Sabtu, 26 Februari 2011

Pilihan Raya Sarawak, Apakah BN Masih mampu Bertahan?

Dalam media semalam, Taib Mahmud mengumumkan bahawa BN Sarawak sudah sedia untuk mengadakan pilihan raya. Senarai calon sudah ada. Akan diumumkan sedikit masa lagi. Namun, berita itu bukanlah berita yang ditunggu-tunggu rakyat sarawak selama ini. Rakyat Sarawak sebenarnya sudah mual dan mahu termuntah melihat Taib Mahmud terus menjadi KM. Ramai rakyat Sarawak tertunggu-tunggu Taib Mahmud mengumumkan untuk menyerahkan kuasa kepada pemimpin muda. Jawatan sebagai ketua menteri Sarawak sudah lama beliau pegang, ada baiknya beliau turun secara terhormat berbanding jika rakyat Sarawak memaksa beliau turun melalui PRU kelak. Adakah kerana terlalu lama di tampuk kuasa maka Taib Mahmud lupa bahawa kuasa yang ada pada beliau boleh dilucutkan oleh rakyat melalui kuasa undi mereka? Atau Taib Mahmud lebih rela menyerahkan kuasa melalui parti undi berbanding desakan dan permintaan pemimpin-pemimpin tertinggi BN? Mungkinkah Taib Mahmub berasa hina apabila dinasihatkan untuk mengundurkan diri atau beliau sudah lupa bahawa beliau sudah berusia kerana pelukan bini yang masih muda?
      Setelah 30 tahun menjadi menteri besar Sarawak, Taib Mahmud  kini menjadi liabiliti kepada BN. Masyarakat Cina secara terang-terang tidak akan mengundi BN jika Abdul Taib Mahmud terus menjadi ketua menteri besar Sarawak. Dalam masa yang sama, masyarakat peribumi berpecah kepada dua. Satu pihak menyokong Abdul Taib Mahmud manakala generasi muda kebanyakannya ada kecenderungan untuk melakukan perubahan. Mereka begitu kritis dan tidak mudah disogokan dengan pelbagai janji manis. Jika Taib Mahmud masih menganggap bahawa rakyat masih menyokongnya, ternyata perkiraan beliau kali ini silap. Berdasarkan maklumat beberapa orang rakan di Sarawak, peluang untuk BN untuk mengekalkan kuasa hanya 50% sahaja. Keadaan ini sudah tetntunya menggusarkan pemimpin-pemimpin tertinggi BN khususnya Datuk Seri Najib dan timbalannya. Namun, sama ada Taib Mahmud akan terus kekal berkuasa, demi kepentingan Barisan Nasional, kita tunggu dan lihat.

Tiada ulasan: