Rabu, 16 Mac 2011

Apakah Pujian Saya Kepada Jamawi Japar Suatu Bodekan Semata-mata?

KEMISKINAN RINANGKI MENGHIRIS PERASAAN PDF Print E-mail
Written by Admin   
Thursday, 17 March 2011 02:14
Share



Oleh: MAIL MATHEW
KESUNGGUHAN seorang pemimpin muda yang berbakat, tidak jemu-jemu memintal waktu mendekati insan-insan terpinggir untuk melihat sendiri penderitaan mereka yang selama ini menetap di sebuah rumah usang dalam kedaifan meskipun kampung mereka hanya lima kilometer dari pekan Tenom.
“Selepas bercerai dengan suami saya, lebih 30 tahun lalu, saya terpaksa menyara anak anak yang bersama saya. Kami tiada harta. Hanya tanah dan pondok buruk inilah harta kami di dunia,” keluh Rinangki Langgawis, 70, yang enggan gambarnya dirakamkan bagi menghormati saudaranya, tuan tanah tempat mereka mendirikan rumah daripada papan buangan.
Ibu yang agak malang dalam menghadapi liku-liku penghidupan itu, tidak merasa kaku mahupun malu meluahkan kisah hidupnya yang terus diulit penderitaan kepada Jamawi Jaafar ketika melawatnya kelmarin (rabu).
Malah Jamawi yang turut menitis air mata melihat kedaifan keluarga Rinangki yang menghantui perasaannya, namun beliau lega seketika apabila Jamawi tampil meyakinkannya bahawa beliau juga lahir dari kelompok miskin; tetapi semangat untuk melawan kemiskinan perlu menebal pada diri seseorang, kerana akhirnya akan terkeluar dari kepompong miskin tegar.
Apa yang penting tegas Jamawi, ketabahan dan kesabaran menghadapi cabaran itu perlu cekal, selain dari terus mengusahakan pelbagai aktiviti kecil-kecilan menerusi beberapa kursus keusahawanan yang boleh meningkatkan sosio ekonomi keluarganya.
“Kita berusaha membawa masalah Rinangki ke pihak tertentu untuk diambil perhatian dan seterusnya tindakan serius,” tegas Jamawi Jaafar yang juga Exco Pergerakan Pemuda UMNO Pusat dan Pegawai Khas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.



Dalam post yang lepas, melalui blog ini saya merakamkan ucapan terima kasih kepada Ketua Permuda UMNO Tenom, Jamawi Japar kerana menyediakan Van untuk mengangkut jenazah.  Van yang telah beliau sediakan telah membantu kami sekeluarga mengangkut mayat mendiang Pak Cik saya Ambuloi Kolong ke Kuala Tomani. Namun tidak diduga pula pujian saya itu telah menyinggung perasaan penyokong Datuk Raime Unggi yang menganggap pujian saya itu adalah bertujuan mempromosikan KP  UMNO Bahagian Tenom itu.
     Saya bukanlah alah kepada kritikan itu tetapi saya menulis untuk meluahkan apa yang terbuku di hati dengan ikhlas tanpa niat terselindung. Namun  anggapan negatif atau prasangka buruk penyokong Datuk Raime Unggi kerana mungkin masih berdendam dengan saudara Jamawi Japar yang telah menewaskan Datuk Raime dalam pemilihan lalu sebagai ketua pemuda, maka tulisan dan ucapan terima kasih saya itu  menyakitkan hati mereka. Dalam post ini saya paparkan sekali lagi artikel di atas  yang saya salin dari Sabah Kini.net untuk membuktikan bahawa pujian saya terhadap Ketua Pemuda UMNO Tenom itu, bukan tidak berpijak di Bumi nyata. Apa yang kami lihat ialah KP UMNO Tenom itu, seorang pemimpin yang rajin dan tekun, bertanggungjawab serta nampak lebih prihatin terhadap permasalahan rakyat berbanding YB-YB yang ada. Datuk Raden Maleh yang sudah melebihi empat penggal mewakili Dun Melalap tetapi masih tidak nampak masalah yang dihadapi oleh rakyatnya. Apakah jenis pemimpin macam ini masih mahu terus dipertahankan oleh pemimpin-pemimpin tertinggi PBS untuk dicalonkan dalam pilihan raya akan datang? Bila pilihan raya tiba baru mereka muncul dengan pelbagai slogan dan janji. kalau pilihan jauh lagi, batang hidung mereka pun tak nampak.
     Bayangkanlah jika saudara Jamawi itu sudah menjadi wakil rakyat, dengan peruntukan yang ada saya pasti lebih banyak perkara yang beliau boleh lakukan untuk manfaat rakyat Tenom. Dan Datuk Raime Unggi yang sudah menjadi Ahli Parlimen, sebenarnya tidak perlulah gila jawatan dengan bertanding merebut jawatan dalam parti kerana tugas sebagai MP sudah cukup mmemberikan ruang kepada beliau untuk terus berkhidmat kepada rakyat. Apa lagi yang beliau mahu? Sudah jadi YB, berkhidmatlah sahaja. Tunaikan amanah dan tanggungjawa dengan tekun, ikhlas dan bersungguh-sungguh. Rakyat akan nampak apa yang dilakukan, tidak menjadi pemimpin parti pun jika perkhidmatan cemerlang, saya pasti pemimpin tertinggi tetap akan mengekalkan beliau jika mereka berpuasa hati. Malangnya timbul rasa tidak puas hati kepada beliau kerana hanya segelintir sahaja yang mendapat perhatian beliau. Jika beliau bertindak adil dan memberi ruang dan peluang kepada sebahagian besar rakyat yang beliau wakili, tidaklah akan timbul rasa tidak berpuas hati dan kurang senang rakyat terhadap peranan beliau sebagai MP.
     Ketika berbual dengan salah seorang pengundi Dun  Melalap terpacul juga kemarahan pengundi itu terhadap Datuk Raden Maleh yang dilihat gagal menunaikan tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat, namun masih terus mendapat kepercayaan kepimpin tertinggi PBS untuk mencalonkan pemimpin jenis ini. Apakah dalam partim PBS itu tiada lagi susuk manusia yang boleh menjadi pemimpin menggantikan Datuk Raden Maleh? Aapakah PBS Tenom ketandusan pemimpin?  Jika demikian halnya ada baiknya kerusi DUN Melalap diserahkan kepada parti lain, PBRS, UPKO atau mungkin juga UMNO. Dengan itu kemarahan dan kebencian rakyat Melalap terhadap Datuk Raden berakhir. BN juga akan terselamat kerana para pengundi tidak akan lari dan beralih kepada parti pembangkang. Kita harap pemimpin tertinggi PBS akan mempertimbangkan kedudukan Datuk Raden Maleh sebaik-baiknya, jangan hanya melihat kepada jawatan beliau dalam parti, kemaslahatan rakyat Melalp juga perlu diambil kira. Jangan sudah terantuk baru tengadah. Esok-esok kalau sudah kalah baru buat post mortem. Sudah terlambat.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pa jangan tertipu dgn org politik ini, KP yg tuan puji-puji tu org politik macam pemimpin BN dan UMNO lainnya juga. Mereka hanya kan muncul dan aktif membantu semasa dekat pilihan raya. Dekat pilihan rayalah sudah ini, maka selalulah dia keluar dlm news, bantu sana, bantu sini. Mau melobi jadi calonlah tu.