Kelmarin 28 November 2010, saya bersama sepupu menziarahi Pak Cik saya sebelah ibu yang sakit tenat di hospital Tenom. Walau pun beragama Islam tetapi tidak pula mengahalang saya dan ahli-ahli keluarga lain menziarahi sanak saudara yang bukan beragama Islam, bahkan amalan ini sudah menjadi lumrah di Sabah sejak sekian lama. Cuma sejak 1980-an, isu keagamaan mula menjadi pemisah kepada hubungan rakyat. Yang menjadi dalangnya sudah pastinya pemimpin-pemimpin politik yang berfikiran sempit. Dahulunya sebelum tahun 1980-an, hubungan kaum tanpa mengira agama dan bangsa di negeri ini begitu harmoni dan muhibbah. Tetapi kini walaupun tidak tegang, namun tidak seharmoni dulu. Suasana harmoni itu mula berubah sejak PBS mentadbir negeri. Kerajaan PBS pada waktu itu amat membenci kerajaan dan pemimpin persekutuan yang dilihat berat sebelah dan telah mengabaikan hak rakyat Sabah. Pada masa yang sama kerajaan persekutuan juga menggunakan persamaan agama untuk meriah sokongan rakyat sabah. Maka membakarlah sentimen keagamaan itu. Ketika saya mula menyertai UMNO pada tahun 1990-an, cabarannya pada waktu itu amat berat. Ramai orang yang menuding jari kepada kami. UMNO dilabelkan sebagai penjajah negeri. Segala kekayaan dan hak Sabah dikaut untuk kepentingan persekutuan, maka siapa yang menjadi ahli UMNO pada waktu itu amat dibenci dan dilabelkan agen penjajah. Tetapi hari ini senario itu sudah berubah. UMNO sudah diterima di Sabah, bahkan telah menjadi parti politik yang dominan dalam pentadbiran negeri. PBS pun sudah bersama-sama UMNO mentadbir negeri, maka suasana aman dan harmoni wujud semula walaupun ada juga usaha-usaha untuk menjatuhkan satu sama lain tetapi tidaklah sampai dizahirkan sehingga boleh mencetuskan perbelahan.
Namun. sejak kebelakangan ini suara-suara sumbang mula kedengaran. Perasaan benci dan muak terhadap pemimpin-pemimpin kerajaan mula kedengaran. Ada pemimpin kerajaan khususnya pemimpin-pemimpin politik yang amat dibenci oleh rakyat tetapi sayangnya mereka terus dicalonkan oleh UMNO dan BN dalam pilihan raya. Bila benci kepada pemimpin bermakna mereka juga akan menjauhi parti.Apakah dalam PRU ke-13 kelak mereka akan terus dicalonkan? Kita tunggulah PRU ke-13. Dan saya juga mungkin perlu menyebut mereka yang sudah tidak berkenaan di hati rakyat tetapi terus diberikan keyakinan oleh pemimpin tertinggin umno untuk menjadi wakil rakyat. Salah seorang daripada mereka ialah Datuk Rubin Balang. Berdasarkan perbualan ahli-ahli keluarga dan orang ramai semasa saya ke Rumah Kebudayaan Kuala Tomani, ternyata Datuk Rubin bukan lagi pemimpin yang dikehendaki oleh generasi baru hari ini. Pemimpin ini hanya muncul ketika pilihan raya atau ketika ada orang-orang kenamaan datang ke kawasannya, sebaliknya beliau akan terus menghilang dan sukar dihubungi jika rakyat memerlukannya.
Berbalik kepada masalah membawa mayat Pak Cik saya ke Kuala Tomani, ketika kami tercari-cari kenderaan untuk membawa jenazah Pak Cik ke Kuala Tomani, rakan saya mencadangkan agar menghubungi Sekteriat Pemuda UMNO Tenom. Saya yang juga sudah agak risau dengan keadaan itu menghubungi salah seorang AJK Pemuda UMNO Tenom dan ternyata mereka memberikan kami berita gembira. Alhamdullilah masalah kenderaan selesai. Bahkan sepupu saya juga memohon agar kenderaan itu hanya dihantar pada petang 29 November dan perkara tersebut bukanlah menjadi masalah besar.
Sepanjang dalam perjalanan ke Kuala Tomani, otak saya ligat memikirkan mengapa Datuk Rubin Balang yang sudah 4 penggal menjadi wakil Rakyat Kemabong tidak mampu menyediakan perkhidmatan yang sama, kosnya pun bukanlah besar sangat khususnya bagi seorang yang bergelar wakil rakyat. Betapa tidak prihatinnya YB Kemabong ini. Pemuda UMNO yang tidak bergelar YB pun mampu berkhidmat kepada rakyat tanpa mengira anutan politik. Selain Datuk Rubin, ahli parlimen Tenom juga terus menyepi. YB Raime Unggi, wakil rakyat dikatakan banyak berjanji tetapi kosong ini juga mempunyai sikap yang sama. Gagal berfungsi dengan baik. Tidak prihatin dan tiada usaha yang bersungguh-sungguh untuk membantu rakyat. Yang amat menyedihkan ialah keadaan jalan raya ke Kuala Tomani yang berlubang-lubang. Bayangkanlah kereta-kereta kecil yang melalui kawasan yang berlubang-lubang itu, sudah pasti pergerakan akan bertambah lambat. Keadaan jalan raya ketika saya turut sama dalam kempen dalam pilihan raya pada tahun 2004, masih sama hingga hari ini. Berlubang dan berbonjol-bonjol. Keadaan ini amat bahaya dan boleh mengundang kemalangan jalan raya kepada pengguna jalan raya khususnya mereka yang tidak tahu keadaan jalan tersebut.
Berbalik kepada perjalanan saya tadi, setelah sampai di Kuala Tomani, saya singgah menunaikan sembahyang asar di Masjid Kuala Tomani. Pada waktu itu hujan turun renyai-renyai. Habis basah kasut yang saya pakai kerana kaki lima atau lobi masjid itu tidak berbumbung. Bagaimana keadaan masjid semasa zaman kerajaan Berjaya dahulu, begitulah keadaan masjid itu hari ini. Amat menyedihkan. Sebagai Ahli Parlimen yang beragama Islam, YB Raime Unggi sepatutnya prihatin terhadap perkara ini. Adakah kerana latar belakang keluarga khususnya ibu bapa beliau tidak kuat beragama maka beliau terus membiarkan orang-orang Islam di Kuala Tomani ini terabai? Sudahlah tiada usaha untuk mengimarakkan masjid, keadaan masjid yang serba kurang ini terus dibiarkan begitu sahaja. Saya fikir pemimpin-pemimpin UMNO di peringkat tertinggi khususnya Najib perlu memikirkan kedudukan pemimpin-pemimpin UMNO ini dalam pilihan raya akan datang, mereka sepatutunya dipencenkan awal. Jangan bergantung kepada pandangan pemimpin UMNO diperingkat negeri sahaja khususnya Musa Aman yang jelas bersengkongkol denga kedua-dua pemimpin ini. Musa Aman sendiri pun amat dibenci oleh rakyat Sabah. Segala projek kecil dan besar diserahkan kepada keluarga dan kroni mereka sahaja. Sebagai ahli UMNO, saya tidaklah mahu oleh kerana benci kepada pemimpin-pemimpin yang tidak bertanggungjawab ini maka mereka akan terpaksa menjauhi parti. Saya harap perkara ini akan mendapat perhatian pemimpin tertinggi parti.
Akhirnya melalui blog saya ini, saya bagi pihak keluarga pak cik saya, merakamkan ribuan terima kasih kepada Pemuda UMNO Tenom, Jamawi Japar yang telah menyediakan kenderaan yang berfungsi untuk membantu rakyat Tenom. Usaha ini pasti akan menjadikan Pergerakan Pemuda UMNO diingati oleh rakyat khususnya penduduk di daerah ini. Semoga pemimpin seperti ini diketengahkan pada masa akan datang. Wallahualam bisawab. Hanya Allah yang lebih mengetahuinya.
1 ulasan:
hahaha....cantik bahasa indah pula tutur kata, semuanya tersusun rapi. setelah puas memburukkan pemimpin lain, akhir kalam jamawi japar pula di permosi. Kasian...sudah2 lah. Wahai saudara, jangan lah cuba memperdayakan orang lain semata-mata untuk menaikan calun anda. Kalau kau kata Datuk Raime suka menabur janji, maknanya kau bodoh. Kau sedarkah berapa banyak yang telah dia buat untuk parlimen Tenom. Kalau ada pun yang masih belum dibuat itu kerana dia lebih mengutamakan yang sepatutnya di utamakan dan mendesak, seperti pemasangan solar di Sumambu dan Katubu, yang mana belum mendapat bekalan elektrik sepertimana yang tuan hamba rasa hidup mewah di selimuti oleh cahaya lampu, sementara orang di sana sudah hidup berkurun-kurun tapi masih berada dalam kegelapan, fikir... Baru itu saja kah yang Datuk Raime buat? tidak...banyak lagi, kalau betul-betul ingin menjadi panglima antanom, datang lah ke Pejabat Daerah Tenom/pejabat Daerah Kecil Kemabong, Pejabat Pertanian Tenom, Pejabat Peladang, Pejabat Haiwan tenom, tanya lah dengan pegawai-pegawai di sana apa telah dia buat bagi membantu rakyat Tenom, jangan ikut sedap mulut je semata-mata untuk menjatuhkan orang lain dan semata-mata hendak menaikkan calun sendiri. geramnya aku. Penulis bodoh. Tidak tahu berterima kasih. Bercakap pasal kereta jenazah yang jamawi kata dia punya tu, Pangalima Antanom tahu sejarahkah? sebenarnya kereta tu dari mana? hahaha...diperalatkan oleh jamawi je, kasian tak sedar...
Catat Ulasan