Sabtu, 26 Februari 2011

Pilihan Raya Sarawak, Apakah BN Masih mampu Bertahan?

Dalam media semalam, Taib Mahmud mengumumkan bahawa BN Sarawak sudah sedia untuk mengadakan pilihan raya. Senarai calon sudah ada. Akan diumumkan sedikit masa lagi. Namun, berita itu bukanlah berita yang ditunggu-tunggu rakyat sarawak selama ini. Rakyat Sarawak sebenarnya sudah mual dan mahu termuntah melihat Taib Mahmud terus menjadi KM. Ramai rakyat Sarawak tertunggu-tunggu Taib Mahmud mengumumkan untuk menyerahkan kuasa kepada pemimpin muda. Jawatan sebagai ketua menteri Sarawak sudah lama beliau pegang, ada baiknya beliau turun secara terhormat berbanding jika rakyat Sarawak memaksa beliau turun melalui PRU kelak. Adakah kerana terlalu lama di tampuk kuasa maka Taib Mahmud lupa bahawa kuasa yang ada pada beliau boleh dilucutkan oleh rakyat melalui kuasa undi mereka? Atau Taib Mahmud lebih rela menyerahkan kuasa melalui parti undi berbanding desakan dan permintaan pemimpin-pemimpin tertinggi BN? Mungkinkah Taib Mahmub berasa hina apabila dinasihatkan untuk mengundurkan diri atau beliau sudah lupa bahawa beliau sudah berusia kerana pelukan bini yang masih muda?
      Setelah 30 tahun menjadi menteri besar Sarawak, Taib Mahmud  kini menjadi liabiliti kepada BN. Masyarakat Cina secara terang-terang tidak akan mengundi BN jika Abdul Taib Mahmud terus menjadi ketua menteri besar Sarawak. Dalam masa yang sama, masyarakat peribumi berpecah kepada dua. Satu pihak menyokong Abdul Taib Mahmud manakala generasi muda kebanyakannya ada kecenderungan untuk melakukan perubahan. Mereka begitu kritis dan tidak mudah disogokan dengan pelbagai janji manis. Jika Taib Mahmud masih menganggap bahawa rakyat masih menyokongnya, ternyata perkiraan beliau kali ini silap. Berdasarkan maklumat beberapa orang rakan di Sarawak, peluang untuk BN untuk mengekalkan kuasa hanya 50% sahaja. Keadaan ini sudah tetntunya menggusarkan pemimpin-pemimpin tertinggi BN khususnya Datuk Seri Najib dan timbalannya. Namun, sama ada Taib Mahmud akan terus kekal berkuasa, demi kepentingan Barisan Nasional, kita tunggu dan lihat.

Rabu, 16 Februari 2011

Apakah Kerajaan BN Rasional?

Artikel ini dipetik daripada : sabahkini.net/
BATALKAN KP DAN KERAKYATAN PATI
PDF Print E-mail
Written by Admin   
Wednesday, 16 February 2011 13:26
Share


Oleh: MAIL MATHEW
NAIB PRESIDEN Parti Maju Sabah (SAPP), Jimmy Jawatah menggesa Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hishamuddin agar segera menyelesaikan isu tertunggak projek pemberian kad pengenalan kepada pendatang asing tanpa izin (PATI) kerana selagi tidak diselesaikan secara mutlak, ia merupakan ‘ibu segala masalah jenayah’ di Sabah; malah akan menjadi lebih parah jika keadaan sedemikian berterusan.
Lagi pun tegas Jimmy, masalah tersebut sudah menjangkau lebih 20 tahun berterusan begitu sahaja, namun pihak terbabit seperti KDN sekadar mampu ‘menyibuk’ terutama sekali bila Pilihanraya umum semakin hampir, tetapi hasilnya kosong kerana tidak ada keseriusan tindakan dilakukan. Apa yang jelas aksi pihak terbabit boleh diibaratkan sebagai ‘lips service’ semata-mata.
“Segala-galanya ibarat bola penyelesaian kepada masalah Sabah ada di tangan Hisyamuddin kerana beliau boleh melakukannya pada bila-bila masa sahaja jika benar-benar ikhlas dan telus untuk membantu menyelesaikan masalah yang menghantui rakyat Sabah lebih 20 tahun lalu. Apa lagi bukti lain yang perlu diminta Hisyam, sedangkan Ahli Parlimen Malaysia (Tuaran), Wilfred Mojilip Bumburing telah serahkan memorandum berhubung projek pemberian kad pengenalan dan kerakyatan kepada PATI sebagai bukti dakwaan itu,” tegas Jimmy.
Tegas Jimmy lagi, tindakan Bumburing menggesa Kerajaan Pusat khususnya KDN supaya menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Di-Raja untuk menyelesaikan masalah imigran di Sabah, merupakan suatu langkah terbaik yang wajar disambut dengan baik dan bukan menolak; sebaliknya harus mengambilkira pelbagai aspek, khususnya dari segi kedaulatan dan keselamatan rakyat Sabah.
Beliau mengambil contoh apa yang berlaku baru-baru ini, apabila seorang peniaga warga Filipina, Datu Akjan Datu Ali Muhammad yang mempunyai dua kerakyatan menabalkan dirinya menjadi pewaris Kesultanan Sulu; tetapi dalam masa yang sama memiliki kerakyatan di Filipina dan mempunyai Kad Pengenalan Malaysia.
Tindakan Akjan itu, seolah-olah mempersendakan undang-undang yang sedia ada di negara ini dengan begitu mudah baginya mendapatkan Kad Pengenalan sedangkan Akjan mendakwa beliau adalah rakyat Filipina dan pewaris kepada Sultan Sulu.
“Disebabkan kelemahan kerajaan pusat, khususnya KDN menjadikan pemilikan Kad Pengenalan dan kerakyatan negara ini boleh diperolehi dengan jalan mudah, malah selepas Datu Akjan mengistiharkan dirinya sebagai Sultan Sulu, sudah tentu rakyat Filipina yang memiliki Kad Pengenalan yang jumlahnya ratusan ribu akan mengikrarkan ketaatan diri mereka kepada Akjan dan selepas itu apa akan terjadi kepada keselamatan di Sabah?” tanya Jimmy.
Mungkin juga masih belum terlambat tambah Jimmy, jika Hishamuddin mengubah haluan terhadap keputusannya sebelum ini dan membatalkan sahaja pengeluaran Kad Pengenalan dan kerakyatan kepada PATI berkuatkuasa serta merta.
“Mungkin itulah satu-satunya jalan penyelesaian masalah tersebut sebelum ia menjadi parah. Hishamuddin merupakan sandaran bagi penyelesaian mutlak terhadap segala galanya. Jika Hishamuddin masih berkeras juga maka sudah tentu rakyat akan menyalahkan beliau sebagai dalang penyiksaan kepada rakyat di bumi Sabah sepanjang hayat,” jelas



RAKYAT PEDALAMAN SOKONG BUMBURING
Written by Admin   
Tuesday, 15 February 2011 14:53
Share

Oleh: MAIL MATHEW
PENDUDUK di kawasan Pedalaman Sabah rata-rata melahirkan perasaan kekecewaan mereka di atas tindakan Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hisyamuddin Tun Hussein yang menolak cadangan Ahli Parlimen Malaysia (Tuaran) Datuk Seri Panglima (DSP) Wilfred Mojilip Bumburing untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Di-Raja untuk menyiasat pemberian Kad Pengenalan projek kepada Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).
Mereka kesal dengan sikap Menteri itu yang memberi jawapan yang berdolak dalih seolah-olah beliau tidak serius menangani masalah tersebut yang telah menghantui rakyat Sabah selama lebih 20 tahun lalu, namun tiada tanda-tanda penyelesaian konkrit dilakukan sehingga kini.
Timbalan Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pensiangan Affendy Hasbollah @ Lukan menegaskan bahawa isu pemberian Kad Pengenalan projek dan kewarganegaraan kepada PATI perlu diselesaikan dengan sewajarnya demi kedaulatan negara dan keselamatan rakyat di negeri ini.
Tegasnya, selagi isu tersebut masih tertunggak selagi itu keselamatan rakyat negeri ini senantiasa dalam ancaman bahaya, baik dari segi penaklukan peluang perniagaan secara kecil-kecilan tetapi juga mungkin suatu hari nanti generasi mereka akan menjadi pemimpin di negeri ini.
“Kita pernah dikejutkan suatu ketika dulu sekitar dalam tahun 1995 seorang pendatang asing dari Indonesia yang menjadi Timbalan Ketua UMNO, Samsul Alang Hamsah pernah dilantik sebagai Setiausaha Politik sebelum beliau ditangkap dan ditahan di bawah ISA, hanya kerana gara-gara pemberian IC Palsu dan Projek yang membantu UMNO menumpaskan kerajaan PBS pada ketika itu,” tegas Affendy.
Kata Affendy, kejadian terbaru seorang warganegara Filipina yang mempunyai dua kerakyatan dan juga ahli UMNO, Datu Akjan Datu Ali Muhammad yang menabalkan dirinya sebagai pewaris ‘Sultan Sulu’ adalah satu-satunya bukti bahawa pemberian IC projek dan kerakyatan palsu negara ini tersebar dengan meluas, tetapi KDN masih memandang remeh perkara tersebut.
Manakala Setiausaha Penjaja-Penjaja Bumiputra Pasar Tenom, Majiadih O.T Matalih turut mendesak pihak tertentu agar selain masalah IC Palsu dan pemberian kerakyatan kepada PATI yang perlu dibanteras dengan sewajarnya, tetapi juga masalah isu pertabalan Datu Akjan sebagai pewaris kepada Sultan Sulu juga perlu diseriuskan tindakannya.
Menurutnya, apabila berlaku pertabalan Datu Akjan tersebar luas, sama ada melalui media cetak mahupun Internet, ramai peniaga PATI bertindak agresif seolah-olah mereka sudah mempunyai ruang kuasa yang ada di Sabah. Terdapat juga di antaranya tanpa segan silu menyatakan kononnya suatu hari nanti mereka akan menguasai perniagaan di Pasar Keningau.
Sementara itu, Mantan Kapitan Cina dan kini seorang peniaga, Ng Choon Sun, 69, meminta kerajaan agar bertindak segera menyelesaikan masalah IC projek dan kebanjiran PATI di Pedalaman yang semakin bertambah.
“Kita minta kerajaan pusat, khususnya KDN memberi perhatian serius berhubung cadangan Bumburing dengan penuh komitmen demi keselamatan rakyat dan negeri ini,” ujar beliau yang menyokong penuh penubuhan Suruhanjaya Di Raja dalam kadar segara.



Bila membaca berita seperti ini, walaupun saya ahli UMNO dan menyokong kerajaan, tetapi jika perkara ini benar, ia boleh menimbulkan perasaan benci dan marah terhadap para pemimpin yang bertanggungjawab. Sepatutnya bila timbul isu yang melibatkan kepentingan bersama, semua pemimpin Sabah tanpa mengira anutan politik harus berganding bahu mendesak kerajaan persekutuan  untuk mengambil langkah yang sesuai untuk menyelesaikan masalah ini. Tetapi kalau kita lihat amat jelas para pemimpin  Sabah yang lain terus menyepi, seolah-olah isu itu hanya berkaitan dengan kawasan Datuk Wilfred Bumburing. Tidakkah mereka berfikir bahawa pemberian kerkayatan kepada PATI itu akan mengancam rakyat Sabah pada masa akan datang?  Atau mereka terus menyepi kerana pemberian kerakyatan kepada PATI itu mampu mengekalkan kuasa politik mereka. Jika inilah sebabnya, maka amat malang bagi rakyat Sabah yang bernaung dibawah kerajaan BN dan pemimpin seperti itu. Saya harap bukan itu sebabnya. Saya pernah sebutkan dalam post saya yang lepas bahawa ramai generasi muda yang bersikap kritis hari ini menganggap bahawa pemimpin hari ini tidak efektif kerana mereka menjadi pemimpin yang Pak turut. Taat setia membuta tuli kepada pihak atasan. Saya tabik langkah Datuk Wilfred Bumburing  yang begitu vokal dan lantang menyuarakan isu ini walaupun mungkin beliau  merisikokan masa depan parti dan karier politiknya, namun  demi rakyat Sabah dan negeri ini mereka tidak menghiraukan perkara itu. Beginilah pemimpin yang dibutuhkan dalam zaman ini. Zaman Hang Tuah sudah berakhir. Taat setia secara membuta tuli tidak lagi relevan dalam zaman ini.Taat kepada kemungkaran bermakna kita dianggap bersuabahat.
     Oleh kerana itu, sebagai ahli UMNO saya masih tertunggu-tunggu apakah komen dan pandangan para pemimpin UMNO Sabah terhadap perkara ini. Mengapa mereka masih membisu? Apakah mereka juga terlibat dalam usaha yang tidak bertanggungjawab ini? Wallahualam bisawab.

Ahad, 13 Februari 2011

Adun Kerdau Meninggal Dunia.



Adun Kerdau meninggal dunia, takziah diucapkan kepada keluarga beliau. Semoga roh beliau ditempatkan di kalangan oran-orang yang beriman. Marilah kita sama-sama mensedekahkan al-fatihah kepada Allahyarham.
     Kembalinya beliau kepada Penciptanya memang menimbulkan kesedihan khususnya kepada keluarga beliau, tetapi satu hakikat yang kita, hambaNya harus terima ialah beliau bukan meninggalkan kita selama-lamanya melainkan beliau hanyalah mendahului kita. Kematian beliau sepatutnya menginsafkan kita bahawa dunia ini hanya pinjaman semata-mata. KepadaNya juga kita akan kembali.
Kematian beliau dan kekosongan Adun Kerdau menamabahkan lagi koleksi PRK di negara ini. Belum sempat PRK Adun Merlimau diadakan, SPR diajak memikirkan pula PRK Kerdau. Dan ini mengesahkan bahawa PRK  kecil mencatatkan rekod dalam negara ini kerana terlalu banyak pilihan raya kecil sejak PRU ke-12 yang lalu, jika diambil kira PRK Kerdau yang akan diadakan kelak ini bermakna sepanjang penggal ini sudah 16 PRK diadakan. Apakah yang mahu ditunjukkan oleh Allah Subahana wata’ala dengan insiden yang sedemikan rupa. Benarkah pemimpin-pemimpin kita telah melakukan pelbagai kemungkaran? Atau Allah mahu pemimpin-pemimpin BN dan UMNO khususnya terus berbakti kepada rakyat? Hal ini demikian kerana hanya pada waktu  pilihanraya sahaja biasanya segala rintihan rakyat didengari oleh pemimpin. Selain waktu itu rakyat tidak dipedulikan. Ketidakpedulian mereka inilah agaknya menyebabkan PRK dianugerahkan oleh Allah untuk meringankan bebanan rakyat. Saya pasti kawasan-kawasan PRK ini akan menerima pelbagai habuan dan pertolongan daripada orang-orang politik. Mereka akan menerima pelbagai program untuk membantu mereka tidak kira program jangka pendek atau jangka panjang.
       Sebagai rakyat biasa saya memang suka kalau pilihan raya diadakan sekerap mungkin, walaupun orang-orang politik tidak menyukainya. Kerana dalam PRK inilah rakyat bakal menerima durian runtuh. Hampir semua  agensi kerajaan akan datang untuk mendengar dan membantu penduduk setempat. Pada masa ini jugalah berjuta-juta bahkan berbillion ringgit peruntukan diumumkan untuk kawasan PRK itu. Sekalipun PRK itu sebenarnya tidak memberikan apa-apa kesan kepada kerajaan khususnya kerajaan BN tetapi para pemimpin memperlihatkan kesungguhan untuk memenangi PRK itu untuk membuktikan bahawa mereka masih mendapat sokongan rakyat. Di pihak Pakatan Rakyat mereka cuba membuktikan bahawa mereka mula diterima rakyat. Dan kemenangan itu diidamkan untuk mengesahkan bahawa mereka lebih relevan berbanding parti pemerintah. Walaupun matlamat kerajaan yang diterajui UMNO dan Pakatan Rakyat berbeza, namun persaingan yang sengit itu menguntungkan rakyat. Mereka mendapat perhatian daripada pelbagai pihak. Di pihak Barisan Nasional, biasanya kawasan yang gelaplah yang diserang habis-habisan. Kawasan gelap yang maksudkan ialah kawasan yang lebih  ramai pengundi menyokong seteru mereka. Mereka inilah biasanya yang akan menerima imbuhan dan pertolongan yang melimpah ruah.
      Saya masih ingat semasa pilihan raya  1994 di Sabah,  pada waktu itu Sabah masih dibawah pentadbiran Parti Bersatu Sabah. UMNO yang baru ke Sabah pada waktu itu, memberikan peruntukan yang begitu banyak kepada Sabah untuk menawan negeri ini. Semua peruntukan disalurkan melalui ketua-ketua Bahagian. Maka mewahlah para penyokong BN dan ketua-ketua bahagian pada waktu. Hasilnya BN mendapat 23 kerusi, manakala parti PBS memperoleh 25 kerusi untuk membolehkan mereka membentuk kerajaan dengan majoriti mudah. Dua minggu kemudian kerajaan PBS jatuh apabila dua adunnya, Datuk Rubin Balang dan Datuk Lajim Ukin meninggalkan parti itu dan menyertai UMNO. Demikianlah kuasa wang dan harta benda terhadap rakyat yang terdesak. Mereka akan mengundi kepada siapa yang akan memberikan kemewahan mereka. Saya fikir senario ini masih belum berubah. Rakyat yang terbeban dengan kenaikan barang, minyak dan kos hidup akan memberikan sokongan kepada pihak pemerintah. Kakitangan awam yang mula menyokong Pakatan Rakyat sejak PRU ke-12 dijangka akan diberi perkhabaran gembira sebelum pilihan raya umum ke-13 kelak. Dan pastinya kakitangan awam ini akan bergumbira dan bercerita tentang keprihatinan kerajaan kepada mereka. Itupun jika kerajaan yang diketuai oleh Seri Najib mengambil iktibar daripada kesilapan Pak Lah dan menentunya Khairy Jamaluddin yang menganggap kakitangan awam itu tidak penting. Pak Lah tidak memberikan bonus sebaliknya Khairy Jamaluddin dalam ucapannya menyatakan bahawa kakitangan kerajaan tidak penting, apa yang lebih penting ialah rakyat. Tindakan Pak Lah dan KJ itu dibalas dengan undi kepada Pakatan Rakyat. Lima buah negeri jatuh ke tangan Pakatan Rakyat. Majoriti 2/3 di Parlimen dinafikan.
     Janji dan gegasan dalam Buku Jingga Pakatan Rakyat dilihat memberikan kesenangan kepada rakyat. Berdasarkan janji Pakatan dalam Buku Jingga itu, dijangka kerajaan BN akan berusaha meringankan beban rakyat. Mereka tidak sewajarnya memperlekehkan janji itu dan menganggap bahawa Pakatan Rakyat hanya tahu berjanji tetapi tidak akan mampu melaksanakannya. Mitos ini sudah lapuk. Pakatan Rakyat belum ada ruang dan peluang untuk menunaikan janji dalam Buku Jingga itu, maka tiada sesiapa yang boleh mendakwa bahawa mereka tidak mampu melaksanakannya. Apakah pandangan ini kelak akan menyukarkan BN dalam PRU ke-13? Terserah kepada pemimpin BN, jika mereka menganggap bahawa kenaikan minyak, barang dan kos hidup serta janji Pakatan dalam Buku Jingga itu tidak memberikan impak besar terhadap sokongan rakyat, maka ternyata perkiraan itu adalah silap. Keputusan PRK sebenarnya tidak memberikan apa-apa makna. Kalaua saya rakyat Kerdau, saya tetap akan memilih BN kerana kerajaan yang menarajui negeri adalah BN tetapi dalam PRU ke-13 kelak tidak semestinya saya akan mengundi BN. PRK tidak mengubah apa-apa, selain rakyat mendapat durian  runtuh, PRK tidak lebih daripada gelanggang untuk mengkritik kelemahan dasar kerajaan dan perilaku pemimpinnnya dan begitulah sebaliknya di pihak kerajaan. Wallahualam bisawab. Hanya kita yang mampu mengubah kaum kita. Demikianlah pesanan Allah dalam Al-Quran. Sesuatu kaum itu tidak akan berubah sekiranya kaum itu tidak mahu mengubahnya sendiri.

Selasa, 8 Februari 2011

Pemimpin Masa Kini Kurang Efektif

Assalamualaikum dan selamat bersua kembali. Agak lama juga saya tidak mengemas kini blog ini kerana beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan, walaupun kekadang idea mencurah-curah dan hati bagai dicuit-cuit untuk menulis bagi menyampaikan pelbagai perkara yang ada kaitan dengan perkembangan semasa, namun kerana kekangan dan hambatan waktu serta komitmen lain maka hasrat dan niat itu acap kali terbantut.
     Dalam kesempatan kali ini terlintas di hati untuk mengupas perihal pemimpin kita hari ini. Pemimpin yang saya maksudkan ialah pemimpin-pemimpin politik. Pada dasarnya pemimpin kita hari ini boleh dikatakan hampir kesemuanya bersikap oportunis dan cahuvinistik. Tidak kiralah pemimpin pembangkang atau pemimpin di pihak kerajaan. Sama sahaja, hipkorit dan kerap kali terpelicut daripada perjuangan murni sebagaimana yang pernah diluahkan sebelum mereka terkenal atau mendapat tempat dan ruang dalam persada politik. Mungkin ada yang menganggap bahawa tuduhan ini keterlaluan namun inilah realitinya. Ketika menonton berita  di TV saya kerap kali menukarkan chanel khususnya bila ada berita yang ada kaitan dengan politik atau pemimpin. Berita-berita politik di negara kita hari ini amat memualkan. Tidak ada benda baru atau maklumat yang boleh dimanfaatkan untuk menambahkan ilmu pengetahuan kerana berita yang disiarkan dalam media itu lebih 80%  daripadanya berbaur politik. Berita kutuk mengutuk. Berita mengampu dan membodek semata-mata. Kenapa media alternatif mendapat sambutan yang hebat? Adakah para pemimpin BN pernah memikirkan hal ini? Sudah pastinya mereka hanya menganggap bahawa media alternatif mendapat sambutan kerana memaparkan berita-berita palsu. Memfitnah dan memburuk-burukkan pemimpin. Demikianlah pandangan sebahagian besar pemimpin BN tetapi hakikatnya, rakyat lebih gemar membaca media alternatif kerana kandungan media itu mampu mencambahkan budaya berfikir secara kritis. Saya tidak mahu membincangkan tentang perkara ini secara terperinci, biarlah pemimpin  menyedari perkara ini dengan sendiri kalau benar mereka seorang pemimpin yang prihatin. Tetapi mana ada pemimpin hari ini yang benar-benar prihatin sebagaimana pemimpin-pemimpin zaman lampau. Tun Mustapha Bin Dato Harun, misalnya akan menunggu rakyat diserambi rumahnya pada hujung minggu sepanjang hari. Begitulah rutin Allahyaraham Tun Mustapha untuk membantu rakyat di kawasannya. Sebab itu generasi lampau begitu taat dan setia kepada beliau. Burukkanlah macam mana sekalipun termasuk  isu peribadi beliau, tetapi rakyat tidak pun ambil kisah kerana beliau memang pemimpin yang benar-benar prihatin dan bertanggungjawab. Nik Aziz yang dikutuk dan dicemuh sedemikian rupa oleh seterunya, tetap mendapat sokongan kerana sikap amanah dan bertanggungjawabnya. Beliau tikdaklah hidup bermewah-mewah seperti Menteri Besar lain. Perilaku sedemikian menggambarkan bahawa rakyat tidak akan kisah dengan pelbagai tohmahan dan cerita yang bertujuan untuk memburuk-burukkan peribadi, yang penting ialah kebajikan rakyat dijaga. Tanggungjawab sebagai pemimpin dilaksanakan. Itu antara ciri pemimpin yang dikehendaki rakyat hari ini.
     Selain itu, satu ciri pemimpin yang amat dibenci rakyat hari ini ialah pemimpin yang pak turut. Pemimpin yang yes man dan pemimpin yang kaki bodek dan pengampu. Rakyat perlukan pemimpin yang lantang dan vokal menyuarakan kepentingan rakyat. Tidak kira pemimpin itu sehaluan atau tidak dengan kerajaan, mereka seharusnya tegas dan lantang menyuarakan kepentingan rakyat di kawasan mereka. Bukan wakil rakyat yang penakut dan terlalu menjaga kedudukan semata-mata. Takut menyuarakan masalah yang dihadapi rakyat kerana dikhuatiri akan membuka pekung di dada. Takut tembelang  kerajaan akan pecah. Kalau tembelang kerajaan pecah sudah tentunya akan mencemarkan imej pemimpin tertinggi BN. Jika imej pemimpin tertinggi BN terjejas,  pastinya si wakil rakyat itu tidak akan dipilih sebagai calon kelak. Inilah yang mereka takuti. Lantas mendiamkan diri lebih baik. Sebab itulah agaknya banyak wakil rakyat hari ini yang hanya pandai menabur janji kosong.
     Selain itu dapat dilihat bahawa kebanyakan pemimpin hari ini hanya akan lantang apabila kemahuan mereka tidak dapat dipenuhi oleh pemimpin tertinggi.  Selepas PRU ke-12 yang lalu, amat ketara betapa lantangnya Ghafur Salleh, Musa Aman dan Yong Teck Lee mengkritik kerajaan pusat yang diterajui Pak Lah pada ketika itu. Tetapi bila segala kehendak dan kemahuan ditunaikan maka mereka bagai boneka. Tidak berfungsi lagi. Insiden yang sama dapat dilihat terhadap sikap beberapa pemimpin PKR sebelum menyertai BN. Bukan main lantang lagi mereka mengkritik dasar-dasar kerajaan yang membebankan rakyat. Dan sebagai rakyat memang kami terkesan dengan apa yang disuarakan tetapi setelah menyertai kerajaan mereka bertukar bulu. Mereka pulalah yang bermati-matian untuk mempertahankan dasar-dasar kerajaan sekalipun dasar itu memang mendatangkan keburukan kepada rakyat. Kenaikan minyak misalnya, tiada seorang pemimpin BN pun yang lantang menyuarakan pendapat betapa kenaikan itu telah membebankan rakyat bahkan ramai yang memuji langkah kerajaan menaikkan harga minyak. Zaid Ibrahim yang lantang menentang ISA ketika berada dalam kerajaan telah meraih sokongan rakyat dan aktivis  politik, namun dapat dilihat bahawa beliau hanya lantang semata-mata kepentingan peribadinya tidak dapat dipenuhi. Beliau kemudiannya mengkritik dan mencemuh pula pemimpin tertinggi PKR kerana impiannya untuk menjadi ketua tidak kesampaian. KITA yang diterajuinya tidak akan ke mana. Saya setuju dengan pandangan MSO bahawa KITA akhirnya akan mengikut jejak Semangat 46. KITA wujud pun bukan kerana ikhlas untuik memperjuangkan rakyat tetapi lebih kepada perjuangan diri. Apakah nanti beberapa pemimpin pembangkang seperti Azmin Ali, Mat Sabu, Saifuddin Nasution dan beberapa pemimpin lain akan tenggelam apabila  hilang vokalnya apabila Pakatan kelak berjaya membentuk kerajaan persekutuan sebagaimana beberapa pemimpin BN  menjadi pembodek dan pengampu kepada pemimpin tertinggi. Peranan sebagai wakil rakyat yang sewajarnya menyuarakan kepentingan rakyat dilupakan. Pada saya dalam alaf baru ini tidak lagi banyak wakil rakyat yang benar-benar ikhlas, beramanah dan bertanggungjawab. Mereka kerap melakukan sesuatu semata-mata untuk kepentingan politik sebab itu saya begitu cuak dengan politik. Memang dahulu saya pernah melobi sebagai calon, tetapi itu kerana saya terlanjur menerima pelawaan seseorang. Orang veteran politik. Oleh kerana terpedaya dengan pandangan beliau maka saya pun cuba melibatkan diri secara aktif dalam politik. Tetapi setelah mencerminkan diri, saya tidak suka dengan sepak terajang politik yang pada saya adakalanya hina dan menjijikkan. Orang politik ini penuh dengan tipu muslihat. Kalau kita tidak mahu terlibat dengan pelbagai perkara yang jijik, fitnah-memfitnah, umpat-mengumpat dan sebagainya, maka janganlah masuk dalam politik.
      Berbalik kepada pemimpin kita hari ini,  saya paparkan pandangan dan suara pemimpin pembangkang yang kalau dibaca dan difikirkan memang benar apa yang disuarakan. Rakyat terkesan dengan kenaikan minyak manakala dalam masa yang sama gaji kakitangan tidak naik-naik. Minyak dan naik beberaapa kali tetapi gaji kakitangan awam masih seperi sebelum kenaikan minyak itu. Dan jika saya oleh semula pandangan ini bahawa UMNO dan pemimpin-pemimpin UMNO kononnya hendak menjaga  kepentingan orang Melayu dan Bumiputera. UMNO dan pemimpinnnya memperjuangkan kepentingan rakyat. Apakah kakitangan kerajaan itu tidak tergolong sebagai rakyat? Apakah mereka ini bagaikan mesin yang cuma perlu bekerja dan menjaga kepentingan kerajaan sedangkan dalam masa yang sama kerajaan sering mengabaikan golongan ini. Gaji mereka tidak setimpal dengan perkembangan ekonomi semasa. Betapa kejamnya kerajaan di mata kakitangan awam. Justeru, jika ada kakitangan awam yang tidak berpuas hati dengan kerajaan janganlah pula salahkan mereka. Kerajaan BN hari ini patut lebih prihatin.
















Bebankan rakyat: Umno BN perlu mohon maaf
Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 8 Feb: Buat masa sekarang, Umno BN perlu memohon maaf kepada rakyat dan menjelaskan kenapa ia membebankan rakyat sedemikian rupa selama ini.
Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali (gambar) berkata, ini termasuk hutang isi rumah, harga rumah dan kereta yang mahal kepada rakyat.
Justeru, pihaknya telah mengkaji gejala kenaikan hutang isi rumah yang ditanggung oleh rakyat sejak kebelakangan ini.
Keadaan ini, katanya merunsingkan kerana punca keberhutangan rakyat adalah pinjaman perumahan dan kenderaan keluarga yang menjadi sebahagian besar dari bayaran pinjaman setiap bulan oleh setiap keluarga di Malaysia.
“Secara langsung, ini mengurangkan pendapatan boleh belanja rakyat yang sepatutnya digunakan untuk menaikkan taraf hidup keluarga,” ujarnya.
Beliau merujuk kepada kenyataan Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dan statistik bulan Bank Negara Malaysia, pada akhir November 2010 hutang isi rumah telah mencecah RM577 bilion iaitu bersamaan dengan 74% dari Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Daripada jumlah itu, RM118 bilion adalah pinjaman kereta, RM22 bilion adalah pinjaman peribadi dan RM225 bilion adalah pinjaman perumahan.
Ini menimbulkan dua persoalan besar:
Pinjaman perumahan dan pinjaman kenderaan yang menjadi sebahagian besar hutang rakyat adalah hutang yang tidak dapat dielakkan, kerana rakyat sekurang-kurangnya memerlukan rumah dan kenderaan.
Jumlah hutang kredit kad yang ditanggung rakyat adalah terlalu tinggi, dianggarkan berjumlah RM200 bilion yang mungkin menunjukkan rakyat menggunakan kredit kad untuk menanggung perbelanjaan harian.
“Angka-angka ini menunjukkan prospek yang malap bagi ekonomi negara dan keupayaan rakyat menikmati taraf hidup yang lebih baik, terutamanya apabila kadar gaji tidak meningkat sekian lama,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Gombak.
Nisbah 74% “hutang isi rumah kepada KDNK” adalah merunsingkan apabila kerajaan juga terus mengumpulkan hutang negara yang telah melebihi kadar 50% kepada KDNK buat pertama kali dalam sejarah.
Katanya, kadar keberhutangan sebegini bermakna pendapatan boleh belanja rakyat adalah semakin rendah setiap tahun.
Tambahnya, sikap Umno BN dalam menangani masalah harga kereta dan perumahan yang mahal yang dihadapi rakyat adalah bukti ia tidak mempedulikan kesengsaraan rakyat.
Menurutnya, rintihan rakyat selama ini yang terpaksa menanggung perbelanjaan yang tidak dapat dielakkan ini langsung tidak diendahkan.
Malah, katanya harga kereta yang mahal adalah disebabkan dasar Umno BN sendiri yang melindungi kepentingan kroni dengan menindas rakyat.
Beliau berkata, walaupun secara rasmi hanya 2 juta rakyat Malaysia yang berpendapatan melebihi kadar minima untuk dicukai, sebenarnya setiap keluarga di Malaysia dikenakan cukai yang lebih tinggi melalui pelbagai cukai yang dikenakan terhadap pembelian kereta.
Menruutnya lagi, harga kereta di Malaysia menjadi mahal berlipat kali ganda disebabkan oleh 3 jenis cukai yang dikenakan iaitu cukai import, cukai eksais dan cukai jualan.
Ini, katanya satu penghinaan kepada rakyat yang terpaksa mengambil pinjaman untuk membayar cukai, sedangkan kerajaan mengecualikan kenderaan perdagangan dari cukai eksais, bukti bahawa Umno BN selama-lamanya meletakkan kepentingan perniagaan sebagai asas dasarnya.
Tambahnya, harga rumah yang semakin meningkat juga menjadi bebanan kewangan yang tinggi kepada rakyat terutamanya mereka yang berpendapatan rendah dan keluarga muda.
Untuk memiliki rumah, ujarnya mereka terpaksa memanjangkan tempoh pembayaran pinjaman dan menanggung bayaran bulan yang terlalu tinggi berbanding gaji yang diperolehi.
Bagi setiap keluarga berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan, dianggarkan dua pertiga dari gaji mereka digunakan untuk membayar pinjaman rumah dan kereta; menyebabkan baki untuk perbelanjaan makanan, pakaian dan pendidikan menjadi terlalu kecil.
“Reaksi Umno BN sudah tentu mengecewakan. Mereka lari dari berbicara soal sebenar kenapa rakyat berhutang sebegitu tinggi, sebaliknya Umno BN menggalakkan rakyat memanjang tempoh hutang dan menambah hutang.
“Ini memudahkan rakyat berhutang, tetapi akibat jangka panjang adalah rakyat yang bergelumang dengan bebanan hutang sepanjang masa,” katanya.
Oleh itu, kata beliau masanya telah tiba untuk rakyat menilai dasar-dasar baru yang radikal untuk mengurangkan harga kereta dan rumah.
PKR, katanya akan mengadakan beberapa siri rundingan dengan kumpulan pengguna dan pakar untuk mencari dasar yang radikal ini dan menghapuskan dasar Umno BN yang memangsakan rakyat selama ini.
Menurutnya, maklum balas dan kehendak rakyat akan digarapkan di dalam dasar-dasar ekonomi kami yang akan diumumkan secara bersama di Konvensyen Ekonomi Pakatan dalam bulan Mac ini.