Selasa, 19 Oktober 2010

Terima Kasih kepada Lim Guan Eng

Bajet 2011: Lim Guan Eng Bela Kakitangan Awam Serta Gesa Kerajaan Kaji Semula Kenaikan Elaun JKKK Dan Pembinaan Projek Warisan Merdeka !!

KUALA LUMPUR, 18 Okt [9.30 pm] - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (foto), menggesa kerajaan mengkaji semula kenaikan elaun kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), pembinaan projek mega namun tiada pemberian bonus kepada kakitangan awam. Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, keputusan kerajaan menaikkan elaun JKKK namun tidak memberikan bonus kepada kakitangan awam menimbulkan rasa tidak senang di kalangan rakyat di negara ini. “Kita mendapat maklum balas yang negatif daripada rakyat kerana mereka rasa kurang senang hati dengan Belanjawan 2011. “Saya tidak faham mengapa kerajaan boleh menaikkan elaun JKKK daripada RM450 kepada RM800 sedangkan mereka tidak mampu membayar bonus kepada kakitangan awam. “Bukan itu sahaja, kerajaan mahu membina bangunan Warisan Merdeka berharga RM5 bilion. Kita harap perkara ini dapat dipertimbangkan semula. Kalau elaun dinaikkan ia perlu diberikan kepada semua. Kalau tak ada tak perlu beri,” katanya. Beliau berkata demikian, sebagai mengulas pembentangan Bajet 2011 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang memberikan kenaikan elaun bulanan Pengerusi JKKK dan Pengerusi Kampung Baru kepada RM800 sebulan berbanding RM450 pada masa ini, bagi menghargai peranan mereka sebagai pemimpin masyarakat. Bukan itu sahaja, kerajaan turut meluluskan projek bersepadu yang dinamakan Warisan Merdeka itu dibangunkan oleh Permodalan Nasional Berhad akan mengekalkan Stadium Merdeka, Stadium Negara termasuk pembinaan sebuah menara 100 tingkat di Malaysia. Malah Setiuasaha Agung DAP itu juga menyelar tindakan kerajaan menaikkan cukai perkhidmatan sebanyak 6 peratus. “Kenaikan cukai ini akan hanya membebankan golongan miskin kerana mereka tidak mampu untuk menampung kenaikan kos perkhidmatan tersebut. “Ini adalah bentuk hiburan kepada orang miskin. Kita harap ia boleh dikaji semula, kerana ini akan menembahkan beban kepada rakyat Malaysia sebanyak RM597 juta dengan kenaikan cukai perkhidmatan ini,” katanya.
[Sungguh menarik tatkala melihat apa yang diperkatakan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang ini. Biarpun beliau kini diasak dengan berbagai isu termasuk wang haram, namun keprihatinannya terhadap kakitangan awam amatlah dihargai. Malah, Kerajaan Negeri Pulau Pinang adalah Kerajaan Negeri yang pertama memberikan bonus kepada kakitangan awam di negeri itu. Maknanya Lim Guan Eng lebih mendahulukan rakyat daripada apa yang diwar-warkan oleh Kerajaan UMNO BN sebenarnya. Soalnya sekarang, nama pergi pemimpin UMNO BN. Kenapa mereka semua menikus dan tidak mahu membela kakitangan kerajaan?. Apakah mereka takut untuk memperjuangkan isu ini memandangkan ia idea Perdana Menteri?. Ternyatalah pemimpin UMNO BN adalah jenis "pak turut" belaka biarpun mereka melaung-laungkan kononnya berkerja untuk membela rakyat itu sendiri].
Menyentuh tentang bonus, memang benar sejak akhir-akhir ini pemimpin-pemimpin pembangkang lebih ke hadapan berbanding pemimpin-pemimpin Barisan Nasional. Kenyataan Menteri Besar Pulau Pinang, Lim Guan Eng tentang bonus kakitangan awam memperlihatkan keprihatinan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat berbanding pemimpin pemerintah. Selepas pilihan raya ke-12, kelantangan Ghapur Salleh menyuarakan rasa tidak puas hatinya terhadap peruntukan yang disalurkan oleh kerajaan persekutuan kepada Sabah telah melonjakkan nama beliau sebagai pemimpin yang prihatin terhadap rakyat. Beliau juga dilabelkan sebagai pemimpin yang berani dan bukan pak turut. Manakala tindakan Datud Zahid Ibrahim keluar UMNO dan menyertai Parti Keadailan  semata-mata tidak bersetuju dengan ISA menyebabkan golongan muda dan rakyat Malaysia melihat beliau sebagai pejuang sejati. Beginilah jenis pemimpin yang dikehendaki di alaf milenium ini, bukan pemimpin yang kaki bodek dan pak turut. Datuk Seri Anwar Ibrahim pula menjadi pemimpin idola rakyat kerana sikap dan kelantangannya membel;a nasib rakyat sekali pun beliau dituduh dan dibicarakan dengan pelbagai tuduhan yang menjijikkan. 
    Demikianlah penilaian rakyat terhadap pemimpin hari ini. Mereka yang prihatin dan ikhlas memperjuangkan nasib rakyat akan dipandang tinggi. Tidak kiralah mereka di pihak mana, kerajaan atau pembangkang, yang penting ialah kebajikan rakyat sepatutnya menjadi prioriti. Rakyat didahulukan dan bukan sebaliknya. Bajet 2011 yang disifatkan oleh sesetengah pihak sebagai bajet prihatin, nampaknya tidaklah sebenarnya  memperlihatkan keprihatinan kerajaan. Sagu hati RM1,000 kepada kakitangan kerajaan termasuk sebelum Hari Raya yang lalu, tidaklah menggembirakan mereka sebenarnya. Maklumlah selepas minyak petrol dan diesel dinaikan hampir sekali ganda, nilai RM500 itu sebenarnya terlalu kecil berbanding harga barangan yang sangat tinggi hari ini. Seluruh kakitangan kerajaan tidak kira yang berpendapatan tinggi ata sebaliknya, sebenarnya mengharapkan gaji dinaikkan untuk mengimbangi kenaikan harga barang sejak zaman Pak Lah. Malangnya, kerajaan amat liat dan tidak menghiraukan harapan tinggi kakitangan awam ini. Nampaknya Perdana Menteri cuba mengulangi kesilapan Pak Lah sebelum pilihan raya ke-12 lalu, akibatnya kedegeilan Pak Lah memberikan bonus dengan alasan kebudak-budakan dibalas dengan undi terhadap Pakatn Rakyat. Apakah Datuk Seri Najib cuba mengulangi perkara yang sama? Hari ini kakitangan kerajaan amat terdedah dengan pelbagai maklumat. Mereka boleh berfikir dengan rasional dan tidak mudah digabui dengan pelbagai alasan. Kerajaan tidak sanggup membayar bonus atau menaikkan gaji tetapi sanggup pula berbelanja berbilion ringgit untuk membina menara yang dilihat sebagai satu pembaziran. Saya harap pemimpin-pemimpin kerajaan benar-benar membela dan mengutamakan rakyat, bukan setakat slogan semata-mata. 

Tiada ulasan: