Selasa, 10 Mei 2011

Kerana Perbuatan Ini, UMNO mula Dijauhi Oleh Rakyat Yang Patriotik.

Terbongkar: Memalukan, UMNO BN Makin Takut Hilang Kuasa Hingga Sanggup Gadaikan Maruah Negara Kepada Rakyat Asing Untuk Undi Mereka

PETALING JAYA 10 Mei - Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini mendedahkan usaha terbaru UMNO-Barisan Nasional mendapatkan kewarganegaraan Malaysia untuk rakyat asing yang dikenalpasti akan mengundi parti itu pada pilihanraya umum akan datang. Di Hulu Selangor, Ketua Bahagian UMNO Datuk Idris Abu Bakar mengemukakan senarai 2,000 warga asing kepada Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein untuk diberikan sijil kewarganegaraan bagi tujuan berkenaan, kata Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin (foto). Surat bertarikh 23 Mac itu antara lain memaklumkan Hishamuddin bahawa pihaknya telah mngenalpasti 2,000 warga asing sebagai "bakal pengundi" yang boleh memenangkan Barisan Nasional di Hulu Selangor pada PRU 13. "Mereka adalah dari kalangan pelajar, usahawan tulen dan yang berkerjaya (yang) akan memenangkan BN pada setiap pilihanraya , khususnya pada PRU-13," tambah surat itu yang diedarkan kepada wartawan. Zuraida berkata surat itu dibocorkan oleh seorang pegawai kakitangan awam yang tidak tahan dengan penipuan yang berlangsung. "Saya tidak boleh sebut bagaimana kita boleh dapat surat ini dan surat ini bukan sahaja (sampai) di pejabat KDN, malah ianya telah disampaikan kepada satu syarikat agensi pekerja asing yang mana agensi itu akan menguruskan nama-nama yang disenaraikan untuk diberikan kewarganegaraan bagi mengundi pada PRU 13," katanya lagi.


Bukti, surat dihantar Ketua UMNO Hulu Selangor kepada Hishamuddin
[Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak minggu lalu mengarahkan UMNO Selangor untuk menawan semula Selangor dengan menggunakan apa jua senjata pada PRU-13 yang dijangka diadakan pada tahun ini atau awal tahun depan. Pemberian kad pengenalan Malaysia kepada warga asing dikatakan berleluasa di Sabah di bawah pemerintahan Tun Mahathir Mohamad sebagai cara berkesan untuk memastikan BN terus berkuasa di negeri itu. Adalah dipercayai hampir 600,000 warga asing menerima kad pengenalan dan hak untuk mengundi menerusi operasi sulit yang membabitkan agensi-agensi persekutuan. Hal yang sama juga berlaku di negeri Pahang sebenarnya. Pengundi rakyat asing semain bertambah di kawasan pilihanraya parlimen Pekan dan Rompin. Semuanya adalah atas kebenaran pihak yangberkenaan. Khabarnya di DUN Chini sahaja terdapat lebih 4,000 pengundi baru didaftarkan kali ini, itu belum termasuk di kawasan lain. Bukankah ini satu angka yang amat mengejutkan dan tidak masuk dek akal. Itulah kerja jahat SPR berpakat dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi memastikan kemenangan BN].
 
 
Saya berharap tidak semua pemimpin UMNO dan BN menyokong pengkhianatan yang dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab ini. Apakah kerana hendak berkuasa, maka negara dan rakyat sanggup digadaikan oleh pemimpin-pemimpin UMNO ini? Beginikah rupa dan tingkahlaku pemimpin-pemimpin UMNO untuk kekal berkuasa?  Kalau beginilah caranya, maka wajarlah pemimpin-pemimpin UMNO hari ini  tidak menghiraukan keluhan rakyat jelata. Hal ini demikian kerana mereka tahu, rakyat tidak akan berupaya melakukan apa-apa kerana kuasa untuk memenangkan mereka dalam pilihan raya adalah ditangan PATI yang telah diberikan kerakyatan. Benarlah agaknya dakwaan rakyat Kemabong bahawa Datuk Rubin tidak mungkin akan kalah  kerana beliau ada pengundi tegar iaitu warga Indonseia yang telah diberikan kerakyatan oleh kerajaan BN. Rupanya aduan dan sungutan ini benar belaka. Inilah taktik ampuh yang digunakan oleh mereka. Sebagai ahli UMNO saya juga rasa tertipu dengan tindak-tanduk pemimpin UMNO hari ini. Perbuatan ini merupakan perbuatan yang tidak bertanggungjawab, khianat dan  jelas mementingkan diri semata-mata. Apakah semua pemimpin UMNO tergolong dalam golongan ini sehingga tidak ada seorang pun yang membetulkan perbuatan tidak bertnaggungjawab ini? Saya harap akan ada pemimpin UMNO yang menentang pengkhianatan ini. Jika tidak jangan salahkan kami, ahli-ahli akar umbi meninggalkan parti ini kerana tidak mahu bersubahat dengan pengkhianat bangsa ini. 

1 ulasan:

geronggang berkata...

salam tuan... kisah di sabah pun tidak diendahkan, kini kisah baru muncul... tenat