42 ORANG AHLI UMNO BAKAR JAMBATAN! |
Written by Admin |
Wednesday, 02 February 2011 01:56 |
Oleh: KREW SABAHKINI NET SEKUMPULAN 42 orang wanita dan lelaki daripada kampung Lohot Ulu Tomani, Tenom mengambil satu tindakan drastik di luar jangkaan dengan ‘membakar jambatan’ dan meninggalkan UMNO Bahagian Tenom kerana membantah kenaikan 10 sen seliter minyak petrol Ron97 bermula jam 12.01 minit tengah malam kelmarin menjadikan harga Ron97 RM2.50 seliter. Menurut wakil 41 orang ahli UMNO tersebut, Room Bin Tukau berkata, mereka muak dengan janji Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak yang berjanji bahawa tidak akan berlaku kenaikan harga minyak lagi setelah kenaikan pada 2 November dan 1 Disember 2010. “Walaupun Ron97 itu dinaikkan, konon rakyat ada pilihan untuk membeli Ron95 yang agak murah sedikit, alasan Kerajaan UMNO/BN itu tidak munasabah kerana pengangkutan membawa keperluan hidup rakyat di pelusuk pedalaman menggunakan Ron97 dan tentunya semua keperluan rakyat melambung tinggi kerana harga pengangkutan juga naik,” terang Room dengan jelas. SERAH….Semua borang PKR Cabang Tenom yang terisi nama bekas ahli-ahli UMNO itu diserahkan kepada Halik Zaman selaku Ketua Cabang PKR Tenom. Dalam pada itu, ketika mengulas kenaikan minyak petrol itu, Ketua Cabang UMNO Tenom, Datuk Halik Zaman berkata, mungkin kenaikan minyak petrol Ron97 itu sebagai satu hadiah kemenangan calon UMNO/BN di Tenang Johor . “Mungkin juga untuk tampung kos perbelanjaan PRK Tenang dan semua rakyat jadi mangsa dan tidak ada apa-apa penjelasan daripada Kerajaan UMNO/BN berhubung kenaikan Ron97 itu kerana yang merasa bebas adalah rakyat miskin, bukan orang orang elit dalam UMNO,” sindir Halik Kata Halik, kini PRU13 diambang pintu. Rakyat Sabah khasnya, diTenom mesti bijak memilih Kerajaan yang benar-benar prihatin kepada kehidupan rakyat miskin kerana kuasa pemutus berada di tangan anda. “Kita mesti bijak berfikir. Kenaikan minyak petrol akan terus naik selagi rakyat masih bergantung harapan kepada UMNO/BN. Rakyat perlu perubahan dan perubahan di tangan rakyat dalam PRU nanti,” nasihat Ketua Cabang PKR Tenom itu. Halik turut menasihati ahli-ahli UMNO di Sabah agar memandang ke hadapan untuk masa depan anak cucu mereka kerana selagi rakyat miskin masih mengharapkan sedekah daripada UMNO/BN dalam PRU, maka selagi itulah rakyat akan dihempas pulas oleh tekanan sara hidup yang melambung tinggi. “Nasihat saya, tinggalkan UMNO/BN dan rakyat bersatu mengubah nasib dalam Kerajaan Pakatan Rakyat,” pelawa Halik dengan hati yang tulus ikhlas. |
Paparan berita di atas, adakah merupakan fakta atau pun saya sahaja mereka cerita untuk memburuk-burukkan pemimpin-pemimpin BN Tenom sebagai mana dakwaan pengunjung blog ini. Dalam post kelmarin, saya memberikan komen dan ulasan yang panjang lebar betapa kepimpinan BN di Sabah perlu dirombak demi mengekalkan reputasi BN. Pengekalan pemimpin lama yang dilihat lebih cenderung berjuang untuk diri, keluarga dan kroni semata-mata boleh membinasakan parti. Banyak dasar yang dibuat semata-mata untuk kepentingan diri. Saya tidak mahu membincang contoh dasar ini secara lanjut dalam post kali ini. Insyallah pada masa akan datang saya akn cuba beri satui contoh dasar yang menyebabkan sesetengah rakyat di Sabah ini membenci pemimpin hari ini.
Berbalik kepada peristiwa keluarnya ahli UMNO dan menyertai PKR dalam berita di atas, tindakan ini memperlihatkan ketidakberkesanan pemimpin BN di Tenom. Datuk Raime Unggi, Datuk Rubin Balang dan Datuk Raden Maleh ternyata gagal menyelami permasalahan rakyat Tenom secara keseluruhannya. Ini bermakna hanya segelintir sahaja yang merasai kehadiran mereka manakala yang lainnya tidak dipedulikan. Atau mereka bersikap seakan-akan rakyat di kawasan mereka tidaklah penting. Rakyat hanya penting bila tiba masa pilihan raya. Pada waktu itulah terlalu banyak janji ditaburkan sehingga kadang-kadang mereka sendiri lupa dengan janji itu. Di Kampung Paguokon misalnya dalam pilihan raya lepas Datuk Raden berjanji tidak akan bertanding lagi sekiranya masalah air pili ke kampung itu tidak selesai, tetapi sehingga hari ini, orang kampung masih juga bergantung kepada air paip graviti yang sudah berpuluh tahun digunakan sejak kerajaan PBS lagi. Jadi salahkah bila penduduk kampung mendakwa bahawa pemimpin-pemimpin BN tidak berfungsi dengan baik. Perkara yang dijanjikan pun dilupakan apatah lagi perkara yang tidak dijanjikan. Apakah terlintas dalam fikiran para pemimpin ini untuk mmembantu rakyat Tenom dengan memikirkan pelbagai kaedah untuk membantu rakyat? Saya bagi beberapa perkara yang ada kaitan langsung dengan penduduk Tenom keseluruhannya tetapi pemimpin-pemimpin kita masih diam membisu. Pertama, perbezaan harga getah di Sabah dan Semenanjung. Mengapa wujudnya perbezaan ini? Getah Sabah tidak berkualiti? Atau mungkin getah Sabah kotor? Berilah apa sahaja alasan tetapi sebagai pemimpin mereka kena memikirkan bagaimanakah cara atau kaedahnya agar perbezaan ini dapat diatasi. Jangan menjadi pemimpin yang bijak memberikan alasan tetapi kurang bijak berfikir untk membantu rakyat? Mereka patut maklum dengan latar belakang ekonomi rakyat Tenom yang kebanyakannya bergantung kepada hasil getah. Perkara kedua, walaupun LIGS mendakwa bahawa penubuhan badan itu adalah untuk memajukan penanaman getah di samping membantu meningkatkan pendapatan pekebun kecil, namun hakikatnya LIGS menjadi syarikat yang memonopoli pembelian getah. Dalam hal ini harga getah dikawal sesuka hati. Pada ketika harga getah murah, mereka menerima sahaja bentuk dan rupa getah yang dijual oleh penduduk kampung tanpa mengambil kira nipis dan tebalnya "getah kepingan" tersebut. Sebaliknya dalam keadaan harga getah melambung tinggi seperti hari ini, getah kepingan itu dilabelkan dengan pelbagai gred. Tindakan LIGS yang tidak konsisten ini dilihat sebagai suatau eksploitasi terhadap penduduk kampung yang bergantung kepada hasil getah. Ke mana hilangnya pemimpin-pemimpin BN Tenom untuk memperbetulkan eksploitasi ini? Apakah cukup dengan hanya memberikan pandangan atau pendapat di surat khabar atau m,edia seperti yang YB Raime UNggi lakukan? Mengapa tidak dibuat memorandum dan menghantarkanya kepada ketua Menteri. Berdasarkan memorandum itu nanti, kita lihat apakah ketua menteri itu masih diperlukan oleh rakyat atau sebaliknya?
Perkara ketiga, peraih atau orang tengah kerap mengaut keuntungan yang besar terhadap penoreh-penoreh getah yang terdesak dan memerlukan kewangan segera. Mereka seringkali memanipulasi penoreh-penoreh getah dengan membeli getah penduduk kampung dengan harga yang jauh lebih rendah selain menipu dengan pelbagai cara khususnya timbangan atau neraca yang digunakan. Walaupun para penoreh menyedari hal ini, namun kerana desakan untuk membeli keprluan asas, mereka rela mengalami kerugian asalkan memperoleh wang dengan cepat berbanding menunggu berhari-hari atau berminggu-minggu jika menjual dengan LIGS. Dalam hal ini mengapa pemimpin-pemimpin BN di Tenom ini tidak menyuarakan hal ini kepada kerajaan? Atau mereka sendiri yang mengambil inisiatif dengan menetapkan harga minimum dan maksimum agar para penoreh tidak terus tertipu. Bukankah tugas pemimpin itu menyelami dan memahami masalah rakyat dan mengambil langkah yang wajar untuk mengatasinya? Bukankah begitu? Tetapi dalam hal ini saya tidak nampak usaha yang ikhlas daripada pemimpin-pemimpin BN hari ini. Dua orang pemimpin yang sudah berpuluh tahun menjadi wakil rakyat manakala seorang lagi baru masuk penggal kedua, namun hasilnya nihi. Apa yang mereka lakukan ialah perkara yang sudah menjadi rutin. Bina pondok bas, jalan raya, balai raya, PPRT dan sebagainya. Itu sahaja. Saya tidak kata perkara-perkara rutin seperti yang saya sebut tadi tidak penting, tapi apakah cuma itu sahaja yang mampu dilakukan atau difikirkan oleh seorang yang bergelar pemimpin? Kalau begitu tidak perlulah YB, pegawai Daerah pun mampu melakukannya. Sebab itu saya melihat KP lebih ke depan berbanding 3 pemimpin yang sudah bergelar YB dalam menyelami dan mengatasi masalah rakyat yang mereka wakili. Isu GSTT Tenom bukan sahaja selesai bahkan gstt seluruh negara juga turut gembira. Apakah pujian saya ini tidak bertempat atau saya sengeja mempromosikan KP? Patutnya penyokong kuat YB Raime kena bijak berfikir, jangan berprasangka yang bukan-bukan. Nilai dulu pemimpin mereka itu mengapa tidak memikat hati sebahagian besar rakyat Tenom, baru boleh menyalahkan orang lain.

3 ulasan:
Betul tu PA, sejak Datuk Rubin dan kumpulannya menarjui UMNO bahagian, Bahagian UMNO tidak aktif. Sunyi sepi ja. Yang naktif hanya pergerakan pemuda. Tapi mungkin ini lebih baik. Inilah masa yang sesuai .untuk menumbangkan kerajaan BN

Wahai orang-orang UMNO bersedialah tukar perahu sebelum terlambat, UMNO memang sudah lama mampus kalau tidak main tipu khususnya cawangan UMNO SPR tahi kucing yang berlagak telus tetapi keji dan busuk.
Catat Ulasan