Artikel ini dipetik daripada : sabahkini.net/ BATALKAN KP DAN KERAKYATAN PATI |
Written by Admin | |||||||
Wednesday, 16 February 2011 13:26 | |||||||
Share Oleh: MAIL MATHEW NAIB PRESIDEN Parti Maju Sabah (SAPP), Jimmy Jawatah menggesa Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hishamuddin agar segera menyelesaikan isu tertunggak projek pemberian kad pengenalan kepada pendatang asing tanpa izin (PATI) kerana selagi tidak diselesaikan secara mutlak, ia merupakan ‘ibu segala masalah jenayah’ di Sabah; malah akan menjadi lebih parah jika keadaan sedemikian berterusan. Lagi pun tegas Jimmy, masalah tersebut sudah menjangkau lebih 20 tahun berterusan begitu sahaja, namun pihak terbabit seperti KDN sekadar mampu ‘menyibuk’ terutama sekali bila Pilihanraya umum semakin hampir, tetapi hasilnya kosong kerana tidak ada keseriusan tindakan dilakukan. Apa yang jelas aksi pihak terbabit boleh diibaratkan sebagai ‘lips service’ semata-mata. “Segala-galanya ibarat bola penyelesaian kepada masalah Sabah ada di tangan Hisyamuddin kerana beliau boleh melakukannya pada bila-bila masa sahaja jika benar-benar ikhlas dan telus untuk membantu menyelesaikan masalah yang menghantui rakyat Sabah lebih 20 tahun lalu. Apa lagi bukti lain yang perlu diminta Hisyam, sedangkan Ahli Parlimen Malaysia (Tuaran), Wilfred Mojilip Bumburing telah serahkan memorandum berhubung projek pemberian kad pengenalan dan kerakyatan kepada PATI sebagai bukti dakwaan itu,” tegas Jimmy. Tegas Jimmy lagi, tindakan Bumburing menggesa Kerajaan Pusat khususnya KDN supaya menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Di-Raja untuk menyelesaikan masalah imigran di Sabah, merupakan suatu langkah terbaik yang wajar disambut dengan baik dan bukan menolak; sebaliknya harus mengambilkira pelbagai aspek, khususnya dari segi kedaulatan dan keselamatan rakyat Sabah. Beliau mengambil contoh apa yang berlaku baru-baru ini, apabila seorang peniaga warga Filipina, Datu Akjan Datu Ali Muhammad yang mempunyai dua kerakyatan menabalkan dirinya menjadi pewaris Kesultanan Sulu; tetapi dalam masa yang sama memiliki kerakyatan di Filipina dan mempunyai Kad Pengenalan Malaysia. Tindakan Akjan itu, seolah-olah mempersendakan undang-undang yang sedia ada di negara ini dengan begitu mudah baginya mendapatkan Kad Pengenalan sedangkan Akjan mendakwa beliau adalah rakyat Filipina dan pewaris kepada Sultan Sulu. “Disebabkan kelemahan kerajaan pusat, khususnya KDN menjadikan pemilikan Kad Pengenalan dan kerakyatan negara ini boleh diperolehi dengan jalan mudah, malah selepas Datu Akjan mengistiharkan dirinya sebagai Sultan Sulu, sudah tentu rakyat Filipina yang memiliki Kad Pengenalan yang jumlahnya ratusan ribu akan mengikrarkan ketaatan diri mereka kepada Akjan dan selepas itu apa akan terjadi kepada keselamatan di Sabah?” tanya Jimmy. Mungkin juga masih belum terlambat tambah Jimmy, jika Hishamuddin mengubah haluan terhadap keputusannya sebelum ini dan membatalkan sahaja pengeluaran Kad Pengenalan dan kerakyatan kepada PATI berkuatkuasa serta merta. “Mungkin itulah satu-satunya jalan penyelesaian masalah tersebut sebelum ia menjadi parah. Hishamuddin merupakan sandaran bagi penyelesaian mutlak terhadap segala galanya. Jika Hishamuddin masih berkeras juga maka sudah tentu rakyat akan menyalahkan beliau sebagai dalang penyiksaan kepada rakyat di bumi Sabah sepanjang hayat,” jelas
|
Bila membaca berita seperti ini, walaupun saya ahli UMNO dan menyokong kerajaan, tetapi jika perkara ini benar, ia boleh menimbulkan perasaan benci dan marah terhadap para pemimpin yang bertanggungjawab. Sepatutnya bila timbul isu yang melibatkan kepentingan bersama, semua pemimpin Sabah tanpa mengira anutan politik harus berganding bahu mendesak kerajaan persekutuan untuk mengambil langkah yang sesuai untuk menyelesaikan masalah ini. Tetapi kalau kita lihat amat jelas para pemimpin Sabah yang lain terus menyepi, seolah-olah isu itu hanya berkaitan dengan kawasan Datuk Wilfred Bumburing. Tidakkah mereka berfikir bahawa pemberian kerkayatan kepada PATI itu akan mengancam rakyat Sabah pada masa akan datang? Atau mereka terus menyepi kerana pemberian kerakyatan kepada PATI itu mampu mengekalkan kuasa politik mereka. Jika inilah sebabnya, maka amat malang bagi rakyat Sabah yang bernaung dibawah kerajaan BN dan pemimpin seperti itu. Saya harap bukan itu sebabnya. Saya pernah sebutkan dalam post saya yang lepas bahawa ramai generasi muda yang bersikap kritis hari ini menganggap bahawa pemimpin hari ini tidak efektif kerana mereka menjadi pemimpin yang Pak turut. Taat setia membuta tuli kepada pihak atasan. Saya tabik langkah Datuk Wilfred Bumburing yang begitu vokal dan lantang menyuarakan isu ini walaupun mungkin beliau merisikokan masa depan parti dan karier politiknya, namun demi rakyat Sabah dan negeri ini mereka tidak menghiraukan perkara itu. Beginilah pemimpin yang dibutuhkan dalam zaman ini. Zaman Hang Tuah sudah berakhir. Taat setia secara membuta tuli tidak lagi relevan dalam zaman ini.Taat kepada kemungkaran bermakna kita dianggap bersuabahat.
Oleh kerana itu, sebagai ahli UMNO saya masih tertunggu-tunggu apakah komen dan pandangan para pemimpin UMNO Sabah terhadap perkara ini. Mengapa mereka masih membisu? Apakah mereka juga terlibat dalam usaha yang tidak bertanggungjawab ini? Wallahualam bisawab.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan