Rabu, 5 Januari 2011

Janji Ahli Parlimen Tenom yang indah-indah.






Beginilah Keadaan Parit yang menyulitkan beberapa orang penduduk kampung Paguokon. Parit yang tidak sempurna ini memerlukan bantuan kerajaan.




Semasa kempen pilihan raya pada 2004, saya begitu simpati dengan calon pada waktu itu iaitu YB Raime Unggi. Semasa berucap tangan terketar-ketar dan lidah kelu untuk berkata-kata. Beberapa orang pemimpin UMNO pada waktu itu termasuk Datuk Rizalman mensihatkan beliau  selepas keluar dari Dewan Jinuin Jimin. Datuk Rizalman menyarankan agar Raime Unggi merayu pengundi-pengundi supaya memberi peluang kepada beliau untuk berbakti kepada mereka. Jelas sekali pada waktu itu Raime Unggi mengangguk-anggukkan kepala menandakan beliau faham. Tetapi ketika di Dewan Melalap, saya dan beberapa orang yang turut serta dalam rombongan itu amat terkejut. Saya menjangkakan beliau akan berucap panjang lebar untuk meraih sokongan rakyat Melalap. Ternyata tanggapan kami meleset. Setelah beliau dijemput, beliau memperkenalkan diri bahawa beliau dilahirkan di Kampung Mandalom, berbangsa Murut dan kini menetap di Kampung Mamaitom Kemabong. Bekerja di pejabat Daerah Kecil Kemabong sebagai Pegawai tadbir."Dengan pengenalan diri tadi saya harap tuan undilah saya, sekian terima kasih". Sebelum beredar beliau memohon maaf kerana tidak bersama dalam majlis itu sehingga selesai kerana beliau perlu ke tempat lain. Setelah beliau beredar, tiba giliran Datuk Raden Maleh berucap maka Datuk Raden pun bangun dan menyampaikan ucapan dalam bahasa Murut. Beliau memberikan sedikit ulasan tentang ucapan paling singkat Raime Unggi yang maksudnya lebih kurang macam ini " Saya menasihatkan anak-anak muda bahawa menjadi YB bukanlah mudah, bercakap pun tangan terketar-ketar jadi janganlah beria-ia menjadi calon".
        Demikianlah sedikit catatan tentang ahli parlimen P181 Tenom. Saya tidak berniat untuk mengaibkan  ahli parlimen dengan ucapan singkat tersebut, tetapi kenapa peristiwa itu saya masih saya ingat sampai hari ini kerana pada waktu itu pengalaman politik beliau amat cetek. Kalau dibandingkan dengan beberapa nama lain ternyata perbezaan itu bagai langit dengan bumi. Yang positifnya ialah beliau tidak pandai berbohong. Beliau tidak pandai menaburkan janji yang muluk-muluk dan kemudiannya hilang selepas menang dalam pilihan raya. Sikap tidak pandai berbohong itu menarik hati pengundi dan rakyat Tenom untuk memberi runag kepada beliau untuk menjadi ahli Parlimen paling muda pernah dilahirkan di daerah ini. Namun sikap  yang kelihatan amanah dan jujur itu rupanya tidak berpanjangan. Selepas satu penggal menjadi MP banyak janji yang ditaburkan dengan mudah tetapi sukar pula ditunaikan. Menurut seorang bekas pekerja pejabat perhubungan Parlimen Tenom yang tidak mahu namanya disebutkan, YB Raime Unggi terlalu banyak janji kepada rakyat Tenom yang tidak dapat ditunaikan sehingga hari ini. Bahkan semua penduduk kampung bekas kakitangan pejabat Perhubungan Parlimen P181 itu berjanji akan memberikan sokongan kepada parti lain jika Raime Unggi terus dikekalkan sebagai calon parlimen atau adun dalam pilihan raya ke-13 kelak. Bahkan sebahagian besar daripada penduduk kampung bekas pekerja tersebut telah keluar dari parti asalnya dan masuk parti  lain. 
     Mendengar luahan bekas pekerja tersebut, seorang penduduk kampung saya juga menceritakan kepada kami bahawa Raime Unggi memanag seorang yang mudah menabur janji tetapi amat sukar untuk melaksanakannya. Bekas Ketua Pemuda Cawangan UMNO kampung saya menyatakan pernah memohon gelanggang kepada Raime Unggi sebelum pilihan raya 2008, YB Raime Unggi telah berjanji akan memberikan peruntukan untuk membina gelanggang tersebut bahkan telah menandatangani surat permohonan itu dan menulis perkataan telah dilulusan. Menurut cerita bekas ketua pemuda cawangan tersebut hadirin pun amat gembira dengan perkhabaran yang menggembirakan itu. Ahli parlimen sebelum ini biasanya sukar untuk berjanji. Beliau kerap mengungkapkan perkataan, tengoklah kalau peruntukan tahun ini mencukupi. Kalau tidak kita temgok tahun depan. Tetapi kemudian bekas ahli parlimen itu akan menunaikan apa yang dipohon oleh penduduk kampung. Bekas ahli Parlimen tidak mudah menjanjikan sesuatu manakala ahli parlimen yang menjadi pilihan pucuk pimpinan kini mudah berjanji tetapi hasilnya nihi.Nul. Habuk pun tarak. Yang kaya dan sapu projek ialah ipar beliau.
    Sebagai ahli UMNO dan seorang yang pernah menjadi pengikut YB Raime, ahli parlimen ini juga masih ada hutang janji kepada saya dan penduduk kampung yang masih belum atau tidak mampu ditunaikan oleh beliau. Maklumlah mungkin saya atau mungkin penduduk kampung tidak pernah menjanjikan bentuk balasan sekiranya beliau melulusakan permohonan kami. Selepas pilihan raya 2004, saya menghantar surat permohonan pembinaan parit kampung agar air kumbahan khususnya air mandian, basuhan dan sebagainya dapat dialirkan dengan lancar dan tidak mengganggu keselesaan penduduk kampung. Air yang bertakung juga ditakuti menyebabkan pembaikan nyamuk aedes  yang boleh memudaratkan kesihatan penduduk kampung. Selepasa hampir satu penggal menjadi ahli parlimen, ketika saya merujuk permohonan itu YB Raime Unggi menyatakan bahawa permohonan itu sudah diluluskan, tiada masalah. "Tunggu sahaja," katanya. Selepas pilihan raya ke-12 janji itu hanya tinggal janji. Ketika diajukan oleh Timbalan pengerusi JKKK pada  masa itu, beliau menyarankan agar permohonan baru dibuat. 
     Bila difikirkan apakah perlunya permohonan baru itu? Kalau sudah tahu masalah yang dialamai oleh penduduk kampung sepatutnya kakitangan beliaulah yang perlu bertindak. Atau inilah kaedah yang mungkin beliau gunakan untuk mengelakkan diri daripada janji yang dibuat.  Inilah peimpin yang dikatakan oleh Musa Aman sebelum pilihan raya ke-12 lalu bahawa mereka yang dipilih adalah calon yang terbaik. Sepanjang saya yang meneganli arena politik, pada saya Datuk Rizalman adalah satu-satunya ahli parlimen yang terbaik pernah dilahirkan di Tenom manakala Datuk Kadoh Agundong adalah satu-satunya Adun yang amat prihatinn dan penyayang. Mereka mempunyai kelebihan berbanding YB-YB yang ada pada hari ini. Rakyat Tenom masih merindui pemimpin seperti itu, cuma golongan bawahan dan orang-orang kanan merekalah yang telah menyebabkan mereka terpaksa dilupakan. Saya harap pucuk pimpinan tertinggi UMNO perlu berhati-hati ketika memilih calon. Sediakan senarai calon yang boleh diketengahkan agar tiada lagi calon bidan terjun seperti YB Raime Unggi.




    

3 ulasan:

semut merah berkata...

we

semut merah berkata...

Nk tanya sikit la saudara PA, parit belakang ruma sapa tu yg saudara ambil utk dijadikan bahan bukti??.....hehehe kasihan dia....kenapa x ambik gambar rumah-rumah penduduk semambu dan katubu yg telah dipasangkan sistem solar. Kenapa x paparkan bagaimana penduduk kampung2 berkenaan selama ni bergelap x sapa nk tahu...Dtk Raime jugak yg perihatin. Dtk Rizalman ada bt apa2?.....itu ka yg jadi idola saudara?....hehehe kesiannnn...

sembilu berkata...

memang jelas saudara ini adalah seorang penentang Datuk Raime. Jangan suka menghina orang, sedangkan dia tidak pernah memburukkan sesiapa pun, yang dia tahu hanya menjalankan tugasnya sebagai seorang wakil rakya. Seingatan saya pada pilihanraya ke 11 iaitu pada tahun 2004, memang benar dia hanya memperkenalkan dirinya saja dan tidak berkata soal politik semasa kempen tapi itu lah yang diarahkan kepadanya oleh orang atasan pada masa itu kerana takut memburukkan lagi keadaan di masa itu, di mana mantan MP waktu itu Rizalman telah banyak menabur janji dan tidak di tepati, sehinggakan banyak rungutan dari orang kg, yang tidak berpuas hati. Untuk kemenangan BN, calun datuk Raime hanya di arah memperkenalkan dirinya saja, tidak lebih daripada itu. Soal tangan terketar-ketar dan lidah keluh untuk berkat-kata, itu adalah bohong semata-mata. Jangan lah terlalu menghina orang, nanti ketulahan..berkenaan dengan janji yang konon di taburkan oleh Datuk Raime, sebenarnya itu permohonan orang kg, memang setiap permohonan hendaklah di layan dan akan dilaksakan tetapi juga hendaklah mengikut keutamaan. Parlimen Tenom luas, peruntukan yang diberi pun tidak mencukupi, jesteru itu perlaksanaan tidak akan dapat dibuat serentak, jangan lah asyik menyalahkan wakil rakyat saja, jika benar anda memuji Rizalman, kenapa dia tidak dapat menyelesaikan masalah itu sewaktu dia menjadi calun. Sedangkan sewaktu 2004 dia hanya meninggalkan separuh peruntukn MP waktu itu kepada Datuk Raime yang lain telah beliau gunakan. Fikirlah...