Khamis, 14 Oktober 2010

Bajet 2011, Pemimpin Kerajaan Syok Sendiri?

Assalamualaikum. Cuma bebarapa jam lagi bajet 2011 akan dibentang oleh Datuk Seri Najib. Sebelum bejat itu dibentangkan sudah timbul pelbagai pandangan dan pendapat tentang bajet itu. Bahkan sebahagian besar kakitangan kerajaan yang bukan sahaja mengharapkan bonus tahunan bahkan kenaikan gaji juga amat dinanti-nantikan. Maklumlah kuasa beli mereka merosot sejak Pak Lah menaikkan harga minyak secara mendadak. Bagi kakitangan kerajaan, siapa pun yang mentadbir negara mereka tidak kisah, tapi apa yang lebih penting bagi mereka ialah keselesaan hidup terjamin. Pendapatan yang berpatutan dan seimbang atau selaras dengan kos hidup amat diharapkan oleh mereka. Namun begitu, ramai juga yang berpendapat bahawa bajet kerajaan tidak lebih daripada bajet untuk mengisi kantung Pak-pak Menteri. Biasanya bajet itu akan lebih banyak manfaatnya kepada kerajaan dan pemimpin-pemimpin kanan kerajaan. Manakala rakyat marhaen hanya akan mendapat sedikit manfaat. Misalnya, dulu dalam zaman Mahathir dan Anwar Ibrahim, oleh kerana lebihan pendapatan pada masa itu berlebihan, maka bonus sebulan gaji diberikan kepada kakitangan kerajaan. Maka bergembiralah kakitangan awam di seluruh negara. Hari ini Najib lebih cenderung memberikan sagu hati kepada kakitangan kerajaan kerana sagu hati ini jumlahnya lebih kecil dan sudah pasti wang yang dapat dijimatkan daripada pembayaran bonus itu digunakan untuk tujuan lain, yang pastinya untuk menambah peruntukan kepada kementerian-kementerian tertentu. Tapi malangnya peruntukan yang besar kepada jabatan dan kementerian tertentu itu, lebih banyak manfaatnya kepada kontarktor-kontraktor. Banhyak manfaat kepada kontarktor-kontraktor bermakna banyak juga manfaatnya untuk YB-YB yang mengaharpkan komisyen daripada sesetengah kontarktor.
     Inilah realiti yang berlaku setiap kali bajet dibentangkan. Walaupu profesor-profesor kangkung dan ahli-ahli akademik mendakwa bahawa  bajet yang dibentangkan memberikan manfaat kepada semua pihak, namun realitinya, rakyat terbanyak seringkali menganggap bajet yang dibentangkan itu tidak lebih daripada bajet syok sendiri. Hal ini kerana sperti yang saya katakan tadi, bajet itu tidak lebih daripada usaha untuk mengisi kantung dan kocek pak-pak menteri. Rakyat cuma dapat manfaat yang sedikit, tetapi manfaat besarnya lebih kepada YB-YB. Manfaat yang diberikan kepada rakyat itu tidak lebih daripada usaha untuk menggabui mata mereka sahaja. Jadi selepas pembentangan petang ini, cubalah teliti dan perhalusi bajet kerajaan. Siapa yang mendapat manfat yang paling banyak. Adakah rakyat keseluruhannya?

Tiada ulasan: