Bajet yang dilabelkan sebagai bajet syok sendiri bukan sahaja seperti tahun-tahun lalu, mendapat sanjungan dan pujian dari ahli-ahli akademik pengampu dan pengecut, terus mendapat respons sebaliknya daripada pihak pembangkag. Satu perkara yang menarik perhatian saya kali ini ialah berkaitan kontarktor-kontraktor kelas F. Datuk Seri Najib dalam bajet tersebut mengumumkan tambahan peruntukan untuk kelas F. Tetapi dasar kerajaan hari ini yang membaku permohonan lesen kontraktor kelas F memperlihatkan bahawa dakwaan pemimpin-pemimpin pembangkang yang berpendapat bahawa UMNO dan kerajaan BN hanya menjaga segelintir masayarakat Melayu dan UMNO. Bukan semua orang Melayu dan bumiputera mendapat manfaat daripada dasar ini. Sampai bilakah kerajaan membakukan permohonan ini?
Secara rasionalnya, jika kerajaan mahu membantu pemegang-pemegang lesen konytarktor kels F, maka saya fikir cara menutup dan membakukan permohonan kelas F dalam tempoh yang agak lama bukanlah tindakan yang bijak sebaliknya tindakan ini menjelaskan bahawa kerajaan cuba menyekat peluang orang Melayu dan bumiputera yang benar-benar mahu menceburkan diri dalam bidang ini secara serius. Saya fikir kerajaan patut memberikan tempoh kepada pemegang-pemegang lesen kontraktor kelas F. Misalnya kontraktor yang sudah lebih 5 tahun tidak perlu lagi menyertai cabutan projek. Jika ini dilakukan maka akan dapat dilihat siapa kontraktor yang benar-benar berminat dan berdaya saing. Dengan itu kontarktor ini mampu dan boleh menyumbangkan kepakaran dan kemhiran kepada negara sebaliknya kontraktor-kontraktor yang malas, tiada kemahiran dan terlalu bergantung kepada ehsan kerajaan serta tiada kesungguhan dalam bidang ini akan gulung tikar. Dengan itu kerajaan khususnya UMNO tidak perlu bersusah payah mendukung kontarktor-kontraktor yang tidak berdaya maju ini. Dan dalam masa yang sama juga, mereka yang benar-benar berminat dalam bidang ini boleh memohon tanpa sekatan.
Perdana Menteri sering melaungkan bahawa rakyat sentiasa didahulukan, tetapi dasar begini wujud? Adakah mereka yang terlebih dahulu memohon lesen kelas F itu sahaja yang boleh dikategorikan sebagai rakyat? Sebenarnya dasar kerajaan hari ini terlalu keliru dan kadang-kadang tidak selaras dengan apa yang dijanjikan oleh pemimpin-pemimpin kerajaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan