Lebih 6000 kakitangan awam dikatakan bermasalah. Mengapa hal ini berlaku? Siapakah yang menjadi penyumbang kepada peningkatan ini? Pada saya jika direnung dan difikirkan, kakitangan awam yang bermasalah ini berpunca daripada ketua jabatan, dasar kerajaan serta campuratangan pemimpin-pemimpin politik. Sistem pendidikan kita misalnya walaupun terus menadapat bajet yang lebih berbandimng jabatan lain, tetapi oleh kerana wujudnya campurtangan pemimpin-pemimpi politik maka sisitem pendidikan kita masih terus nbercelaru. Misalnya dasar PPSMI yang menjadi beban kepada guru dan pelajar hari ini ialah kerana tindakan orang-orang politik yang cuba mengambil kesempatan dengan mencari keuntungan untuk diri dan kroni disebalik dasar itu. Demikian juga dengan perlantikan kakitangan kerajaan, mereka yang dinaikkan pangkat bukan berdasarkan prestasi kerja semata-mata tetapi lebih kepada sentimen sama ada sentimen politik atau lainnya. Hari ini banyak yang menjadi pengetua, tetapi kaedah mereka mentadbir sekolah misalnya membayangkan seakan-akan mereka tidak layak dilantik menjadi pengetua. Ada pengetua yang gila kuasa, gila pangkat, dan gila nama. Ada juga pengetua yang bodoh sombong. Tidak mahu mendengar pandangan guru-gurunya yang lebih arif dalam bidang mereka. Maka jadilah mereka pengetua yang sekadar duduk di pejabat dan tandatangan dokumen sahaja. Semua perkara diserahkan kepada guru-guru 100%.
Saya cadangkan kepada kerajaan agar ketua-ketua jabatan dilantik ke jawatan itu berdasarkan bidang yang ada kaitan dengan pentadbiran. Jika jabatan itu lebih kepada sains dan teknologi maka ambil mereka yang pakar tentang itu. Demikian juga dengan pengetua-pengetua sekolah atau guru-guru besar. Banyak pengetua yang dilantik dari aliran sains, maka jadilah mereka pentadbir yang gagal mentadbir anak-anak buahnya. Seorang ketua jabatan bukan sekadar tahu marah sahaja tetapi juga mereka sepatutnya pandai mengambil hati orang-orang bawahnya. Ada kalanya ketua jabatan itu bertindak sebagai diktator, tetapi ada kalanya seornag ketua itu liberal. Bukan diktator sepanjang masa.
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang yang diperkenalkan oleh pemimpin-pemimpin politik banyak kelemahan dari segi perlaksanaanya. Sebenarnya apa yang lihat hari ini, kakitangan kerajaan tidak perlu bekerja keras unytuk dapat APC mereka hanya perlu menunggu giliran mereka. Sama ada mereka bekerja keras atau tidak, sampai masa mereka akan dapat juga. Ini melemahkan semangat kakitangan yang benar-benar berusaha bersungguh-sungguh.
Selain itu usaha untuk meningkat kemahiran kakitangan kerajaan amat terhad. Kerajaan atau pemimpin-pemimpin politik lebih banyak menumpukan usaha untuk kekal berkuasa. Banyak dasar yang dibuat berdasarkan kehendak pemimpin-pemimpin politik dan bukan berdasarkan pandangan mereka yang benar-benar terlibat dengan bidang tersebut. Pandanag golongan bawahan jarang diambilkira, pemimpin politik lebih mendengar ketua-ketua jabatan walhal ketua-ketua jabatan sama juga dengan pemimpin-pemimpin politik. Mereka sering membuat andaian dan tanggapan beradasrkan apa yang didengar dan dilaporkan sahaja. Mereka tidak pernahpun turun padang. Saya bagi satu contoh isu beban guru, dari dulu hingga kini isu ini belum juga selesai-selesai kerana pemimpin bercakap berdasarkan apa yang didengar. Mereka tidak pernahpun membuat kajian mengapa guru terlalu banyak beban sehinggakan tugas guru untuk mengajar terabai.
Kalau pemimpin-pemimpin politik gilakan jawatan sebaliknya guru seringkali menolak sesuatu jawatan jika mereka dilantik. Perlantikan guru disiplin di sekolah misdalnya, betapa sukarnya pengetua mencari ketua guru disiplin kerana kebanyakan guru tidak mahu memegang jawatan tersebut. Sudahlah banyak risiko, kerja banyak tetapi gaji tetap sama juga. Bukan dapat tambahan gaji sebaliknya guru disiplin sering kali menjadi sasaran salah laku murid. Kereta digores, tayar dipancitkan dan sebagainya. Adakah pemimpin-pemimpin politik serta kerajaan tahu ini? Saya fikir mereka hanya sibuk memikirkan dasar yang boleh menguntungkan mereka sama ada dari politik atau untuk mengisi kocek sendiri. Demikian juga dengan jawatan lain ketua panitia, penasihat unit uniform, penyelaras disiplin dan sebagainya. Akhirnya ramai guru yang memegang jawatan itu tanpa komitmen yang sepatutnya kerana banyak tugasan lain.
Belum selesai dengan isu itu, kini guru diwajibkan pula menyertai uniti beruniform. Dasar apakah ini? Mengapa kerajaan tidak melantik mereka yang benar-benar aktif dalam aktiviti sukarela ini dari luar untuk menggendalikan aktiviti kokum di sekolah? Inilah adalah contoh dasar yang tidak pernah buat kajian tentang impaknya dasar tersebut terhadap sistem pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Dasar tangkap muat. Kerja mentadbir negara dibuat sambil lewa. Sikap kerajaan ini menyebabkan guru-guru rasa benci dan muak dengan pemimpin-pemimpin politik hari ini. Dalam masa yang sama ketua pengarah pendidikan Malaysia hanya menjadi pak turut sahaja. Jika kakitangan awam yang bermasalah terus meningkat, janganlah salahkan kakitangan awam semata-mata. Para pemimpin politik patut bermuhasabah diri. Apakah mereka ikhlas atau amanah menggalas tanggungjawab menytadbir negara? Tepuk dada, tanyalah diri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan