Isnin, 18 Ogos 2014

Mengapa MP Tenom dan Adun Kemabong Tidak Dapat Menyelesaikan Masalah Rakyat

KATUBU TANAH ADAT, BUKAN HUTAN SIMPAN! PDF Print E-mail
Written by Admin   
Tuesday, 08 February 2011 17:42
Share

KESAL... Unggi kesal kerana Jabatan Hutan terus berdegil.

Oleh: MUTALIB M.D
KAMPUNG Katubu, Tenom adalah ‘Tanah Adat’ dan bukannya Hutan Simpan sebagaimana yang didakwa Pengarah Jabatan Hutan Sabah, Datuk Sam Mannan.
Seorang penduduk kampung Katubu, Unggi Bin Melinau, 70, mengesahkan bahawa nenek moyangnya termasuk beliau sendiri telah lahir di Kampung Katubu yang dibuka sekitar 1828 dan bukannya kampung baru.
“Hanya pada 1928 barulah kampung ini mempunyai Ketua Kampung sehinggalah ke hari ini sudah lebih enam orang Ketua Kampung dilantik, termasuk Ketua kampung sekarang, Ampat bin Ampasu,” ujar Unggi yang juga bapa kandung kepada Ahli Parlimen Malaysia (Tenom), Datuk Raimie Unggi.


GIGIH...Penduduk kampung gigih menyediakan kad manila yang dihias dengan pelbagai luahan perasaan mereka.

BANGGA.... Seorang penduduk kampung bangga dengan keprihatinan kerajaan BN membantu mereka sekalipun terpenjara di kawasan Hutan Simpan.
SEMANGAT... Semangat Antanom masih membara dalam dada mereka.

Unggi menegaskan, akibat karenah birokrasi, pihaknya gagal memohon geran tanah bagi kampung kampung Katubu, kononnya berada di dalam Hutan Simpan Rundum namun saudara mereka di Kampung Sumambu berjaya mendapat geran tanah N.T sekalipun status kampung mereka sama.
“Oleh kerana tanah kami adalah tanah adat, maka kami merasakan tidak perlu memohon geran tanah kerana jika kami pohon mereka tetap tolak dan terus dibantah oleh Jabatan Hutan. Kami ada jumpa PPHT, tetapi mereka juga gagal bertindak kerana tertakluk kepada ulasan Jabatan Hutan. Tapi sampai bila kami mahu tunggu?” tanya Unggi yang mendesak agar PPHT menjalankan tugas mengadakan penyiasatan tanah bagi mengelakkan ramai penduduk menjadi mangsa kekejaman Jabatan Hutan.

BANTAH.... Sebahagian daripada penduduk kampung yang mengadakan demonstrasi secara aman.

1MALAYSIA.... Penduduk meneriakkan Slogan 1 Malaysia sebagai ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri.
Sehubungan itu, sebahagaian besar daripada 360 penduduk kampung telah bersepakat mengadakan tunjuk perasaan secara aman dengan mengibarkan bendera Sabah dan memegang kad manila yang membawa pelbagai mesej sebagai membantah tindakan Jabatan Hutan meroboh beberapa rumah penduduk kampung di kawasan kebun mereka yang difitnah sebagai pondok pembalak haram.
Mereka turut meneriakkan semangat 1Malaysia untuk meraih simpati Perdana Menteri agar melawat kampung mereka yang terpencil di Pedalaman bagi meringankan beban Ahli Parlimen mereka membangunkan kampung tersebut.


AMPAT AMPASU
Dalam pada itu, Ketua kampung Katubu, Ampat Ampasu, 54, ketika ditemui berkata pihaknya menentang keras kenyataan bahawa Kampung Katubu adalah Hutan Simpan.
Ampat menjelaskan bahawa Jabatan Hutan wajar mengeluarkan Kampung Katubu daripada Kawasan Hutan Simpan sebagaimana Kampung Sumambu yang telah mendapat geran tanah masing-masing.
“Ini kampung, kampung tradisi. Sayalah Ketua Kampung yang berdaftar dengan Pejabat Daerah,” kata Ampat lagi yang mengucapkan terima kasih Perdana Menteri kerana telah meluluskan bekalan elektrik solar untuk kampung Katubu sekalipun didakwa sebagai Hutan Simpan.



AHAR RAMAN
Sementara itu, Ketua Cawangan UMNO Katubu, Ahar Bin Raman, 54, menjelaskan bahawa kesemua penduduk kampung Katubu ialah penyokong Barisan Nasional, terutama ahli UMNO dan PBS.
“Saya merayu ehsan Presiden UMNO dan Ketua Perhubungan UMNO Sabah agar menyelesaikan masalah yang dihadapi penduduk Katubu supaya penduduk tidak curiga dengan kepimpinan BN yang sering ditohmah tidak melakukan sesuatu untuk mengatasi isu yang sudah berlanjutan sejak 26 tahun lalu,” kata Ahar lagi.

GEMBIRA.... Sebahagian kanak-kanak Katubu yang gembira kerana kampung mereka mendapat bekalan elektrik.
SINAR... Sinar elektrik solar bateri lithium polimer yang mampu menerangi masa hadapan kanak-kanak ini.
Menurut Ahar, tindakan Jabatan Hutan Sabah adalah terlalu kejam dan tidak berperikemanusiaan kerana menafikan hak penduduk kampung Katubu untuk mendapat kemudahan asas seperti bekalan elektrik, air paip dan kemudahan perhubungan; semata-mata disebabkan Kampung Katubu tersepit di tengah Hutan Simpan.
Tegas Ahar, beliau kesal kerana Jabatan Hutan mendakwa kampung mereka adalah Hutan Simpan kerana beliau dilahirkan di Katubu sejak 54 tahun lalu.
“Moyang saya juga lahir di Kampung ini pada 1845. Jadi tidak patutlah Jabatan Hutan dakwa kampung kami ini kampung haram. Yang kami tahu, Hutan Simpan di Rundum diwartakan pada 1984 tetapi mereka malas untuk menjalankan siasatan awal sama ada ada kampung atau hutan rimba ketika itu,” kata Ampat sambil menyifatkan sikap Pengarah Jabatan Hutan tidak professional dan menafikan hak penduduk kampung Katubu.
“Mujur ada bekalan elektrik solar mesra alam yang dijanakan atas usaha Datuk Raime dan ehsan Perdana Menteri Malaysia,” tegas Ahar yang terharu setelah kesemua 36 buah rumah di kampung Katubu mendapat bekalan elektrik solar menggunakan bateri lithium polymer melalui peruntukan khas Jabatan Perdana Menteri.


Masalah ini bukanlah perkara baru, masalah tanah di Sabah ini memang banyak. Yang anehnya pemimpin-pemimpin tidak banyak membantu dalam kebanyakan hal tetapi ketika pilihan raya mereka beria-ia pula minta bantuan daripada penduduk kampung untuk mengundi mereka. Kadang-kadang bila saya selami, ternyata wakil-wakil rakyat bukanlah mewakili rakyat tetapi lebih kepada wakil diri sendiri. Apalah maknanya mereka menjadi wakil rakyat kalau mereka tidak mampu berunding dan berbincang dengan pelbagai agensi yang terlibat untuk mengatasi masalah tersebut. Saya percaya MP Tenom itu datang dan menjenguk penduduk yang sudah sekian menghadapi masalah yang sama kerana pilihan raya sudah hampir tiba. Percayalah selepas pilihan raya, saya pasti masalah yang sama masih lagi tidak akan dapat diatasi. Demikian juga masalah yang dihadapi oleh penduduk kampung Motolop, Pangie. Mereka telah memohon agar tanah itu dikampung tersebut  dikeluarkan daripada Forest Reserve, tetapi sehingga kini khabarnya belum dapat dipastikan. Walhal kawasan tanah terrsebut tidak lagi berhutan, sebaliknya penuh dengan tanaman getah para penduduk kampung. Kadang-kadang saya keliru, apakah yang menjadi keutamaan kerajaan, rakyat atau pihak lain? Tetapi bila bercakap kononnya rakyatlah yang diutamakan. Tiada kerajaan lain yang mampu membantu rakyat melainkan Barisan Nasional. Bukankah kita kini bernaung dibawah kerajaan Barisan Nasional?
     Masalah tanah ini juga turut dihadapi oleh penduduk kampung Paguokon. Banyak penduduk kampung paguokon yang menanam getah bersebelahan dengan tanah LIGS, tetapi setelah getah-getah itu telah mengeluarkan hasil, LIGS pula terhegeh-hegeh menuntut bahawa tanah tersebut termasuk dalam ladang getah LIGS. Para pekebun kecil begitu resah dan bimbang dengan perkembangan ini, bahkan dikhabarkan LIGS akan cuba mengambil tindakan mahkamah. Para penduduk kampung yang tidak berupaya hanya menunggu masa getah mereka dirampas. Sebagai rakyat Sabah, timbul pula rasa marah dan benci terhadap kerajaan dan wakil-wakil rakyat kerana tidak mengambil kisahpun tentang hal ini. Kalau benarpun tanah itu termasuk didalam tanah LIGS, bukankah elok kalau kawasan itu dikeluarkan sahaja dan diberikan kepada penduduk kampung yang tidak bertanah itu. Bukan tanah LIGS itu dahulunya milik orang kampung yangdiambil semasa kerajaan BERJAYA dahulu? Bukan kerjaan BN yang diwakili parti BERJAYA itu berjanji akan menyerahkan tanah-tanah itu kepada penduduk kampung setelah modal menanam dan mengusahakan tanah itu dapat dibayar semula. Oleh kerana itu penduduk kampung begitu mudah melepaskan tanah itu kepada Lembaga Tabung Getah suatu ketika dahulu biarpun hasil tanaman mereka dimusnahkan. Demikian juga tanah yang dimabil olek KPD, kerajaan BN pada masa itu telah berjanji untuk menyerahkan semula tanah itu kepada rakyat, tetapi hari ini janji kerajaan BN itu telah dilupakan.

Sabtu, 12 April 2014

PERMOHONAN BARU BIASISWA KECIL PERSEKUTUAN (BKP) DAN BIASISWA KELAS PERSEDIAAN UNIVERSITI (BKPU) TINGKATAN 6 ATAS TAHUN 2014

Tarikh iklan: 11 April 2014
Permohonan akan dibuka seperti ketetapan di bawah :-

21- 27 April :  Zon 1 - Sabah, Sarawak, WP Labuan, Kelantan, Terengganu dan Pahang
28 - 04 Mei :  Zon 2 - Selangor, Johor, Melaka, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya dan SBP
05 - 11 Mei :  Zon 3 - Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Negeri Sembilan

Sila pastikan murid tertanggung sedia ada tidak lagi dibuat permohonan baru dan belum menerima biasiswa BKP/BKPU.

Sehubungan itu, sekolah boleh mula menyemak nama murid yang layak di laman sesawang http://apb.moe.gov.my mulai 14 April 2014 hingga 20 April 2014.
Sekiranya nama murid yang layak memohon tidak dipaparkan, sila rujuk dengan guru APDM kelas berkenaan supaya mendaftarkan murid berkenaan di dalam APDM dan mengemaskini maklumat pendapatan ibubapa/penjaga.

Isnin, 3 Disember 2012

Perhimpunan UMNO atau Perhimpunan memaki hamun?

Ramai pemerhati politik termasuk rakyat jelata memerhatikan perhimpunan UMNO untuk kesekian kalinya , namun tidak ada apa-apa yang baru. Di awal perhimpunan Presidennya, Datuk Seri Najib memohon maaf  kepada rakyat atas kesilapan pemimpin-pemimpin UMNO yang menebabkan rakyat sudah tidak percaya lagi kepada mereka. Namun, beberapa hari perhimpunan berlangsung, ternyata perhimpunan itu langsung tidak ada yang baru. Episod lama tetap diulang. Mengutuk dan mencemuh orang lain masih keutamaan para pemimpin UMNO. Sikap hendak menyembunyikan kekhilafan dan kehinaan masih menjadi amalan parti itu. Ternyata parti UMNO bukan parti yang telus dan bebas. Ahli-ahli atau perwakilan tidak bebas untuk menyamapaikan apa yang tersirat di hati. Seelum perhimpunan saya pernah menyatakan kepada salah seorang perwakilan dari Tenom agar disampaikan dalam perhimpunan itu keluhan ahli UMNO Tenom atau rakyat Sabah khususnya tentang perbezaan harga getah, sawit dan  barang keperluan harian. Mengapa begitu jauh beza harganya antara Semananjung, Sarawak dan Sabah. Sebagai ahli UMNO jenuh saya menanti tentang isu itu,tetapi ternayata kami rakyat Sabah amat kecewa dengan perhipunan yang tidak memberikan apa-apakebaikan kepada kami. Kalau begitulah sikap perwakilan dan para pemimpin apakah maknanya perhimpunan ini kalau apa yang terbuka di sanubari rakyat tidak boleh diluahkan. Apakah perhimpunan  ini hanya lakonan untuk menunjukkan kepada umum bahawa UMNO dan para pemimpin UMNO masih mendapat sokongan akar umbi UMNO? Begitukah? Sehinggakan perhimpunan itu menjadi perhimpunan untuk mencaci dan mencemuh pihak lain. Wahai para pemimpin UMNO kami sudah bosan dengan politik cemuh-mencemuh, maki-memaki dan asyik menyalahkan orang lain sedangkan selama ini kuasa ada di tangan para pemimpin UMNO, mengapa pula pemimpin Pakatan Rakyat yang belum memegang kuasa di peringkat pusat dipersalahkan atas kelemahan kerajaan selama ini?

     Ternyata UMNO yang menjadi tonggak kerajaan hanya berlakon dan bersandiwara dalam perhimpunan itu. Perwakilan yang kononnya menjadi wakil seluruh  ahli UMNO itu, ternyata tidak mewakili suara ahli-ahli UMNO akar umbi. Dan apakah UMNO boleh menang tanpa sokongan kami wakil UMNO akar umbi? Kami sudah acap kali memberikan ruang dan peluang kepada para pemimpin-pemimpin parti utuk berubah tetapi lihatlah betapa bebal dan bongkaknya pemimpin-pemimpin UMNO hari ini. Apa yang dikehendaki ahli UNO akar umbi tidak pernah didengar. Saya lebih kami lebih suka kalau perhimpunan itu untuk mencari pelbagai kaeda untuk menyelesaikan masalah rakyat, masalah ahli-ahali parti akar umbi yang menjadi tunjang kepada  kekuatan UMNO selama ini. Kami mahu masalah rakyat disuarakan dalam perhimpunan itu, bukan perhimpunan untuk memboek pemimpin dan mencemuh pihak lawan. Percayalah bahawa kami amat senang dengan kehadiran pemimpin pembangkang yang kuat hari ini untuk mengimbangi kesombongan dan kebongkakan para pemimpin parti di pelbagai peringkat. Dan kami bersedia untuk memberikan undi kepada pemimpin Pakatan Rakyat jika pemimpin UMNO terus berlakon dan tidak bersungguh-sungguh meneyelesaikan masalah rakyat akar umbi. Antara masalah kami yang mungkin perwakilan tidak nampak selain yang saya sebutkan tadi ialah masalah jalan perhubungan ke kebn-kebun, ke tanah-tanah yang memberikan rezeki kepada kami, masalah benih berkualiti pelbagai tanaman,  masalah asas seperti air, masalah kesukaran memohon tanah untuk bercucuk tanam dan sebagainya. Apakah UMNO ini hanya sesuai untuk mereka yang dahagakan kontrak yang diberikan secara award sedangkan masalah petani macam kami terus diabaikan?

   Sebagai ahli UMNO kami berharap, jika UMNO masih ada perhimpunan lagi selepas PRU ke-13, hendaknya perhimpunan itu akan menjadi perhimpunan untuk memikirkan kaedah untuk meneyelesaikan masalah ahli dan rakyat. Perhimpunan UMNO akan menjadi medan untuk mengumpulkan buah fikiran dari pelbagai lapisan untuk memehami permasalahan rakyat dan bukan menjadi perhimpunan cemuh-mencemuh dan memburuk-burukkan orang lain.

Sabtu, 8 September 2012

Isu yang boleh Menjatuhkan Kerajaan BN


Bila-bila masa dari sekarang PRU ke-13 akan diadakan. Tempoh pemerintahan BN akan berakhir 6 bulan lagi. Dan ada kemungkinan kerajaan baru akan dibentuk. Jika strategi PR menjadi, ada kemungkinan negeri yang menjadi “fix deposit” BN itu juga akan kecundang. Berdasarkan penelitian dan sedikit penyelidikan, terdapat pelbagai isu yang memungkinkan BN akan kecundang kali ini. Isu ini melibatkan  isu tempatan dan isu nasional.

Antara isu lokal yang membabitkan kerajaan dan pemimpin-pemimpin  negeri ialah;

1. Isu kroni dan kerakusan ketua menteri.

Desas-desus kencang menunjukkan bahawa bukan sahaja rakyat yang mahu menjatuhkan Musa Aman bahkan pemimpin-pemimpin BN Sabah sendiri yang mahu Musa Aman tidak lagi mengetuai kerajaan BN negeri. Sejak Datuk Seri Najib mengambil alih jawatan PM, rakyat Sabah dan pemimpin-pemimpin Sabah amnya mengharapkan Datu Seri Najib merombak kabinet negeri Sabah. Tetapi ternyata Najib tidak mampu menurunkan Musa Aman, ini pastinya ada kaitan dengan kedudukan kerusi BN yang kurang 2/3 di parlimen. Jika Musa Aman merajuk dan menyeberang menyokong PR, pasti Najib akan gigit jari. Tidak mahu itu berlaku menyebabkan Najib tidak berupaya memenuhi hasrat hampir semua pemimpin BN dan rakyat Sabah amnya. Perkara ini amat mengecewakan rakyat Sabah seluruhnya. Bukan sahaja pemimpin-pemimpin politik di semua peringkat bahkan para kontraktor kelas F yang jelas kecewa dengan tindakan kerajaan negeri mengambilalih kerja-kerja kecil yang biasanya dilakukan oleh kontraktor  untuk diberikan kepada syarikat-syarikat besar milik Musa Aman dan keluarganya. Banyak projek yang besar dan kecil diserahkan kepada keluarga dan adik-beradiknya, tindakan ini mengesahkan kerakusan ketua menteri Sabah mengaut segala sumber untuk diri sendiri, keluarga  dan kroni. Dan tindakan Datuk Lajim dan Datuk Welfred Bumburing itu merupakan manifestasi kepada masalah itu. Dikhabarkan bahawa Datuk Musa Aman menghendaki 26 dari 33 Dun yang dimenangi UMNO diambil alih oleh sanak saudara dan keluarganya dalam pilihan raya akan datang. Nama-nama telah pun disenarai pendekkan, dan jika ini berlaku tidak mustahil khabar angin yang bertiup kencang bahawa penghijrahan besar-besaran pemmpin-pemimpin BN akan berlaku selepas parlimen dibubarkan. Kita tunggu dan lihat. Rakyat sebenarnya  menunggu hari itu dengan penuh debar dan penuh teruja kerana kemuakan dan kebosanan dengan pentadbiran BN negeri sudah sampai ke tahap yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.

2. Isu Tanah

Sejak UMNO menerajui kerajaan negeri, isu tanah tidak pernah selesai. Sayangnya pemimpin negeri tidak menyelesaikan isu ini dengan bijaksana. Mereka menganggap isu ini hanya remeh dan permainan politik. Lebih teruk lagi mereka menganggap isu ini tidak mengguggat kerajaan BN. Demikianlah telahan silap yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin BN. Kehadiran Datuk Seri Anwar ke Sabah dengan menyentuh tentang isu tanah ini telah memberikan sedikit harapan kepada rakyat.  Rakyat biasa yang bergantung hidup terhadap hasil pertanian sewajarnya tidak dihalang untuk memiliki tanah sekurang-kurangnya 15 ekar. Malangnya mereka mengalami kesukaran memohon tanah tapi akan berlaku sebaliknya jika syarikat-syarikat kroni yang memohon. Beberapa peristiwa yang membabitkan tanah adat juga menyebabkan orang-orang kampung amat membenci kerajaan BN.Permoonan tanah yang tidak diproses dengan cekap menyebabkan pelbagai masalah timbul, misalnya permohonan bertindih, pencerobahan dan sebagainya. Sebagai kerajaan yang memerlukan sokongan rakyat, pemimpin-pemimpinn BN seharusnya menyelesaikan masalah tanah ini. Jika tanah kerajaan negeri tidak mencukupi, maka hutan simpan kelas dua harus dikeluarkan dan diserahkan kepada penduduk secara sistematik. Mereka yang mempunyai tanah tetapi tidak diusahakan tidak lagi dibenarkan memohon tanah baru. Banyak tanah kosong dan tidak diusahakan kerana amalan “membooking” penduduk kampung tanpa mengusahakannya. Perkara sebegini tidak harus berlaku, tapi malangnya oleh kerana BN tidak cekap mengurus dan mentadbir perkara ini dengan baik, maka masalah orang tidak bertanah ini terus berlanjutan. Selain itu, pemberian tanah melalui Geran Komunal itu juga menimbulkan pelbagai reaksi negatif  rakyat. Apa rasionalnya kerajaan memberikan geran besar sedemikian yang boleh mendatangkan pertelingkahan kepada pemilik dalam jangka panjang. Rakyat juga tidak yakin dengan pemberian geran seumpama itu kerana pada bila-bila masa kerajaan boleh menarik taraf pemilikan.

3. Isu harga komoditi Sabah dan Semenanjung.

Satu lagi isu besar yang menyebabkan rakyat Sabah begitu muak dan benci dengan kerajaan BN ialah perbezaan harga getah dan kelapa sawit Sabah dan Semenanjung. Perkara ini sudah berlaku sekian lama dan rakyat Sabah beberapa dekad yang lalu begitu percaya dengan pelbagai alasan yang diberikan oleh pemimpin-pemimpin Barisan Nasional. Namun generasi muda hari ini tidak lagi demikian, dan penjelasan Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini yang mengaitkan perbezaan harga ini dengan sistem kroni yang diamalkan oleh Barisan Nasonal sekian lama, mudah diterima rakyat.Oleh sebab itu bagi mereka tidak ada lagi cara lain untuk meningkatkan harga getah dan sawit di Sabah ini setaraf dengan Semenanjung dan Sarawak selain menukarkan kerajaan BN. Rupa-rupanya pemimpin-pemimpin BNlah yang menyebabkan rakyat Sabah terus tertinggal jauh berbanding negeri lain. Bukan sahaja tertinggal dari segi taraf hidup bahkan prasarana. Bekalan air bersih, jalan raya, elektrik, pondok telefon dan sabagainya jauh dari mencukupi.  Slogan BN yang kononya berjuang untuk rakyat hanya retorik semata-mata. Ternyata BN bukan kerajaan yang baik sebaliknya banyak pemimpin BN negeri yang mengambil peluang terhadap kedaifan dan kebodohan generasi tua untuk kepentingan mereka. Dapat dilihat bahawa ketika rakyat mempersoalkan perbezaan  harga getah dan kelapa sawit negeri ini dengan Semenanjung, para pemimpin BN negeri terus membisu. Hal ini demikian kerana mereka juag terlibat dengan penindasan ini. LIGS yang diharapkan mampu membantu meningkatkan taraf kehidupan rakyat, kini digunakan untuk mengaut keuntungan dengan memonopoli pembelian getah di negeri ini. Lebih parah lagi ada cadangan bahawa penjualan getah melalui agen tidak dibenarkan lagi. Hanya LIGS sahaja yang boleh membeli getah. Tindakan ini memperlihatkan sikap ingin memonopoli pasaran. Ternyata kerajaan BN menggunakan pelbagai dasar untuk menghalalkan penindasan mereka. Jika ini berlaku sebelum PRU ke-13, saya percaya BN akan mengalami kesukaan untuk menang dalam pilihan raya akan datang.

4. Isu PATI
Isu PATI ini adalah antara isu yang paling hangat walaupun isu ini sudah lama, tetapi  kerajaan persekutuan masih terus membisu dan hanya Najib antara pemimpin persekutuan yang berani mengumumkan penubuhan RCI, suruhanjaya khas untuk mengkaji dan menyiasat isu ini. Tapi sayangnya, sudah terlambat. Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah berjanji kepada rakyat peribumi Sabah bahawa PATI yang diberikan kewarganegaraan secara mee segera ini akan dikaji, disiasat dan ditarik balik kewarganegaraan mereka. Ternyata janji Datuk Seri Anwar itu lebih terkesan kepada rakyat beranding janji Najib yang mewakili kerajaan persekutuan kerana kerajaan persekutuan sudah lama diberikan ruang dan peluang, tetapi mereka gagal melakukan sesuatu yang diharapkan oleh rakyat Sabah seluruhnya. Mereka hanya berminat untuk mengekalkan kuasa, dan dipercayai penubuhan RCI itu  setelah Datuk Welfred dan Datuk Lajim keluar dari Barisan Nasional, hanya bertujuan untuk menggabui rakyat. RCI itu akhirnya akan dibakulsampahkan. Dalam hal ini rakyat Sabah amat mengharapkan Datuk Seri Anwar dan pemimpin-pemimpin utama PR dapat mengatur dan menysusn strategi dalam pilihan raya kali ini. Diharapkan pertandingan hanya melibat 2 penjuru antara BN dan gabungan PR. Jika ini dapat dilakukan saya percaya cita-cita rakyat Sabah da rakyat Malaysia amnya untuk menukar kerajaan BN yang dianggap gagal mengurus tadbir negara ini dengan baik dapa dicapai.

    Dalam post yang akan datang saya akan cuba mengetengahkan isu-isu nasionl yang boleh mempengaruhi pendirian rakyat Sabah seluruhnya.

Sabtu, 1 September 2012

Parti Star; Parti Chauvinistik

Dalam keadaan rakyat mula mengalihkan  sokongan terhadap seteru BN, Parti Star pun terbentuk. Matlamatnya untuk menjadi pemerintah Sabah menggantikan  UMNO dan Komponenannya. Seorang rakan menceritakan bahawa Parti Star akan bertanding di kawasan-kawasan yang ditandingi oleh Parti UMNO, UPKO, PBRS tetapi mereka tidak akan meletakkan calon  di kawasan yang ditandingi PBS. Jika menang mereka akan masuk BN dan membentuk kerajaan bersama-sama PBS. Inilah perjuangan Star kononnya. Ternyata peruangan Star itu terlalukebudak-budakan. Patutlah parti ini kurang mendapat sambutan daripada rakyat khususnya golongan yang berpendidikan kerana perjuangan sempitnya walhal presidennya dikatakan seorang yang berkelulusan tinggi.

      Ternyata penubuhan parti itu hanya semata-mata untuk membalas dendam khususnya UMNO dan beberapa parti lain seperti UPKO, PBRS, SAPP dan beberapa parti lain yang menyebabkan kejatuhan kerajaan PBS. Ternyata bahawa  perjuangan Star itu bukan demi kepentingan rakyat tetapi berlandaskan perjuangan sempit. Bersifat perkauman dan kekeluargaan. Presidennya sendiri terlibat dengan parti PBS suatau ketika dahulu menyebabkan UMNO akhirnya masuk ke Sabah. Perjuangan PBS pada ketika itu penuh dengan dendam dan rasa benci terhadap persekutuan, orang Islam dan hanya mementingkan satu kaum sahaja. Mereka lupa bahawa negara ini adalah masyrakat majmuk yang memerlukan pemimpin yang berpandangan terbuka. Pemimpin yang rakyat perlukan ialah pemimpin yang memperjuangkan nasib rakyat tanpa menmgira kaum, agama dan kedudukan. Mereka sering kali mempergunakan kedaifan rakyat yang mudah terpedaya dengan isu-isu sensitif. Akhirnya pada waktu itu, UMNO masuk ke Sabah dan membuka keahlian kepada kaum bukan Melayu semata-mata hendak membela orang Islam dan suku kaum lain yang ditinas dalam zaman PBS. Tawaran ketua menteri secara bergilir-gilir menyebabkan mereka yang gila kuasa meninggalkan PBS. Akhirnya tinggallah pemimpin PBS yang setia tetapi akhirnya menyertai BN dengan berat hati. Apakah penubuhan Star yang dipelopori oleh adik pemimpin PBS itu masih merindukan perjuangan menindas dan menidakkan kaum lain demi kepentingan keluarga dan kaumnya. Ternyata Star yang penuh dengan perjuangan kebudak-budakan itu tidak mendapat sambutan rakyat akar umbi walaupun namanya gah denhgan slogan "INI KALILAH". Slogan iu rupanya hanya untuk gurauan oleh generasi muda dan bukan dilafazkan kerana menyokong perjuangan Parti Star  yang chauvinistik itu.

Dulu Saya Kata UMNO Memang Nazak

Dalam tahun ini juga saya ada menyebut bahawa UMNO memang nazak, seperti mana yang didakwa oleh Tuan Aspan Alias. Tetapi kalau diperhalusi nazaknya UMNO bukanlah nazak macam manusia nazak sebalikknya nazaknya UMNO bila mana para pemimpinnya hanya asyik mencari kekayaan untuk diri sendiri , keluarga dan kroni. UMNO sudah sampai ke tahap tidak mempedulikan keluhan dan rintihan rakyat. Beberapa perkara yang dicadangkan oleh pemimnpin-pemimpin PR khususnya untuk membantu rakyat dianggap akan menyebabkan negara ini bankrup dan muflis. Pendidikan percuma dengan pengahpusan PTPTN, menurunkan harga minyak, menghapuskan duti eksais, menaikkan gaji kakitangan kerajaan, memberikan elaun khas kepada guru dan sebagainya memberikan kesedaran kepada rakyat bahawa hanya PR yang benar-benar memperjuangkan nasib rakyat, manakala dasar yang dilaksanakan oleh UMNO dan BN tidak lebih daripada usaha untuk menggabui hati rakyat. Mereka tidak ikhlas untuk membantu rakyat mereka sendiri. Ini kerana mereka sudah terlalu selesa dengan kemewahan yang mereka miliki. Bukan lagi menjadi rahsia umum ikakesemua pemimpin UMNO di pelbagai peringkat sibuk mencari projek dan kontrak
untuk menambahkan kekayaan diri. Dan dalam masa yang samasegala isu yang ditimbulakn rakyat tidak dipedulikan.
    Penghijrahan Datuk Lajim Ukin dan Datuk Welfred Bumburing menyentak mimpi indah pemimpin-pemimpin tertinggi BN lantas kedua-dua MP ini dikatakan  menyeberang ke sebelah kerana mereka tidak lagi akan dicalonkan. Demikianlah kononnya sebab-sebab kedua-dua MP itu melompat walhal rakyat umum juga tahu bahawa kedua-dua pemimnpin itu sebenarnya tidak berpuas hati dengan tindak-tanduk dan gelegat ketua menteri Sabah, Musa Aman yang sering mengutamakan keluarga dan kroni sejak menjadi ketua menteri. Bukan lagi rahsia kepada rakyat Sabah bahawa kekayaan negeri ni telah dikuasai dandibolot oleh Ketua Menteri yang rasuah dan rakus ini. Dan dalam perkiraan rakyat, Musa Aman cuba mengukuhkan lagi kuasanya dengan menyeneraikan keluarga dan kroninya di 26 kawasan daripada 33 kerusi UMNO. Ii bermakna hanya 7 kerusi sahaja yang diberikan kepada pemimpin yang tidak ada  ikatan kekeluargaan dengan beliau. Oleh kerana itu adalah wajar para pemimpin BN negeri lain meniggalkan Musa Aman dan keluarganya. Para pemimpin PBS, UPKO, UMNO, dan PBRS  sewajarnya mengambil kesempatan PRU ke-13 ini membebaskan negeri ini daripada cengkaman keluarga Musa Aman tetapi ternyata para pemimpin KDM lain nampaknya tidak ada biji, mereka menjadi pengecut dantaku didakwa, maklumlah mereka juga melakukan pelbagai perkara pecah amanah semasa bersengkongkol dengan Musa Aman.

     Bagi kami, rakyat biasa ini sudah nekad. Walaupun nama masih ahli UMNO, ahli PBS, ahli PBRS dan ahli UPKO, tetapi di hati kami,dalam PRU akan datang, kami akan undi PR. Kami percaya dengan berbuat demikian, kami mempertahankan hak kami, hak sebagai rakyat peribumi yang ada keistimewaan. Hak yang semakin pupus di bawah kerajaan BN dan UMNO. Kami tidak mahu lagi PATI terus diberikan kerakyatan dan keistimewaan seperti kami. UMNO dan BN tidak diharapkan untuk mempertahankan negeri dan negara ini, mereka hanya berminat untuk mencari kekayaa.Mereka hanya berminat untuk kekal berkuasa dan kemudian menyalahgunakan kuasa itu untuk kepentingan diri dan keluarga. Isu lembu Sahrizat, Udang Noh Omar dan pelbagai isu lagi memperlihatkan peromapakn secara besar-besaran oleh pemimpin-pemimpin BN. Biarlah mereka syo sendiri, yang penting kami sudah nekad untuk menkarkan kerajaan yang ada. Oleh sebab itu kami sangat berharap agar para pemimpin utama PR memastikan kali ini berlaku pertandingan satu lawan satu. Kita tumbangkan kerajaan yang korup dan mementingkan kroni semaa-mata. Masa untuk berubah.

Sabtu, 31 Disember 2011

UMNO dan BN memang nazak.

Setelah beberapa bulan berhenti menulis, hati tercuit kembali untuk mencatatkan  apa yang saya dengar dan lihat. Sejak akhir-akhir ini, pemimpin-pemimpin UMNO dan BN bukan sahaja mengalamai krisis keyakinan rakyat, bahkan semakin hari semakin banyak perkara yang terdedah dan terbongkar. Pendedahan NFC, penyalahgunaan wang zakat  dan kenyataan pemimpin-pemimpin  UMNO itu sendiri membayangkan bahawa parti yang memerintah selama 54 tahun itu mula goyah, apatah lagi sebilangan besar rakyat sudah  tidak meletakkan harapan kepada UMNO untuk membela mereka. Ternyata  kerajaan Pakatan Rakyat dibeberapa negeri memperlihatkan bahawa urustadbir mereka lebih berwibawa, berintegriti, amanah dan jujur melainkan beberapa perkara kecil yang cuba diperbesar-besarkan oleh media kerajaan. Sambutan dingin rakyat terhadap media perdana memperlihatkan bahawa  kerajaan BN  yang korup, tidak beramanah dan mementingkan kroni  kini mula dijauhi.
     Kenyataan ini seakan-akan spekulasi semata-mata tetapi sepanjang cuti sekolah yang telah berlalu saya telah menghabiskan sebahagian besar masa saya bersama dengan sanak saudara yang terdapat hampir di seluruh daerah Kemabong dan Tenom. Ketika tiba di sesuatu kampung, dapat dilihat jalan raya diperbaiki, rumah PPRT juga banyak dibina, bantuan zink, kanopi dan sebagainya kepada cawangan-cawangan UMN O, hal ini membayangkan bahawa sambutan rakyat terhadap parti itu masih hangat, namun berdasarkan pandangan sebahagian besar penduduk di sesuatu tempat dapat saya simpulkan bahawa BN kali ini memang tenat. Sikap yang diperlihatkan oleh rakyat seakan-akan sama dengan zaman era Parti Berjaya dahulu bila mana rakyat tidak lagi menghiraukan kehadiran pemimpin-pemimpin BN dan UMNO khususnya Datuk Raime dan Datuk Rubin Balang. Majlis-majlis yang melibatkan Datuk Raden Maleh juga nampaknya dingin dan sepi. Manakala beberapa cawangan dan ahli UMNO dan PBS menyertai  sama ada  parti Dap, PKR atau Sapp. Apakah sikap rakyat ini menggambarkan bahawa Perdana Menteri 1 Malaysia, Datuk Seri Najib merupakan perdana menteri UMNO yang terakhir sebagaimana yang didakwa oleh pembangkang.
    Dalam keadan rakyat mula mengalihkan sokongan kepada Pakatan Rakyat, kedengaran khabar angin menyatakan bahawa usaha giat  dilakukan untuk memberikan kad pengenalan kepada pendatang-pendatang . Khabarnya mereka akan dihantar ke Selangor untuk memenangkan BN di negeri yang kaya itu, ini diakui oleh seorang warga Filipina yang telah berkahwin dengan orang tempatan. Apakah ini talian hayat terakhir kerajaan BN dan UMNO? Mereka sanggup menggadaikan negara kepada mereka ini semata-mata untuk kekal berkuasa?  Apalah maknanya pilihan raya itu kalau ini yang dilakukan. SPR pula tidak profesioan dan berat sebelah. Mengapa mereka harus takut kalah?  Kalau di negara-negara bukan Islam seperti Jepun, jika seorang menteri dikaitkan dengan sesuatu isu, pasti mereka akan letak jawatan atau kerajaan itu disaerhkan kepada parti lain dengan rela hati,  Betapa "gentlemennya" mereka ini. Sedangkan pemimpin-pem impin kita sebaliknya. Apakah mereka takut segala penyelewengan mereka selama ini terbongkar? Apakah mereka takut meringkuk dalam penjara tidak seperti sesetenhgah pemimpin pembangkan yang berjiwa besar. Beginilah agaknya rupa pemimpin-pemimpin UMNO dan BN, penakut dan pengecut.  Saya masih menanti pemimpin UMNO yang berani, amanah, berjiwa besar dan yang palin penting mempunyai nilai moral yang tinggi.