membiarkan kebaradaan jenerasi yang berhutang dan kita lupa bahawa ini angkara durjana sebuah kerajaan yang korap dan rasuah dan menyalah guna kuasa.

Kerajaan mengeksploitasi mimpi ibu bapa dan impian anak muda. Wahai anak muda- dalam PRU14 nanti ada 7 juta jumlah kamu- tendang keluar kerajaan bangsawan yang ada sekarang, kembalikan kuasa rakyat. Sokong kemunculan kerajaan yang baru.

Dahulu apabila saman AES dikenalkan, ada kelompok Melayu yang sanggup berdemonstrasi mempertahankan pengenaan saman AES sedangkan orang Melayu yang memiiki kereta bukan semua kaya. Kereta adalah suatu keperluan sekarang. Tapi mereka mempertahankan kenaan saman tersebut yang mengayakan syarikat yang membuat cadangan. hari ini kita tahu, kamera tak seberapa yang dipasang tapi kerajaan bayar RM700 juta dan kena bayar ganti pula kerena memberhentikan projek curi wang rakyat tersebut.

Kegilaan tambah berleluasa. Tidak salah mencadangkan memilhara ikan sturgeon dalam hutan Jerantut walaupun ianya akan menyebabkan balak RM60-70 juta akan disapu habis. Bagaimana pemegang kuasa dalam negeri saya Pahang boleh menjustifikasikan projek ini yang dari segi common sense, akan gagal dari mula lagi. Hutan dan bukit akan gondol.

Sabsidi minyak dibayar oleh kerajaan bukanlah suatu perkara yang menakjubkan. Tapi tiap kali dalam parlimen, sahabat saya Ahmad Maslan, AP Pontian akan ungkit2 perkara ini.

Ini bukti kerajaan perihatin dan pro rakyat. Banyak ni, kata nya.

Kerajaan pulang kepada kita RM40,000 juta setahun. Ini jumlah yang besar. Jika pendapatan negara ialah sebanyal RM1.3 trillion jumlah sabsidi ialah 3% dari KDNK. Tapi banyak mana kita serahkan kepada kerajaan tahun demi tahun? 10 tahun kebelakang ini, kita serah kepada kerajaan 230,000 juta. Kita beri kerajaan hampir 6 kali ganda daripada apa yang kerajaan beri kepada kita dalam bentuk sabsidi. Jadi, apa yang hendak di ungkit? 40,000 juta sebahagian kecil dari 230,000 juta.

Dalam parlimen kita bukan datang untuk berceramah. Bajet ialah pembentangan keluar masuk wang. Semua perbelanjaan yang kerajaan cadang untuk 2015 datang dari rakyat. Kerajaan BN mesti bersyukur kerana rakyat membayar cukai yang menjadi hasil kerajaan. Yang patut bersyukur lebih ialah kerajaan bukan rakyat.

Sabsidi minyak naik dari RM1.65 billion dalam tahun 2002 kepada RM23 billion tahun 2013. Kenapa? Tidak ada misteri dan tidak perlu disorakkan. Jawapan nya sudah diberi- jumlah kereta bertambah. Orang pun bertambah. Jadi penggunaan petrol, disel dan gas pun bertambah. Apa yang ek sangat hendak dislogankan bayaran sabsidi petrol dan gas?

Ramai yang mengguna kreta dan kenderaaan. Kerana itu, maka penggunaan petrol, disel pun bertambah. Orang yang menggunakan gas pun bertambah. Jadi sabsidi bertambah.

Jika kenderaan awam baik dan mantap mungkin penggunaan kenderaaan peribadi berkurang. Jika petrol naik, dan kerajaan meliberalkan import kreta, kereta yang efisen minyak akan ditambah.  Jika harga kreta murah, kenaikan petrol tidak dirasa teruk sangat.

Penyokong UMNO gembira bila dengar Ahmad Maslan mengulangi kenyataan bahawa kerajaan ini baik hati- setiap tahun belanja RM40 billion untuk sabsidi. Macam2 ada. Sabsidi minyak, dan LPG sahaja RM21billion. mana nak cari kerajaan sebaik hati? Sampai naik loya tekak kita mendengar ulang tayang cerita lama ini.

Semua orang kena bersyukur sebab mana ada kerajaan yang belanja sebanyak itu untuk rakyat. Rakyat atau kerajaan yang patut bersyukur?

Yelah- orang UMNO yang kurang cerdik semua angguk ya seolah2 wang tersebut UMNO yang punya. Atau kerajaan yang dikuasai UMNO yang punya. Fakta nya ialah,, kerajaan tidak ada wang. Wang yang ia ada semua datang dari hasil cukai dan hasil bukan cukai yang di kutip dari rakyat semua. Yang mereka belanja itu, dalam bahasa yang mudah, bukan bapak mereka yang punya.

Tujuan sabsidi ialah mengurangkan harga sesuatu barang supaya meringankan beban rakyat. kerajaan belanja RM20-21 billion setiap tahun keatas sabsidi RON95, disel dan LPG. Juga untuk mengurangkan harga meringankan beban rakyat yang sussah.

Soalaan: adakah membantu rakyat susah menjadi susah kepada kerajaan? Kalau rasa susah sangat, undur biar Pakatan Rakyat ambil alih dan tunjukkan bagaimana kita boleh urus ekonomi negara dengan lebih baik.

Setiap tahun kita rakyat menyerahkan RM230-240 billion kepada kerajaan apa macam? Bagaimana duit kita kerajaan belanjakan? Jika dari 230 blllion itu dikembalikan kepada rakyat dalam bentuk sabsidi sebanyak RM40 billion , apa yang hendak dibising dan diungiktkan. Betul jumlah sabsidi itu banyak tapi kenapa ianya jadi demikian?

Itulah sebabnya saya katakan dalam sebuah artikel- keberadaan sabsidi ini menyembunyikan kegagalan kerajaan BN untuk memikirkan dan melaksanakan dasar2 ekonomi yang mengurangkan sabsidi  tersebut. Jika terlalu banyak sabsidi bererti kerajaan gagal memikirkan dan menjalankan dasar2 yang membaiki keadaan ekonomi. Jika pengurusan ekonomi baik, sabsidi boleh dikurangkan.

Sabsidi tidak sama dengan pemberian wang kepada mereka yang tidak berdaya, tua, sakit dan yang memerlukan bantuan kebajikan masyarakat. Ini pemberian yang mana2 kerajaan yang perihatin sediakan untuk sebahagan mereka yang benar2 tidak terdaya.

Ahad, 12 Oktober 2014

Pemerintah dan pemimpin-pemimpin perlu membaca artikel ini. Saya fikir artikel ini amat baik sebagai renungan bersama.

Bajet & nasihat Nabi Shu'aib

Saya tidak mahu mengulas bajet secara terperinci. Biarlah hal itu dilakukan oleh pakar-pakarnya. Saya sekadar mahu berkongsi apa yang Nabi Shu'aib nyatakan kepada kaumnya tentang punca kemusnahan ekonomi sesuatu umat.

Nabi Shu'aib merupakan seorang nabi yang yang diutuskan kepada Kaum Madyan. Beliau terpaksa menghadapi kerenah penyelewengan pengurusan ekonomi dan harta yang mereka lakukan.

Kaum Madyan dicatatkan sebagai kaum yang awal mengenakan cukai kepada orang yang lalu-lalang dalam kawasan mereka. Al-Quran merakamkan ucapan-ucapan Shu'aib bagi mengingatkan sesiapa yang terlibat dengan harta orang lain tentang asas-asas penting dalam menguruskan harta.

Bahasa Nabi Shu'aib, bahasa asas yang dapat difahami oleh semua peringkat.

Penipuan harga

Penipuan harga adalah antara ibu penipuan dalam urusan ekonomi. Meletak harga bohong pada sesuatu adalah kezaliman. Penipuan ini boleh berlaku sama ada dengan cara menipu ukuran ataupun timbangan.

Dalam kerangka projek-projek kerajaan bererti meletakkan harga yang tidak sepadan dengan nilai yang sepatutnya.

Sehingga projek-projek itu dibayar oleh kerajaan dengan harga yang tinggi melebihi ‘sukatan’ ataupun ‘timbangan’ yang sepadan. Wang awam menjadi mangsa dan negara menjadi korban.

Ini semua kerana ada pihak yang mengambil kesempatan untuk memakan harta secara tidak sepatutnya. Inilah yang Nabi Shu‘aib tegaskan dalam seruannya.

Firman Allah yang bermaksud:

"Dan kepada penduduk Madyan Kami utuskan saudara mereka Syu’aib, dia berkata:

"Wahai kaumku, Sembahlah Allah! Tiada tuhan bagi kamu selain dari-NYA, dan janganlah kamu mengurangi sukatan dan timbangan. Sesungguhnya aku melihat kamu berada dalam kemewahan; dan sesungguhnya aku bimbang, kamu akan ditimpa azab hari yang meliputi.” (Surah Hud ayat 84)

Menipu timbangan ataupun sukatan bukan bererti tidak langsung menimbang ataupun menyukat, tetapi sukatan dan timbangan secara tipu. Inilah punca kemusnahan kehidupan penduduk Madyan kerana ada pihak yang menipu dalam berurusan dengan pihak yang lain.

Justeru, negara yang baik hendak mempratikkan good monetary policy yang dapat menyelamat harta awam dari ditipu ataupun dirompak secara ‘lulus di atas kertas’.

Kebanyakan penipu silam dan moden memperlihatkan seakan mereka jujur pada mata yang tertipu, tetapi hakikatnya mereka penipu. Hal ini akan menyebabkan negara yang zahirnya kaya, tetapi rakyatnya susah sebab timbangan dan sukatan mereka sudah ditipu. Nampak banyak, hasilnya sedikit.

Mengurangi hak

Ingatan Nabi Shu’aib yang lain ialah yang bermaksud: "Jangan kamu kurangkan manusia apa yang menjadi hak-haknya". (Surah Hud: 85)

Dalam konteks negara, jika kita membicarakan tentang hak, maka hak rakyat menikmati kekayaan bagi setiap negara tidak sama. Ia bergantung kepada latar kekayaan negara tersebut.

Jangan samakan Malaysia dengan negara yang lebih miskin dari kita ataupun sebaliknya.

Sebab itu al-Quran apabila menyebut tentang mut’ah yang suami patut berikan kepada isteri yang diceraikan, Allah memerintahkan agar kadarnya ditentukan oleh kemampuan masing-masing. Allah menyebut:

"... Hendaklah kamu memberi 'mut'ah' (pemberian saguhati) kepada mereka (yang diceraikan itu), iaitu suami yang senang (hendaklah memberi) menurut ukuran kemampuannya; dan suami yang susah pula menurut ukuran kemampuannya, sebagai pemberian saguhati menurut yang patut, lagi menjadi satu kewajipan atas orang-orang (yang mahu) berbuat kebaikan." (Surah al-Baqarah, ayat 236)

Suami yang kaya tidak boleh memberikan saguhati ataupun mut’ah itu seperti kadar yang diberikan oleh suami yang miskin. Dia tidak boleh bandingkan hak isterinya dengan isteri orang tidak sekaya dirinya.

Demikian hak-hak rakyat dalam setiap negara itu berbeza berdasarkan kekuatan kekayaan negara berkenaan. Tidak boleh mana-mana kerajaan yang kaya menyamakan hak rakyat di negaranya dengan rakyat di negara yang lebih miskin daripadanya.

Lebih buruk lagi jika sebahagian ‘bangsawan’ dan ‘atasan’ menikmati kekayaan sesebuah negara secara berlebihan sementara sebahagian rakyat hanya menjilat lebihan kuah yang tumpah ke lantai sahaja.

Keberkatan

Intipati yang penting dalam penghayatan amalan ekonomi yang jujur ialah mencari keberkatan yang diperoleh melalui harta yang terhasil dari sumber yang halal.

Nabi Shu’aib berkata yang bermaksud:

"Baki (yang halal) Allah kepada kamu lebih baik bagi kamu jika betul kamu orang-orang yang beriman, dan aku bukanlah orang yang mengawasi kamu." (Surah Hud, ayat 86)

Inilah asas jiwa insan yang jujur dalam pengurusan ekonomi. Jiwa yang memadai dengan yang halal dengan tidak mengambil harta orang lain atau pun mengurangkan hak mereka. Memadai dengan apa yang tinggal dari pengurusan yang halal itu lebih baik dan diberkati Tuhan.

Dilimpahkan kedamaian dan kebaikan dari pelbagai sudut dalam kehidupan. Kebahagiaan bukan hanya diukur dengan jumlah harta tetapi kurniaan keberkatan limpahan Tuhan kepada kehidupan ini.

Keberkatan adalah elemen yang ditekankan dalam pengurusan ekonomi Islam yang tiada dalam system ekonomi yang lain. Keberkatan itu seperti kata Al-Asfahani (meninggal 425H) bermaksud kelangsungan kebaikan ilahi kepada sesuatu. (Al-Asfahani, Mufradat Alfaz al-Quran ms 119, Damsyik: Dar al-Qalam)

Lihatlah bila keberkatan hilang maka orang yang kaya-raya pun hidup tanpa bahagia. Pencuri-pencuri harta awam hendaklah faham hakikat ini. Pengurus harta awam juga hendaklah faham.

Justeru itu kita kena sedar bahawa jumlah jenayah dan keadaan tekanan hidup yang sedang meningkat dalam negara kita adalah antara tanda hilangnya keberkatan kehidupan.

Urus tadbir baik

Good governance atau urus tadbir baik adalah istilah yang digunapakai pada hari ini bagi menggambarkan bagaimana institusi awam yang mengendalikan urusan dan harta awam ditadbir.

Ia menggambarkan urustadbir yang bertanggungjawab lagi baik. Beberapa anasir diletakkan oleh pelbagai pihak seperti UN, IMF, World Bank dan lain-lain dalam menetapkan ciri-ciri sesuatu urus tadbir yang baik.

Sesiapa yang mengkaji tentang pembangunan antarabangsa boleh memperincikannya.

Apapun, nasihat-nasihat Nabi Syu’aib adalah kunci kepada urus tadbir harta yang baik. Para pemerintah hendaklah menginsafi diri masing-masing ketika menguruskan harta negara.

Sekali lagi saya ulangi apa yang Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah (meninggal 728H) dalam kitabnya As-Siyasah asy-Syar’iyyah fi Islah ar-Ra’i wa ar-Ra’iyyah sebut:

“Tidak boleh para pemerintah membahagikan harta negara mengikut nafsu mereka seperti mana seorang pemilik harta membahagikan harta miliknya. Sebaliknya, para pemerintah hanyalah pemegang amanah, wakil dan utusan. Mereka bukan pemilik harta. Ini seperti yang Nabi Muhammad SAW sabda: 'Aku – demi Allah - tidak boleh memberi (harta awam) ataupun menghalang seseorang. Aku hanya pembahagi yang meletakkannya di mana sahaja aku diperintahkan.' Ini diriwayatkan oleh al-Bukhari daripada Abu Hurairah.

“Inilah rasul Tuhan semesta alam yang memberitahu bahawa dia tidak mempunyai hak menghalang dan memberi dengan kehendak dan pilihannya seperti mana seorang pemilik harta yang boleh berbelanja dengan hartanya, dan seperti raja-raja yang memberikan kepada sesiapa yang mereka suka. Sebaliknya dia (Rasulullah SAW) hanya seorang hamba Allah, membahagikannya mengikut arahan Allah. Dia meletakannya di mana yang Allah perintahkan."

Sambung Ibn Taimiyah lagi:

“Demikian apabila seseorang berkata kepada (Khalifah) Umar bin al-Khattab: “Wahai Amir al-Mukminin! Andainya engkau tambah peruntukanmu dari harta Allah taala (harta negara).”

Jawab Umar: 'Tahukah engkau apakah bandingan antara aku dan rakyat? Ia umpamanya satu kaum yang berada dalam satu perjalanan, lalu mereka menghimpunkan harta mereka kemudian mereka menyerahkannya kepada seseorang untuk membelanjakannya untuk mereka. Apakah halal untuk lelaki itu mengutamakan dirinya dengan menggunakan harta mereka?” [ms 51-52. Kuwait: Dar al-Arqam (1406H)

Rabu, 1 Oktober 2014

Bagaimana orang-orang kampung mahu berusaha lebih sedangkan modal, kelengkapan kurang?

Dr M: Bumi tak boleh salahkan kaum lain...

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kaum Bumiputera tidak boleh menyalahkan kerajaan dan kaum lain sekiranya sasaran 30 peratus pemilikan ekuiti Bumiputera dalam ekonomi negara menjelang tahun 2020 tidak tercapai.
  
Beliau berkata mereka perlu menyalahkan diri sendiri kerana tidak mempertingkat daya usaha bagi memajukan diri.
  
"Kita tidak boleh menyalahkan orang lain dan mengharapkan mereka mengurangkan usaha demi kepentingan kita, sebaliknya kita kena betulkan diri dan berusaha lebih daripada kaum-kaum lain untuk berjaya," katanya.
  
Beliau berkata demikian dalam sesi soal jawab pada Ceramah Perdana Bersama Pemikir Ulung Negara anjuran Gabungan Persatuan Pesara-Pesara Melaka di Melaka semalam. Turut hadir Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob dan
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron.
  
Dr Mahathir berkata kaum Bumiputera telah diberikan banyak kelebihan daripada kerajaan khususnya dalam sektor ekonomi namun tidak digunakan denganbaik.
  
"Sebagai contoh, kerajaan pernah memberikan projek pembinaan kelas-kelaskomputer di sekolah kepada kontraktor Melayu tetapi mereka menjual projek itukepada orang lain," katanya.
  
Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata konsep berkongsi kuasa politik dan ekonomi yang diasaskan pemimpin terdahulu mampu terus menjamin kemakmuran dan keharmonian kaum di negara ini.
  
Sebaliknya, katanya tindakan berlumba-lumba menguasai kesemua bidang oleh sesuatu kaum mampu menggugat kestabilan dan ketenteraman dengan tindakan rusuhan berikutan perasaan terasing dan tertindas oleh kaum lain.

- Bernama




Inilah kenyataan bodoh seorang bekas perdana menteri. Bagaimana mungkin golongan bawahan Melayu dan Bumiputera berusaha lebih sedangkan mereka kekurangan modal dan kelengkapan. Setahu saya hanya peimpin-pemimpin UMNO di pelbagai peringkat yang mendapat projek yang besar-besar dan hanya mereka yang mampu membeli mesin untuk kegiatan pertanian, atau untuk membeli atau menyewa  bangunan dan peralatan  untuk memulakan perniagaan. Dengan pendapatan golongan bawahan yang begitu rendah, mana mungkin mereka mampu memulakan sesuatu perusahaan. Dalam masa yang sama pemimpin-pemimpin UMNO yang mendapat projek kerajaan pemalas dan suka hidup bermewah-mewah. Lesen kontraktor pula dibekukan dengan pelbagai alasan yang tidak masuk akal. Sepatutnya permohonan lesen kelas F itu dibuka. Banyak mana pun bilangan mereka yang memiliki lesen tidak kisahlah. Siapa yang benar-benar berminat dan berusaha dia akan berjaya, bukan yang hanya menunggu dan meminta ehsan kerajaan. Selepas itu kerja-kerja semuanya diberikan kepada orang lain. Sampai bila pun kalau sikap kerajaan ini terus memanjakan orang-orang UMNO dan pemimpinnya, maka selagi itulah usaha dan angan-angan untuk memberikan ekuiti 30% kepada orang Melayu dan Bumiputera tidak tercapai. Pinjaman yang mudah sepatutnya diberikan kepada mereka yang mahu memulakan perniagaan tanpa mengira siapa mereka. Apa yang berlaku hari ini, jika dia orang politik (UMNO) maka mudahlah mendapat pinjaman jutaan ringgit sebagaimana yang berlaku kepada proijek lembu keluarga Shahrizat. Tapi golongan bawahan ama sukar meminjam daripada kerajaan. Jadi janganlah menggunakan orang Melayu dan Bumiputera untuk meraih undi dan sokongan sedangkan bantuan yang ikhlas dan sunguh-sungguh tidak diberikan. 

PM Buat Baik Pun Tidak Boleh, Pemuda Apa Ini?

PM tiru idea Pemuda PAS

SYAHIR SULAIMAN | .
1. Pemuda PAS Malaysia menyambut baik cadangan Perdana Menteri untuk memperkenalkan skim sewa-milik (rent-to-own) bagi membantu pemohon Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA).

2. Perdana Menteri dilaporkan mengumumkan skim tersebut pada majlis pecah tanah projek PR1MA di Seremban Sentral pada Selasa 9 September, bertujuan untuk membantu generasi muda memiliki rumah idaman dan mencadangkan agar pihak bank dapat menawarkan skim Rent-To-Own (RTO) dengan pemohon hanya perlu membayar sewa dalam tempoh 20 hingga 30 tahun sehingga rumah itu akan menjadi milik mereka.

3. Skim sewa-milik  ini adalah selaras dengan cadangan yang dikemukakan oleh Pemuda PAS dalam ‘Dokumen Agenda Anak Muda Berkebajikan’ pada 17 Februari 2013, yang telah menggariskan beberapa strategi penyelesaian terhadap permasalahan rumah mampu milik, di samping turut merungkaikan permasalahAN pendapatan boleh guna, kos sara hidup, keusahawan belia, pendidikan berkebajikan, pengakutan lestari dan kualiti hidup dalam kalangan generasi muda.

4. Pemuda PAS berpendapat situasi kenaikan harga rumah yang tidak terkawal ini, sebagaimana diunjurkan dalam Malaysian Housing Price Index (MHPI) yang meningkat pada kadar purata CAGR 5.5 peratus setahun sejak 2001, bukan sahaja menyebabkan ia tidak mampu-milik, malah hingga ke peringkat tidak mampu-bayar.

5. Pemuda PAS menyifatkan situasi struktural ini adalah disebabkan oleh faktor ketidakstabilan penawaran dan permintaan di pasaran hartanah. Pihak pemaju terpaksa menawarkan rumah dengan harga yang tinggi atas faktor lokasi dan harga tanah, kos buruh dan bahan binaan, di samping faktor keuntungan. Di pihak pembeli pula, pendapatan yang rendah dan perbelanjaan yang tinggi menyebabkan kemampuan untuk membayar deposit dan ansuran menjadi terbatas, di tambah pula dengan persaingan untuk mendapatkan rumah yang terhad di lokasi yang kondusif dan hampir dengan tempat kerja.

6. Menurut PR1MA, sehingga tahun 2013, sejumlah 700,000 pemohon telah mendaftarkan diri dalam sistem pendaftaran PR1MA, namun hanya 80,494 unit rumah mampu milik telah diluluskan untuk pembinaan. Ini bermakna, PR1MA hanya mampu memenuhi 11 peratus daripada keseluruhan permintaan, malah situasi yang sama turut disaksikan dalam beberapa skim rumah mampu milik yang telah diperkenalkan kerajaan, antaranya Skim Rumah PertamaKu, Skim MyHome dan seumpamanya.

7. Pemuda PAS menyarankan agar Perdana Menteri memperuntukkan dana khas bagi menjayakan skim sewa-milik yang pernah dicadangkan Pemuda PAS ini dalam Bajet 2015, di samping menuntut kerjasama institusi perbankan untuk menawarkan skim pembiayaan Al-Ijarah Al-Muntahiya bit-Tamlik (Sewaan Berakhir Dengan Pemilikan) dan pihak pemaju diseru untuk lebih inovatif dengan penggunaan kaedah pembinaan yang lebih kos efektif. Malah, skim perumahan sewa-milik ini sangat wajar dicontohi oleh kerajaan negeri dan kerajaan tempatan, agar keperluan asasi ini dapat diperluaskan ke seluruh negara, khususnya bagi generasi muda. – HARAKAHDAILY 11/9/2014



Perkara begini pun menjadi kutukan? Alahai betapa rendahnya akal budi dan pandangan pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli Pas. Takkan buat kebaikan pun salah. Kalau kerajaan BN atau pemimpin-pemimpinnya mengambil idea yang difikirkan baik itu, bukankah itu perbuatan yang baik? Tidak kiralah siapa yang menelurkan idea, yang penting kebaikannya dirasai rakyat. Nyata jelas Pas tidak ikhlas berjuang demi rakyat. Perjuangan agama dalam kalangan sesetengah pemimpinnya hanya plastik, palsu. Mereka melindungi niat dengan perjuangan agama. Teruk betullah orang-orang pas hari ini

SULTAN PUN MEMAHAMI KEPERITAN RAKYAT DAN KAKITANGAN AWAM, KERAJAAN BILA LAGI?

Sultan: Rasuah tak boleh diubat dengan Strepsil

Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah risau tentang jurang pendapatan yang akan memburukkan gejala rasuah.

Menzahirkan kebimbangan baginda berkenaan laporan data Model Ekonomi Baru (NEM), Raja Nazrin berkata negara kini tidak lagi boleh berada dalam keadaan "minda penafian".

Baginda bimbang pengagihan kekayaan yang tidak seimbang dan jurang pendapatan yang semakin melebar akan menggalakkan budaya rasuah.

Bertitah pada ulang tahun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini, Raja Nazrin bertitah bahawa negara kini berhadapan dengan cabaran yang besar.

"Ia bukan sakit tekak yang bersifat sementara, boleh diubati dengan gula-gula Strepsil.

"Ia penyakit sosial yang serius, memerlukan rawatan intensif daripada doktor dan pakar bedah sosial.

"Ia memerlukan formula perubatan dari farmasi sosial yang berupaya merangka dasar sosial yang komprehensif lagi holistik untuk dilaksanakan," titah baginda.

Baginda turut mempersoalkan tahap gaji rakyat yang tidak seiring dengan kos kehidupan seharian.

"Apakah opsyen yang ada di kalangan pegawai awam mahupun swasta jika gaji tidak dapat menampung perbelanjaan hidup harian?

"Majoriti yang berada dalam kategori ini, sebenarnya, tidak mahu melakukan rasuah.

"Bilangan yang tergolong dalam kategori ini akan semakin bertambah jika formula berkesan tidak diperkenalkan.

"Terutamanya (dalam) memberikan fokus kepada aspek-aspek perumahan, makanan, pengangkutan serta khidmat kesihatan dan rawatan perubatan yang kosnya semakin hari semakin meningkat," titah baginda lagi.
 
Dalam dekad ini jarang-jarang kita mendengar seorang pemimpin golongan bangsawan menyuarakan masalah yang dihadapi oleh rakyat. Tetapi sultan Perak ini nampaknya lebih prihatin berbanding pemimpin-pemimpin kerajaan BN. Minyak terus naik, dan lepas ini pasti kenaikan berantai akan berlaku. Kos pengangkutan naik, harga barang-barang naik dan kuasa beli pengguna akan terus turun. Yang tidak naik harga produk pertanian, pisang, getah, kelapa sawit dan gaji kakitangan awam. Kenaikan gaji tahunan kakitangan awam hanya 2.5% setahun manakala kenaikan harga barang 8.5% setahun. Adakah kerajaan BN yang mengaku hanya mereka yang mampu mentadbir negara  dengan baik, tidak menyedari hal ini. Atau seperti kata 'tukar tiub" semua pemimpin BN, suka buat-buat bodoh atau memang bodoh. Tidak memahami masalah rakyat. Bagaimana rakyat mahu terus menyokong kerajaan BN kalau masalah mereka tidak dihiraukan. Bila kerajaan dikritik, mereka cuba pula menekan mereka dengan pelbagai akta termasuk akta hasutan memburukkan pemimpin negara konon. Apakah kerajaan mahu semua rakyatnya membodek pemimpin-pemimpin BN seperti mana yang dilakukan oleh sebahagian ahli UMNO? Pendapatan yang tidak seimbang terus melebar, orang politik menerima imbuhan dan projek yang besar nilainya, kaki tangan awam hanya mampu diberikan bonus RM500. Rakyat biaswa dapat BRIM RM350-RM600. Berapasangat nilai pemberian itu berbanding kos hidu hari ini. Oleh kerana itu tidak hairanlah, jenayah, kecurian dan masalah sosial terus berlaku.  Sampai bila kami menunggu pemimpin BN yang mampu memahami masalah rakyat seluruhnya.