Seorang rakan memberikan komen bahawa sejak Tun Mahathir hinggalah era Datuk Seri Najib hari ini, banyak dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan hari ini tidak melalui kajian yang teliti. Asalkan dasar itu menguntungkan mereka, maka pelbagai alasan digunakan untuk melaksanakan dasar itu. Misalnya dasar PPSMI, kajian terhadap pelaksanaan dasar itu langsung tidak dibuat. Kebaikan pelaksanaan PPSMI itu didasarkan kepada pandangan ahli-ahli politik semata-mata. Walaupun mendapat bantahan daripada kalangan para ahli akademik dan intelektual, namun oleh kerana dasar itu diperkenalkan oleh Tun Mahathir, Perdana Menteri pada masa itu, maka semua wakil rakyat menjadi Pak turut, bagai lembu dicucuk hidung. Amat jelas pemimpin-pemimpin kita hari ini kebanyakannya terdiri daripada para pengampu dan pembodek. Hanya periuk nasi dan kocek mereka sahaja yang dijaga, jelas mereka bukan wakil rakyat tetapi mereka adalah wakil kepada diri sendiri, ahli keluarga dan kroni sahaja.
Terbaru, tindakan kemas menutup kelas tadika di Kampung Paguokon dan menggabungkan kelas itu dengan kelas tadika Lagud Seberang adalah tindakan yang amat mendukcitakan. Ada khabar menyatakan bahawa bangunan baru tadika di Kampung Paguokon itu akan digunakan untuk Taska Permata dibawah kendalian Rosmah Mansur, Isteri Datuk Seri Najib. Ini bukan bermakna penduduk Kampung Paguokon hendak menentang perlaksanaan Taska Permata itu, tetapi tindakan memindahkan pelajar tadika ke Lagud Seberang telah menyusahkan rakyat di kampung-kampung terbabit kerana lokasinya lebih jauh dan menyukarkan para penduduk kampung. Kebanyakan penduduk Kampung Paguokon Laut, Kampung Pansailon, Kampung Paguokon Ulu, Paguokon Tengah, Kampung Manining dan Kampung Molosok lebih selesa menghantar anak mereka ke sekolah lama mereka di kampung Paguokon tengah kerana lokasinya di tengah-tengah.
Para penduduk kampung amat dukacita dengan tindakan kerajaan ini, namun tidak tahu apa yang boleh mereka lakukan. Oleh kerana itu saya harap para pemimpin-pemimpin politik membantu para penduduk kampung terbabit untuk mengatasi masalah ini. Ada baiknya tadika di kampung Paguokon itu diadakan di Rumah Kebudayaan Kampung Paguokon sama seperti sebelum bangunan tadika baru itu siap. Demikian pandangan beberapa orang kampung yang sempat saya temui untuk bertanyakan hal tentang perkara ini. Dan rungutan mereka memang berasas kerana kebanyakan mereka adalah penoreh getah, pekerja buruh kasar di Lagud Seberanag dan Taman pertanian yang sentiasa terikat dengan kerja.
Kemas sewajarnya mempertimbangkan dengan teliti terhadap perkara seumpama ini sebelum mengambil tindakan yang wajar. Taska yang hendak dikembangkan di kampung itu mungkin tidak perlu buat masa ini, tetapi kelas Tadika khas untuk kanak-kanak berumur 6 tahun amat perlu sebagai persediaan untuk ke sekolah rendah. Saya rasa gejala seumpama ini akan menyebabkan rakyat akan menjauhi BN dan UMNO jika tidak ditangani dengan bijak. Wallahualam bisawab.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan