Ketua Pemuda UMNO Tenom dilihat ramai sebagai anak muda yang berkaliber dan berpotensi untuk menjadi pemimpin untuk menggantikan YB Raimi Unggi atau Datuk Rubin Balang. Datuk Rubin Balang yang sudah terlalu lama menjadi wakil rakyat seharusnya dipencenkan. Ini kerana dalam tempoh 4 penggal beliau mewakili rakyat Kemabong, beliau gagal memperbaiki hidup rakyat yang diwakilinya. Selepas pilihan raya, bukan sahaja beliau menghilangkan diri bahkan juga nombor handphone pun ditukar agar tidak dapat dihubungi oleh rakyat. Kemahiran yang ada pada beliau ialah memainkan isu sensitif setiap kali pilihan raya. Kononnya dialah pejuang tulen agama Kristian. Masyarakat Murut yang masih mudah diperkotak-katikkan mudah terpengaruh dengan apa yang diperkatakan oleh beliau. Dari sudut yang lain, keberanian beliau menyertai UMNO dan BN semasa era kerajaan PBS menyebabkan UMNO dan Barisan Nasional sangat terhutang budi kepada beliau. Saya perecaya segala kehendak dan kemahuan Datuk Rubin Balang akan dituruti oleh pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO sekali pun rakyat sudah muak dengan perkhidmatan beliau yang tidak memuaskan itu. Datuk Raimi Unggi pula sekalipun baru masuk penggal kedua menjadi wakil rakyat, beliau sudah menimbulkan pelbagai persepsi negatif kepada dirinya sendiri dengan mengamlakan sikap kronisme yang melampau-lampau. Banyak projek kerajaan yang diserahkan kepada ipar dan ahli keluarganya sehingga dihgelar YB LANGO yang bermaksu yb ipar dalam pilihan raya ke-12 yang lalu. Beliau juga dikatakan mudah menabur janji tetapi sukar pula menunaikannya. Berdasarkan gelombang politik yang berlaku di Semenanjung, ramai berpendapat bahawa sekiranya Datuk Raimi Unggi dicalonkan semula, harapan beliau untuk menang amat sukar. Rakyat Sabah mula meyakini keupayaan Pakatan Rakyat mentadbir negara. Tambahan pula banyak dasar kerajaan BN hari ini yang membebankan rakyat. Kakitangan awak pula sering mengeluh gaji sudah terlalu kecil berbanding dengan kenaikan kos hidup yang sudah melambung tinggi sejak minyak naik secara mendadak. Dalam keadaan orang kampung terbeban dengan kenaikan minyak ini, Datuk Rubin Balang, Datuk Raimi Unggi dan Datuk Raden Maleh terus membiarkan rakyat Tenom ditindas oleh LIGS dengan harga getah yang jauh lebih murah berbanding di Semananjung. Mengapa ketiga-tiga wakil rakyat ini terus membisu sedangkan mereka tahu bahawa punca pendapatan utama penduduk Tenom ialah kebun getah. Sepatutnya mereka menyuarakan perbezaan harga ini jika mereka benar-benar prihatin terhadap keperluan rakyat yang mereka wakili.
Oleh kerana ketiga-tiga pemimpin ini gagal menggalas harapan rakyat Tenom, maka ada baiknya mereka ini tidak lagi dicalonkan dalam PRU ke-13 akan datang. Sekiranya mereka dicalonkan, bermakna pemimpin-pemimpin BN sengeja mencari padah.
Oleh kerana ketiga-tiga pemimpin ini gagal menggalas harapan rakyat Tenom, maka ada baiknya mereka ini tidak lagi dicalonkan dalam PRU ke-13 akan datang. Sekiranya mereka dicalonkan, bermakna pemimpin-pemimpin BN sengeja mencari padah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan