Pandangan dan kritikan adalah sebahgian daripada aktiviti yang boleh mencambahkan minda, namun biarlah pandangan dan kritikan itu menggunakan bahasa yang melambangkan keperibadian pengkritik atau penulisnya.
Selasa, 12 Oktober 2010
Blog Adalah Aku
Blog bagi saya adalah sebahagian daripada kaedah untuk meluahkan segala yang terbuku dalam minda. Terlalu banyak perkara yang disiarkan dalam media yang dirasakan memerlukan penelitian. Kadang-kadang ada berita yang tidak dapat diterima akal yang sihat dan rasional, maka bloglah yang menjadi wahana untuk menyampaikan buah fikiran kita kepada umum. Ini bermakna bloger-bloger bukanlah semuanya penabur fitnah. Ada juga bloger yang memberikan pandangan yang objektif dan masuk akal. Melainkan bloger-bloger yang mempunyai sentimen kepartian yang keterlaluan. Mereka ini terlalu emosi dan tidak rasional. Minda mereka tertutup. Sukar menerima pandangan orang lain. Jadi blog saya ini akan cuba mengupas beberapa isu yang menarik perhatian saya, sama ada itu besar atau kecil. Ikutilah tulisan saya yang seterusnya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan