Pasti ramai yang senyum dan ada juga yang tak berapa suka. Biasalah, tak semua hati boleh dipuaskan. SKIM RUMAH PERTAMA yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri yang secara kasarnya memberi peluang kepada orang ramai yang mempunyai pendapatan isi rumah di bawah RM3000 memiliki rumah pertama mereka tanpa perlu membayar downpayment 10% seperti yang menjadi amalan pinjaman perumahan sebelum ini. Ini adalah satu langkah yang positif jika dilihat secara kolektif tetapi boleh jadi sebaliknya juga, bergantung kepada bagaimana ianya diambil.
Ia Memberi peluang kepada lebih ramai orang memiliki rumah, terutama kepada mereka yang baru nak mula berkerjaya. Mereka tak perlu lagi menunggu sehingga beberapa tahun untuk mengumpul downpayment 10% dan tak perlu membazir menyewa rumah dalam tempoh tersebut. Dengan cuma mengisi dan menandatangani beberapa keping borang, seseorang itu sudah dapat memiliki rumah kediaman sendiri. Cuma yang perlu dirisaukan ialah bayaran bulanan.
Skim 0% ini sama seperti skim 0% downpayment pembelian kereta. Kasan paling ketara skim ini kepada pembeli kereta ialah: Banyak kereta yang ditarik oleh bank sebab kegagalan pembeli membayar bayaran bulanan. Dalam kes Skim Rumah Pertama pula, belum diketahui nasib bakal-bakal pembeli tentang bagaimana mekanisma penampan untuk mengelakkan senario yang sama berlaku kepada pinjaman perumahan. Sekiranya makanisma atau syarat pembelian sama seperti kenderaan, mungkin ramai antara pemilik rumah yang tidak mampu membayar bulanan perumahan akan kehilangan tempat tinggal. Kita tak mahu ianya berlaku kerana ianya akan merugikan dan membawa kepada bank tarik semula rumah dan siap sedia untuk dilelong.
Dalam kes ini, semua semua orang kena berhati-hati dan menbuat pengiraan (merangka bajet) secara terperinci agar tidak memerangkap diri dalam keberhutangan yang tinggi. Dengan kemudahan down payment 0%, mausia kadangkala terlupa akan hal hal kecil yang boleh membebankan penghutang terutama yang berpendapatan sederhana. Kiralah pendapatan sendiri, tolak pinjaman dan perbelanjaan yang tak tersenarai dalam slip gaji tu. Misalnya belanja minyak, makan minum anak bini, bil-bil utiliti dan lain-lain lagi.
Bagi orang yang berotak geliga, anda mempunyai peluang keemasan untuk mengumpul aset (harta). Bagaimana? Fahami konsep ini sebelum membuat keputusan yang boleh merubah masa depan anda menjadi lebih cerah atau sebaliknya.
ASET ialah rumah yang membuatkan duit MASUK ke poket
LIABILITI ialah rumah yang membuatkan duit KELUAR dari poket
Ini ideanya secara teori: Rumah yang anda beli dengan pinjaman untuk didiami jika dikira dalam definisi ini adalah LIABILITI dan rumah yang anda beli dengan pinjaman untuk disewakan adalah ASET. Jadi anda boleh menggunakan Skim Rumah Pertama untuk membina aset anda dan membuat pinjaman yang lain untuk membeli rumah sebenar anda, tapi anda kena bijak merangka dalam kes ini kerana anda bakal mempunyai 2 rumah!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan