Khamis, 14 Oktober 2010

Pemilihan PKR Yang Kecoh.

Hari ini saya ingin mengupas sedikit tentang pemilihan Parti Keadilan Rakyat yang kecoh dan heboh di seluruh negara. Terpaparnya berita-berita tentang beberapa insiden yang melibatkan pemilihan dan pencalonan kepimpinan PKR di peringkat negeri dan pusat, membayangkan betapa parti reformasi itu mendapat sambutan yang menggalakkan. Liputan beberapa media khususnya media arus perdana tentang pemilihan itu sebenarnya membantu mempromosikan parti itu kepada rakyat. Daripada rasa tidak kisah kepada rasa ingin tahu. Ramai yang ingin mengetahui apa yang berlaku dalam PKR. Maka merekapun cuba mencari pelbagai maklumat tentang pemilihan itu dalam internet, media dan sebagainya. Rasa minat yang m,endalam ini membayangkan bahawa PKR mula diterima oleh semua pihak. Hebatnya unsur sabotaj dan rasa tidak puas hati ekoran pemilihan itu memberikan manifestasi bahawa PKR kini mula mengambil tempat parti UMNO. Hal ini kerana insiden-insiden sedemikian juga berlaku dalam UMNO. Kejadian ini sebenarnya tidaklah mengejutkan kerana PKR adalah parti yang tidak berasaskan agama. Lebih tepat lagi parti ini adalah parti sekular. Beza UMNO dan PKR ialah, PKR boleh bekerjasama dengan parti yang memperjuangkan ideologi  kegamaan khususnya Pas, sedangkan UMNO tidak demikian. Sejarah membuktikan bahawa pemimpin-pemimpin UMNO cakap lain, buat lain. Pemimpin-pemimpin UMNO kata main judi dilarang agama, tetapi dalam masa yang sama mereka menjadikan kelab-kelab perjudian itu sebagai sebahagian daripada cara untuk menambahkan kekayaan negara. Mereka kata rakyat didahulukan, tetapi realitinya bebanan rakyat keseluruhannya terus diabaikan. Pada waktu lain mereka seakan-akan ingin menjaga hati rakyat, dalam masa yang sama tindak-tanduk mereka mengguris hati rakyat.
     Kalaulah rakyat mula menerima PKR, ini kerana PKR belum teruji dan rakyat berpandangan bahawa tidak salah mencuba parti baru untuk mentadbir negara. Pemimpin-pemimpin baru ini biasanya tidak lupa diri, Mereka masih insaf dan sedar bahawa kuasa mereka bila-bila masa akan ditarik. Namun pemilihan PKR di peringkat cabang dan ranting mebayangkan bahawa gelagat pemimpin-pemimpin UMNO dan PKR dari sikap dan moral sama sahaja. Rakus dan gila kuasa. Kecuali Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang kelihatan tenang dan neutral, nampaknya pemimpin-pemimpin lain dalam PKR masih berebut-rebut hendak menjadi pemimpin. Perasaan ingin menjadi pemimpin itu bagus tetapi kalau terpaksa mengorbankan prinsip moral dan etika untuk diangkat menjadi  pemimpin, maka apakah bezanya pemimpin-pemimpin PKR hari dengan pemimpin-pemimpin UMNO dan Barisan Nasional? Oleh kerana itu, dalam hal ini saya lebih suka melihat apa yang berlaku dalam pas. Masih ada toleransi  dan mementingkan soal moral dan etika.
    

Tiada ulasan: