Ahad, 8 Mei 2011

Bersua Kembali

Lama juga saya tidak mengemaskini blog ini kerana saya begitu cuak dan muak dengan pelbagai isu semasa. Isu liwat, video seks, isu rasuah, siasatan SPRM yang menyebabkan kematian dan sebagainya. Sebelum ini saya begitu ghairah mengikuti pelbagai isu, namun banyak isu yang dibangkitkan berkaitan moral, merendahkan moral orang lain, mengaibkan orang lain, membesar-besarkan kelemahan orang lain dan sebagainya. Banyak juga ulasan  pemimpin-pemimpin BN yang kebudak-budakan. Kata bodoh, tak juga. Bosan betul. Pemimpin hari ini tidak boleh dijadikan contoh dan teladan. Sebagai ahli UMNO saya ingin melihat pemimpin berusaha keras membantu rakyat meringankan bebanan hidup ekoran kenaikan pelbagai kos hidup. Tidak perlu umum dasar ini, umum program ini tetapi hakikatnya tidak memberikan apa-apa kesan terhadap kesukaran hidup kami sebagai rakyat biasa. Pemimpin-pemimpin UMNO juga tidak  perlulah menekan dan memburuk-burukkan pemimpin-pemimpin pembangkang secara keterlaluan semata-mata untuk menagih sokongan rakyat. Sebagai ahli UMNO dan rakyat biasa yang tidak ada apa-apa ini, saya perkara ini tidak perlu kerana rakyat sudah bijak menilai apa yang berlaku. Rakyat bukan mudah ditipu lagi.
      Kakitangan kerajaan yang telah sekian lama mengeluh, kerana kuasa beli merosot terus diabaikan oleh kerajaan. Pemimpin-pemimpin kerajaan khususnya UMNO seakan-akan tutup telinga dan berpura-pura tidak memahami kehendak kakitangan kerajaan ini. Inilah yang menyebabkan kami kakitangan kerajaan ini sudah merajuk dan tidak mempercayai lagi pemimpin-pemimpin UMNO untuk membela nasib kami. Bagi mereka, kakitangan kerajaan macam kami ini tidak penting. Yang lebih penting ialah memburuk-burukkan seteru supaya mereka tidak mendapat sokongan rakyat. Beginilah agaknya perkiraan pemimpin-pemimpin UMNO. Mereka menganggap kami ini terlalu dungu dan bodoh. Kita tunggulah PRU ke-13 kelak.
    

Tiada ulasan: