Ahad, 24 Oktober 2010

PILIHAN RAYA BATU SAPI


P185 BATU SAPI
(26,004)
1. Chung Kwong Wing (Bebas)
2. Edmund Chong Ket Wah
    (BN)
5,771
9,479
B. Islam 60.1%
B. Bukan  2.3%,
Cina 37.21%,
Lain-lain 0.34%
63.06%


Berdasarkan analisis pilihan raya ke-12, nampaknya pengundi Islam adalah golongan yang menjadi penentu dalam pilihan raya ini. Kedua-dua calon dalam pilihan raya lalu terdiri daripada suku kaum Cina. Saya tidak faham mengapa Barisan Nasional mengetengahkan calon dari suku kaum Cina sedangkan majoriti pengundi adalah bumiputera Islam. Adakah pengundi-pengundi Islam di Parlimen Batu Sapi ini orang tempatan atau orang asing seperti mana yang didakwa oleh sesetengah pihak? Kalau berdasarkan sentimen keagamaan, sudah pastinya calon PKR, Ansari Abdullah ada potensi untuk menang. Sebaliknya jika pemilih memilih wakil mereka berdasarkan populariti dan kewibawaan, sudah pastinya mereka akan memilih Yong Teck Lee. Presiden SAPP. Yong Teck Lee bukan sahaja berani malah sanggup menantang arus untuk mencapai hasratnya. Buktinya, tindakan beliau membawa partinya keluar daripada Barisan Nasional. Perkhidmatan beliau sebagai wakil rakyat juga agak cemerlang. Tetapi sekiranya pengundi-pengundi lebih kepada sentimen anak tempatan, maka peluang  Datin Linda Tsen Thau Lin untuk menang adalah cerah. Tambahan pula pasti ada rakyat yang bersimpati dengan beliau. Dalam kalangan rakyat tempatan khususnya Kadazan-Dusun, mereka masih setia terhadap Datuk Pairin. Faktor ini akan menyebabkan pengundi dari suku kaum tersebut akan memberikan undi kepada Datin Linda Tsen Thau Lin.
     Manakala Ansari Abdullah pula sepatutnya mempunyai peluang yang lebih cerah kerana majoriti pengundi Parlimen Batu Sapi adalah beragama Islam. Adakah kemungkinan sentimen kegamaan boleh menjadi elemen penting dalam PRK Batu Sapi? Marilah kita sama-sama menunggu keputusannya?

Khamis, 21 Oktober 2010

Ucapan Ketua Pemuda UMNO

Saya tidaklah mengikuti sepenuhnya ucapan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin, namun saya sempat mendengar ucapan beliau dalam sedutan berita di TV 9. Antara perkara yang menraik hati saya sebagai ahli UMNO dan rakyat biasa ialah berkaitan isu politik sate. Saya bersetuju dengan beliau bahawa amalan politik sate dalam parti UMNO memang berleluasa dan amalan ini menyebabkan ramai kalangan rakyat yang cuba menjauhi parti UMNO khususnya generasi baru. Namun amalan ini sebenarnya sudah mendarah daging dalam budaya berpolitik UMNO dan bukan mudah untuk mengubahnya. Perubahan boleh dilakukan jika pemimpin-pemimpin UMNO yang ada pada hari ini mengubah amalan ini kerana kebanyakan yang berada dalam pucuk kepimpinan hari ini adalah antara yang mengamalkan budaya yang tidak sihat ini.
Termasuklah Khairy Jamaluddin, sama ada beliau sedar atau tidak, beliaulah yang perlu menjadi contoh kepada orang bawahannya khususnya golongan belia bak kata orang kepimpin melalui teladan. Saya harap seruan itu bukan sahaja ditujukan kepada orang lain tetapi seruan itu sepatutnya  lebih kepada untuk memperbaiki diri sendiri.

     Selain itu, ketua pemuda itu juga ada menyebut  tentang perkhidmatan pemimpin-pemimpin khususnya UMNO, menurut beliau pemimpin  wajarlah berkhidmat secara ikhlas dan amanah kepada rakyat. Kebajikan rakyat itu perlu diutamakan dan bukan setakat cuma dibibir sahaja sebagai amalan mereka selama ini. Mereka sebenarnya memahami ini tetapi jika diteliti ada kalanya pemimpin-pemimpin ini bertindak bodoh dan tidak faham. Lepas perhimpunan, segala usul yang dibentang dan dibincangkan hanya tinggalan kenangan. Mereka akan kembali kepada sikap dan amalan lama. Oleh kerana itu pemimpin-pemimpin UMNO tidak harus menyalahkan ahli-ahli UMNO akar umbi jika sebahagian besar daripada mereka mula beralih sokongan dan perhatian kepada pemimpin-pemimpin pembangkang. Amalan menyalahkan orang lain tidak harus menjadi budaya mereka. Pemimpin-pemimpin UMNO patut bermusahabah diri secara ikhlas dan jujur apa yang telah mereka lakukan selama ini. Rakyat menyokong pembangkang bukan kerana pemimpin-pemimpin pembangkang yang hendak memusnahkan Parti UMNO itu tetapi kerana sebahagian besar  pemimpin UMNO  hari ini  cakap lain tetapi buat lain. Tidak perlulah saya ulas panjang lebar tentang perkara ini tetapi apa yang jelas ucapan pemimpin UMNO hari ini tidak lagi mampu mempengaruhi sokongan dan perhatian rakyat bawahan kerana mereka cuma cakap tetapi perlaksanaannya nihi. Indah khabar dari rupa.

Selasa, 19 Oktober 2010

Terima Kasih kepada Lim Guan Eng

Bajet 2011: Lim Guan Eng Bela Kakitangan Awam Serta Gesa Kerajaan Kaji Semula Kenaikan Elaun JKKK Dan Pembinaan Projek Warisan Merdeka !!

KUALA LUMPUR, 18 Okt [9.30 pm] - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (foto), menggesa kerajaan mengkaji semula kenaikan elaun kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), pembinaan projek mega namun tiada pemberian bonus kepada kakitangan awam. Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, keputusan kerajaan menaikkan elaun JKKK namun tidak memberikan bonus kepada kakitangan awam menimbulkan rasa tidak senang di kalangan rakyat di negara ini. “Kita mendapat maklum balas yang negatif daripada rakyat kerana mereka rasa kurang senang hati dengan Belanjawan 2011. “Saya tidak faham mengapa kerajaan boleh menaikkan elaun JKKK daripada RM450 kepada RM800 sedangkan mereka tidak mampu membayar bonus kepada kakitangan awam. “Bukan itu sahaja, kerajaan mahu membina bangunan Warisan Merdeka berharga RM5 bilion. Kita harap perkara ini dapat dipertimbangkan semula. Kalau elaun dinaikkan ia perlu diberikan kepada semua. Kalau tak ada tak perlu beri,” katanya. Beliau berkata demikian, sebagai mengulas pembentangan Bajet 2011 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang memberikan kenaikan elaun bulanan Pengerusi JKKK dan Pengerusi Kampung Baru kepada RM800 sebulan berbanding RM450 pada masa ini, bagi menghargai peranan mereka sebagai pemimpin masyarakat. Bukan itu sahaja, kerajaan turut meluluskan projek bersepadu yang dinamakan Warisan Merdeka itu dibangunkan oleh Permodalan Nasional Berhad akan mengekalkan Stadium Merdeka, Stadium Negara termasuk pembinaan sebuah menara 100 tingkat di Malaysia. Malah Setiuasaha Agung DAP itu juga menyelar tindakan kerajaan menaikkan cukai perkhidmatan sebanyak 6 peratus. “Kenaikan cukai ini akan hanya membebankan golongan miskin kerana mereka tidak mampu untuk menampung kenaikan kos perkhidmatan tersebut. “Ini adalah bentuk hiburan kepada orang miskin. Kita harap ia boleh dikaji semula, kerana ini akan menembahkan beban kepada rakyat Malaysia sebanyak RM597 juta dengan kenaikan cukai perkhidmatan ini,” katanya.
[Sungguh menarik tatkala melihat apa yang diperkatakan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang ini. Biarpun beliau kini diasak dengan berbagai isu termasuk wang haram, namun keprihatinannya terhadap kakitangan awam amatlah dihargai. Malah, Kerajaan Negeri Pulau Pinang adalah Kerajaan Negeri yang pertama memberikan bonus kepada kakitangan awam di negeri itu. Maknanya Lim Guan Eng lebih mendahulukan rakyat daripada apa yang diwar-warkan oleh Kerajaan UMNO BN sebenarnya. Soalnya sekarang, nama pergi pemimpin UMNO BN. Kenapa mereka semua menikus dan tidak mahu membela kakitangan kerajaan?. Apakah mereka takut untuk memperjuangkan isu ini memandangkan ia idea Perdana Menteri?. Ternyatalah pemimpin UMNO BN adalah jenis "pak turut" belaka biarpun mereka melaung-laungkan kononnya berkerja untuk membela rakyat itu sendiri].
Menyentuh tentang bonus, memang benar sejak akhir-akhir ini pemimpin-pemimpin pembangkang lebih ke hadapan berbanding pemimpin-pemimpin Barisan Nasional. Kenyataan Menteri Besar Pulau Pinang, Lim Guan Eng tentang bonus kakitangan awam memperlihatkan keprihatinan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat berbanding pemimpin pemerintah. Selepas pilihan raya ke-12, kelantangan Ghapur Salleh menyuarakan rasa tidak puas hatinya terhadap peruntukan yang disalurkan oleh kerajaan persekutuan kepada Sabah telah melonjakkan nama beliau sebagai pemimpin yang prihatin terhadap rakyat. Beliau juga dilabelkan sebagai pemimpin yang berani dan bukan pak turut. Manakala tindakan Datud Zahid Ibrahim keluar UMNO dan menyertai Parti Keadailan  semata-mata tidak bersetuju dengan ISA menyebabkan golongan muda dan rakyat Malaysia melihat beliau sebagai pejuang sejati. Beginilah jenis pemimpin yang dikehendaki di alaf milenium ini, bukan pemimpin yang kaki bodek dan pak turut. Datuk Seri Anwar Ibrahim pula menjadi pemimpin idola rakyat kerana sikap dan kelantangannya membel;a nasib rakyat sekali pun beliau dituduh dan dibicarakan dengan pelbagai tuduhan yang menjijikkan. 
    Demikianlah penilaian rakyat terhadap pemimpin hari ini. Mereka yang prihatin dan ikhlas memperjuangkan nasib rakyat akan dipandang tinggi. Tidak kiralah mereka di pihak mana, kerajaan atau pembangkang, yang penting ialah kebajikan rakyat sepatutnya menjadi prioriti. Rakyat didahulukan dan bukan sebaliknya. Bajet 2011 yang disifatkan oleh sesetengah pihak sebagai bajet prihatin, nampaknya tidaklah sebenarnya  memperlihatkan keprihatinan kerajaan. Sagu hati RM1,000 kepada kakitangan kerajaan termasuk sebelum Hari Raya yang lalu, tidaklah menggembirakan mereka sebenarnya. Maklumlah selepas minyak petrol dan diesel dinaikan hampir sekali ganda, nilai RM500 itu sebenarnya terlalu kecil berbanding harga barangan yang sangat tinggi hari ini. Seluruh kakitangan kerajaan tidak kira yang berpendapatan tinggi ata sebaliknya, sebenarnya mengharapkan gaji dinaikkan untuk mengimbangi kenaikan harga barang sejak zaman Pak Lah. Malangnya, kerajaan amat liat dan tidak menghiraukan harapan tinggi kakitangan awam ini. Nampaknya Perdana Menteri cuba mengulangi kesilapan Pak Lah sebelum pilihan raya ke-12 lalu, akibatnya kedegeilan Pak Lah memberikan bonus dengan alasan kebudak-budakan dibalas dengan undi terhadap Pakatn Rakyat. Apakah Datuk Seri Najib cuba mengulangi perkara yang sama? Hari ini kakitangan kerajaan amat terdedah dengan pelbagai maklumat. Mereka boleh berfikir dengan rasional dan tidak mudah digabui dengan pelbagai alasan. Kerajaan tidak sanggup membayar bonus atau menaikkan gaji tetapi sanggup pula berbelanja berbilion ringgit untuk membina menara yang dilihat sebagai satu pembaziran. Saya harap pemimpin-pemimpin kerajaan benar-benar membela dan mengutamakan rakyat, bukan setakat slogan semata-mata. 

BAJET 2011: SKIM RUMAH PERTAMA - BAIK DAN BURUKNYA

Pasti ramai yang senyum dan ada juga yang tak berapa suka. Biasalah, tak semua hati boleh dipuaskan. SKIM RUMAH PERTAMA yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri yang secara kasarnya memberi peluang kepada orang ramai yang mempunyai pendapatan isi rumah di bawah RM3000 memiliki rumah pertama mereka tanpa perlu membayar downpayment 10% seperti yang menjadi amalan pinjaman perumahan sebelum ini. Ini adalah satu langkah yang positif jika dilihat secara kolektif tetapi boleh jadi sebaliknya juga, bergantung kepada bagaimana ianya diambil.

Ia Memberi peluang kepada lebih ramai orang memiliki rumah, terutama kepada mereka yang baru nak mula berkerjaya. Mereka tak perlu lagi menunggu sehingga beberapa tahun untuk mengumpul downpayment 10% dan tak perlu membazir menyewa rumah dalam tempoh tersebut. Dengan cuma mengisi dan menandatangani beberapa keping borang, seseorang itu sudah dapat memiliki rumah kediaman sendiri. Cuma yang perlu dirisaukan ialah bayaran bulanan. 

Skim 0% ini sama seperti skim 0% downpayment pembelian kereta. Kasan paling ketara skim ini kepada pembeli kereta ialah: Banyak kereta yang ditarik oleh bank sebab kegagalan pembeli membayar bayaran bulanan. Dalam kes Skim Rumah Pertama pula, belum diketahui nasib bakal-bakal pembeli tentang bagaimana mekanisma penampan untuk mengelakkan senario yang sama berlaku kepada pinjaman perumahan. Sekiranya makanisma atau syarat pembelian sama seperti kenderaan, mungkin ramai antara pemilik rumah yang tidak mampu membayar bulanan perumahan akan kehilangan tempat tinggal. Kita tak mahu ianya berlaku kerana ianya akan merugikan dan membawa kepada bank tarik semula rumah dan siap sedia untuk dilelong.

Dalam kes ini, semua semua orang kena berhati-hati dan menbuat pengiraan (merangka bajet) secara terperinci agar tidak memerangkap diri dalam keberhutangan yang tinggi. Dengan kemudahan down payment 0%, mausia kadangkala terlupa akan hal hal kecil yang boleh membebankan penghutang terutama yang berpendapatan sederhana. Kiralah pendapatan sendiri, tolak pinjaman dan perbelanjaan yang tak tersenarai dalam slip gaji tu. Misalnya belanja minyak, makan minum anak bini, bil-bil utiliti dan lain-lain lagi.

Bagi orang yang berotak geliga, anda mempunyai peluang keemasan untuk mengumpul aset (harta). Bagaimana? Fahami konsep ini sebelum membuat keputusan yang boleh merubah masa depan anda menjadi lebih cerah atau sebaliknya.

ASET     ialah rumah yang membuatkan duit MASUK ke poket
LIABILITI ialah rumah yang membuatkan duit KELUAR dari poket

Ini ideanya secara teori: Rumah yang anda beli dengan pinjaman untuk didiami jika dikira dalam definisi ini adalah LIABILITI dan rumah yang anda beli dengan pinjaman untuk disewakan adalah ASET. Jadi anda boleh menggunakan Skim Rumah Pertama untuk membina aset anda dan membuat pinjaman yang lain untuk membeli rumah sebenar anda, tapi anda kena bijak merangka dalam kes ini kerana anda bakal mempunyai 2 rumah!

Isnin, 18 Oktober 2010

Jamawi Japar, Pemimpin Muda Yang Berpotensi.

Ketua Pemuda UMNO Tenom dilihat ramai sebagai anak muda yang berkaliber dan berpotensi untuk menjadi pemimpin untuk menggantikan YB Raimi Unggi atau Datuk Rubin Balang. Datuk Rubin Balang yang sudah terlalu lama menjadi wakil rakyat seharusnya dipencenkan. Ini kerana dalam tempoh 4 penggal beliau mewakili rakyat Kemabong, beliau gagal memperbaiki hidup rakyat yang diwakilinya. Selepas pilihan raya, bukan sahaja beliau menghilangkan diri bahkan juga nombor handphone pun ditukar agar tidak dapat dihubungi oleh rakyat. Kemahiran yang ada pada beliau ialah memainkan isu sensitif setiap kali pilihan raya. Kononnya dialah pejuang tulen agama Kristian. Masyarakat Murut yang masih mudah diperkotak-katikkan mudah terpengaruh dengan apa yang diperkatakan oleh beliau. Dari sudut yang lain, keberanian beliau menyertai UMNO dan BN semasa era kerajaan PBS menyebabkan UMNO dan Barisan Nasional sangat terhutang budi kepada beliau. Saya perecaya segala kehendak dan kemahuan Datuk Rubin Balang akan dituruti oleh pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO sekali pun rakyat sudah muak dengan perkhidmatan beliau yang tidak memuaskan itu. Datuk Raimi Unggi pula sekalipun baru masuk penggal kedua menjadi wakil rakyat, beliau sudah menimbulkan pelbagai persepsi negatif kepada dirinya sendiri dengan mengamlakan sikap kronisme yang melampau-lampau. Banyak projek kerajaan yang diserahkan kepada ipar dan ahli keluarganya sehingga dihgelar YB LANGO yang bermaksu yb ipar dalam pilihan raya ke-12 yang lalu. Beliau juga dikatakan mudah menabur janji tetapi sukar pula menunaikannya. Berdasarkan gelombang politik yang berlaku di Semenanjung, ramai berpendapat bahawa sekiranya Datuk Raimi Unggi dicalonkan semula, harapan beliau untuk menang amat sukar. Rakyat Sabah mula meyakini keupayaan Pakatan Rakyat mentadbir negara. Tambahan pula banyak dasar kerajaan BN hari ini yang membebankan rakyat. Kakitangan awak pula sering mengeluh gaji sudah terlalu kecil berbanding dengan kenaikan kos hidup yang sudah melambung tinggi sejak minyak naik secara mendadak. Dalam keadaan orang kampung terbeban dengan kenaikan minyak ini, Datuk Rubin Balang, Datuk Raimi Unggi dan Datuk Raden Maleh terus membiarkan rakyat Tenom ditindas oleh LIGS dengan harga getah yang jauh lebih murah berbanding di Semananjung. Mengapa ketiga-tiga wakil rakyat ini terus membisu sedangkan mereka tahu bahawa punca pendapatan utama penduduk Tenom ialah kebun getah. Sepatutnya mereka menyuarakan perbezaan harga ini jika mereka benar-benar prihatin terhadap keperluan rakyat yang mereka wakili.
     Oleh kerana ketiga-tiga pemimpin ini  gagal menggalas harapan rakyat Tenom, maka ada baiknya mereka  ini tidak lagi dicalonkan dalam PRU ke-13 akan datang. Sekiranya mereka dicalonkan, bermakna pemimpin-pemimpin BN sengeja mencari padah.

Pemimpin-pemimpin UMNO Sabah Yang Tamak.

Salah satu punca Sabah terus ketinggalan jauh ialah kerana sikap pemimpin-pemimpinnya yang tamak. Jika rakyat Malaysia serta negara ini dikatakan ketinggalan berbanding dengan negara-negara lain yang dulunya setaraf dengan kita, maka rakyat dan negeri Sabah amnya lebih jauh ketinggalan di belakang kerana sikap pemimpin-pemimpinnya yang tamak haloba. Semasa saya belajar pada tahun 80-an, menurut kajian geografi pada masa itu, Sabah adalah antara negeri yang terkaya di Malaysia. Kawasan hutan balaknya yang luas ditambah dengan royalti minyak yang cuma 5% yang diserahkan oleh Petronas kepada kerajaan negeri Sabah, sudah memadai menjadikan  Sabah antara negeri yang makmur. Sayangnya kemakmuran dan kekayaan negeri tidak dinikmati oleh rakyat seluruhnya. Sebaliknya pemimpin-pemimpin Sabah yang datang dan pergi silih berganti menjadi kaya raya dan hidup bermewah-mewah.
     Mereka tahu dan sedar bahawa rakyat Sabah terlalu bodoh dan mudah diperdayakan dengan pelbagai janji dan putar belit. Kerakusan dan ketamakan pemimpin-pemimpin Sabah mengaut kekayaan negeri menyebabkan hari ini Sabah adalah antara negeri yang termiskin di Malaysia. Kerajaan Sabah kini terpaksa mengemis dan memohon bantuan dan ehsan daripada kerajaan pusat untuk membantu rakyatnya yang seakan-akan baru bangun daripada lena yang panjang. Rakyat Sabah yang mula sedar dengan kerakusan pemimpin-pemimpinnya pada hari ini, mudah pula dipancing dengan nilai wang ringgit dan projek-projek, walhal projek-projek besar terus dibolot oleh pemimpin-pemimpin.
Saya ambil satu contoh, mengapa kontraktor-kontraktor kelas F kurang kerja atau projek  yang sesuai dengan pemegang lesen kelas F di negeri  ini. Salah satu sebab utamanya ialah kerana  pemimpin-pemimpin BN Sabah khususnya UMNO telah mengambil kerja-keraj yang seharusnya dilaksanakan oleh pemegang lesen kelas F dan diserahkan kepada syarikat-syraikat besar yang kebanyakannya dimiliki oleh pemimpin-pemimpin utama ini.
     Syarikat Kekal Mewah, Lintasan Resource, serta dua buah lagi syarikat besar miliki pemimpin utama BN Sabah serta kroninya telah menandatangani perjanjian dengan kerajaan negeri untuk melaksanakan kerja-kerja pembersihan jalan-jalan raya di Sabah dalam tempoh 15 tahun. Kerja-kerja tersebut sebenarnya sudah cukup untuk kontraktor-kontraktor kelas F jika kerajaan hari ini benar-benar mahu membantu kontraktor-kontraktor kelas F ini secara ikhlas. Sayangnya peluang tersebut telah dirampas dengan pelbagai dasar kerajaan yang hanya menguntungkan mereka dan kroni sahaja. Dan adalah mustahil untuk kontraktor-kontraktor kelas F ini melaksanakan pula kerja-kerja yang bernilai jutaan ringgit. Dimanakah logik dan munasabahnya dasar kerajaan BN Sabah hari ini. Saya fikir kerja-kerja memotong rumput di bahu jalan tidak perlu menggunakan syarikat besar seperti dilaksanakan hari ini. Apakah kerja-kerja sedemikian juga memerlukan jurutera yang tidak dimiliki oleh kontraktor-kontraktor kelas F?  Nampaknya sikap rakus dan tamak haloba pemimpin terdahulu terus diwarisi oleh pemimpin-pemimpin BN hari ini. Ini cuma satu daripada banyak dasar yang dilaksanaklan oleh kerajaan BN untuk membantu kroni serta memenuhkan kocek mereka sendiri. Hasil dasar ini ialah kerja-kerja kontraktor kelas F berkurang dan susulan daripada itu juga ialah pembakuan permohonan lesen kontraktor kelas F. Sudah hampir dua penggal lesen kelas F dibakukan, namun rakyat masih belum insaf bahawa pemimpin BN hari ini adalah pemimpin chauvinstik. Pemimpin yang cuma memikirkan dasar yang boleh menguntungkan diri sendiri dan kroni. Jangan terperanjat jika suatu hari nanti lesen  kontraktor kelas F ini dihapuskan atau tiada lagi permohonan baru dibenarkan dan semua kerja yang berkaitan dengan pembinaan diserahkan kepada syarikat-syarikat  besar yang cuma mampu dimiliki oleh yb-yb dan kroni-kroni mereka. Rakyat Sabah khususnya perlu mengambil iktibar terhadap  kerakusan pemimpin terdahulu yang menyebabkan Sabah hari ini menjadi miskin dan berhutang. Sebagai rakyat yang cinakan nnegeri dan negara ini marilah kita menolak pemimpin-pemimpin seumpama ini pada masa akan datang.

Ahad, 17 Oktober 2010

Kelas F dan Dasar Kerajaan Yang Merugikan.

Bajet yang dilabelkan sebagai bajet syok sendiri bukan sahaja seperti tahun-tahun lalu, mendapat sanjungan dan pujian dari ahli-ahli akademik pengampu dan pengecut, terus mendapat respons sebaliknya daripada pihak pembangkag. Satu perkara yang menarik perhatian saya kali ini ialah berkaitan kontarktor-kontraktor  kelas F. Datuk Seri Najib dalam bajet tersebut mengumumkan tambahan peruntukan untuk kelas F. Tetapi dasar kerajaan hari ini yang membaku permohonan lesen kontraktor kelas F memperlihatkan bahawa dakwaan pemimpin-pemimpin pembangkang yang berpendapat bahawa UMNO dan kerajaan BN hanya menjaga segelintir masayarakat Melayu dan UMNO. Bukan semua orang Melayu dan bumiputera mendapat manfaat daripada dasar ini. Sampai bilakah kerajaan membakukan permohonan ini?
     Secara rasionalnya, jika kerajaan mahu membantu pemegang-pemegang lesen konytarktor  kels F, maka saya fikir cara menutup dan membakukan permohonan kelas F dalam tempoh yang agak lama bukanlah tindakan yang bijak sebaliknya tindakan ini menjelaskan bahawa kerajaan cuba menyekat peluang orang Melayu dan bumiputera yang benar-benar mahu menceburkan diri dalam bidang ini  secara serius. Saya fikir kerajaan patut memberikan tempoh kepada pemegang-pemegang lesen kontraktor kelas F. Misalnya kontraktor yang sudah lebih 5 tahun tidak perlu lagi menyertai cabutan projek. Jika ini dilakukan maka akan dapat dilihat siapa kontraktor yang benar-benar berminat dan berdaya saing. Dengan itu kontarktor ini mampu dan boleh menyumbangkan kepakaran dan kemhiran kepada negara sebaliknya kontraktor-kontraktor yang malas, tiada kemahiran dan  terlalu bergantung  kepada ehsan kerajaan serta tiada kesungguhan dalam bidang ini akan gulung tikar. Dengan itu kerajaan khususnya UMNO tidak perlu bersusah payah mendukung kontarktor-kontraktor yang tidak berdaya maju ini. Dan dalam masa yang sama juga, mereka yang benar-benar berminat dalam bidang ini boleh memohon tanpa sekatan.
     Perdana Menteri sering melaungkan bahawa rakyat sentiasa didahulukan, tetapi dasar begini wujud? Adakah mereka yang terlebih dahulu memohon lesen kelas F itu sahaja yang boleh dikategorikan sebagai rakyat? Sebenarnya dasar kerajaan hari ini terlalu keliru dan kadang-kadang tidak selaras dengan apa yang dijanjikan oleh pemimpin-pemimpin kerajaan.

Khamis, 14 Oktober 2010

Ingin Download Lagu-Lagu?

1. http://www.musik.am/news.html
2. http://vmp3.eu/
3. http://themes.stumpnet.net/
4. http://www.unity303.com/mp3/
5. http://audiozen.us/mp3/
6. http://www.mp3fusion.net/ftp/
7. http://christopherrpelly.myknet.org/Music/
8. http://www.anal0g.org/_aa_/
9. http://www.hav.com/junk/
10. http://209.142.155.49:8080/music/
11. http://tateam.free.fr/
12. http://ab.refcoord.com/
13. http://joebien.com/muz/Muz/
14. http://media.soundfixrecords.com/music/
15. http://papag.co.cc/music/

Pemilihan PKR Yang Kecoh.

Hari ini saya ingin mengupas sedikit tentang pemilihan Parti Keadilan Rakyat yang kecoh dan heboh di seluruh negara. Terpaparnya berita-berita tentang beberapa insiden yang melibatkan pemilihan dan pencalonan kepimpinan PKR di peringkat negeri dan pusat, membayangkan betapa parti reformasi itu mendapat sambutan yang menggalakkan. Liputan beberapa media khususnya media arus perdana tentang pemilihan itu sebenarnya membantu mempromosikan parti itu kepada rakyat. Daripada rasa tidak kisah kepada rasa ingin tahu. Ramai yang ingin mengetahui apa yang berlaku dalam PKR. Maka merekapun cuba mencari pelbagai maklumat tentang pemilihan itu dalam internet, media dan sebagainya. Rasa minat yang m,endalam ini membayangkan bahawa PKR mula diterima oleh semua pihak. Hebatnya unsur sabotaj dan rasa tidak puas hati ekoran pemilihan itu memberikan manifestasi bahawa PKR kini mula mengambil tempat parti UMNO. Hal ini kerana insiden-insiden sedemikian juga berlaku dalam UMNO. Kejadian ini sebenarnya tidaklah mengejutkan kerana PKR adalah parti yang tidak berasaskan agama. Lebih tepat lagi parti ini adalah parti sekular. Beza UMNO dan PKR ialah, PKR boleh bekerjasama dengan parti yang memperjuangkan ideologi  kegamaan khususnya Pas, sedangkan UMNO tidak demikian. Sejarah membuktikan bahawa pemimpin-pemimpin UMNO cakap lain, buat lain. Pemimpin-pemimpin UMNO kata main judi dilarang agama, tetapi dalam masa yang sama mereka menjadikan kelab-kelab perjudian itu sebagai sebahagian daripada cara untuk menambahkan kekayaan negara. Mereka kata rakyat didahulukan, tetapi realitinya bebanan rakyat keseluruhannya terus diabaikan. Pada waktu lain mereka seakan-akan ingin menjaga hati rakyat, dalam masa yang sama tindak-tanduk mereka mengguris hati rakyat.
     Kalaulah rakyat mula menerima PKR, ini kerana PKR belum teruji dan rakyat berpandangan bahawa tidak salah mencuba parti baru untuk mentadbir negara. Pemimpin-pemimpin baru ini biasanya tidak lupa diri, Mereka masih insaf dan sedar bahawa kuasa mereka bila-bila masa akan ditarik. Namun pemilihan PKR di peringkat cabang dan ranting mebayangkan bahawa gelagat pemimpin-pemimpin UMNO dan PKR dari sikap dan moral sama sahaja. Rakus dan gila kuasa. Kecuali Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang kelihatan tenang dan neutral, nampaknya pemimpin-pemimpin lain dalam PKR masih berebut-rebut hendak menjadi pemimpin. Perasaan ingin menjadi pemimpin itu bagus tetapi kalau terpaksa mengorbankan prinsip moral dan etika untuk diangkat menjadi  pemimpin, maka apakah bezanya pemimpin-pemimpin PKR hari dengan pemimpin-pemimpin UMNO dan Barisan Nasional? Oleh kerana itu, dalam hal ini saya lebih suka melihat apa yang berlaku dalam pas. Masih ada toleransi  dan mementingkan soal moral dan etika.
    

Bajet 2011, Pemimpin Kerajaan Syok Sendiri?

Assalamualaikum. Cuma bebarapa jam lagi bajet 2011 akan dibentang oleh Datuk Seri Najib. Sebelum bejat itu dibentangkan sudah timbul pelbagai pandangan dan pendapat tentang bajet itu. Bahkan sebahagian besar kakitangan kerajaan yang bukan sahaja mengharapkan bonus tahunan bahkan kenaikan gaji juga amat dinanti-nantikan. Maklumlah kuasa beli mereka merosot sejak Pak Lah menaikkan harga minyak secara mendadak. Bagi kakitangan kerajaan, siapa pun yang mentadbir negara mereka tidak kisah, tapi apa yang lebih penting bagi mereka ialah keselesaan hidup terjamin. Pendapatan yang berpatutan dan seimbang atau selaras dengan kos hidup amat diharapkan oleh mereka. Namun begitu, ramai juga yang berpendapat bahawa bajet kerajaan tidak lebih daripada bajet untuk mengisi kantung Pak-pak Menteri. Biasanya bajet itu akan lebih banyak manfaatnya kepada kerajaan dan pemimpin-pemimpin kanan kerajaan. Manakala rakyat marhaen hanya akan mendapat sedikit manfaat. Misalnya, dulu dalam zaman Mahathir dan Anwar Ibrahim, oleh kerana lebihan pendapatan pada masa itu berlebihan, maka bonus sebulan gaji diberikan kepada kakitangan kerajaan. Maka bergembiralah kakitangan awam di seluruh negara. Hari ini Najib lebih cenderung memberikan sagu hati kepada kakitangan kerajaan kerana sagu hati ini jumlahnya lebih kecil dan sudah pasti wang yang dapat dijimatkan daripada pembayaran bonus itu digunakan untuk tujuan lain, yang pastinya untuk menambah peruntukan kepada kementerian-kementerian tertentu. Tapi malangnya peruntukan yang besar kepada jabatan dan kementerian tertentu itu, lebih banyak manfaatnya kepada kontarktor-kontraktor. Banhyak manfaat kepada kontarktor-kontraktor bermakna banyak juga manfaatnya untuk YB-YB yang mengaharpkan komisyen daripada sesetengah kontarktor.
     Inilah realiti yang berlaku setiap kali bajet dibentangkan. Walaupu profesor-profesor kangkung dan ahli-ahli akademik mendakwa bahawa  bajet yang dibentangkan memberikan manfaat kepada semua pihak, namun realitinya, rakyat terbanyak seringkali menganggap bajet yang dibentangkan itu tidak lebih daripada bajet syok sendiri. Hal ini kerana sperti yang saya katakan tadi, bajet itu tidak lebih daripada usaha untuk mengisi kantung dan kocek pak-pak menteri. Rakyat cuma dapat manfaat yang sedikit, tetapi manfaat besarnya lebih kepada YB-YB. Manfaat yang diberikan kepada rakyat itu tidak lebih daripada usaha untuk menggabui mata mereka sahaja. Jadi selepas pembentangan petang ini, cubalah teliti dan perhalusi bajet kerajaan. Siapa yang mendapat manfat yang paling banyak. Adakah rakyat keseluruhannya?

Rabu, 13 Oktober 2010

Apakah Sejarah Kerajaan Berjaya Akan Berulang Lagi?

KUANTAN – Penyertaan 215 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ranting Lepar Utara dalam UMNO kelmarin adalah satu pembohongan bagi menarik semula kepercayaan pemimpin tertinggi.

Pengerusi PKR negeri, Datuk Fauzi Abdul Rahman mendakwa, pembohongan itu berlaku mungkin ada kaitan dengan pilihan raya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas selain masalah pemimpinnya.

Menurutnya, perkara itu tidak pernah berlaku dan beliau dimaklumkan hanya lima ahli PKR sahaja yang menyerahkan borang untuk menjadi ahli UMNO.

“Bagaimana pula mereka boleh kata seramai 215 ahli PKR masuk UMNO sedangkan jumlah sebenar ahli yang ada di Felda itu ialah 103 dan 18 Ranting di semua Felda di negeri ini.

“Memang mereka boleh berbohong dalam politik tetapi pembohongan itu tidak lama. Mereka sebenarnya bimbang dengan perkembangan positif parti ini yang sudah mempunyai sokongan di Felda,” katanya kepada pemberita ketika sidang akhbar mengenai perkara itu di rumahnya, semalam.

Beliau berkata, banyak hikmah yang berlaku dengan pembohongan ini kerana ada ahli UMNO yang tampil memaklumkan kepadanya mengenai pembohongan berkenaan.

“Hari ini pun, kita menerima ahli baru dan sehingga hari ini jumlahnya mencecah 215,” katanya.

Fauzi berkata, penerimaan PKR di kawasan Felda membanggakan kerana sudah ada penubuhan Ranting PKR di semua Felda sejak lebih setahun lalu.

Sinar Harian semalam melaporkan seramai 215 ahli PKR Ranting Lepar Utara di sini kecewa dengan kepimpinan parti dan membuat keputusan menyertai UMNO.

Mereka menyerahkan borang keahlian UMNO kepada ketua UMNO Bahagian Paya Besar, Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman di Pejabat UMNO Paya Besar.

Bercakap mengenai pilihan raya kecil di Galas, Mohd Fauzi berkata, Pahang menawarkan menghantar kira-kira 40 wakil PKR untuk membantu calon Pakatan Rakyat memenangi pilihan raya di kawasan itu
.


Bila membaca berita seperti dalam petikan di atas, saya teringat semula dalam zaman kerajaan Berjaya Di Sabah. Walaupun pada masa itu Sabah membangun dengan pesat dibawah kerajaan Berjaya, namun sokongan rakyat semamin merudum. Ini kerana banyak perkara yang dilakukan oleh kerajaan yang mengguris hati rakyat. Tindakan kerajaan yang terus menekan dan menindas pemimpin pembangkang pada masa itu yang diterajui Datuk Pairin Kitingan telah menyebabkan rakyat simpati kepada Datuk Pairin. Rakyat mula membenci dan muak dengan kerajaan Berjaya. Apa yang disiarkan dalam media rakyat mendengar tetapi mereka tidak percaya. Demikian jugalah apa yang berlaku kepada UMNO hari ini. Tindakan yang keterlaluan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin-pemimpin pembangkang hari ini, menjadi salah satu elemen penting yang meniupkan kebencian rakyat kepada pemimpin-pemimpin UMNO dan BN. Tapi apa yang menghairankan, kesalahan yang dilakukan oleh pemimpin Berjaya terus diulang oleh pemimpin-pemimpin UMNO. Mereka tidak pernah mengambil iktibar terhadap apa yang berlaku pada masa lampau.
     Perkara kedua, semasa kemerosotan pengaruh dan sokongan kerajaan Berjaya, maka banyaklah berita-berita keluar parti disiarkan dalam media cetak dan media elektronik. Hampir setiap hari ada sahaja berita tentang keluar parti disiarkan. Pada waktu itu internet dan hand phone belum wujud. Orang kampung dan rakyat mudah ditipu, tetapi bila pilihan raya diadakan pada tahun 1985, kerajaan Berjaya tewas dengan pukulan ko. Hanya 6 kerusi yang dapat dipertahankan daripada 36 kerusi dewan undangan negeri. Walaupun pelbagai gula-gula dan propaganda yang disiarkan namun kerana rakyat sudah tidak mempercayai media kerajaan, maka kempen tersebut gagal. Maka berkuburlah parti Berjaya.
    Apakah media arus perdana hari ini mahu berita-berita yang disiarkan itu tidak dipercayai rakyat secara total  maka barulah mereka insaf dan sedar. Jangan sudah terantuk baru tengadah.

  

Selasa, 12 Oktober 2010

Blog Adalah Aku

Blog bagi saya adalah sebahagian daripada kaedah  untuk meluahkan segala  yang terbuku dalam minda.  Terlalu banyak perkara yang disiarkan dalam media yang dirasakan memerlukan penelitian. Kadang-kadang ada berita yang tidak dapat diterima akal yang sihat dan rasional, maka bloglah yang menjadi wahana untuk menyampaikan buah fikiran kita kepada umum. Ini bermakna bloger-bloger bukanlah semuanya penabur fitnah. Ada juga bloger yang memberikan pandangan yang objektif dan masuk akal. Melainkan bloger-bloger yang mempunyai sentimen kepartian yang keterlaluan. Mereka ini terlalu emosi dan tidak rasional. Minda mereka tertutup. Sukar menerima pandangan orang lain. Jadi blog saya ini akan cuba mengupas beberapa isu yang menarik perhatian saya, sama ada itu besar atau kecil. Ikutilah tulisan saya yang seterusnya.