Subsidi: Kenapa rakyat miskin jadi sandaran |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 24 Mei: PAS sudah jemu mendengar alasan kerajaan yang cuba buat dalih kononnya jika subsidi tidak dikurangkan, maka banyak pembangunan untuk rakyat miskin tidak dapat dilaksanakan. “Ke manakah wang yang diperuntukan selama ini kepada orang miskin setiap kali belanjawan negara?” tanya Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar). Katanya, rakyat tidak boleh lupa wang PPRT sebanyak RM32 juta lesap ketika Tan Sri Annuar Musa menjadi Menteri Pembangunan Luar Bandar. Beliau turut mempersoalkan kenapa pula alasan untuk menaikkan harga minyak dan keperluan rakyat, maka orang miskin menjadi sandaran. “Memanglah pemimpim BN bijak bermain kata-kata untuk menutup kelemahan kerajaan ketika menguruskan amanah rakyat,” katanya. Menurutnya, selama ini pemimpin BN yang belanja secara tidak berhemah dan membazir ketika negara dilimpah dengan kemewahan, tanpa memikirkan apa akan terjadi jika negara mengalami kemelesetan. Katanya, pemimpin Umno cuba mencari alasan untuk menarik subsidi bahan api dan makanan kerana fenomena global seperti kenaikan minyak di peringkat antarabangsa. Sepatutnya, ujar beliau itu tidak boleh dijadikan alasan, kerana Malaysia adalah negara pengeluar minyak dan mempunyai kepakaran dalam bidang cari gali melalui Petonas. Setakat hari ini, katanya Petronas diberi pengiktirafan di peringkat dunia dalam bidang cari gali seperti di Saudi, Sudan, Iraq dan Iran. Justeru, tambahnya tidak hairanlah bagaimana Petronas telah membayar cukai kepada kerajaan sebanyak RM325 bilion pada 2007 hingga 2010. Ini, katanya bermakna setiap tahun hitung panjang negara memperolehi hasil cukai yang dibiyai oleh Petronas sebanyak RM81.1 bilion. “Perkara ini tidak berlaku sekiranya pemimpin negara ini adalah pemimpin yang mempunyai fokus ketika melaksanakan pembangunan dan memerangi rasuah dan pembaziran,” katanya. Katanya lagi, ketika zaman Tun Abdullah Ahmad Badwi menjadi Perdana Menteri menaikkan harga minyak beliau memberi alasan kerajaan dapat menjimatkan wang sebanyak RM4 bilion di mana wang itu akan digunakan untuk meningkatkan pengangkutan awam. Ini, menurutnya alasan yang tidak adil kepada penduduk luar bandar yang tidak dapat mengecapi nikmat pengangkutan awam seperti LRT, sedangkan harga minyak tetap sama antara penduduk luar bandar dan bandar. Beliau berkata, penduduk luar bandar juga dibeban dengan kenaikan harga barang, sedangkan kemudahan pengangkutan mereka tidak dapat kecapi. |
Saya setuju dengan pandangan ustaz ini. Peruntukan berbilion ringgit diperuntukkan untuk bandar-bandar sedangkan kami di pedalaman ini terus dipinggirkan, kalau pun ada peruntukan yang diberikan kadarnya amat kecil berbanding dengan peruntukan yang di salurkan ke bandar. Mana mungkin kami menikmati kemudahan LRT, Monorel dan sebaainya yang biasanya pengangkutan ini hanya bertumpu di andar-bandar, tetapi malangnya bila subsidi minyak ditarik kami turut merasakan tekanan dengan pelbagai jenis barangan. Saya mengandaikan bahawa peimpin-pemimpin hari ini tidak mahu mendengar rintihan rakyat sebenar negara ini kerana mereka mengandaikan bahawa mereka akan tetap menang dalam PRU ke-13 akan datang dengan bantuan pengundi PATI yang teah diberikan kewarganegaraan. Apakah fix deposit bagi kerajaan BN ini adalah warga asing yang membanjiri negara ini, maka mereka tidak langsung mahu mendenar rintihan rakyat temparan. Jika demikian halnya, maka betapa selama ini kepercayaan kami kepada pemimpin telah mereka khianati dengan menjadikan warga asing sebagai penyambung nyawa untuk berkuasa
Setiap kali ada kenaikan minyak, maka timbullah pelbagai pandangan untuk meningkatkan pendapatan rakyat untuk membantu rakyat menghadapi kenaikan harga itu, tetapi setelah beberaa bulan bahkan setelah beberapa tahun tiada usaha yang benar-benar ikhalas dan jujur daripada kerajaan. Semua yang diujarkan itu hanya untuk memperlihatkan keprihatinan palsu mereka untuk mengabui pandangan masyarakat. Terbaru TPM ada menyuarakan bahawa kerajaan sedang membuat kajian untuk membantu rakyat khususnya yang berpendapatan rendah. Yang difikirkan asyik-asyik golongan berpendapatan rendah tetapi setelah5 tahun memerintah golongan berpendapatan renda ini masih tetap tidak terbela bahkan golongan maam kami juga turut terbeba dengan pelbagai kenaikan harga barang ekoran kenaikan harga minyak semenjak Pak Lah lagi. Ingatkan dalam zaman Datuk Seri Najib ini kehidupan rakyat akan terbela, rupanya kami mengharapkan sesuatu yang tidak pernah terlintas dalam fikiran para pemimpin ini untuk mengatasinya. Sebaliknya mereka sibuk menekan, mengekang dan bertindak keji terhaap seteru politik mereka khususnya pemimpin Pakatan Rakyat agar rakyat umumnya tidak ada pilihan lain selain memilih BN. Beginilah jijik dan kurangnya moral pemimpin hari ini semata-mata untuk kekal berkuasa. Mereka mahu memaksa rakyat terus menerima mereka walau pun rakyat sudah muak dan cuak. Kebecian rakyat terhadap mereka tidak dihiraukan. Adakah ini kemungkinan ada kaitan dengan pemberian kewarganegaan PATI yang besar bilangannya semata-mata untuk untuk kekal berkuasa? Dan oleh kerana itu juga mereka terus menaikkan harga minyak tanpa menghiraukan keluhan dan rintihan rakyat? Sebagai ahli UMNO dan rakyat biasa, saya juga sudah terlalu muak dengan pelbagai alasan kerajaan.
1 ulasan:
salam tuan... muak kita adalah lazat pada mereka... sejauh mana muak, jelek kita terhadap mereka, takkan apa2 selagi tidak dicuba ubah. susah sangat nak cuba...
Catat Ulasan