Pakatan Rakyat prihatin kebajikan guru |
Lebih 400,000 guru biasa kecewa dipinggirkan
Kira-kira 400,000 guru kelas biasa kecewa dengan pengumuman kerajaan pada Hari Guru baru-baru ini yang hanya membawa berita gembira kepada 2,000 guru besar dan guru penolong kanan yang akan menikmati kenaikan gaji mulai awal tahun depan.
Sehubungan itu, Setiausaha Agung, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) Lok Yim Pheng berharap kerajaan akan menangani rintihan dan masalah serta memberikan mereka lebih banyak peluang kenaikan pangkat.
"Ironinya di sebalik membawa kegembiraan, pengumuman itu menimbulkan kebimbangan dan rasa sedih di kalangan guru kerana sejumlah besar daripada mereka seperti diketepikan," katanya kepada Bernama di Kuala Lumpur hari ini.
Lok juga meminta guru-guru yang dipinggirkan ini tetapi menjadi "teras" pendidik peringkat akar umbi supaya bertenang dan meneruskan tugas-tugas murni mereka seperti biasa serta menyerahkan kepada kesatuan soal mengenai perjuangan menjaga kebajikan mereka.
Beliau berkata, pihak kesatuan yang mewakili 140,000 guru di seluruh negara akan berusaha untuk mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak secepat mungkin untuk memaklumkan sendiri mengenai rintihan dan masalah yang dihadapi oleh guru kelas biasa.
Ramai tak puas hati
Menurutnya, pihak kesatuan tidak akan menghampakan guru-guru ini kerana mereka merupakan "tonggak" pendidikan, di mana semua sekolah bergantung kepada kejayaan meraka melaksanakan tanggungjawab dengan baik.
"Tanpa dedikasi guru-guru kelas ini, kalangan guru besar dan pengetua sahaja tidak akan dapat mengendalikan sekolah," katanya.
Sementara itu, tinjauan rambang Bernama mengesahkan kenyataan kesatuan itu bahawa ramai guru pada dasarnya tidak berpuas hati dengan pengumuman kerajaan yang memberikan kelebihan hanya buat ketua-ketua sekolah.
Seorang guru yang dikenali sebagai Chandran, 45, yang berpengalaman 18 tahun mengajar berkata, beliau amat sayangkan karier sebagai seorang guru dan amat sayangkan muridnya, namun beliau merasa kecewa kerana merasakan dedikasinya selama ini seperti tidak dipandang.
"Saya biasanya pulang ke rumah sejam atau dua jam lebih lewat kerana saya lanjutkan masa mengajar di sekolah, khusus buat pelajar yang lemah, malah saya ambil inisiatif himpunkan mereka pada hujung minggu untuk membantu mereka dalam pelajaran, namun ini nampaknya tidak dihargai oleh pihak sekolah," katanya.
Seorang lagi guru yang hanya mahu dikenali sebagai Miss Tan berkata, beliau sedih dengan pengumuman itu, kerana beliau mahupun rakan-rakan sejawatannya tidak memperolehi apa-apa manfaat daripadanya.
"Kami bekerja keras, tapi dedikasi kami seperti tidak dihargai," katanya.
Apa kata Rakyat?
1. Man Ahmad ·

guru2 biasa..
paling byk buat kerja..
bonus tak ada, naik pangkat lagi ler..kerja x abis di sekolah, di sambung di rumah...
kebanyakan hujung minggu berkampung di sekolah..
anak murid lg kenal kita dr anak sendiri...
itulah nasib GURU BIASA!

2. Zuhairy Shaari
betoi tu...klu duk dgn dacing dulu, kini dan selamanya, mmg mcm ni la tiap tahun. kununnya kbr gembira..gembira kepala hotak dia!
3. Nain Mamat · University of Malaya
gaji dan elaun polis dan tentera kerap saja di naikkan...apa salahnya naikkan juga gaji elaun kakitangan awam lain...
4.Hanisah Halim · Top Commenter · UITM
Sememangnya ramai teman seperjuangan saya yg bekerja sebgai guru juga kecewa akan HAL ini. Kerajaan nak tiru buku jingga bagi sesuatu utk guru, Tapi malangnya tidak kesampaian. UBAH Bersama P- RAKYAT!
Aku Juga Ahli UMNO Juga Seorang Guru Amat Kecewa Dengan Pengumuman Tidak Menggembirakan ini.
Berdasarkan komen beberapa pembaca Malaysia Kini, sama ada angka yang diberikan itu benar atau tidak, rata-rata guru di sekolah saya amat kecewa. Berita Gembira yang diuar-uarkan sebelum 16 Mei lalu menjadi berita menyedihkan bagi kami. Pengumuman TPM menimbulkan rasa marah,kecewa dan benci terhadap kerajaan. Apa yang diumumkan itu bagi guru kebanyakan macam kami, berita tu hanya untuk menggabui mata rakyat. Seorang rakan menasihatkan anak muridnya agar jangan menjadi guru. Guru sering kali menjadi kambing hitam, guru sering kali dibohongi, kata rakan tersebut. Seorang lagi rakan berpendapat bahawa kerajaan sebenarnya dalam melaksanakan sesuatu dasar tidak pernah bersungguh-sunguh dan ikhlas. Kebajikan guru soal kedua, apa yang lebih penting mendapat keuntungan politik dengan pengumuman itu. Kerajaan dilihat sebagai sebuah kerajaan yang prihatin di mata rakyat umum tetapi dalam kalangan guru pengumuman itu tidak lebih daripada gimik semata-mata. Guru terus menjadi mangsa kepada dolak-dalik kerajaan. Bagaimana mungkin guru bergembira sedangkan yang dapat manfaat adalah dalam kalangan mereka yang duduk di pejabat dan mengarahkan sahaja guru-guru biasa untuk bekerja keras, sedangkan mereka enak-enak duduk di bilik berhawa dingin. Apakah kajian telah dibuat sebelum perkara ini dilaksanakan? Bukankah rungutan terhadap beban guru itu datang dari guru-guru biasa. Guru disiplin yang sering kali menjadi sasaran pelajar nakal turut diabaikan.Guru-guru kelas yang sering kali bertungkus-lumus menguruskan kelas hingga ke rumah untuk memasukkan data dan pelbagai maklumat dalam fail, borang sistem maklumat murid dan sebagainya, tetapi mengapa mereka terus diabaikan? Guru biasa yang biasanya mengajar sekurang-kurangnya 28 waktu sehari seolah-olah tidak dihargai oleh kerajaan. Memang kerajaan hari ini nampaknya tidak prihatin terhadap kebajikan guru. Oleh kerana itu tidak hairanlah bila seorang rakan guru menyatakan bahawa apa yang diumumkan oleh kerajaan yang diwakli oleh TPM itu sebenarnya sudah ada, hanya nama sahaja yang diubah supaya pengumuman itu seakan-akan dasar baru. "Saya berasa iri hati, dengan guru-guru kafa di negeri-negeri Pakatan Rakyat yang telah dinaikkan gaji," sambung rakan tersebut. " Kerajaan sebenarnya menipu semua guru lantikan Kerajaan Persekutuan kerana apa yang diumumkan itu sebenarnya sudah sedia ada, cuma nama dan ayat sahaja diubah, hakikatnya mereka akhirnya ditapis juga dengan pelbagai syarat dan kriteria, alangkah baiknya sekiranya masa 'time base' dipendekkan daripada 10 tahun kepada 7 tahun atau 5 tahun, barulah boleh dikatakan pemimpin-pemimpin kita prihatin. " kata seorang guru kaunseling yang tidak menyenangi pengumuman TPM itu.
Kenyataan dan pandangan beberapa orang rakan itu ada benarnya. Pada saya pengumuman itu tidak lebih daripada gimik politik semata-mata. Apa tidaknya perlantikan guru akademik tingkatan Enam hingga ke hari ini masih belum selesai. Betapa bercelarunya perlantikan guru akademik Tingkatan Enam tersebut, ada guru yang sudah lama mengajar tingkatan enam tetapi yang dilantik kebanyakannya guru baru yang baru sahaja beberapa tahun mengajar. Perlantikan fasa kedua untuk guru-guru yang tercicir hingga ke hari ini pun belum selesai. Apakah pemimpin-pemimpin tidak mengkaji dahulu perkara ini sebelum mengumumkan dasar baru? Dalam keadaan perlantikan guru-guru akademik tingkatan enam belum selesai, kini kerajaan mengumumkan lagi dasar baru? Beginkah cara dan kaedah pemimpin-pemimpin kita bekerja? Kalau demikian halnya, alangkah ruginya kita bernaung dibawah pemimpin yang tidak efektif bak kata pepatah belum duduk sudah berlunjur. Perkara lain belum sempurna kerja baru menyusul. Betapa tidak sempurnanya kerja-kerja pemimpin hari ini.Oleh kerana itu jangan salahkan rakyat jika timbul pandangan bahawa pemimpin-pemimpin hari ini banyak berjanji tetapi gagal melaksanakannya. Andai kata kegagalan perlantikan itu secara efesien disebabkan oleh jabatan yang bertanggungjawab gagal berfungsi dengan baik, maka sewajarnya para pemimpin kerajaan perlu memanatau dan memastikan pegawai-pegawai di jabatan-jabatan berkenaan menunaikankan tanggungjawab mereka dengan cekap.
Saya harap perkara ini akan mendapat perhatian daripada pemimpin-pemimpin kerajaan. Jangan main umum sahaja sedangkan apa yang telah dijanjikan kepada guru dan rakyat amnya, sebelum itu masih belum terlaksana sepenuhnya. Jangan kerana terikut rentak politik pembangkang dan ingin menunjukkan kepada rakyat bahawa kerajaan yang ada lebih prihatin maka para pemimpin mengumumkan sesuatu dasar itu secara terburu-buru. Natijahnya lahir pandangan atau persepsi rakyat bahawa kerajaan BN hari ini hanya tahu berjanji dan bercakap tetapi gagal melaksanakanya.
2 ulasan:
betul tu tuan. ini namanya rebranding da diuar-uarkan supaya nmpak gah dan hebat padahal benda dah ada dan sentiasa berlaku... naik gred adalah biasa berlaku bila cukup tempoh. benda dah ada takde nye istimewanya kan tuan? saya teringat akan pengumuman cuti bersalin dulu... sama juga daripada 60hari kepada 90hari... orang yg tidak tau bila dengar akan "whoaaa perihatinnya pemerintah" padahal bila kira congak itu ini begitu begini sama je... hmm nasib nasib
Kerajaan BN ini memang celaka...
Catat Ulasan