Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sempena kehadiran tahun 2011 ini, saya mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan Selamat Tahun Baru kepada pengunjung blog saya ini. Semoga kedatangan tahun 2011 ini akan membuka lembaran baru dalam kehidupan kita. Semoga hidup kita akan lebih ceria dan selesa dalam pada thun ini. Saya juga berharap suasana serta keamanan dan keharmonian negara akan lebih baik daripada tahun-tahun sudah. Jenayah di negara ini benar-benar dapat dikurangkan oleh pihak berkuasa khususnya PDRM yang pada pandangan umum lebih sibuk berpolitik dan menekan beberapa pemimpin parti politik berbanding mencegah jenayah yang sebanar. Jenayah yang selama ini difokuskan oleh PDRM tidak menyebabkan orang awam berada dalam keadaan ketakutan dan fobia. Pemimpin-pemimpin politik yang dilihat menguggat kerajaan ditekan dan ditahan sehinggakan amggota keselamatn lupa kepada tugas asas mereka iaitu menjamin keselamatan kepada seluruh rakyat. Saya harapa perkara ini tidak akan berlaku lagi sehingga timbulnya label bahawa PDRM itu adalah satu cawangan UMNO. Tindakan PDRM pada masa lalu menjadikan rakyat umum amat membenci kerajaan dan pemimpin kerana dilihat terlalu memperalatkan PDRM. Saya harap persepsi rakyat ini dapat diubah menjelang tahun 2011.
Persepsi yang buruk terhadap PDRM menyebabkan kerajaan dan pemimpin sering dipersalahkan. Oleh kerana itu, saya harap pemimpin-pemimpin kerajaan dapat mengasingkan perkara yang berkaitan dengan politik dengan beberapa tindak-tanduk mereka yang ada kaitan dengan kerajaan. Kerajaan yang mentadbir negara harus tahu membezakan kedudukan diri sebagai seorang pemimpin politik dan juga sebagai seorang pemimpin kerajaan. Bila mereka duduk sebagai pemimpin kerajaan, bermakna tanggungjawab mereka bukan untuk ahli-ahli atau penyokong BN sahaja bahkan mereka perlu menjaga kebajikan rakyat tanpa mengira anutan politik, agama, warna kulit, pangkat, darjat dan sebagainya. Saya juga berharap pada tahun 2011 ini, pemimpin-pemimpin yang teraju kepada kerajaan bertindak sebagai pemimpin yang profesional. Tahu tanggungjawab. Sebenarnya kami sebagai rakyat sudah terlalu muak dengan cerita-cerita politik. Apa yang penting bagi kami ialah boleh hidup aman damai, harmoni dan kos hidup tidaklah terlalu membebankan seperti hari ini. Sekian wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan