Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Setelah beberapa bulan blog ini saya kendalikan akhirnya dapat juga saya membaca beberapa respons daripada penjenguk-penjenguk blog ini. Alhamdulillah ada juga yang sudi menjenguk blog ini. Seperti mana dalam tulisan awal blog ini dilancarkan, saya postkan tajuk Blog Adalah Aku. Saya gunakan ungkapan dan tajuk itu untuk menggambarkan bahawa blog adalah sebahagian daripada kehidupan saya, kerana minat yang suka menulis dan berkarya. Saya suka meluahkan sesuatu perkara yang mencuit hati melalui blog. Luahan dan pandangan yang dipostkan dalam blog mudah-mudahan mendapat respons yang positif dan pandangan yang membina daripada semua pihak. Bahkan saya berharap agar pemimpin-pemimpin yang ada saya sebut dan kritik dalam blog ini, membaca blog saya ini agar mereka mampu memperbaiki perkhidmatan. Jika berlaku salah tanggapan atau adanya persepsi negatif terhadap mereka, jangan marah dahulu. Muhasabah dirilah dahulu. Renunglah apa yang telah dilakukan. Maklumlah kita ini manusia, sebagai manusia yang kerdil, daif dan penuh kekurangan, tidak mustahil kekhilafan, kealpaan dan kesilapan berlaku. Saya akui, saya juga hamba Allah yang penuh dengan kelemahan, kekurangan dan ketidaksempurnaan. Dan kritikan itu janganlah dianggap sebagai bertujuan negatif semata-mata. Bak kata pepatah pahit hempedu menjadi ubat, manis gula adakalanya mendatangkan kemudaratan. Kritikan yang keras itu jika dilihat dari sudut positif boleh menjadi momentum untuk melonjakkan prestasi diri dan begitulah sebaliknya sekiranya dilihat dari sudut negatif, kritikan itu mampu meruntun jiwa dan melemahkan semangat. Oleh kerana itulah agaknya manusia ini Allah kurniakan dengan akal dan fikiran agar manusia boleh membuat pertimbangan yang wjar dan rasional.
Berbalik kepada respons pembaca terhadap beberapa post saya yang lepas-lepas, di sini saya perturunkan komen yang terpilih agar menjadi sempadan dan teladan kepada kita semua:
Komen 1.
u siapa nak mengutarakan pendapt untuk merehatkan CM. Siapa pula yang anda cadangkan untuk menggantika CM? SHAFIE ABDAL?, telah ku jangka. Wahai orang-orang kuat Shafie Abdal, jangan lah berangan sangat dan jangan lah suka memburukkan dan mengaibkan orang lain. Mengaku ahli UMNO tapi bersifat kurang ajar. Tahukah kamu bagaimana CM berusaha kuat untuk mengukuhkan kdudukan UMNO di Sabah. Bercakap pula CM hanya memberikan projek2 kepada keluarga dan kroni2nya, kenapa anda tidak menegur Shafie Abdal, kerana mahu sangat menjadi CM sanggup memberikan peruntukan kepada orang2 kuatnya di seluruh daerah di negeri Sabah bagi meraih sokongan untuk menjadi CM, tidak keji kah?. Jangan fikir rakyat tidak tahu semua muslihat ini. Tidak payahlah nak menakut-nakutkan CM kononnya akan kalah jika masih dipilih, CM masih di hati rakyat. Begitu juga dengan wakil2 rakyat yang dipilih oleh beliau, sepertimana yang disebut seperti Datuk Raime. Adalah satu fitnah bagi Datuk Raime yang dikatakan oleh penulis, tidak melakukan apa-apa di Tenom apa lagi dalam bidang pertanian. Nampaknya Antanom cuma mahu bikin cerita tanpa fakta. Datuk Raime telah sedaya upaya membawa pengarah EPU dari KL untuk melihat sendiri peluang pertanian di Tenom, sehinggakan pengarah EPU
telah meluluskan peruntukan yang besar bagi tenom dan peruntukan tersebut telah di salurkan terus ke Jabatan pertanian dan peladang,untuk rakyat Tenom. Apa lagi?...Rizalman dulu buat apa? tapi tetap dipuji oleh penulis, kenapa??? kerana dia adalah sekutu bagi penulis. sepekara yang saya ingin cadangkan di sini, sebaiknya penulis menukar nama lain kerana Panglima Antanom itu, seorang pahlawan yang jujur dan mulia bukan keji. Satu lagi, seorang ahli UMNO sepetutnya bersikap telus dan jujur, jngan menidakkan benda yang ada lagi nyata. Saya ingin bertanya kepada penulis, Kalau Datuk Raime, Datuk Rubin dan Datuk Radin di gugurkan sebagai calun PRU ke 13 nanti siapa yang akan jadi calun di Tenom, Jamawi Jafar? layak kah?...setelah apa yang telah dia dan Rizalman buat pada PRU ke 12 yang lalu dimana kedua-dua pemimpin ini telah menutup pejabat UMNO dan menurunkan bendera kerana tidak mahu berkerjasama dalam pilihan raya tersebut. Sementara di kg-kg mereka menaburkan wang supaya menyokong pembangkang, Itu kah pemimpin yang saudara cari?...

Komen dan respons ini adalah daripada seorang hamba Allah yang menggelar dirinya sembilu. Berdasarkan komen beliau, saya dapat menjangkakan bahawa beliau adalah seorang penggiat politik yang aktif. Dari segi nadanya pun dapat juga diramalkan bahawa beliau adalah penyokong tegar team Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman, Datuk Rubin Balang, Datuk Raime Unggi dan Datuk Raden Maleh. Membaca tulisan dan kritikannya, ternyata beliau begitu emosi dan tersinggung dengan post saya. Saya mohon maaflah kepada beliau kalau tulisan saya mengganggu emosinya. Yang agak melucukan bila beliau melabelkan saya sebagai sekutu kuat Datuk Shafie Apdal dan juga orang kuat Ketua Pemuda UMNO Tenom, Jamawi Japar. Saya tersenyum sendirian bila membaca tuduhan yang beliau lemparkan kepada saya. Hal ini kerana saya sebenarnya tidak menyertai mana-mana kumpulan ini. Saya mengetahui wujudnya pergolakan antara Musa Aman dan kumpulan Shafie Apdal melalui rakan yang masih aktif berpolitik. Saya cuma seorang ahli parti yang pasif. Namun begitu, ada beberapa perkara yang terdapat dalam kritikan itu menarik perhatian saya. Pertama bila beliau bertanya, you ni siapa mengutarakan pendapat merehatkan CM? Bagi orang yang boleh membuka mindanya pertanyaan itu bagaikan soalan bonus yang tidak memerlukan jawapan. Mungkin sembilu mahu menunjukkan bahawa saya tidak layak untuk memberikan komen atau pendapat terhadap kedudukan Ketua Menteri Sabah sebagai ketua perhubungan negeri. Siapalah saya berbanding orang-orang politik. Padanya, rakyat biasa macam saya ini tidak layak memberi komen atau pendapat.Tapi satu hakikat yang mungkin sembilu tidak sedar ialah saya juga salah seorang ahli UMNO dan juga pengundi yang saya fikir masih ada hak untuk menentukan siapa yang akan diberikan mandat melalui undi dalam PRU akan datang. Kalau selama ini saya salah seorang pengundi tegar BN, adakah jaminan bahawa undi itu tidak akan berubah jika rasa tidak puas hati terhadap perkhidmatan pemimpin tiudak diubah? Bila saya sebut saya, bermakna saya termasuk isteri, anak-anak dan ahli keluarga lain. Kalau ada sahabat-sahabat yang sependapat dengan saya dalam perkara ini, bukankah bilangannya bertambah banyak? Jadi saya harap orang yang menggelarkan dirinya sembilu kenalah berhati-hati bila meluahkan pandangan. Jangan ambil mudah perkara ini. Impaknya besar. Khususnya kepada parti. Jadi jangan terlalu bongkak.
Perkara kedua yang mendapat perhatian saya ialah bila sembilu menyatakan bahawa "seorang ahli UMNO sepetutnya bersikap telus dan jujur, jngan menidakkan benda yang ada lagi nyata.". Oleh kerana bersikap jujurlah saya meluahkan apa yang terbuku di hati, apa yang tergetus dijiwa kerana rasa tidak puas hati dengan apa yang berlaku hari ini. Pada saya seorang ahli UMNO yang bertanggungjawab ialah mereka yang berusaha mengkritik dan menegur kelemahan pemimpin agar pemimpin mengatasi kelemahan itu. Bukan menjadi Pak turut secara mebuta tuli. Bila pemimpin melakukan sesuatu perkara yang menyalahi moral, bukankah itu boleh memusnahkan parti jika tidak ditegur dan dibetulkan? Menyedari hakikat inilah saya mencadangkan agar pemimpin tertinggi menilai semula kedudukan Datuk Musa Aman sebagai ketua perhubungan negeri.
Hari ini banyak ahli akar umbi yang menyeberang dan menyertai PKR, misalnya Miling Oyot yang sutau ketika dahulu menjadi orang kuat UMNO, kini menyertai PKR. Apakah penjelasan pemimpin tertinggi UMNO Tenom dalam hal ini? Saya tidak nampak usaha pemimpin-pemimpin UMNO Tenom dan Sabah untuk menarik lebih ramai orang menyertai parti itu? Kalau ada pun, setakat melapaskan batuk di tangga sahaja. BN masih kuat di Sabah bukan kerana BN kuat tetapi kerana tidak ada pembangkang yang kuat di Sabah. Belum ada pemimpin pembangkang yang benar-benar mampu mengalihkan pandangan rakyat Sabah. Kalau ada, saya percaya BN pasti akan tersembam menyembah bumi jika pemimpin yang mementingkan kronisme dan sanak saudara terus menerajui kerajaan negeri. Soal Datuk Shafie Apdal berkempen untuk menjadi CM, bukanlah menjadi perkara pokok. Hal ini kerana orang-orang politik jika tidak gila kuasa bukan orang politik namanya. Mereka yang "low profile" dalam kerap kecundang dan tewas. Maksudnya, Datuk Shafie Apdal melobi dan berkempen untuk menjadi CM, itu hak beliau. Jangan pula dikatakan orang macam saya yang Datuk Shafie kenalpun tidak dikatakan sebagai sekutu kuat beliau. Itu tuduhan melulu namanya. Perkara ketiga yang menarik perhatian saya ialah bila saudara atau saudari sembilu menyatakan bahawa sudah banyak yang YB Raime buat untuk daerah Tenom. Persoalannya mengapa kami tidak nampak? Bila kami tidak nampak hal ini, apakah itu salah kami juga? Sebagai rakyat biasa, kami sibuk mencari nafkah hidup. Masa bagi kami sangat berharga. Saya membaca berita dari media yang cepat dan mudah diakses. Saya cuba mencari facebook pemimpin-pemimpin ini, cuma Datuk Raime Unggi sahaja yang ada, masalahnya beliau sukar memberikan respons kepada orang macam saya ini. Manakala Datuk Raden Maleh dan Datuk Rubin Balang tidak saya temui dalam facebook. Ini membayangkan betapa pemimpin-pemimpin macam ini ketinggalan zaman dan tidak lagi sesuai pada masa ini. Agaknya mereka takut dikritik keras?

Bila usaha yang dilakukan ol;eh seorang pemimpin itu tidak dapat dilihat oleh rakyat bermakna pemimpin itu tidak bijak. Seorang blogger yang menggelarkan dirinya Semut menyatakan bahawa YB Raime yang melawat mangsa banjir di kampung Pantongan telah mendermakan bot dalam diam, sedangkan Datuk Rizal hanya mendermakan Maggi tetapi membesar-besarkan sumbangan itu. Tahukah Semut bahawa sebagai orang politik yang kerap menjadi perhatian rakyat, tindaklan Datuk meuar-uarkan sumbangannya itu lebih bijaksana berbanding memberikan sumbangan secara diam-diam. Maksudnya jika orang politik hendak melakukan sesuatu maka hendaklah diheboh-hebohkan, kalau tak apakah mungkin rakyat Tenom yang sudah mencacah 30,000 orang ini akan mengetahuinya. Usaha saudara Jamawi Japar untuk membantu GSTT misalnya, dapat diketahui dengan mudah kerana kebijaksanaannya. Van yang digunakan untuk mengangkut jenazah milik pemuda UMNO itu misalnya, orang tidak kisahpun bagaimana van itu diperoleh, yang penting usaha KP itu dapat dilihat secara menyeluruh oleh rakyat Tenom. Dan itu yang lebih penting. Jadi jika oarng bodoh macam saya ini tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh YB Raime, apakah salah saya juga.
Sembilu juga bertanya, sekiranya Datuk Raden, Datuk Rubin dan Datuk Raime Unggi digugurkan, siapakah yang akan menggantikan mereka? Ini satu lagi soalan bodoh atau soalan bonus. Apakah tidak ada pemimpin lain di Tenom ini selain daripada mereka? Atau apakah hanya mereka sahaja yang mampu sedangkan orang lain tidak? (Saya tidak mahulah menyebut mana-mana pemimpin lain dalam tulisan ini, kerana nanti orang cetek dan dangkal fikirannya macam Semut akan menuduh saya sebagai sekutu oarang itu.) Pandangan ini merupakan suatu mitos yang sudah lapuk. Hal ini kerana setiap makhluk Allah di muka bumi ini mempunyai kelebihannya masing-masing. Siapa tahu orang lain yang terpilih kelak akan lebih baik berbanding yang ada sekarang ini? Tambahan pula, jika mereka digugurkan dalam PRU ke-13, bukan bermakna mereka akan lenyap di muka bumi ini. Andai kata calon baru yang dipilih kelak buruk dan lemah berbanding mereka, apakah menjadi satu kesalahan untuk mencalonkan mereka semula dalam PRU yang seterusnya? Sudah pastinya tidak. Bahkan tindakan menggugurkan dan mencalonkan mereka semula menjadi satu peringatan kepada mereka agar berkhidmat sebaik-baik mungkin sepanjang masa. Tindakan ini juga kelak akan mampu menjadi peringatan kepada mereka bahawa jika mereka tidak berkhidmat dengan baik, bila-bila masa mereka boleh diturunkan. Tambahan pula sudah menjadi sifat atau kelemahan manusia sejak azali. Mereka yang sudah lama di tampuk kuasa akan lalai dan lupa kepada tanggungjawab dan amanah yang diberikan kepada mereka oleh rakyat.
Oleh kerana itu saya berharap kritikan dan tulisan saaya ini mampu menyedarkan para pemimpin BN sama ada di peringkat bahagian, negeri atau negara agar dengar dan selamilah kritikan saya dan juga blogger lain kerana kami rakyat biasa ini lebih memahami aspirasi dan kehendak sebahagian besar rakyat di bawah ini. Dan jangan pula cepat melatah dengan menuduh atau melabelkan penulis dengan pelbagai tuduhan tanpa meneliti perkara tersebut dari sudut positif. Sekian wallahualam bisawab. Hanya Allah yang lebih mengetahui segalanya.
3 ulasan:
Betul tu bro PA. Kalau ada keluhan dan kritikan bermakna ada sesuatu yg tdk kena. Pemimpin atau YB itu bukanlah hanya mewakili segelintir rakyat. Kalau projek yg kecil itu pun kena lihat keutamaan apakah orang yg mengeluh itu tdk utama. Keutamaan maknanya sesuatu perkara itu didahulukan tetapi kemudiannya apa yg dijanjikan itu perlu juga ditunaikan. Apa yg PA tulis, YB Raime tdk menunaikan janjinya. Itu namanya pembohong.
Bila membaca tulisan-tulisan PA, saya percaya PA seorang yg rajin membaca, celik IT tentunya. Banyak idea PA yg boleh diterima. Saya suka tulisan PA kerana tdk ada komen yg keterlaluan serta yg berunsur fitnah. Kalau PA dakwa mungkir janji dengan org kampungnya, bermakna mungkin perkara itu berlaku.
assalamualaikum wbt tuan... setelah sekian lama, barulah saya dapat "follow" blog tulisan tuan... tahniah tuan, usaha tuan ke arah menyedarkan masyarakat menerusi penulisan moden (blog) amatlah bertepatan dengan peredaran zaman sejajar dengan konteks "transformasi" laungan pimpinan atasan... soal orang mau terima atau tidak pandangan kita, itu soal ke berapa-berapa sudah yang penting kita tetap dan akan terus mengkritik dan menegur di mana ada kepincangan, tahniah sekali lagi tuan
Catat Ulasan