Selasa, 2 November 2010

BILA AGAKNYA PEMIMPIN-PEMIMPIN BERUBAH?

Kadang-kadang bila difikir dan direnunghkan secara mendalam, ternyata sifat dan sikap pemimpin-pemimpin BN hari ini adalah atas kehendak-Nya. Semakin dibenci dan meluat rakyat dengan tindakan pemimpin-pemimpin politik BN hari ini, semakin mereka galak dengan sikap yang keterlaluan dan berat sebelah. Membaca atau mendengar ulasaan media perdana dalam PRK Galas dan Batu Sapi, rasanya pemimpin-pemimpin BN hari bagaikan terlalu dungu dan bebal. Makin ditegur makin menjadi pula. Sebenarnya setiap kali ada PRK, maka akan tersingkap satu demi satu kebejatan kepimpinan BN. Semakin terserlah tingkah tidak bermoral mereka.
     Pas berikan tambang RM250.00 kepada pengundi luar, mereka kata ada unsur rasuah. Menteri besar bersedekah untuk saudara baru, mereka kata pancing undi. Tapi pemimpin-pemimpin BN yang hulur, SPR kata tiada bukti kukuh. Menyampah betul dengan SPR ini. Sebenarnya semakin tebal sikap pilih kasih SPR maka bukan sahaja mereka yang dibenci rakyat, bahkan pemimpin-pemimpin BN juga terus dibenci. Perubahan UMNO sepatutnya meliputi sikap profesional ketua-ketua jabatan, kerana ketua-ketua jabatan itu mrewakili pemimpin-pemimpin kerajaan. Najib perlu mengambil kira peranan mereka dalam mentransformasikan UMNO dan BN. Apa gunanya kononnya pemimpin-pemimpin UMNO berubah, tetapi kemusnahan nilai dan moral masih membelenggu ketua-ketua jabatan seperti SPRM, PDRM, SPR , Kehakiman dan sebagainya. Apakah benar dakwaan pemimpin-pemimpin pembangkang bahawa pengundi hantu menjadi sandaran kepada BN untuk memenangi pilihan raya maka pemimpin-pemimpin BN tidak menghiraukan kebencian rakyat terhadap mereka? Apakah pemimpin-pemimpin kerajaan hari ini perlu menunggu rakyat bangkit menantang kerajaan secara kekerasan seperti di Thailand, maka barulah mereka benar-benar berubah? Saya harap bila Najib meuar-uarkan perubahan terhadap parti, biarlah perubahan itu meliputi sikap pemimpin-pemimpin dan ketua-ketua jabatan juga. Pemimpin politik khususnya kerajaan tetap akan dipersalahkan dengan sikap ketidakadilan SPR, PDRM, SPRM dan Jabatan kehakiman. Saya harap perubahan itu tidak hanya sebagai lakonan semata-mata. Biarlah perubahan UMNO itu benar-benar berlaku seperti yang dikehendaki rakyat.

Tiada ulasan: