Rabu, 1 Oktober 2014

PM Buat Baik Pun Tidak Boleh, Pemuda Apa Ini?

PM tiru idea Pemuda PAS

SYAHIR SULAIMAN | .
1. Pemuda PAS Malaysia menyambut baik cadangan Perdana Menteri untuk memperkenalkan skim sewa-milik (rent-to-own) bagi membantu pemohon Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA).

2. Perdana Menteri dilaporkan mengumumkan skim tersebut pada majlis pecah tanah projek PR1MA di Seremban Sentral pada Selasa 9 September, bertujuan untuk membantu generasi muda memiliki rumah idaman dan mencadangkan agar pihak bank dapat menawarkan skim Rent-To-Own (RTO) dengan pemohon hanya perlu membayar sewa dalam tempoh 20 hingga 30 tahun sehingga rumah itu akan menjadi milik mereka.

3. Skim sewa-milik  ini adalah selaras dengan cadangan yang dikemukakan oleh Pemuda PAS dalam ‘Dokumen Agenda Anak Muda Berkebajikan’ pada 17 Februari 2013, yang telah menggariskan beberapa strategi penyelesaian terhadap permasalahan rumah mampu milik, di samping turut merungkaikan permasalahAN pendapatan boleh guna, kos sara hidup, keusahawan belia, pendidikan berkebajikan, pengakutan lestari dan kualiti hidup dalam kalangan generasi muda.

4. Pemuda PAS berpendapat situasi kenaikan harga rumah yang tidak terkawal ini, sebagaimana diunjurkan dalam Malaysian Housing Price Index (MHPI) yang meningkat pada kadar purata CAGR 5.5 peratus setahun sejak 2001, bukan sahaja menyebabkan ia tidak mampu-milik, malah hingga ke peringkat tidak mampu-bayar.

5. Pemuda PAS menyifatkan situasi struktural ini adalah disebabkan oleh faktor ketidakstabilan penawaran dan permintaan di pasaran hartanah. Pihak pemaju terpaksa menawarkan rumah dengan harga yang tinggi atas faktor lokasi dan harga tanah, kos buruh dan bahan binaan, di samping faktor keuntungan. Di pihak pembeli pula, pendapatan yang rendah dan perbelanjaan yang tinggi menyebabkan kemampuan untuk membayar deposit dan ansuran menjadi terbatas, di tambah pula dengan persaingan untuk mendapatkan rumah yang terhad di lokasi yang kondusif dan hampir dengan tempat kerja.

6. Menurut PR1MA, sehingga tahun 2013, sejumlah 700,000 pemohon telah mendaftarkan diri dalam sistem pendaftaran PR1MA, namun hanya 80,494 unit rumah mampu milik telah diluluskan untuk pembinaan. Ini bermakna, PR1MA hanya mampu memenuhi 11 peratus daripada keseluruhan permintaan, malah situasi yang sama turut disaksikan dalam beberapa skim rumah mampu milik yang telah diperkenalkan kerajaan, antaranya Skim Rumah PertamaKu, Skim MyHome dan seumpamanya.

7. Pemuda PAS menyarankan agar Perdana Menteri memperuntukkan dana khas bagi menjayakan skim sewa-milik yang pernah dicadangkan Pemuda PAS ini dalam Bajet 2015, di samping menuntut kerjasama institusi perbankan untuk menawarkan skim pembiayaan Al-Ijarah Al-Muntahiya bit-Tamlik (Sewaan Berakhir Dengan Pemilikan) dan pihak pemaju diseru untuk lebih inovatif dengan penggunaan kaedah pembinaan yang lebih kos efektif. Malah, skim perumahan sewa-milik ini sangat wajar dicontohi oleh kerajaan negeri dan kerajaan tempatan, agar keperluan asasi ini dapat diperluaskan ke seluruh negara, khususnya bagi generasi muda. – HARAKAHDAILY 11/9/2014



Perkara begini pun menjadi kutukan? Alahai betapa rendahnya akal budi dan pandangan pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli Pas. Takkan buat kebaikan pun salah. Kalau kerajaan BN atau pemimpin-pemimpinnya mengambil idea yang difikirkan baik itu, bukankah itu perbuatan yang baik? Tidak kiralah siapa yang menelurkan idea, yang penting kebaikannya dirasai rakyat. Nyata jelas Pas tidak ikhlas berjuang demi rakyat. Perjuangan agama dalam kalangan sesetengah pemimpinnya hanya plastik, palsu. Mereka melindungi niat dengan perjuangan agama. Teruk betullah orang-orang pas hari ini

SULTAN PUN MEMAHAMI KEPERITAN RAKYAT DAN KAKITANGAN AWAM, KERAJAAN BILA LAGI?

Sultan: Rasuah tak boleh diubat dengan Strepsil

Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah risau tentang jurang pendapatan yang akan memburukkan gejala rasuah.

Menzahirkan kebimbangan baginda berkenaan laporan data Model Ekonomi Baru (NEM), Raja Nazrin berkata negara kini tidak lagi boleh berada dalam keadaan "minda penafian".

Baginda bimbang pengagihan kekayaan yang tidak seimbang dan jurang pendapatan yang semakin melebar akan menggalakkan budaya rasuah.

Bertitah pada ulang tahun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini, Raja Nazrin bertitah bahawa negara kini berhadapan dengan cabaran yang besar.

"Ia bukan sakit tekak yang bersifat sementara, boleh diubati dengan gula-gula Strepsil.

"Ia penyakit sosial yang serius, memerlukan rawatan intensif daripada doktor dan pakar bedah sosial.

"Ia memerlukan formula perubatan dari farmasi sosial yang berupaya merangka dasar sosial yang komprehensif lagi holistik untuk dilaksanakan," titah baginda.

Baginda turut mempersoalkan tahap gaji rakyat yang tidak seiring dengan kos kehidupan seharian.

"Apakah opsyen yang ada di kalangan pegawai awam mahupun swasta jika gaji tidak dapat menampung perbelanjaan hidup harian?

"Majoriti yang berada dalam kategori ini, sebenarnya, tidak mahu melakukan rasuah.

"Bilangan yang tergolong dalam kategori ini akan semakin bertambah jika formula berkesan tidak diperkenalkan.

"Terutamanya (dalam) memberikan fokus kepada aspek-aspek perumahan, makanan, pengangkutan serta khidmat kesihatan dan rawatan perubatan yang kosnya semakin hari semakin meningkat," titah baginda lagi.
 
Dalam dekad ini jarang-jarang kita mendengar seorang pemimpin golongan bangsawan menyuarakan masalah yang dihadapi oleh rakyat. Tetapi sultan Perak ini nampaknya lebih prihatin berbanding pemimpin-pemimpin kerajaan BN. Minyak terus naik, dan lepas ini pasti kenaikan berantai akan berlaku. Kos pengangkutan naik, harga barang-barang naik dan kuasa beli pengguna akan terus turun. Yang tidak naik harga produk pertanian, pisang, getah, kelapa sawit dan gaji kakitangan awam. Kenaikan gaji tahunan kakitangan awam hanya 2.5% setahun manakala kenaikan harga barang 8.5% setahun. Adakah kerajaan BN yang mengaku hanya mereka yang mampu mentadbir negara  dengan baik, tidak menyedari hal ini. Atau seperti kata 'tukar tiub" semua pemimpin BN, suka buat-buat bodoh atau memang bodoh. Tidak memahami masalah rakyat. Bagaimana rakyat mahu terus menyokong kerajaan BN kalau masalah mereka tidak dihiraukan. Bila kerajaan dikritik, mereka cuba pula menekan mereka dengan pelbagai akta termasuk akta hasutan memburukkan pemimpin negara konon. Apakah kerajaan mahu semua rakyatnya membodek pemimpin-pemimpin BN seperti mana yang dilakukan oleh sebahagian ahli UMNO? Pendapatan yang tidak seimbang terus melebar, orang politik menerima imbuhan dan projek yang besar nilainya, kaki tangan awam hanya mampu diberikan bonus RM500. Rakyat biaswa dapat BRIM RM350-RM600. Berapasangat nilai pemberian itu berbanding kos hidu hari ini. Oleh kerana itu tidak hairanlah, jenayah, kecurian dan masalah sosial terus berlaku.  Sampai bila kami menunggu pemimpin BN yang mampu memahami masalah rakyat seluruhnya.

Selasa, 30 September 2014

Pas perlu Keluar PR untuk menyelamatkan PR.

Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS, Dr Zuhdi Marzuki mendakwa pengurangan exco PAS daripada empat kepada tiga kerusi di Selangor adalah satu provokasi supaya parti itu memikirkan kedudukan mereka dalam Pakatan Rakyat.

Beliau juga mendakwa beberapa kenyataan dan tindakan pemimpin PKR dan DAP seolah-olah cuba membuli PAS dan menunjukkan mereka sudah tidak mahu bekerjasama lagi dengan PAS, lapor Sinar Harian.

Laporan itu juga menyebut, ia boleh disimpulkan sebagai "usaha secara halus" untuk menyingkirkan atau PAS sendiri menarik diri daripada Pakatan.

"Kenyataan Lim Guan Eng yang menyatakan empat exco PAS sebagai pengkhianat dan kenyataan Ketua Pemuda DAP Sarawak, Wong King Wei yang memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan PAS sedikit sebanyak memberi gambaran mereka tidak suka PAS dalam Pakatan Rakyat.

"Malah, pengurangan tiga exco PAS dalam kerajaan Selangor juga tindakan provokasi supaya PAS memikirkan semula masa depan dengan Pakatan," katanya seperti dilapor akhbar itu hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan MP Pasir Mas, Nik Abduh Nik Aziz bahawa PAS menjadi mangsa buli PKR dan DAP.

Zuhdi sebelum ini mencuri perhatian ramai dengan 'analisis senario' beliau tentang kemungkinan PAS meninggalkan Pakatan Rakyat




Saya  setuju pas keluar daripada PR jika mereka sudah tidak sehaluan. Sikap suka menyalahkan orang lain memang sudah menjadi amalan pas. Parti pas mengaku memperjuangkan agama tetapi ternyata perjuangan mereka bukanlah kerana agama. Dap secara jelas dan berterus terang menentang hudud, tetapi pas berdiam diri. Kalau mereka ikhlas memperjuangkan agama sudah pasti mereka akan keluar daripada PR. Mereka perlu berjuang bersendirian kerana UMNO juga menentang hudud. Apakah pemimpin-pemimpin pas berani? Adakah mereka sanggup meninggalkan kuasa? Kita tunggu kenyataan tuang presideng Pas.

Apakah Seruan Pemimpin UMNO ini Ikhlas?

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini menyatakan sokongannya terhadap projek pembinaan jalan sendiri oleh penduduk kampung di Pitas, pedalaman Sabah esok.

“Kia mesti bantu,” katanya menjawab tweet yang diajukan padanya berhubung perkara itu.

Beliau juga berikrar mendapatkan sokongan daripada rakan-rakannya dalam Umno daripada Sabah untuk membantu pembinaan jalan di Kudat itu.

“Saya akan cakap dengan mereka di (mesyuarat) kabinet esok,” kata naib presiden Umno itu di Twitter.

Perkara itu juga diambil maklum oleh setiausaha Umno Sabah dan menteri perumahan Datuk Rahman Dahlan.

“OK, maklum. Mari bincangkan perkara ini esok,” jawab Rahman kepada Hishammuddin.

Setelah 15 tahun menunggu, penduduk Pitas mengambil inisiatif mengeluarkan simpanan sendiri untuk membina sebatang jalan balak sepanjang 7.5 kilometer.

Jalan itu apabila siap akan menghubungkan enam kampung di kawasan itu dengan pekan Pitas.

Mereka sebelum ini mengumpulkan RM5,000 untuk membeli peralatan dan menyewa peralatan pembinaan dan memerlukan kira-kira RM85,000 lagi.

Akhbar The Star Sabtu lalu melaporkan seorang penduduk Maklin Masiau berkata kerajaan negeri Sabah telah berjanji membina jalan melalui kampung tersebut pada tahun 1999.

Penduduk enam kampung itu kini hanya mengharapkan Sungai Bengkoka yang bermasalah untuk dilalui sekiranya paras air naik atau ketika musim hujan.



Bila berita ini  disiarkan maka hebohlah pemimpin-pemimpi  kerajaan memberi bantuan, merekalah agaknya yang akan dilabelkan sebagai hero. Tetapi bila difikirkan dengan rasional, bukankah pemimpin-pemimpin UMNO inilah juga yang menjadi pemimpin kerajaan. Apa mereka buat selama ini? Tidur?. Kalau pemimpin-pemimpin UMNO negeri menyeleweng dengan tidak menunaikan janji mereka, maka kerajaan pusat sepatutnya menegur kerajaan kromisme Musa Aman. Ke mana peruntukan yang disalurkan selama ini hilang? Saya fikir ini bukanlah usaha pertama yang dilakukan oleh penduduk Sabah untuk membina Jalan. Penduduk kampung Paguokon juga melakukan perkara yang sama. Membina jalan raya sendiri dengan mengutip wang daripada penduduk kampung untuk membina jalan ke kebun-kebun mereka setelah lebih 20 tahun dipohon daripada Wakil Rakyat Tenom Datuk Raden Maleh. Bila PBS keluar daripada BN pada tahun 1990-an, permohonan itu diajukan kepada Ahli Parlimen seterusnya Datuk Rizalman Abdullah, malangnya YB ini hanya bertahan selama sepenggal dan digantikan oleh Datuk Raime Unggi. Ahli Parlimen yang baru ini bukan banyak janji kosong bahkan kami melihat beliau tiada perancangan yang berkesan untuk membantu penduduk kampung. Kalau pemimpin-pemimpin pembangkang tidak berpecah dalam piliohan raya yang lalu, saya percaya ahli parlimen ini kecundang. Oleh kerana itu sudah tiba masanya ahli parlimen ini ditukar pada masa akan datang. Amalan mengekalkan ahli Parlimen yang menyokong ketua menteri sudah tidak relevan lagi. Mahu atau tidak, pemimpin-pemimpin UMNO perlu menggantikan ahli Parlimen P181 dengan muka baru, bukan calon "recycle'.

Tidak Pelik Jika Dap memndapat Sambutan Rakyat Malaysia.

Berpurdah, penulis buku Pelacur mahu masuk DAP


Daripada penampilannya tidak siapa akan menyangka gadis berpurdah Jamila Rahim berminat menyertai DAP, sebuah parti yang sinonim dengan masyarakat Cina.

Tetapi itulah yang berlaku, Jamila yang lebih dikenali sebagai Melati Rahim, akan menyerahkan borang untuk menyertai DAP petang ini.

“Jika diteliti secara kasar perlembagaan DAP itu sendiri, humanisme atau dasar kemanusiaan diletakkan sebagai tunjang dan teras utama (parti itu),” katanya merujuk kepada pendekatan DAP mendekati golongan yang memerlukan.

Baginya, DAP lebih dekat dengan keadilan seperti digagaskan dalam Islam dan beliau juga tidak merasakan parti itu parti Cina yang anti-Islam.

Langkah Melati itu dilihat bukan sahaja mengejutkan golongan Melayu tetapi juga masyarakat Cina dalam DAP sendiri.

Bagaimanapun, jalannya kelihatan tidak sukar apabila akhbar web rasmi DAP dilihat secara perlahan-lahan mengetengahkan sosok menarik itu, termasuk wawancara berkaitan karyanya dan minatnya pada parti itu.

Akhbar DAP sifatkan 'Langkah Ninja'

Roketkini dalam wawancara terkininya menggambarkan tindakan Melati itu sebagai “Melati Move” atau “Langkah Ninja”.

Walaupun berpurdah, Melati mempunyai penampilan menarik dan penuh warna-warni apabila sering kelihatan dalam program-program aktivisme sekitar ibu kota, terutamanya bersama kumpulan dapur umum.

Graduan 22 tahun diploma bahasa Inggeris di Universiti Selangor (Unisel) itu juga bergiat sebagai aktivis di rumah anak yatim dan terkenal melalui penerbitan novel berani Pelacur Kelas Pertama.

Kemasukan Melati itu dilihat sebahagian daripada projek DAP mendekati golongan Melayu.

Sebelum ini beberapa personaliti popular telah menyertainya, seperti Dyana Sofya Mohd Daud dan Young Syefura Othman.

Novel sulungnya Pelacur Kelas Pertama (kanan) keluaran penerbitan bebas Merpati Jingga mengisahkan seorang wanita yang terpaksa bekerja sebagai seorang pelacur.

Hasil jualan buku itu didermakannya kepada sebuah rumah anak yatim di Teluk Intan, Perak.


Inilah yang akan berlaku apabila mereka yang mengaku ulama, mengaku memperjuangkan agama sedangkan tindak-tanduk mereka bertentangan dengan nilai agama itu. Setelah UMNO  dilabelkan  sebagai parti sekularisme,  parti yang hanya mementingkan keduniaan, parti rasuah dan kronisme, Pas pergi lebih jauh dengan melabelkan rakan-rakan PR  sebagai pembuli, menganaktirikan pas dan sebagainya. Pada pandangan rakyat,  kami melihat pas sebagai rakan gabungan dalam PR sebenarnya amat jahil berpolitik. Boleh dikatakan mereka ini lurus bendul, khususnya ahli-ahlinya. Apa pun alasan yang diberikan oleh pemimpin Pas, ternyata dalam krisis MB Selangor itu, Pas sebagai rakan dalam PR telah mengkhianati PKR manakala Dap dilihat sebagai parti yang bijak dan tidak suka mencampuri urusan PKR untuk menggantikan MBnya. Pas sebaliknya berjuang bermati-matian mempertahankan TSKI. Dalam Krisis MB Kedah, pemimpin-pemimpin  PKR dan Dap tidak mengeluarkan kenyataan sesuka hati memburukkan rakan PR sebagaimana yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Pas. Ternyata integriti pemimpin-pemimpin Pas begitu teruk pada pandangan rakyat biasa yang bukan ahli pas, kerana sebahagian besar ahli-ahli Pas ini setia membuta tuli kepada pemimpin-pemimpin atasan khususnya mereka yang menggelarkan diri mereka sebagai ulama. Kenyataan Hadi Awang yang bertukar-tukar dan berubah-ubah memperlihatkan keperibadian presiden Pas itu. Bukan sahaja Pas tidak ada semangat setia kawan bahkan mereka tidaklah begitu bijak berpolitik. Jadilah menghairankan bila orang Islam di Malaysia ini melihat pemimpin-pemimpin Dap lebih tinggi kredabilitinya berbanding pas, bahkan beberapa orang pemimpin muda bumiputera Sabah sudah mula berjinak-jinak dengan Dap. Saya percaya dalam tempoh 10-20 tahun akan datang, dap akan menjadi parti besar yang mendapat dokongan majoriti rakyat Malaysia. Hal ini akan berlaku jika UMNO, Pas, PKR dan parti-parti lain hanya pandai bercakap, tetapi hakikatnya amalan pemimpin-pemimpin masih ditakuk lama. Keperitan rakyat tidak mereka hiraukan. Kalau sekadar bantuan hanya diberikan kepada kelompok-kelompok tertentu dan tidak menyeluruh, percayalah tahun demi tahun sokongan terhadap parti-parti tersebut akan berkurang. Dipihak pemerintah, kecenderungan menangkap dan membicarakan individu tertentu khususnya yang mengkritik mereka hanya akan menyebabkan rakyat mual dan muntah dengan sikap demikian. Berilah apa alasan sekalipun terhadap penangkapan itu,  tetapi rakyat hari ini bukan rakyat 20- atau 30 tahun yang lalu. Mereka sudah mampu menilai sesuatu tindakan itu.  Sebagai ahli UMNO dan juga rakyat atas pagar ini, sebenarnya saya ingin melihat demokrasi yang tulen wujud di negara ini. Keadilan kepada rakyat tanpa mengira anutan politik, agama, bangsa dan sebagainya perlu ditegakkan. Suara-suara sumbang menuntut Sabah dan Sarawak keluar daripada persekutuan Malaysia berlakuk kerana rakyat dikedua-dua negeri ini sudah ditindas sekian lama. Pentadbiran BN yang begitu panjang gagal membangunkan prasaran di kampung-kampung. Di TV diumumkan peruntukan berjuta-juta bahkan berbillion-billio, tetapi rakyat biasa tidak mendapat manfatnya. Sistem kobataj masih terus diamalkan. Harga barangan masih tinggi di Sabah sedangkan hasil-hasil pertanian begitu rendah dan murah. Bukankah ini satu penindasan yang nyata kepada rakyat Sabah?
Saya percaya dalam PRU ke-14 akan datang akan lebih ramai golongan belia Sabah yang menyertai Dap. Bukanlah pelik jika orang Islam dan bumiputera menyertai Dap yang dilihat lebih tinggi integritinya.

Isnin, 25 Ogos 2014

Sampai bila rakyat bergantung kepada pemimpin Lama yang tidak menghiraukan nasib mereka?

Mahkamah Di Beritahu Ada Perbualan Antara Anwar- Anifah



KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi pada Isnin diberitahu bahawa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ada berbual di telefon dengan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman mengenai isu pembentukan kerajaan baharu 16 September dan jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM).

Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, yang mewakili Anifah semasa pemeriksaan balas, mencadangkan kepada Anwar bahawa beliau telah menawarkan jawatan TPM kepada Anifah ketika beliau berada di Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 2008.

Anwar, 67, mengakui beliau berbual dengan  Anifah pada masa itu tetapi perbualan mereka adalah berkisar hal keluarga.

"Perbualan itu adalah mengenai hal keluarga kerana kami (beliau dan Anifah) adalah rakan baik sejak sekian lama. Saya tidak menawarkan jawatan TPM," kata Anwar.

Ketika Muhammad Shafee mencadangkan bahawa Anwar telah menawarkan jawatan TPM kepada Anifah kerana ia perkara penting, Anwar berkata: "Saya tidak boleh melakukan kesilapan yang cuai. Tidak mungkin saya membuat tawaran kepada  seseorang dalam perbualan 10 minit."

Anwar, yang juga Anggota Parlimen Permatang Pauh, menganggap defendan  sebagai "sangat berani" dan berkata adalah tidak munasabah untuknya membuat tawaran dalam satu panggilan telefon. 

Beliau juga berkata tidak ada pertemuan antara beliau dan Anifah tetapi Anifah ada menghubunginya ketika beliau berada di luar negara. 

"Beliau (Anifah) menyatakan ada mendengar sekumpulan besar dari Sabah mahu menyertai pembangkang dan beliau mahu saya mengesahkan nama dan bilangannya. 

"Beliau berkata jika saya tahu bilangannya, beliau berminat menyertai saya. Saya tidak membuat sebarang tawaran kepadanya, dan sudah pasti tidak mempertimbangkan beliau untuk jawatan Timbalan Perdana Menteri," kata Anwar. 

Pada 27 Mei, 2009, Anwar yang menyaman Anifah atas kapasitinya secara peribadi dan rasmi serta Kerajaan, mendakwa beliau telah difitnah dalam sidang media Anifah bersama-sama Setiausaha Negara Amerika Syarikat ketika itu Hillary Clinton.

Dalam pernyataan tuntutannya, Anwar berkata dakwaan Anifah adalah tidak berasas dan amat cuai dan telah dilaporkan secara meluas dalam media tempatan dan asing.    

Anwar memohon RM100 juta sebagai ganti rugi teruk dan teladan, kos dan reliflain difikirkan sesuai oleh mahkamah. 

Perbicaraan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Siti Khadijah S.Hassan Badjenid bersambung pada Rabu ini.
(Sumber Pahang Daily Online) 
Saya masih ingat selepas  pilihan raya lalu beberapa pemimpin Sabah sibuk mengkritik kerajaan BN di bawah pentadbiran Pak Lah. Rupa-rupanya kritikan itu ada udang di sebalik mee. Kritikan mereka ada tujuan tertentu. Mengejar jawatan rupanya. Sampai bilalah agaknya Sabah masih bergantung kepada pemimpin-pemimpin yang gila kuasa dan pangkat . Pada dasarnya memang bagus kalau ramai pemimpin Sabah ada dalam kabinet persekutuan sekurang-kurangnya mereka dapat memberikan apa yang terdaya untuk membantu rakyat Sabah. Tetapi selepas beberapa tahun, kami di Sabah ini masih bergantung kepada air graviti, jalan-jalan pertanian masih tidak diselenggarakan termasuklah jalan kampung-kampung meskipun dalam kabinet persekutuan itu terdapat banyak menteri daripada Sabah. Apalah yang mereka perjuangkan sebenarnya. Kalau bergantung kepada Datuk Raden Maleh, jauh panggang dari api. Janji pilihan raya 2003 Datuk Raden masih belum tertunai hingga hari ini. Malangnya masyarakat Murut khususnya Murut Timugon begitu mudah disogokkan dengann isu sensitif untuk meraih undi. Begitulah keadaan rakyat sampai bila-bila jika pemimpin-pemimpin lama ini tidak ditukar oleh parti. 

Isnin, 18 Ogos 2014

Post Dari Blog Musli Oli

ANWAR TAHU SIAPA JEFFREY KITINGAN!



Datuk Dr Jeffrey Kitingan - Apakah masih menjadi pemimpin "ikon" KDM?

PKR adalah sebuah parti politik berbilang kaum Melayu atau Muslim-based party. Jika konsep ini difahami kumpulan yang pro atau penyokong Datuk Dr Jeffrey Kitingan sudah tentu pemilihan Ahmad Thamrin sebagai Ketua umum PKR Sabah tidak menjadi satu isu politik di Sabah.


Yang merisaukan Anwar Ibrahim bukan soal menerima atau tidak perletakan jawatan Datuk Dr Jeffrey  tetapi jika parti lawan iaitu UMNO dan BN  menjadikan isu Jeffrey ini sebagai isu “PKR merancang mengujudkan sebuah kerajaan Kristian di Sabah”. Isu seperti ini pasti menjejaskan imej PKR dan Anwar di negeri-negeri lain di Semenanjung terutama di Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Memilih Dr Jeffrey Kitingan sebagai Ketua PKR Sabah adalah satu risiko yang begitu besar kepada Anwar dan PKR. Namun dalam masa yang sama Anwar juga mengakui pengaruh politik Jeffrey dan sokongan kaum KDM kepada parti itu di Sabah. Tetapi soalnya adakah sokongan kaum KDM kepada PKR semata-mata kerana faktor Jeffrey Kitingan?

Jika diimbas kembali, banyak isu yang berkaitan dengan kepentingan rakyat dan negeri Sabah lebih menarik minat rakyat KDM dan golongan muda di Sabah daripada soal siapa menjadi pemimpin PKR. Oleh yang demikian golongan yang bersimpati dengan perjuangan Anwar Ibrahim dan PKR di negeri itu ingin melihat   kemelut kepimpinan ditangani segera. 

Mereka ingin melihat pucuk pimpinan Pusat tegas dalam keputusannya. Tidak mudah tunduk kepada ugutan perletakkan jawatan pemimpin yang tidak terpilih. Soal samada perletakan jawatan Dr Jeffrey diterima atau tidak sepatutnya tidak dijadikan polemic politik. Anwar amat masak dengan politik Sabah. Anwar kenal dan tahu latar belakang politik Dr Jeffrey Kitingan.

Jika Anwar minta pandangan pemimpin-pemimpin di Sabah mengenai tindakan yang sepatutnya diambil, sebenarnya Anwar sekadar menguji mereka. Jawapan sudah ada dikepala beliau. Kekuatan PKR di Sabah bukan kerana Dr Jeffrey atau Ahmad Thamrin atau sesiapa pun. Kekuatan PKR di Sabah kerana Anwar bin Ibrahim. Tiada tokoh lain.

Pemimpin-pemimpin PKR Sabah hanya perlu bersatu dan bersiap sedia dengan isu-isu yang dapat menawan hati rakyat jika parti itu berhasrat menjadi saingan BN pada PRU akan datang. Kerjasama dengan SAPP sewajarnya dimulakan diperingkat awal untuk tidak mengulangi kesilapan PRU12. Ada kabar angin mengatakan SAPP akan bertanding semua kerusi dan berjanji menggilir-gilirkan jawatan Ketua Menteri Sabah kepada tiga kaum utama.

Setakat ini parti SAPP kelihatan lebih aktif mengadakan program politik berbanding dengan PKR yang dianggap parti pembangkang utama di Sabah. Membiarkan SAPP bersendirian tidak akan menguntungkan PKR kerana kepimpinan SAPP, Datuk Yong Teck Lee adalah  seorang tokoh politik yang berpengalaman dan tidak mudah tunduk jika PKR tidak memulakan langkah lebih awal.

Apakah politik dalaman PKR akan terus bergolak atau PKR telah bersedia menjadi kerajaan alternative kepada rakyat Sabah?

Sama-samalah kita fikirkan..