Sebagai ahli UMNO, mungkin perlu juga saya menyentuh dan memberikan repons tentang ucapan Presiden parti Keadilan Rakyat, Datin Seri Wan Azizah. Saya cuba memberikan respons kerana ulasan dan komen pemimpin-pemimpin utama negara terhadap ucapan presiden Parti Keadilan itu amat meluas. Bahkan Zaid Ibrahim yang baru sahaja keluar dari PKR terus memberikan komen. Pada saya, Zaid tidak layak memberikan komen sedemikian kerana beliau bukanlah pemimpin yang berwibawa, tabah dan cekal. Beliau juga bukanlah pejuang sebenar kerana apa yang dilihat berdasarkan tindak-tanduk beliau keluar UMNO dan menyertai Parti Keadilan dan kemudian keluar, memperlihatkan bahawa beliau adalah seorang pemimpin yang tidak mempunyai pendirian. Tidak sabar dan mudah pula melatah. Boleh dikatakan juga beliau adalah manusia yang gilakan kedudukan. Belum sampai setahun jagung sudah ada hati mahu menjadi timbalan presiden.
Berbalik kepada ulasan pemimpin-pemimpin utama UMNO terhadap ucapan tadi, saya tidaklah bermaksud untuk membela pula presiden parti Keadilan Rakyat itu, tetapi sebagai rakyat biasa saya cuba melihat perilaku pemimpin-pemimpin negara secara objektif dan praktikal. Saya tidak mahu menilai perlakuan pemimpin-pemimpin berdasarkan sentimen kepartian, perkauman atau mungkin sentimen-sentimen lain. Dan saya berharap para pemimpin atasan UMNO khususnya menyedari dan menginsafi bahawa setiap kali mereka berkata maka mereka perlulah berhati-hati agar rakyat di seluruh negara tidak memandang rendah terhadap mereka. Mereka sepatutnya perlu berhati-hati mengeluarkan pandangan atau perndapat. Pendapat itu biarlah bernas dan rasional. Boleh diterima akal.
Ulasan yang meluas terhadap ucapan presiden parti Keadilan itu mendorong saya membaca sendiri teks ucapan Wan Azizah walaupun ucapan itu amat panjang dan berjela-jela. Saya cuba mencari-cari di bahagian mana beliau sentuh tentang isu Ketuanan Melayu, isu yang mendapat perhatian ramai pemimpin UMNO. Akhirnya saya menemui sebahagian daripada teks ucapan itu yang ada menyentuh tentang isu Ketuanan Melayu. Dalam blog ini saya perturunkan sedikit ucapan beliau yang ada kaitan dengan isu Ketuanan Melayu.
27.Saya, sebagai seorang Melayu yang beragama Islam, berkeyakinan bahawa tidak akan ada satu bangsa pun yang akan menjadi agung dan dihormati hanya apabila menggelar diri sendiri sebagai “tuan”. Kitab al-Quran banyak mengisahkan bagaimana Tuhan telah menghancurkan kaum dan bangsa-bangsa yang bermegah-megah konon menjadi “tuan”dan memandang rendah kepada bangsa atau kaum yang lain. Sesungguhnya, semulia-mulia di sisi Tuhan adalah mereka yang paling tinggi taqwanya (amalan baik dan kebajikannya kepada insan lain). Nyatalah bahawa sesuatu bangsa dan kaum itu hanyaakan menjadi agung dan dipandang tinggi apabila mereka bermaruah. Lalu, andai sesuatu bangsa itu mahu besar, mereka harus memelihara dan menjaga maruah merekatermasuk kepada orang Melayu.28.Sebenarnya, dalam tradisi orang Melayu, mereka amat menyedari kepentingan menjaga maruah diri supaya dipandang tinggi oleh orang lain. Mari kita merenung sejenak beberapa ungkapan pantun klasik di bawah:a.Tenang-tenang air laut Sampan kolek mudik ke tanjung. Hati terkenang mulut menyebut Budi baik rasa nak junjungb.Kapal belayar dari Arakan. Ambil gaji jadi jemudi. Mati ikan kerana umpan. Mati saya kerana budi.
c.Jika belayar ke tanah Aceh, Singgah dulu di kota Deli, Jika hendak orang mengasih , Hendaklah baik bicara budid.Bunga melati bunga di darat Bunga seroja di tepi kali Hina besi kerana karat Hina manusia tidak berbudie.Tingkap papan kayu bersegi Sampan sakat di Pulau Angsa Indah tampan kerana budiTinggi darjat kerana bahasaf.Pulau Pandan jauh ke tengah Gunung Daik bercabang tiga Hancur badan dikandung tanah, Budi yang baik di kenang jugag.Cuaca gelap semakin redup Masakan boleh kembali terangBudi bahasa amalan hidupB arulah kekal dihormati orangh.Tuan Puteri membeli ginseng Singgah di pasar mencari kariJangan ikut budaya samseng Kelak menyesal di kemudian hari29.Justeru itu, konsep “Ketuanan Melayu” ini wajib dibakul sampahkan; supaya anak-anak kita membesar dengan visi “Bangsa Bermaruah” atau “Melayu Bermaruah”. “Ketuanan Melayu” adalah slogan yang digunakan oleh sekumpulan kecil elit Melayu yang berkuasa untuk memperdaya orang Melayu yang ramai, demi kepentingan diri sendiri. Mereka adalah manusia yang melakukan rasuah, korup, pecah amanah dan pelbagai kebejatanlagi.30.Selama 53 tahun mereka berkuasa, nasib Melayu dan bumiputera, masih tetap terabai.Orang Melayu dan Bumiputera sedang mengalami nasib hidup yang sangatmenyedihkan. Mereka sedang dilanda masalah sosial, pendidikan, ekonomi dan budayakehidupan yang membimbangkan. Kuota 30 peratus penguasaan ekuiti Melayu-Bumiputera gagal dicapai. Daripada RM54 bilion ekuiti dan saham untuk bumiputera,hanya RM2 bilion kekal di tangan. Di Semenanjung, di Sabah dan di Sarawak, kelompokpaling miskin, dhaif dan terbiar melarat, adalah kaum bumiputera. Buruh bumiputera di Batu Sapi, hanya dibayar RM9.50 untuk kerja mereka selama sehari. Malah, bagi setiapempat keluarga yang pendapatan isi rumahnya kurang dari RM2,000 setiap bulan, tigakeluarga itu adalah keluarga Melayu.31.Kerajaan Umno-Barisan Nasional juga tidak mempedulikan nasib dan kedudukan OrangAsli di Semenanjung Malaysia. Kehidupan mereka masih terbiar dan tidak mendapatperhatian dan pembelaan sewajarnya. Kedhaifan hidup mereka bagai sengaja dirancanguntuk dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu di saat dan ketika yang mereka perlukan.Tidak ada langsung peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan bagi menjaminkepentingan merupakan kaum pribumi di negara ini. Kedudukan mereka tidak terjaminkerana hak mereka tidak dimasukkan dalam tafsiran Perkara 153 dan Perkara 160Perlembagaan Persekutuan. Fasal (2) Perkara 160 hanya menafsirkan Orang Asli adalahOrang Asli Semenanjung Tanah Melayu manakala dalam artikel 153 PerlembagaanPersekutuan, ianya hanya merangkumi Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawaksahaja. Kita berjanji akan mengambil satu tindakan yang berani dan bertanggungjawabuntuk menjamin kedudukan Orang Asal ini dalam kerangka keupayaan kita.32.Semua ini membuktikan bahawa para pemimpin UMNO bukan berjuang untukmembela orang Melayu. Parti itu hanya berminat untuk menjaga kepentingan tauke-tauke tertentu. Umno adalah “parti tauke” dan jauh sekali untuk berwajah sebagai “parti rakyat”. Maka itu, KEADILAN dan Pakatan Rakyat adalah pilihan terbaik untuk semuaorang Melayu dan seluruh rakyat.
KEADILAN PENYELESAI ISU SURVIVAL MELAYU & ISLAM33.UMNO yang bernafas lama hasil luapan sentimen perkauman ini amat menyedari bahawa kedudukan politiknya kini semakin terdesak dan terancam. Sokongan orangMelayu terutamanya generasi muda semakin menurun. Gelombang sokongan orangbukan Melayu, rakyat Sabah dan Sarawak pula kini sudah beralih ke Pakatan Rakyat. 34.Sesungguhnya, mereka telah gagal melaksanakan amanah rakyat untuk membina negaraMalaysia yang bermaruah, mempamerkan keadilan Islam, menerapkan ajaran Islam dangagal memartabatkan Islam sebagai agama Persekutuan. Perlaksanaan undang-undangkerajaan sentiasa tidak konsisten dan berubah-ubah mengikut selera mereka. CaraUMNO mengendalikan isu penggunaan kalimah Allah begitu menjelikkan hinggamenjadi bahan jenaka masyarakat tempatan mahupun antarabangsa. Judi sukan yangjelas haram menjadi halal demi memperkayakan mereka yang sudah kaya danmenjadikan rakyat yang miskin semakin papa kedana. UMNO tidak pernahmempedulikan kedudukan hukum qazaf. Mahkamah syari’ah dipersendakan mengikutkehendak pemimpin politik mereka. 35.UMNO ditolak rakyat bukan kerana perpecahan kepimpinan Melayu. UMNO ditolak hasil dari segala kemungkaran dan kezaliman diri mereka sendiri
Dalam teks ucapan tersebut tidakpun saya temui kalimat yang menghendaki hak dan keistimewaan orang Melayu dihapuskan sebaliknya apa yang dimaksudkan oleh beliau menurut tafsiran saya ialah Istilah Ketuanan Melayu itu hanya digunakan untuk meraih sokongan orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak. Ketuanan Melayu hanya digunakan untuk mengekalkan kuasa. UMNO pada pandangan Wan Azizah hanya menggunakan isu Melayu untuk mengekalkan kuasa manakala dalam masa yang sama pemimpin-pemimpin UMNO dan tauke-tauke tertentu terus kaya kerana penyelewengan dan korupsi. Pada beliau isu perkauman yang dibawa oleh UMNO hanya untuk tujuan mengekalkan kuasa politik dan bukan untuk menjaga maruah dan martabatkan orang Melayu sebenarnya kerana ramai orang Melayu yang masih hina dan pada kedana di negara yang makmur ini.
Pada saya pemimpin-pemimpin UMNO tidak harus melatah bila beliau berkata demikian kerana sebagai pemimpin pembangkang sudah tentunya beliau mahu dilihat sebagai pejuang sebenar bangsa Melayu, Bumiputera dan Orang Asli. Ulasan Zaid Ibrahim bahawa Wan Azizah cuma mahu meraih sokongan bukan Melayu pun tidak tepat juga sebab Wan Azizah juga mahu meraih sokongan orang Melayu khususnya mereka yang masih hidup sengsara dan melarat. Dan sebagai pemimpin politik sudah pastinya tugas beliau adalah untuk meraih sokongan rakyat negara ini. Dan ini perkara biasa sebagai ahli politik. Cuma mungkin huraian dan fakta yang dikemukakan beliau untuk membuktikan bahawa selama ini UMNO dan pemimpin Barisan Nasional telah gagal memartabatkan umat Melayu dengan memperbaiki taraf kehidupan mereka tetapi dalam masa yang sama pemimpin-pemimpin dilihat hidup mewah dan kaya raya. Tidaklah pula saya bermaksud pemimpin itu perlu hidup dalam kemiskinan tetapi biarlah pemimpin dan rakyat sama-sama menikmati kemakmuran dan kekayaan negara ini. Dan dalam memartabatkan orang Melayu, bangsa lain juga perlu diberi perhatian. Ini bermakna ada dua perkara yang saya boleh simpulkan berdasarkan ucapan Wan Azizah. Pertama, Pemimpin-pemimpin UMNO dan Parti UMNO gagal mengangkat dan meletakkan bangsa Melayu ke tahap yang dihormati kerana ramai orang Melayu yang masih sengsara dan miskin. Kedua, Pemimpin UMNO dan Barisan nasional juga gagal membantu rakyat dari bangsa lain ekoran Ketuanan Melayu itu yang dilihat hanya mengutamakan orang Melayu walhal orang Melayu juga gagal mendapat pembelaan yang sewajarnya. Oleh kerana itu maka UMNO dan Barisan Nasional wajarlah mencari pemimpin yang benar-benar beramanah dan bertanggungjawab sebagaimana yang diungkapkan oleh Wan Azizah dalam ucapannya bahawa kepimpinan adalah amanah. Kepimpinan adalah taklif yakni tanggungjawab dan bukan tasrif iaitu kemuliaan. Namun pada hari ini sukar dinafikan bahawa pemimpin-pemimpin kita acap kali alpa terhadap amanah dan tanggungjawab yang diberikan kepada mereka. Saya tidak begitu berminat dengan ucapan atau komen yang ada unsur negatif dan buruk sangka apatah lagi pandangan yang berbaur fitnah dan tokok tambah. Demikian juga golongan rakyat teramai. Maka saya mohon agar pemimpin-pemimpin UMNO tidak mengeluarkan sesuatu pandangan secara keterlaluan dan semborono. Kalau hendak memberi ulasdan bacalah dahulu. Mungkin sebahagian daripada ucapan presiden keadilan itu amat pahit dan menyakitkan hati tetapi pahit hempedu itu adakalanya menjadi ubat. Manis gula pula acap kali mendatangkan kemudaratan. Ungkapan yang muluk-muluk dan manis itu tidak menjanjikan kekuatan Parti. Oleh kerana itu saya memberikan teguran ini biarpun menyakitkan hati tetapi niat saya agar pemimpin-pemimpin kita perlu bekerja lebih kuat.
Ini bermakna kalau selama ini UMNO dan pemimpin-pemimpin UMNO gagal memartabatkan orang Melayu dan Bumiputera atau kalau selama ini banyak lagi manusia Melayu dan Bumiputera yang terpinggir, maka pemimpin-pemimpin UMNO perlu bangun untuk membuktikan bahawa UMNOlah pejuang orang Melayu sebenarnya. Perbaiki sistem penyampaian yang amat lemah. Kelemahan sistem penyampaian yang amat lemah ini kebanyakannya berpunca daripada atas, ketua-ketua jabatan, ketua-ketua pengarah. Saya bagi satu contoh, beras subsidi mengapa beras ini tidak sampai kepada sasaran? Setiap kali orang mahu membeli maka beras itu sudah habis dengan cepat. Mengapa tidak kajian dibuat? Mengapa ini berlaku. Kedengaran keluhan dan aduan orang ramai khususnya golongan miskin bahawa beras itu sudah ditukar kulit dan pembungkusnya oleh peniaga. Jadilah beras itu beras yang tidak bersubsidi lagi. Sampai bila keadaan ini berlaku? Mengapa kerajaan masih meneruskan program ini sedangkan subsidi tidak membantu rakyat sebaliknya menguntungkan para tauke dan peniaga-peniaga yang tidakl bertanggungjawab. Apakah ada udang disebalik batu?
Saya ambil lagi satu contoh bagaimana sistem penyampaian kerajaan begitu lemah. Sehingga hari ini isu kontraktor kelas F masih lagi menghantui. Kerja-kerja kontraktor kelas F banyak tetapi mengapa hanya segelintir kontraktor kelas F sahaja yang dapat? Jawabnya kerana urusan tender itu dikuasai oleh pengarah yang rasuah dan tidak amanah. Semua projek diserahkan kepada kroni dan orang-orang kuat mereka. Pinjam lesen sana sini dan yang akhirnya yang dapat manfaat orang kuat manakala kontraktor hanya dapat komisen. Perkara ini bukan lagi rahsia. Mengapa kerajaan masih terus membisu. Kontraktor-kontraktor kelas F yang malas kerja , yang hanya tahu menerima komisen sepatutnya ditamatkan sahaja lesen mereka. Masih banyak orang Melayu atau Bumiputera yang benar-benar berkemampuan menceburi bidang ini. Bukan begitu sukar untuk menilai sama ada kontraktor itu bergantung kepada komisen atau melaksanakan sesuatu projek sendiri. Hal ini mungkin boleh dilihat kepada transiksi akaun syarikat tersebut. Oleh kerana itu kerajaan dan pemimpin-pemimpin perlu serius menangani pelbagai perkara yang membabitkan orang Melayu dan Bumiputera.
Kalau Wan Azizah menuduh pemimpin-pemimpin UMNO memperkayakan diri dengan mempergunakan isu Ketuanan Melayu, maka buktikan kepada mereka melalui perbuatan dan bukan setakat kata-kata semata-mata. Kata dan janji tidak lagi mampu meyakinkan rakyat sebaliknya perbuatan dan tindakan yang bersungguh-sungghuh perlu dibuat. Minyak naik, harga barang naik tetapi setelah Datuk Seri Najib mengambil alih pentadbiran negara, saya tidak nampak usaha untuk meringgankan beban rakyat. Semuanya janji kosong. Gaji kakitangan awam yang kebanyakannbya orang Melayu dan Bumiputera pun sukar dinaikkan? Kerajaan patut sedar bahawa kuasa beli kakitangan awam ini sudah mengecut sejak minyak naik secara mendadak dalam zaman Pak Lah manakala harga barangan di pasaran pula naik 20-30%. Apakah menaikkan gaji kakitangan kerajaan itu bukan sebahagian daripada usaha untuk membantu orang Melayu dan Bumiputera? Atau kakitangan kerajaan seperti mana yang pernah diluahkan oleh Khairy Jamaluddin sebelum PRU ke-12 dahulu tidak penting? Tidakkah kerajaan mahu mengambil iktibar daripada tindakan Khir Toyo yang telah mengguris hati kakitangan kerajaan selangor dengan anugerah Penyapu? Kalau pemimpin-pemimpin benar-benar menyedari bahawa rakyat tidak lagi mudah percaya kepada janji dan retorik semata-mata, maka tindakan segera pelu diambil. Dalam zaman teknologi maklumat ini, pemimpin tidak perlu gusar dengan komen dan ulasan pemimpin-pemimpin pembangkang, biarlah mereka mempersenda dan memperlekehkan usaha kerajaan, namun kerajaan perlu bertindak pantas memenuhi keluhan dan memahami kesengsaraan rakyat. Pemimpin-pemimpin juga perlu menegur media yang pro kerajaan agar tidak keterlaluan memburuk-burukkan pemimpin-pemimpin pembangkang kerana kaedah ini hanya akan memakan diri. Generasi muda hari ini adalah generasi yang celik maklumat. Maklumat yang diterima tidak mudah dikunyah dan ditelan bulat-bulat. Mereka lebih rasional dan sentiasa terdedah kepada pelbagai maklumat lain.
Dengan berbuat demikian segala tohmahan itu akan nterjawab dengan sendirinya. Pemimpin-pemimpin UMNO dan kerajaan tidak perlu membazirkan air liur untuk membuktikan bahawa Parti UMNOlah satu-satunya parti yang memperjuangkan orang Melayu kalau kata-kata itu tidak disertai dengan kesungguhan dan tindakan. Pada saya pemimpin tidak perlu sentiasa berperang mulut dengan pemimpin-pemimpin pembangkang, adakalanya sesuatu isu itu perlu didiamkan dan dalam masa yang sama tindakan yang bersungguh-sungguh dan beriltizam mampu menangkis segala tohmahan mereka. Barulah rakyat tabik pemimpin. Buat kerja dan diam itu lebih baik. Rakyat akan menilainya. Sekian wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan