Sabtu, 1 September 2012

Parti Star; Parti Chauvinistik

Dalam keadaan rakyat mula mengalihkan  sokongan terhadap seteru BN, Parti Star pun terbentuk. Matlamatnya untuk menjadi pemerintah Sabah menggantikan  UMNO dan Komponenannya. Seorang rakan menceritakan bahawa Parti Star akan bertanding di kawasan-kawasan yang ditandingi oleh Parti UMNO, UPKO, PBRS tetapi mereka tidak akan meletakkan calon  di kawasan yang ditandingi PBS. Jika menang mereka akan masuk BN dan membentuk kerajaan bersama-sama PBS. Inilah perjuangan Star kononnya. Ternyata peruangan Star itu terlalukebudak-budakan. Patutlah parti ini kurang mendapat sambutan daripada rakyat khususnya golongan yang berpendidikan kerana perjuangan sempitnya walhal presidennya dikatakan seorang yang berkelulusan tinggi.

      Ternyata penubuhan parti itu hanya semata-mata untuk membalas dendam khususnya UMNO dan beberapa parti lain seperti UPKO, PBRS, SAPP dan beberapa parti lain yang menyebabkan kejatuhan kerajaan PBS. Ternyata bahawa  perjuangan Star itu bukan demi kepentingan rakyat tetapi berlandaskan perjuangan sempit. Bersifat perkauman dan kekeluargaan. Presidennya sendiri terlibat dengan parti PBS suatau ketika dahulu menyebabkan UMNO akhirnya masuk ke Sabah. Perjuangan PBS pada ketika itu penuh dengan dendam dan rasa benci terhadap persekutuan, orang Islam dan hanya mementingkan satu kaum sahaja. Mereka lupa bahawa negara ini adalah masyrakat majmuk yang memerlukan pemimpin yang berpandangan terbuka. Pemimpin yang rakyat perlukan ialah pemimpin yang memperjuangkan nasib rakyat tanpa menmgira kaum, agama dan kedudukan. Mereka sering kali mempergunakan kedaifan rakyat yang mudah terpedaya dengan isu-isu sensitif. Akhirnya pada waktu itu, UMNO masuk ke Sabah dan membuka keahlian kepada kaum bukan Melayu semata-mata hendak membela orang Islam dan suku kaum lain yang ditinas dalam zaman PBS. Tawaran ketua menteri secara bergilir-gilir menyebabkan mereka yang gila kuasa meninggalkan PBS. Akhirnya tinggallah pemimpin PBS yang setia tetapi akhirnya menyertai BN dengan berat hati. Apakah penubuhan Star yang dipelopori oleh adik pemimpin PBS itu masih merindukan perjuangan menindas dan menidakkan kaum lain demi kepentingan keluarga dan kaumnya. Ternyata Star yang penuh dengan perjuangan kebudak-budakan itu tidak mendapat sambutan rakyat akar umbi walaupun namanya gah denhgan slogan "INI KALILAH". Slogan iu rupanya hanya untuk gurauan oleh generasi muda dan bukan dilafazkan kerana menyokong perjuangan Parti Star  yang chauvinistik itu.

Dulu Saya Kata UMNO Memang Nazak

Dalam tahun ini juga saya ada menyebut bahawa UMNO memang nazak, seperti mana yang didakwa oleh Tuan Aspan Alias. Tetapi kalau diperhalusi nazaknya UMNO bukanlah nazak macam manusia nazak sebalikknya nazaknya UMNO bila mana para pemimpinnya hanya asyik mencari kekayaan untuk diri sendiri , keluarga dan kroni. UMNO sudah sampai ke tahap tidak mempedulikan keluhan dan rintihan rakyat. Beberapa perkara yang dicadangkan oleh pemimnpin-pemimpin PR khususnya untuk membantu rakyat dianggap akan menyebabkan negara ini bankrup dan muflis. Pendidikan percuma dengan pengahpusan PTPTN, menurunkan harga minyak, menghapuskan duti eksais, menaikkan gaji kakitangan kerajaan, memberikan elaun khas kepada guru dan sebagainya memberikan kesedaran kepada rakyat bahawa hanya PR yang benar-benar memperjuangkan nasib rakyat, manakala dasar yang dilaksanakan oleh UMNO dan BN tidak lebih daripada usaha untuk menggabui hati rakyat. Mereka tidak ikhlas untuk membantu rakyat mereka sendiri. Ini kerana mereka sudah terlalu selesa dengan kemewahan yang mereka miliki. Bukan lagi menjadi rahsia umum ikakesemua pemimpin UMNO di pelbagai peringkat sibuk mencari projek dan kontrak
untuk menambahkan kekayaan diri. Dan dalam masa yang samasegala isu yang ditimbulakn rakyat tidak dipedulikan.
    Penghijrahan Datuk Lajim Ukin dan Datuk Welfred Bumburing menyentak mimpi indah pemimpin-pemimpin tertinggi BN lantas kedua-dua MP ini dikatakan  menyeberang ke sebelah kerana mereka tidak lagi akan dicalonkan. Demikianlah kononnya sebab-sebab kedua-dua MP itu melompat walhal rakyat umum juga tahu bahawa kedua-dua pemimnpin itu sebenarnya tidak berpuas hati dengan tindak-tanduk dan gelegat ketua menteri Sabah, Musa Aman yang sering mengutamakan keluarga dan kroni sejak menjadi ketua menteri. Bukan lagi rahsia kepada rakyat Sabah bahawa kekayaan negeri ni telah dikuasai dandibolot oleh Ketua Menteri yang rasuah dan rakus ini. Dan dalam perkiraan rakyat, Musa Aman cuba mengukuhkan lagi kuasanya dengan menyeneraikan keluarga dan kroninya di 26 kawasan daripada 33 kerusi UMNO. Ii bermakna hanya 7 kerusi sahaja yang diberikan kepada pemimpin yang tidak ada  ikatan kekeluargaan dengan beliau. Oleh kerana itu adalah wajar para pemimpin BN negeri lain meniggalkan Musa Aman dan keluarganya. Para pemimpin PBS, UPKO, UMNO, dan PBRS  sewajarnya mengambil kesempatan PRU ke-13 ini membebaskan negeri ini daripada cengkaman keluarga Musa Aman tetapi ternyata para pemimpin KDM lain nampaknya tidak ada biji, mereka menjadi pengecut dantaku didakwa, maklumlah mereka juga melakukan pelbagai perkara pecah amanah semasa bersengkongkol dengan Musa Aman.

     Bagi kami, rakyat biasa ini sudah nekad. Walaupun nama masih ahli UMNO, ahli PBS, ahli PBRS dan ahli UPKO, tetapi di hati kami,dalam PRU akan datang, kami akan undi PR. Kami percaya dengan berbuat demikian, kami mempertahankan hak kami, hak sebagai rakyat peribumi yang ada keistimewaan. Hak yang semakin pupus di bawah kerajaan BN dan UMNO. Kami tidak mahu lagi PATI terus diberikan kerakyatan dan keistimewaan seperti kami. UMNO dan BN tidak diharapkan untuk mempertahankan negeri dan negara ini, mereka hanya berminat untuk mencari kekayaa.Mereka hanya berminat untuk kekal berkuasa dan kemudian menyalahgunakan kuasa itu untuk kepentingan diri dan keluarga. Isu lembu Sahrizat, Udang Noh Omar dan pelbagai isu lagi memperlihatkan peromapakn secara besar-besaran oleh pemimpin-pemimpin BN. Biarlah mereka syo sendiri, yang penting kami sudah nekad untuk menkarkan kerajaan yang ada. Oleh sebab itu kami sangat berharap agar para pemimpin utama PR memastikan kali ini berlaku pertandingan satu lawan satu. Kita tumbangkan kerajaan yang korup dan mementingkan kroni semaa-mata. Masa untuk berubah.

Sabtu, 31 Disember 2011

UMNO dan BN memang nazak.

Setelah beberapa bulan berhenti menulis, hati tercuit kembali untuk mencatatkan  apa yang saya dengar dan lihat. Sejak akhir-akhir ini, pemimpin-pemimpin UMNO dan BN bukan sahaja mengalamai krisis keyakinan rakyat, bahkan semakin hari semakin banyak perkara yang terdedah dan terbongkar. Pendedahan NFC, penyalahgunaan wang zakat  dan kenyataan pemimpin-pemimpin  UMNO itu sendiri membayangkan bahawa parti yang memerintah selama 54 tahun itu mula goyah, apatah lagi sebilangan besar rakyat sudah  tidak meletakkan harapan kepada UMNO untuk membela mereka. Ternyata  kerajaan Pakatan Rakyat dibeberapa negeri memperlihatkan bahawa urustadbir mereka lebih berwibawa, berintegriti, amanah dan jujur melainkan beberapa perkara kecil yang cuba diperbesar-besarkan oleh media kerajaan. Sambutan dingin rakyat terhadap media perdana memperlihatkan bahawa  kerajaan BN  yang korup, tidak beramanah dan mementingkan kroni  kini mula dijauhi.
     Kenyataan ini seakan-akan spekulasi semata-mata tetapi sepanjang cuti sekolah yang telah berlalu saya telah menghabiskan sebahagian besar masa saya bersama dengan sanak saudara yang terdapat hampir di seluruh daerah Kemabong dan Tenom. Ketika tiba di sesuatu kampung, dapat dilihat jalan raya diperbaiki, rumah PPRT juga banyak dibina, bantuan zink, kanopi dan sebagainya kepada cawangan-cawangan UMN O, hal ini membayangkan bahawa sambutan rakyat terhadap parti itu masih hangat, namun berdasarkan pandangan sebahagian besar penduduk di sesuatu tempat dapat saya simpulkan bahawa BN kali ini memang tenat. Sikap yang diperlihatkan oleh rakyat seakan-akan sama dengan zaman era Parti Berjaya dahulu bila mana rakyat tidak lagi menghiraukan kehadiran pemimpin-pemimpin BN dan UMNO khususnya Datuk Raime dan Datuk Rubin Balang. Majlis-majlis yang melibatkan Datuk Raden Maleh juga nampaknya dingin dan sepi. Manakala beberapa cawangan dan ahli UMNO dan PBS menyertai  sama ada  parti Dap, PKR atau Sapp. Apakah sikap rakyat ini menggambarkan bahawa Perdana Menteri 1 Malaysia, Datuk Seri Najib merupakan perdana menteri UMNO yang terakhir sebagaimana yang didakwa oleh pembangkang.
    Dalam keadan rakyat mula mengalihkan sokongan kepada Pakatan Rakyat, kedengaran khabar angin menyatakan bahawa usaha giat  dilakukan untuk memberikan kad pengenalan kepada pendatang-pendatang . Khabarnya mereka akan dihantar ke Selangor untuk memenangkan BN di negeri yang kaya itu, ini diakui oleh seorang warga Filipina yang telah berkahwin dengan orang tempatan. Apakah ini talian hayat terakhir kerajaan BN dan UMNO? Mereka sanggup menggadaikan negara kepada mereka ini semata-mata untuk kekal berkuasa?  Apalah maknanya pilihan raya itu kalau ini yang dilakukan. SPR pula tidak profesioan dan berat sebelah. Mengapa mereka harus takut kalah?  Kalau di negara-negara bukan Islam seperti Jepun, jika seorang menteri dikaitkan dengan sesuatu isu, pasti mereka akan letak jawatan atau kerajaan itu disaerhkan kepada parti lain dengan rela hati,  Betapa "gentlemennya" mereka ini. Sedangkan pemimpin-pem impin kita sebaliknya. Apakah mereka takut segala penyelewengan mereka selama ini terbongkar? Apakah mereka takut meringkuk dalam penjara tidak seperti sesetenhgah pemimpin pembangkan yang berjiwa besar. Beginilah agaknya rupa pemimpin-pemimpin UMNO dan BN, penakut dan pengecut.  Saya masih menanti pemimpin UMNO yang berani, amanah, berjiwa besar dan yang palin penting mempunyai nilai moral yang tinggi.


Rabu, 28 September 2011

Bukan Badan Kerajaan Diresapi Orang Anwar, Tetapi Ramai Daripada Mereka yang Mula Membenci Kerajaan BN, Mengapa ini Berlaku.

Semakin Ramai Penjawat Awam Tak Suka BN?

Posted by admin | Wednesday, September 28, 2011

Akhbar milik Umno - Utusan Malaysia - hari ini mendakwa menerima maklumat kononnya ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menghantar orangnya meresapi badan kerajaan yang strategik untuk menjatuhkan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

"Musuh" ini didakwa menyalurkan maklumat sulit mengenai Najib kepada pihak pembangkang, termasuk butiran tentang lawatan rasminya ke luar negara dan cuti peribadinya, dakwa akhbar berbahasa Melayu itu.

Bagaimanapun, akhbar itu tidak menyatakan nama sebarang badan kerajaan terbabit.

NONEDalam artikel bertajuk 'Musang berbulu ayam dalam
badan-badan strategik kerajaan?'
yang disiarkan hari ini, editor kanan Utusan, Datuk Zaini Hassan (kanan) mendakwa beliau telah menerima maklumat mengenai dakwaan tersebut.

"Saya menerima satu maklumat mengenai badan (atau mungkin lebih daripada satu badan) yang cukup strategik dalam kerajaan yang telah dan sedang diresapi oleh orang (atau dalam bahasa mulut orang-orang) Anwar Ibrahim.

"Maklumat yang saya terima menggambarkan bahawa ia adalah suatu situasi yang real dan nyata," tulisnya Zaini dalam kolumnya Cuit.
Beliau memetik maklumat itu memberitahu: ''Saya tidak hendak memberikan contoh yang lebih banyak, tetapi saudara perhatikanlah sendiri bagaimanakah ada agensi Kerajaan Persekutuan (dirahsiakan namanya) yang tugas pentingnya mempertahankan dasar-dasar kerajaan, memberi kefahaman kepada rakyat supaya akhirnya mereka memberikan sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri, boleh pula menerapkan, menyerapkan malah menggunakan instrumen pembangkang yang berusaha mematikan Perdana Menteri.”

Kata maklumat itu lagi, tulisnya, inilah kemenangan Anwar yang dibawa oleh orang kuatnya di dalam organisasi itu, dan masih membawa masuk orang Anwar secara perlahan.

azlan"Bagi kami yang kerdil ini, tidak sanggup melihat YAB Perdana Menteri menerima nasib seburuk (Muammar) Gaddafi (pemimpin Libya yang digulingkan).

"Sekuat Gaddafi pun akhirnya dijatuhkan dari dalam dengan bantuan musuh-musuh Islam di luar!'' tulis Zaini memetik maklumat tersebut.

Sebagai contoh Zaini memetik maklumat itu lagi: " ...anda fikirkanlah bagaimanakah kos perbelanjaan lawatan rasmi luar negara YAB PM boleh diperolehi dengan begitu detail, cepat dan pantas oleh pihak pembangkang?

"Bagaimanakah juga penerbangan percutian peribadi YAB PM juga boleh diperolehi dengan begitu detail dan cepat oleh pihak pembangkang? Dan banyak lagi contoh-contoh lain. Apakah ia diperolehi dengan mudah jika tidak kerana ada orang dalam yang membocorkan segala maklumat sulit itu?''

Bagaimanapun, Zaini menegaskan dia tidak dapat mengesahkan apa yang dikatakan oleh sumbernya itu.

"Jika salah, mungkin saya boleh tidur lena dan bersyukur keadaan itu tidak berlaku, walaupun saya mungkin dipersalahkan kerana menulis sesuatu yang tidak berlaku.

"Apa yang saya tulis ini mungkin sedikit memeranjatkan, tapi biarlah pihak-pihak tertentu yang menyiasat mengenai kebenarannya."

Jika dakwaan itu benar, tulis Zaini, ia adalah sesuatu yang cukup bahaya dan sesuatu yang drastik harus dilakukan supaya pengkhianat-pengkhianat ini dibersihkan secepat mungkin daripada sistem kerajaan.

"Ia adalah satu perancangan yang halus, licik dan terancang yang boleh menjejaskan kerajaan semasa," tambahnya. -MK


Mengapa kakitangan kerajaan mula membenci kerajaan BN?

Tuan Zaini sepatutnya  bertanya dan buat kajian, mengapa maklumat yang berkaitan dengan PM sering kali bocor atau dapat diketahui oleh pemimpin PR dengan cepat. Kalau tidak silap saya, dalam tulisan saya yang lepas-lepas, ada saya nyatakan bahawa kakitangan kerajaan yang diabaikan sejak zaman Pak Lah mula mengalihkan minat kepada Pakatan Rakyat. Hal ini kerana kerajaan gagal membantu mereka mengatasi beban an hidup setelah harga minyak dinaikkan secara mendadak.
     Kerajaan yang diterajui Datuk Seri Najib gagal meleraikan masalah ini sebaliknya pembaziran kerap dilakukan oleh isteri beliau, Rosmah Mansor. Datuk Seri Najib pula dilihat begitu bersemangat dengan pelbagai transformasi, tetapi hasilnya...pendapatan kakitangan kerajaan masih rendah berbanding kenaikan harga barang hari ini. Kuasa beli mereka merosot. Apakah mungkin langkah yang paling berkesan untuk mengatasi masalah ini? Maklumlah siapalah kakitangan di mata kerajaan. Natijahnya, percaya atau tidak, ramai kakitangan kerajaan secara diam-diam mengharapkan kerajaan yang ada dapat ditukar dengan kerajaan yang baru. Kerajaan yang boleh mendengar keluhan kakitangan kerajaan. Mereka ini, ada antaranya yang  merupakan ahli UMNO. Dalam hal ini Datuk Seri Najib, Pak Lah dan para pemimpin BN dan UMNO harus menyalahkan diri kerana gagal memahami kehendak kakitangan kerajaan, Percaya atau tidak, kajian yang dibuat oleh seorang rakan mendapati bahawa mereka yang memiliki kelapa sawit atau getah yang luasnya lima ekar sahaja, mempunyai pendapatan yang lebih tinggi berbanding kakitangan kerajaan yang memegang jawatan gred A, DG41-DG48. 
    Jika kakitangan kerajaan merasa mereka diabaikan, adakah salah jika mereka menentang kerajaan yang mengabaikan mereka? Tuan Zaini mungkin tidak menghadapi bebanan kewangan, tetapi rata-rata kakitangan kerajaan hari ini mengalami masalah yang sama. Kita cuma berharap kerajaan Datuk Seri Najib menyedari hal ini sebelum pilihan raya akan datang. Kakitangan kerajaan sudah jenuh dengan alasan 'kerajaan tidak mampu' kerana isteri perdana menteri mampu membeli cincin yang berharga lebih 20 juta. Wajarlah kakitangan mencemburi perkara ini.

Rabu, 7 September 2011

" NAMA lagi penulis kalau tidak menulis bukanlah dia seorang penulis. Penulis memang tidak boleh duduk diam dan menyepi. Penulis tidak boleh melihat sesuatu di depan matanya berlalu begitu saja tanpa dikupas, diulas dan disorot. Soal perbezaan pandangan penulis dengan orang (penjenguk) itu perkara lumrah.

Sebab itu kalau ada orang tidak sependapat dengan saya, iya biarkan saja. Itu hak anda. saya menghormati pandangan berbeza itu sebagai satu kritikan konstruktif.

Saya cuba istirehatkan diri untuk tidak menulis dan mengisi blog ini. Selesema yang menyerang agak menganggu pemikiran dan seluruh badan pegal-pegal dan ngilu sendi merasa sengal. Perubahan musim dan kondisi berpuasa selama sebulan memungkinkan selesema menyerang."


Cebisan petikan di atas, saya petik kata-kata saudara MSO dalam blognya. Saya amat setuju dengan beliau. Seorang penulis itu akan menulis apa yang diihat, disaksikan dan yang didengar.  Seorang penulis itu tidak mungkin akan diam dengan apa yang dihadapinya setiap hari. Kalau MSO berhenti menulis seketika kerana selesema, saya pula berpuasa menulis dalam blog ini kerana terlalu jemu dan cuak dengan apa yang berlaku di negara ini. Fitnah berlaku secara berleluasa, yang lebih malang lagi fitnah disebarkan oleh media-media kerajaan, media yang sepatutnya dipercayai oleh rakyat. Cemuh-cemuhan dan tuduhan-tuduhan yang berat yang dilemparkan oleh pemimpin-pemimpin kerajaan melalui media perdana amat membosankan. Ternyata toleransi politik tidak lagi wujud. Kejujuran berpolitik itu sudah ditelan zaman. Berpolitik untuk tujuan yang jujur dan murni tidak lagi berlaku. Pemimpin-pemimpin khususnya pemimpin kerajan, kata-kata dan seruan mereka tidak lagi ikhlas sebaliknya penuh dengan tipu muslihat dan hasrat yang terselindung. Bukan sahaja kenyatan-kenyataan mereka tidak lagi dihiraukan dan dipercayai rakyat, bahkan seringkali pemimpin-pemimpin kerajaan ini bercakap bagai orang yang terlalu dungu dan naif. Tidak memahami apa yang diperkatakan oleh pemimpin pembangkang. Lain yang diperkatakan, lain yang diulas. Justeru, saya cuba menahan diri daripada terus menulis untuk beberapa bulan kerana takut dicop sebagai pembangkang atau mungkin penyokong pembangkang, kerana sering kali mengkritik pemimpin-pemimpin kerajaan. Misalnya, pilihan raya yang bersih dan telus, pemberian kerakyatan warga asing secara membuta tuli semata-mata untuk mengekalkan kuasa, pembaziran yang keterlaluan khususnya isteri Perdana Menteri dalam situasi rakyat dihimpitkan dengan kenaikan kos hidup yang tinggi hari ini dan sebagainya, amat membosnakan bahkan menimbulkan perasaan benci yang melampau-lampau terhadap pemimpin-pemimpin kerajaan.
Bukan pemimpin-pemimpin pembangkang sahaja yang benci dengan tindakan kotor dan keji kerajaan ini, tetapi rakyat biasa juga tidak menyukai perkara ini termasuk ahli-ahli parti UMNO dan kompenan BN.
    Kalau pada masa lalu orang mendoakan agar umur para pemimpin dipanjangkan tetapi hari ini adalah sebaliknya. Percaya atau tidak ramai yang berharap agar umur para pemimpin khususnya pemimpin-pemimpin kerajaan dipendekkan agar harta negara tidak habis dikaut dan dibazirkan. Selain pilihan raya kecil yang membolehkan mereka menerima  peruntukan yang luar biasa, kematian pemimpin-pemipin yang ada sekurang-kurangnya membuka peluang kepada pemimpin-pemimpin baru yang lebih berwibawa dan bertanggungjawab. Ramai yang mendoakan agar Datuk Seri Najib dapat digantikan dengan cepat agar segala kemelut yang berlaku dalam negara dapat diatasi. Sikap kejam dan ketidakpedulian datuk Seri Najib dengan pelbagai tuntutan yang dikemukakan oleh pemimpimpin NGO; Bersih dan pemimpin-pemimpin pembangkang terhadap beberapa isu membayangkan Datuk Seri Najib tidak menghiraukan kehendak rakyat. Tahukah PM 1 Malaysia ini bahawa rakyat hari ini tanpa mengira anutan politik  meletakkan harapan kepada pemimpin-pemimpin pembangkang untuk menyuarakan segala pandangan dan rintihan mereka. Kecanggihan perhubungan teknologi maklumat memungkinkan komunikasi dua hala dengan pemimpin-pemimpin berlaku secara berkesan. Biasanya rakyat akan lebih selesa menyatakan rintihan merka kepada pemimpin-pemimpin pembangkang bebanding pemimpin-pemimpin kerajaan. Ini menunjukkan bahawa apa yang disuarakan oleh pemimpin-pemimpin pembangkang itu adalah suara sebahagian besar rakyat negara ini.
Oleh sebab itu, tidak hairanlah jika segala apa yang diperkatakan oleh pemimpin-pemimpin pembangkang sentiasa mendapat sokongan rakyat termasuk ahli akar umbi UMNO dan komponenBN yang lain, kecuali mereka yang menjadi pembodek dan pengampu. Bagi mereka ini, segala apa yang diperkatakan oleh pemimpin kerajaan semuanya betul, hatta mengadaikan negara ini kepada rakyat asing. Pembodek-pembdek ini adalah golongan yang telah buta hatinya. Atau mungkin juga mereka ini bebal dan dungu.
     Sebagai ahli UMNO, kalau diberi pilihan sama ada bernaung di bawah Perdana Menteri 1 Malaysia atau di bawah Perdana Menteri Hadhari. Saya akan memilih untuk menolak kedua-duanya. Saya juga tidak mahu bermimpi untuk berperdanamenterikan Muhyiddn Yassin, kerana Pak Udin anak Yassin ini juga tidak berpendirian, tidak bijak dan tidak berwibawa. Segala apa yang dilakukannya penuh dengan muslihat dan puytar belit. Saya masih mengharapkan akan muncul wajah baru untuk menarajui kepimpin kerajaan.

Khamis, 23 Jun 2011

Pandangan Tuan Aspan ini boleh kita renungkan bersama

Apabila sampai waktu dan masanya pilihanraya akan diadakan. Di waktu itu rakyat akan keluar beramai-ramai untuk menuju ke peti undi memilih siapa dan parti mana yang patut memerintah negara. Di dalam sebuah negara demokrasi seperti kita memilih mana-mana parti yang terdaftar secara halal tidak menjadi kesalahan. Itu sebabnya negara memperuntukan di dalam perlembagaan untuk rakyat memilih mana-mana parti yang dipimpin oleh sesiapa pun.

Rakyat sebuah negara demokrasi sebenarnya mempunyai tanggungjawab besar untuk menjaga negara ini. Pemimpin yang dipilih atau parti yang diberikan mandate itu adalah tanggungjawab rakyat sebenarnya. Rakyat mesti memilih pihak yang benar-benar jujur dan ikhlas untuk menjaga mandat mereka. Apa pula yang di mandatkan oleh rakyat itu?

Sesungguhnya rakyat memandatkan pemimpin dan parti yang di pilihnya itu untuk menjaga negara dengan baik. Apa pula ingredien kebaikan itu? Ringkasnya, parti yang terpilih itu mesti menjaga keselamatan negara dari ancaman luar serta sentiasa memertabatkan kedaulatan (sovereignty) negara dan rakyat yang berlindung di bawahnya.

Negara adalah kepunyaan rakyat dan rakyat berhak untuk sentiasa mencari dan memilih pihak mana yang lebih dipercayai oleh mereka. Jika rakyat mendapati pihak yang telah di pilih sebegitu lama untuk mentadbir negara kepunyaan rakyat itu telah menyimpang dari apa yang sepatutnya mereka lakukan, rakyat boleh menggantikannya dengan pihak atau kumpulan yang lain.

Itulah sebabnya adalah tidak wajar pihak yang memerintah menggunakan kuasa dan pengaruh dengan sewenang-wenangnya dengan menutupi apa sebenarnya yang berlaku dan dilakukan oleh pihak yang telah menyimpang dari tanggunjawab mereka untuk mentadbir rakyat dengan baik. Rakyat wajar meneliti rekod mereka yang telah memerintah itu. Pemimpin negara itu adalah hamba kepada rakyat dan bukannya rakyat yang diperhambakan oleh pemimpin.yang mereka pilih.

Apa yang selalu terjadi ialah mereka yang terpilih itu memperhambakan rakyat dengan membohongi mereka secara terbuka. Rakyat pula akhirnya yang dikelirukan dengan memberikan kefahaman yang salah oleh pemimpin yang telah terpilih oleh rakyat tadi. Rakyat pula sebaliknya disekat dari mengetahui apa kesalahan yang mereka lakukan dengan menggunakan alat-alat yang dibuat dan di gubal oleh wakil-wakil mereka di Dewan-dewan lagislatif seperti OSA (akta rahsia resmi) dan sebagainya.

OSA itu memanglah satu akta yang penting untuk menjaga keselamatan negara kerana banyak perkara-perkara yang rahsia bagi negara untuk tidak diketaui oleh negara-negara lain serta agensi-agensi yang boleh memudharatkan negara. Tidak ada siapa dari rakyat yang bertanggunjawab akan membantah kewujudan akta seperti ini kerana hendak menjaga keselamatan negara.

Tetapi pemimpin-pemimpin yang diberikan mandat ini menggunakan akta ini untuk merahsiakan kegiatan kotor mereka seperti rasuah dan menggunakan kuasa secara salah. Akta ini dipergunakan untuk menutupi segala perlakuan rasuah dan sumbang mereka dari pengetahuan rakyat.

Apa bahayanya untuk membuka dan mendiklasifikasikan perjanjian di antara kerajaan dengan syarikat konsessi lebuhraya misalnya? Kenapa letakan perjanjian di antara IPP dengan kerajaan (TNB) dibawah akta rahsia resmi sehinggakan Menteri yang bertanggungjawab tentang tenaga ini menyatakan adalah salah untuk ‘declassify’ perjanjian ini bagi pengetahuan rakyat. Katanya itu adalah rahsia di antara kerajaan (TNB) dengan syarikat-syarikat IPP itu.

Tidak ada sebab isu perjanjian ini hendak dirahsiakan dari rakyat dengan menggunakan OSA ini jika tidak ada apa yang hendak disorokan dari rakyat. Rakyat ingin tahu kenapa harga pengeluaran kuasa yang hanya 0.12 sen itu dibeli oleh TNB dengan harga 0.23 sen misalnya. Rakyat bertanya, kenapa, kenapa dan kenapa?

Rakyat merasakan ‘keferasatan’nya kerana mereka (pemimpin) yang dipilih mereka itu tidak jujur dan ingin menutupi perkara-perkara yang berlaku di dalam pembelian ‘paksa’ terhadap TNB ini. Rakyat berfikir tentu ada pemimpin-pemimpin dan pihak yang ‘songlap’ harga tambahan yang begitu tinggi dari harga pasaran tenaga itu.

Isu ini bukannya isu ringan yang boleh di ambil dengan sambil lewa oleh pemimpin yang telah dipilih rakyat tadi. Kalau lah mereka yang diberikan mandat itu tadi masih berdegil di dalam negara demokrasi mereka (rakyat) boleh memberikan kuasa itu kepada pihak lain yang dirasakan lebih dipercayai.

Kalau rakyat membuat ‘bising’ pemimpin-pemimpin ini bertindak dengan marah-marah pula dan sebaliknya menuduh pihak pembangkang yang sengaja memanaskan isu ini untuk menjatuhkan mereka. Kalau tidak mahu rakyat marah kenapa takut-takut dan bersilat-silat dengan mereka (rakyat) untuk mengelak dari mereka mengetahui perkara yang sebenarnya? Buktikanlah pembangkang itu yang bersalah dengan mengeluarkan segala butiran perjanjian itu kepada mereka (rakyat). Kenapa gunakan OSA untuk mengelak dari rakyat mengetahui perkara yang sebenarnya.

Begitu juga perjanjian di antara kerajaan dengan syrikat konsessi lebuhraya. Perjanjian ini juga diletakan dibawah OSA. Kenapa OSA? Apa bahayanya kepada negara jika di ‘declassify’ kan? Mungkin jika di ‘declassify’ kan ianya merbahaya bagi mereka yang telah mendapat kepentingan peribadi secara haram. Itu secara otomatik menjadi persepsi rakyat.Rakyat hendak tahu bagaimana harga toll semakin hari semakin tinggi sedangkan trafik yang menggunakan lebuhraya itu semakin hari semakin berlipat kali ganda jumlahnya. Kenapa di dalam perjanjian itu pengguna dipaksa membayar toll yang semakin tinggi?

Kenapa tidak berkurangan dari masa kesemasa sedangkan ‘fixed cost’ pembinaan dulu sudah di ‘amortize’ sekian lama? Rakyat hendak tahu tentang itu. Jangan marah jika rakyat bertanya kerana bukan perasuah sahaja yang pandai membuat kira-kira untuk kepentingan mereka. Rakyat pun sudah belajar dan kesekolah sikit-sikit dan sudah pandai membuat kira-kira, tetapi untuk kepentingan pengguna (rakyat).

Kenapa tidak cari jalan yang lebih mudah dan murah untuk melaksanakan sistem MRT yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan itu. Kenapa kosnya melebihi RM50 billion termasuk mengambil alihan tanah? Boleh atau tidak jika rakyat mengambil ‘initiative’ untuk menghantar consultant bebas untuk meneliti kos terhadap projek ini. Salah kah jika rakyat merasa curiga terhadap ketelusan tentang harga projek ini?

Bukan kah telah terlalu banyak contoh kos pembinaan pembangunan negara dilipat kali gandakan oleh pihak kerajaan. Bukankah rakyat sudah nampak tentang kos procurement terhadap pembelian alat-alat dan komponan pertahanan negara ditambah dan ditambah berlipat kali ganda untuk kepentingan mereka yang berkuasa hasil dari mandat rakyat tadi?

Salah kah rakyat merasa curiga kerana mereka telah sedar yang selama ini wang mereka telah dipergunakan oleh pimpinan dan perlaksana dengan sesuka hati mereka? Apabila rakyat menuduh mereka meminta bukti perlakuan rasuah mereka pula. Bagimana rakyat hendak tunjukan bukti walaupun rasuah itu benar-benar berlaku kerana segala-galanya dilindungi oleh OSA?

Kenapa terlalu biasa memperbodohkan rakyat? Kalau rasa terdesak kenapa kita dengan senang menyalahkan pembangkang? Itu hak rakyat untuk memilih. Memanglah pembangkang itu akan mejadi pilihan mereka jika segala persoalan ini tidak boleh dijawab oleh mereka yang sedang memimpin sekarang?

Salahkah jika rakyat memilih pihak ‘alternative’ jika yang menyandang kuasa sekarang terus-terusan bersilat-silat dengan persoalan yang diajukan oleh rakyat? Sekarang ini nampaknya kesabaran rakyat sudah nampak menghilang dan telah bersedia untuk melakukan pemilihan yang baru.

Jawapannya ialah melalui pilihanraya. Itulah sebabnya Bersih hendak menunjukan manifestasi rakyat ramai dengan rally yang dirancang mereka. Itu pun mendapat kutukan dari media masa perdana setiap waktu dan masa. Salah lagi rakyat. Semua pihak salah kecuali mereka yang diragukan rakyat itu.

Nampaknya pemimpin yang telah diberikan mandat sebegitu lama hanya menumpukan masa untuk menutup lubang-lubang yang mereka korek sendiri. Sudah ditutup lubang ini terbuka pula lubang yang lain. Akhirnya pemimpin kita tidak ada kerja lain selain dari menutup dan membuka lubang-lubang sahaja. Sekarang semuanya sudah berlubang-lubang. Ada lubang besar dan ada lubang kecil. Macam-macam lubang ada.

Akhirnya UMNO aku akan masuk lubang dan tertimbus. Tetapi itu hakikat. Kita keluar dari lubang dan di akhir kalam nanti kita akan masuk lubang juga. Apabila sudah berada di dalam lubang nanti tahulah kita nasib masing-masing.

Isnin, 20 Jun 2011

Pandangan AMK terhadap Perhimpunan Bersih Ada Benarnya.

Lama juga saya mengabaikan  blog ini kerana terlalu muak dengan pelbagai peristiwa yang berlaku dalam negara. Setelah amat kecewa dengan pengumuman sempena hari guru oleh PM 1 Malaysia, Najib Razak kami rakyat akar umbi ini terus dikecewakan dengan kenaikan tarif baru elektrik. Bagi para pemimpin BN kenaikan itu tidak memberikan kesan kepada rakyat, tapi cubalah tanya rakyat di bawah ini, apa pandangan mereka? Nampaknya setelah pandangan disalurkan melalui cawangan UMNO, juga melalui para pemimpin UMNO bahagian, ternyata pandangan kami rakyat akar umbi ini tidak dienahkan. Para pemimpin terus bertindak mengikut kehendak mereka semata-mata tanpa menghiraukan pandangan rakyat terbanyak. Justeru, perhimpunan bersih yang bakal diadakan mejadi harapan kepada rakyat untuk mengubah pentadbiran tidak mesra rakyat yang diamalkan oleh BN. Sebagai ahli UMNO,saya menafikan bahawa pentadbiran BN selama ini adil  tanpa mengira kaum dan anutan politi, sebagaimana yang dinyatakan oleh Datuk Shafie Afdal. Hal ini kerana dalam UNMO pun sudah berlaku pelbagai ketidakadilan, mereka yang kalah dan menyokong pihak yang kalah terus dipingirkan. Apatah lagi mereka yang menjadi ahli kepada parti lain. Inikah agaknya keadilan di kaca mata Datuk Shafi Afdal.
     Dan oleh kerana itu perhimpunan bersih yang bakal diadakan pada bulan Julai nanti, menjadi sandaran kepada kami untuk mengubah segalanya. Saya tertarik dengan kenyataan AMK seperti berikut;

"Sewajarnya, mereka tidak perlu risau dengan perhimpunan ini sekiranya mereka yakin di pihak yang benar. Untuk apa dibantah dan dibanteras  satu perhimpunan yang dianjurkan untuk menentang sistem yang betul?
Kerisauan mereka ini hanya memperlihatkan bahawa setiap dakwaan  Pakatan Rakyat dan NGO-NGO yang konsisten memperjuangkan sistem pilihanraya yang adil dan telus di Malaysia adalah kukuh dan berasas. Justeru, segala bentuk ancaman khususnya daripada Umno, Perkasa dan pihak polis sendiri adalah sesuatu yang sia-sia dan memalitkan muka mereka dengan ludah mereka sendiri.

Apakah para pemimpin UMNO begitu dungu sehingga begitu cuai menyembunyikan ketakutan mereka terhadap perhimpunan ini? Benarkah selama ini SPR begitu culas dan tidak adil? Bukankah SPR mendakwa mereka adalah bebas dan berkecuali? Jadi mengapat takut dengan perhimpunan ini? Ketakutan para pemimpin UMNO terhadap perhimpunan bersih itu dengan sendirinya membenarkan dakwaan bahawa selama ini berlaku penipuan dan ketidakadilan dalam pilihan raya. SPR menjadi tali barut terhadap kemungkaran ini. Sebagai ahli UMNO saya tidaklah berhasrat pula untuk melihat parti sendiri tumbang dalam pilihan raya namun seperti kata AMK "Sistem pilihanraya yang adil dan telus bukan menguntungkan KEADILAN  ataupun rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat, sebaliknya ia menguntungkan rakyat kerana suara mereka diterjemahkan dengan betul  tanpa sebarang manipulasi."
     Menterjemahkan kehendak dan suara rakyat dengan betul dan adil amat penting agar hak rakyat seluruhnya dapat dipertahankan. Hanya dalam pilihanraya sahajalah rakyat boleh menyatakan pandangan melalui parti undi,selebihnya segala nasib dan haa tuju negara diserahkan sepenuhnya dengan penuh kepercayaan kepada pemimpin-pemimpin yang telah menang dalam pilihan raya. Jadi kalau saluran penting ini pun dirampas, alangkah ruginya hidup dalam negara yang mengaku  mengamalkan demokrasi. Dan apakah benar hak rakyat ini sudah lama dirampas oleh SPR dan para pemimpin UMNO sehinggakan segala pandangan dan keluhan rakyat tidak lagi dihiraukan.
    Misalnya tuntutan terhadap kerajaan untuk menyemak semula perjanjian dengan IPP yang telah menyebabkan rakyat hidup menderita, mengapa kerajaan begitu sukar membuat keputusan? Perjanjian IPP itu menyebabkan hanya seorang dua rakyat negera ini hidup selesa sedangkan majoriti rakyat terus dibebani dengan pelbagai kenaikan barangan dan kos hidup. Siapakah yang mahu dilindungi oleh kerajaan? Kalau kerajaan benar-benar ikhlas menjaga kebajikan rakyat dan bukan lakonan semata-mata, saya tidak nampak rakyat akan berpaling daripada UMNO. Dan dalam masa yang sama juga, para pemimpin UMNO tidak perlulah mengerahkan SPR  mengadakan piihan raya yang nyata berat sebelah dan penuh dengan penyelewengan.
    Kalau ahli UMNO hari ini bertambah hanya kerana setelah diadakan kempen, pujukan dan pelbagai janji. Saya percaya ahli UMNO yang baru masuk ini adalah ahli-ahli yang tidak berkualiti. Bila-bila masa mereka akan meninggalkan parti. Kalau dengan mudah mereka meninggalkan parti lama,percayalah bahawa satu hari nanti mereka dengan mudah juga akan meninggalkan parti UMNO kerana tuntutan mereka tidak dapat dipenuhi. Habis fulus, hatipun akan berubah. Ini bermakna para pemimpin UMNO perlu memikirkan kaedah baru untuk memperkukuhkan parti. Wang bukan segala-galanya. Dua tahun lalu pemilihan UMNO dilaksanakan. Pemilihan itu nyata tidak telus dan tidak adil. Rasuah berleluasa.  Ahli-ahli yang menerima rasuah telah membuat laporan  bukan sahaja para pemimpin tertinggi parti bahkan kepada SPRM juga, tetapi sampai hari ini, mereka yang terbukti rasuah terus memimpin parti. Oleh kerana itu saya begitu tawar hati terhadap UMNO kini. Baru-baru ini, UMNO bahagian Tenom beria-ia mahu menganjurkan 'Juara Rakyat' di SMK Tenom. Mereka akan menanggung kesemua kos program tersebut. Setelah AJK dibentuk dan tarikh ditetapkan, AJK yang dilantik bergerak sebagaimana yang dirancang. Namun ketika mesyuarat akhir untuk membincangkan segala persiapan, wakil UMNO tidak datang. Program itu akhirnya bertukar menjadi Program motivasi sekolah dan segala kos terpaksa ditanggung oleh PIBG sekolah. Kedengaran khabar angin bahawa pemimpin UMNO itu telah membentangkan di peringkat bahagian bahawa kononnya program Juara Rakyat itu telah berjaya dilaksanakan. Sebagai ahli UMNO alangkah malunya mempunyai pemimpin seperti itu. Ini padahnya bila pemimpin yang rasuah dan tidak amanah diangkat menjadi pemimpin.
     Inilah yang saya katakan bahawa para pemimpin UMNO hari ini sibuk menekan pemimpin pembangkang kerana mendapat sokongan rakyat tetapi mereka sering kali alpa dengan amanah dan tanggungjawab mereka. Mereka sanggup dilihat sebagai pemimpin yang hipokrit, cakap lain buat lain tetapi mahu terus berkuasa melalui pilihan raya yang penuh dengan penipuan. Oleh kerana itu perhimpunan bersih tidak sewajarnya dihalang. Jangan tambahkan kebencian kepada mereka. Kebebasan berhimpun secara aman itu tidak wajar disekat dengan pelbagai alasan yang tidak munasabah.